Di Suatu Petang Itu
Kesejukan Kota Kaherah semakin mengecil di suatu petang itu,luluhan mata penulis memerhati tajam dan kaji setiap lukisan awan di kaki langit sambil melewati pintu utama universiti.Penulis merasa kagum dengan kebijaksanaan Sang Pencipta mengukir setiap zarah dan atom membentuk arca seni yang begitu indah, berdirinya bulu roma penulis sudah cukup membayangkan kehebatan Dzat Yang Maha Mencipta dan begitu kerdil insan yang bergelar manusia ini,maka nikmat manakah lagi yang perlu kita dustakan?
Petang itu selepas usai menduduki kertas peperiksaan nahu dan soraf (ilmu lughah) dan solat asar,penulis bersama dua teman karib mempercepatkan langkah untuk pulang melalui jalan pendek,melalui jalan kawasan pelancongan dan celahan bangunan klasik era 60-an.Mulut penulis basah menceritakan sejarah dan kekuatan seni bina bangunan yang tersegam indah ini,sambil kaki mencari denai pulang disebalik jalan-jalan yang bercabang.
“Ana rasa pernah kenal tempat ini”
“Tapi tidak berkesempatan untuk masuk ke dalam,tidak sempat.Itupun bersama Ustaz Fuad semasa jaulah makam tiga bulan lepas”Mencelah Ustaz Salman,di saat penulis penuh semangat bercerita sendirian.
“Ini Masjid el Hakim Bi amrillah,dibina pada tahun 380H dan diantara masjid paling tua di Mesir selepas Masjid ‘Amru,yang paling tua di Benua Afrika”Tambah penulis sambil melihat beburung Merpati terbang ke sana dan ke sini tanpa wujud tanda-tanda penat mengamit sukma para pengunjung yang datang menziarahi masjid di dalam kubu ini.
Bagaikan ingin melepaskan kepenatan otak berfikir dan bekerja hampir 24jam tanpa henti bagi pada musim peperiksaan ini,walaupun penulis agak bersahaja bilamana sampai musim peperiksaan,mungkin persedian awal berbanding teman-teman yang lain,namun ianya bukan satu tiket untuk kita juga bersahaja dalam menjawab.Otak mesti sentiasa bergerak mengkaji apa-apa maklumat yang dihantar oleh deria mata dan seterusnya mengimpuls data-data yang diperlukan untuk memahamkan pelajaran yang diulangkaji atau dipelajari.Kami meneruskan perjalanan pulang yang masih tersisa 10 minit sambil seorang teman mengkhabarkan mesej yang baru sahaja diterima,berkenaan angka terbaru syuhada’ di bumi Palestin.Muka kami beriak masam dan marah mendengar fakta terbaru itu,seolah-olah mahu sahaja mengangkat senjata untuk sama-sama merasai keperitan mereka bermandi darah.
Intifadha Bermusim dan Malap
Allah Taala Berfirman;“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka.Katakanlah:"Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)".Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu,maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu”
(pembaca budiman disarankan supaya memutarkan lagu 'Kekejaman Dunia-Mirwana' sambil mengamati pembacaan artikel ini)
Semasa penulis mula-mula menjejaki bumi Mesir untuk menyambung pengajian,penulis terdedah dengan suasana panas anti Isreal dan yahudi di sini.Berita di dada akhbar tentang kezaliman Isreal merupakan cerita wajib setiap hari.Kematian, pencerobohan,serangan dan segala-galanya mengenai bumi malang Palestin jauh lebih jelas daripada paparan berita rtm dan tv3.Semuanya menjadikan penulis lebih memahami erti sebuah perjuangan kemerdekaan.
Pastinya setiap kali menatap television atau membaca akhbar,berita syahid dan kematian saudara seagama di Palestin tidak pernah lekang.Murah amat darah umat Islam akhir zaman,menjadi mangsa percubaan sejata canggih kafir laknatullah.
Demonstrasi di sini bukanlah perkara asing apabila ada isu kritikal di sana.Pencerobohan besar-besaran, pembinaan tembok pemisah,pembunuhan Syeikh Ahmad Yasin disusuli dengan Dr. Rantissi antara yang berjaya menghimpunkan masyarakat Mesir.Mulanya hati penulis berbunga gembira bila melihat umat Islam di sini mampu bersuara walaupun berlainan fahaman perjuangan,golongan nasionalis dan pejuang Islam bangkit sama dalam menyatakan bangkangan kekejaman rejim zionis.
Peperiksaan oral semasa penulis di tahun satu pengajian menjadi medan bicara seorang pensyarah, menceritakan semagat anaknya untuk pergi berjihad di Palestin dan betapa bencinya anak yang belum mumayyiz ini kepada Sharon yang menjadi Perdana Menteri Isreal ketika itu.Ini cerita kanak-kanak berumur 4 tahun,yang sudah mengerti erti benci yahudi.Mungkin kerana Mesir jiran Palestin, menyebabkan anak kecil ini lebih mengerti, atau mungkin kerana ‘jiwa arab’ yang sebati menjiwai diri menyebabkan anak kecil ini mampu memahami.
Itu cerita dulu….
Seketika bermukim di bumi 7 tahun subur, 7 tahun kemarau era nabi Yusuf as. ini menambahkan faham penulis erti perjuangan Islam.Hati penulis yang dahulu sangat kuat sentimen sayang Palestin benci yahudi terkadang kalis dengan berita sama setiap hari.Berita perjanjian kemudian dicabuli,berita rakyat Palestin syahid terkorban,bahkan yang sedihnya pertelagahan sesama Islam di bumi isra’ Nabi saw itu.Penulis kembali muhasabah diri agar isu Palestin tidak luput dari kamus perjuangan hidup penulis.
Sejenak berada di sini menyebabkan kembangnya bunga hati penulis akhirnya layu apabila memahami erti sebenar kemelut perjuangan di Palestin juga sikap dunia Arab dan dunia Islam yang sebenarnya terhadap krisis Palestin.Hati penulis makin pantas mengeluh lemah lagi hiba.
Pernah seorang kawan sekelas dari Palestin terus terang menyatakan bahawa keselesaannya bermukim di Jordan berbanding negara asalnya.Tak ramai teman Pelestin sendiri yang menyuarakan semangat untuk memperjuangkan kedaulatan Islam dan tanah air,walaupun penulis tidak menafikan adanya teman sebegini.
Dimanakah Tangan-tangan Menghulur Sedia?
Sikap negara-negara Islam yang lebih melihat isu Palestin sabagi isu Arab,manakala sikap pemimpin Arab yang hanya pandai bersuara ‘menunjukkan jantan’ tetapi sifar tindakan,itulah sebenarnya hakikat yang terpaksa kita terima.Mesir sendiri antara negara yang mengiktiraf negara haram Israel,manakala dunia Islam yang lainya,lain suara yang memekik lain pula tindakkan yang dibuat.Penulis mengeleng kepala lagi….
Lihat sahajalah sikap negara Islam yang senyap tidak berkata apabila Hamas beroleh kemenangan dalam pilihanraya seawal 2006 yang lalu Jelas sebenarnya kemenangan jemaah Islam ini bukan sahaja tidak diiktiraf Amerika bahkan turut sama didokongi oleh majoriti pemimpin negara-negara Islam.Ini tidaklah pelik bilamana asas kebanyakkan negara-negara Islam hanyalah sekular bertopengkan Islam,kepentingan ekonomi dan keselesaan politik diletakkan sebagai keutamaan.
Apabila Mahmud Abbas mengumumkan perlantikan Perdana Menteri yang baru mengantikan Ismail Haneya,walaupun ianya terang lagi bersuluh tidak sah mengikut perlembagaan Palestin juga etika manusiwi,tanyalah di mana suara-suara umat ini?Palestin hari ini persis Kelantan era Mageran, bahkan teruknya makin membarah.
Tiada lagi demontrasi menentang tindakan Mahmud Abbas, sikit sangat suara yang menghentam tidakan ini, sayup sekali suara mempertahankan Hamas yang dinafikan hak kuasa yang diundi rakyat. Rupanya bersatunya rakyat di sini hanya pada isu yang direstui oleh permimpin.Mengapa tidak! Mesirlah yang menyediakan kerusi empuk di Sharma Syeikh untuk rundingan dunia Arab dengan Mahmud Abbas,di kala gentingnya khilaf antara Fatah dan Hamas.Datanglah Olmart dirai bersama Mahmud Abbas, diperhati oleh Malik Abdullah (Raja Jordan) dimoderatorkan oleh Husni Mubarak. Lakonan diteruskan lagi,Isreal tersenyum bangga, buat apa sahaja perjanjian kemudian langgarlah,tak ada orang akan marah. Pastinya dijemput lagi untuk berunding.
Akhbar Mesir pula menjadikan kegawatan di Tebing Gaza semuanya angkara Hamas,Hamas digambarkan sebagai amcaman baru kepada keamanan Palestin. Inilah pilihan rakyat yang dinafikan oleh seluruh dunia.
Sekiranya dulu penulis melihat Pergerakan Fatah sebagai sebuah perjuangan nasionalis sekular, rupanya penulis silap!Tindakan pemimpin mereka lebih menjelaskan keadaan yang sebenarnya bahawa Fatah hanya memperjuangkan kuasa dan keselesan Isreal, tidak lebih daripada itu, pastinya!Moga sahabat Hamas terus kukuh dengan pendirian.
Mungkin kita terlalu idealis apabila hanya mengharapkan pemimpin negara Islam yang bangkit bertindak dan bersuara,ada benarnya suara hati kita kerana kita punyai OIC dan Liga Arab.Namun campakkanlah harapan itu sejauh-jauhnya kerana kita mesti yakin mereka sebenarnya bacul dan takut kepada kuasa manusia.
Peranan Kita Nun Berjauhan
Di mana kita saat ini?
Dalam kita menyoal tindakan pemimpin negara-negara Islam,pernahkah sesekali kita tanyakan apakah yang telah dan akan kita buat untuk rakyat dan bumi Palestin yang malang ini? Sekadar menunggu orang lain bertindak tapi kita hanya merungut dan kaku tidak bergerak,hanya menjadikan kita persis seperti mereka.
Penulis yakin lagi percaya tak ramai rakyat Malaysia yang memahami isu Palestin. Sejarahnya yang tiada dalam helaian buku teks sekolah, pastinya menyebabkan kita kurang sensitif.Mungkin masih ramai umat Islam yang tidak mampu menjawab siapakah yahudi dan Isreal, mengapa perlu kita tentang mereka dan mengapa perlu bumi Palestin dipertahankan, cubalah tanyakan sesiapa sahaja berdekatan anda untuk nafikan dakwaan ini.Berapa ramai yang hanya memandang berita Palestin tidak lebih daripada hanya sebuah berita,berapa ramai tahu mengenai Shabra dan Shatil juga intifada? Pastinya ada, tetapi pastinya hanya sedikit daripada yang banyak.
Kita juga mengharapakan non-muslim untuk turut sama memahaminya isu Palestin dalam keadaan kita umat Islam sendiri gagal mengerti keadaannya yang sebenar. Sudah pasti ianya mustahil.Eropah hari ini masih lagi memandang bahawa yang dizalimi ialah Israel bukannya rakyat Palestin.Inilah kesan akibat apabila sumber berita dikuasai yahudi. Kita pula menerimya bulat-bulat.
Untuk kita semua hendaklah memahami perjuangan di bumi Palestin ini bukannya perjuangan bangsa Arab sahaja,ianya perjuangan akidah.Ada yang cuba mengalihkan pandangan masyakat dengan menjadikan isu Palestin ini sebagai isu kemanusiaan sejagat lantaran kezaliman Isreal yang melampau juga untuk mengheret sama non-muslim berganding bahu menentang pencerobohan hak peribumi Palestin.Jadikanlah ianya isu kemanusiaan sekalipun,namun bagi umat Islam ianya tetap isu akidah yang perlu kita pertahankan.Bukan sahaja kemanusiaan yang perlu diperjuangan di Palestin,bukan sahaja kemerdekaan yang perlu di perjuangkan di sana,bahkan hak umat Islam terhadap bumi suci ini,juga hak kita pada Masjidil Aqsa yang hampir roboh dan diceroboh.Mahukah kita melihat rakyat Palestin terus diperkosa oleh kekejaman Israel?
Tanya juga apa peranan kita dengan boikot.Kempen boikot barangan yahudi satu ketika dahulu kini hanya tinggal nama.Boikot tak bertahan lama,untuk hulurkan sedekah rasanya jauh panggang dari api.Siapa yang tidak boikot?Tentunya kita.
Untuk turun berjihad di bumi Palestin sama sekali kita tidak mampu, sekadar mendakwa ‘aku mampu’ dengan mulut hanyalah tidak lebih daripada menipu diri sendiri.Jadi mengapa tidak kita usahakan agar masyarakat Islam dan dunia memahami isu ini dengan pemahaman yang jelas, bukan fahaman yang dibentuk oleh yahudi dan ejen-ejen sekular.
Tugas kita sebagai agen penerangan untuk Palestin, tugas kita untuk menyalurkan bantuan material, tugas kita untuk istiqamah dalam pemboikotan barangan yahudi, tugas kita untuk istiqamah mengirim doa buat pejuang-pejuang Islam di sana.
Sekiranya ini pun tidak mampu kita laksankan mungkin sama saja kita dengan pemimpin negara Islam yang lainnya.Sekiranya ini pun kita tidak mampu laksanakan,biar apa pun lidah kita tuturkan namun hakikatnya gerak laku kita seolah-olah berkata;
“Biarkan bumi Palestin bermandi darah,bukannya urusan aku!”
Sabda Nabi saw yang bermaksud;“Sesiapa yang tidak mengambil berat mengenai hal ehwal kaum muslim lain,bukanlah daripada kalanganku”
0 komentar:
Catat Ulasan