Hijrah Pertama Ke Habsyah
Setelah itu kaum muslimin membuat persedian untuk meninggalkan tanah air dan harta benda demi sebuah perjuangan yang dijanjikan ganjaran yang berlipat kali ganda dan kekal abadi dipenghujung jalannya sepertimana yang disarankan oleh baginda saw.Inilah hijrah pertama yang berlaku di Mekah.Bilangan mereka agak kecil,iaitu seramai sepuluh orang lelaki dan lima orang perempuan.
Uthman ibn Affan dan isterinya,Ruqayah binti Rasulullah,
Abu Salamah da isterinya,Ummu Salamah,
Saudara seibu Abu Salamah,Abu Sabrah bin Abu Ruhm dan isteri,Ummu Kalthum,
Amir Rabi’ah dan isteri,Laila,
Abu Huzaifah bin ‘Utbah bin Rabi’ah dan isteri,Sahlah binti Suhail,
Abdul Rahman bin ‘Auf,
Uthman bin Maz’aun,
Mus’ab bin Umair,
Suhail bin Badho’,
el Zubair bin Awwam.
Kebanyakan daripada mereka adalah dari kabilah Quraisy,berdasarkan riwayat Ibn Hisyam,rombongan tersebut diketuai oleh Uthman bin Muz’aun dan mereka bergerak di bawah keberkatan Allah Taala.Apabila sampai di tepi pantai,mereka menyewa sebuah kapal untuk membawa mereka ke destinasi.Di sana mereka akan hidup aman,dan jauh dari penyeksaan orang-orang Musyrikin Mekah,pada masa sama,bilangan mereka yang bersama baginda saw kian mengecil untuk membentuk benteng-benteng perjuangan yang masih tersisa.
Beberapa Hari Sebelum Berhijrah
Apabila orang-orang Musyrikin mendapati segala tawaran yang diberi ditolak oleh baginda nabi saw,mereka cuba mencari jalan penyelesaian yang lain yang bisa menarik perhatian dan minat baginda saw dan para pengikutnya supaya meninggalkan ajaran baru.Mereka cuba menyerang baginda saw dan para pengikut setia,secara psikologi dan halus,mereka meminta baginda nabi saw membuktikan akan kebenaran agama yang didokong.Pada anggapan mereka,permintaan tersebut tidak mampu dilakukan oleh baginda saw.Mereka berkumpul dan berkata;
“Wahai Muhammad,sekiranya kamu benar-benar seorang nabi,maka perlihatkan kepada kami akan kebenaran agama kamu,maka tunaikanlah kemahuan kami supaya kamu membelah bulan kepada dua bahagian”Suara mereka agak sombong dan bersahaja dalam berbicara dengan utusan agung ini.
Maka Allah Taala memberi Nabi Muhammad mukjizat tersebut,dan dengan segala keyakinan yang dipasakkan ke dalam hati akan kebenaran dan janji-janji daripada Allah,maka nabi memulakan aksi tersebut.Dengan tidak disangka-sangka,bulan tebelah menjadi dua bahagian,dan membuatkan mata-mata yang melihat terbeliak keluar seolah-olah tidak mempercayainya.Maka ramai pula mereka yang berada di tempat kejadian mulai goyah pegangan terhadap agama nenek moyang mereka.
Allah Taala berfirman;“Hari Qiamat telah hamper dan bulan terbelah dua”el Qamar (54:1)
Oleh itu,terdapat dikalangan mereka yang cuba mempertahankan pendirian daripada goyah dan cuba untuk meyakinkan orang-orang yang menyaksikan adegan tersebut.
“Ibn Abu Kibsyah telah menyihir kamu semua”
Allah Taala berfirman;“Dan jika mereka (orang-orang musyrikin) melihat tanda-tanda (mukjizat) mereka berpaling dan berkata;“(Ini adalah) sihir yang berterusan”el Qamar (54:2)
Mereka tetap juga berkeras dan meminta agar nabi membawa pelbagai bukti untuk meyakinkan akan kebenaran agama Islam,walaupun telah jelas keresahan mula menyelubungi hati-hati mereka tatkala kesombongan mereka terhadap permintaan yang tidak dimasuk akal langsung berjaya diterjemahkan oleh baginda saw dengan bantuan Allah Taala.
Allah Taala berfirman;“Dan mereka berkata;“Kami tidak sesekali akan beriman kepadamu (wahai Muhammad), sehingga kamu memancarkan mata air dari bumi untuk kami”el Isra’ (17:90)
Segala permintaan mereka,terlalu mudah bagi Allah Taala sebagai sebaik-baik pembantu mematahkan hujah-hujah dan segala bentuk permintaan mereka,walhal jika dipinta perkara yang sama kepada mereka,sudah tentu tidak akan berhasil,walaupun diberi peluang supaya meminta pertolongan dari tuhan mereka yang kaku tidak bergerak dan bercakap.
Allah Taala berfirman;“Atau kamu mempunyai sebuah rumah dari emas, atau kamu naik ke langit.Dan kami sekali-kali tidak akan mempercayai kenaikanmu itu hingga kamu turunkan atas kami sebuah kitab yang kami baca".Katakanlah:"Maha Suci Tuhanku, bukankah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi rasul?”el Isra’ (17:93)
Apabila orang-orang musyrikin tidak mampu menghadapi tentang psikologi orang-orang muslimin secara berhujah,mereka mengubah strategi dengan menggunakan kekuatan.Ini adalah sebagaimana yang dilakukan oleh kaum nabi-nabi terdahulu seperti kaum Nabi Ibrahim,ketika mereka telah mati hujah dan alas an munasabah.Mereka semakin angkuh mengatakan;
Allah Taala berfirman;“(Setelah tidak dapat berhujah lagi,ketua-ketua) Mereka berkata;“Bakarlah dia dan belalah tuhan-tuhan kamu”el Anbia’ (21:68)
Orang-orang musyrik mempertingkatkan penyeksaan terhadap kaum muslimin dan mereka-mereka yang mempunyai keinginan untuk memeluk agama Islam,dengan harapan tindakan tersebut akan meninggalkan kesan yang amat ngeri dan dahsyat,dari menjadi pengikut baginda saw,mereka menggunakan setiap peluang yang diperolehi.Maka dengan itu,baginda saw telah memerintahkan kepada para sahabat ketika itu;
“Pergilah kalian ke tempat lain di atas muka bumi ini,sesungguhnya Allah akan menggumpulkan kamu semula”
Mereka bertanya,ke mana sepatutnya mereka membawa diri.Baginda saw menunjukkan Habsyah.
Hijrah dan Paradigma terpimpin
PARADIGMA,suatu istilah ini cukup popular satu ketika dahulu,'anjakan paradigma'.Seingat penulis ianya dijaja oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim sewaktu masih manjadi menteri kabinet.Cuma penulis percaya ada yang masih belum faham dengan ungkapan ini,dakwaan ini berasaskan kepada tindakan, stail berfikir dan perancangan kita yang masih dan sentiasa streotype dari dahulu lagi,iaitu tiada anjakan.
Teori paradigma mula dikemukakan oleh Thomas Khun,profesor fizik di Institut Teknologi Massachussuttes, 1962.Perkataan-perkataan yang membawa maksud paradigma ialah teori, model, kaedah, prinsip, standard, protokol, kebiasaan, andaian, lembaga, pola, habit, nilai, adat, kepercayaan, aliran, prejudis, tradisi, budaya, akal biasa, petua dan ideologi.
Untuk melakukan perubahan paradigma,bererti kita perlu mencipta paradigma baru tanpa terkongkong dengan paradigma yang lama.Cuba renungkan contoh perangkap paradigma ini,yang akhirnya mendatangkan kerugian kepada sekelompok manusia.
Ceritanya begini,sehingga tahun 1968, iaitu selama 60 tahun, negara Switzerland adalah pemimpin teknologi jam.Ianya diiktiraf dunia dengan mutu spring, bearing dan gear jam-jam Swiss.Namun malapetaka bermula pada tahun 1980 apabila penguasaan jualan jam syarikat Swiss ini merudum dari 60 % kepada hanya kepada 10% dalam pasaran dunia.Ini kerana mereka terpenjara dengan paradigma lama.
Tahun 1967 Institut Penyelidikan Swiss di Neuchatel telah berjaya mencipta teknologi pergerakan elektronik kuartza dan teknologi ini ditayangkan kepada syarikat pembuat jam Swiss.Tetapi kesemuanya menolak teknologi tersebut,hanya kerana ianya menggunakan bateri, bukan kunci, ianya tidak menggunakan spring, bearing dan gear.Mereka berpendapat teknologi ini tidak sesuai untuk membuat jam. Justeru teknologi ini akhirnya diaplikasikan oleh syarikat Seiko, yang mana pada ketika itu jepun hanya menguasai 1% pasaran jam dunia. Sejarah berubah. Berakhirnya penguasaan syarikat Swiss dalam pembuatan dan penjualan jam kerana blok mental yang wujud.
Paradigma penting, kerana dengannya manusia dapat mengenali dan menghadapi dunia realiti. Kita dapat mengenal kerbau sebagai kerbau bukannya sebagai kambing kerana pola yang telah wujud dalam pemikiran kita yang terhasil melalui pengalaman. Paradigma ini tidak perlukan anjakan. Namun dalam merancang gerak kerja, melahirkan idea baru paradigma perlu berubah. Paradigma lama perlu diketepikan sama sekali untuk menghasilkan paradigma baru. Keterikatan dengan teori lama akan menyebabkan minda kita tertutup dan daya usaha kita lumpuh.
Ramai yang tidak hadir usrah kerana paradigma mereka mengatakan aktiviti ini hanya untuk golongan yang berpersatuan/haraki dan ahli yang thiqah sahaja. Manakala yang hadir usrah pula akhirnya culas untuk datang dalam perjumpaan mingguan. Kita sebenarnya terperangkap dengan kepercayaan, kebiasaan, model, kaedah dan prinsip lama. Teori paradigma berusaha untuk melahirkan idea-idea baru yang tidak terikat dengan kebiasaan lama. Idea yang ditimbulkan mungkin dianggap tidak masuk akal, mustahil, gila, dan sebagainya bila idea ini disorot melalui sesuatu paradigma. Namun melalui paradigma yang lain ianya dianggap baik, praktikal, menguntungkan dan kreatif. Paradigma lama dalam usrah ialah ianya berbentuk formal, dibuat di rumah ahli, perbincangan yang wajib mengikut sukatan dan lain-lain. Paradigma baru perlu difikirkan. Apa salahnya usrah diadakan di taman, atau pantai. Aktiviti ilmiah kadang-kadang boleh diganti dengan bersukan, rehlah, pencegahan maksiat atau hanya sekadar makan-makan. Tak salah usrah dibuat dengan perbincangan ilmiah di atas bas dalam perjalanan ke mana-mana destinasi.
Pemimpin biasanya berpendapat ahli hanya akah dapat disatukan melalui program-program yang mereka laksanakan. Paradigma baru boleh dicipta. Apa kata sekiranya kita songsangkan kaedah ini dengan mengatakan bahawa ahli akan dapat dipupuk kerjasama dan kesatuan mereka melalui program yang mereka buat untuk pemimpin. Jangan terus menolak teori ini. Penolakan terus idea ini menunjukkan sememangnya anda terperangkap dengan paradigma lama.
Paradigma lama dilihat sebagi dogma yang tidak boleh tidak perlu dipatuhi. Ramai akan mempertahankannya kerana berdasarkan hujah pengalaman keberkesanannya satu ketika dahulu. Inilah yang perlu dihadapi dalam penghasilan dan penerokaan paradigma baru. Kritikan, cemuhan, idea gila, tak praktikal dan realistik merupakan cemuhan biasa yang perlu di pekak tulikan telinga. "Semangat yang tinggi selalunya menghadapi tentangan yang hebat daripada minda lemah" inilah ungkapa yang pernah dilafazkan oleh Albert Einstein dalam menggambarkan tentangan-tentangan yang akan wujud. Hanya apabila teori mereka berjaya barulah golongan yang setia dengan paradigma lama ini akan berubah. Jangan jadi semacam syarikat jam Swiss.
Dalam Islam kita diajar agar sentiasa berusaha mengubah keadaan kita dari semasa ke semasa.
Allah Taala berfirman;“Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah.Sesungguhnya Allah tidak akan merubah keadaan sesuatu kaum sehinggalah mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya, dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia.”.ar Ra'ad (13:11)
Sebarang usaha tidak akan terhasil kecuali dengan idea. Sudah tentunya paradigma baru yang teranjakan akan menghasilkan sesuatu yang baru. Bagaimana mungkin tentera Islam dapat menawan Konstantinopel sekiranya Sultan Muhammad Al-Fatih tidak terfikir paradigma baru, iaitu menggerakkan kapal di atas darat menggunakan kayu dan minyak. Seterusnya ditarik dengan tenaga manusia. Taktik ini belum pernah digunakan dan tidak terlintas pada fikiran musuh bahawa benteng mereka akan bocor dengan cara ini. Pepatah Jepun ada berkata, "janganlah kita hanya mengikut denai yang sedia ada,sebaliknya pergilah ke tempat yang belum ada denai dan tinggalkanlah jejak kita".
Paradigma baru hanya akan terhasil bila kita mampu membebaskan diri daripada penjara paradigma lama. Berfikiran secara lebih kreatif, kritis dan lateral amat penting untuk mendapatkan sudut pandangan yang berbeza. Mulakan dengan idea yang gila-gila, kerana idea ini akan 'menyergah otak' kita yang selama ini tidur. Minda perlu diaktifkan. Senaman minda akan membangkitkan otak untuk berfikir. Jangan mandulkan otak anda, bangkitkan nafsu minda daripada kelesuan. Kerana orang yang berkata 'saya malas berfikir', menunjukkan bahawa dia memiliki nafsu berfikir yang rendah.
Buat para daie’ sesekali ubahlah corak gaya berfikir dan bertindak anda untuk menawan hati madue’ agar sentuhan dakwah lebih berkesan. Buat para mahasiswa/i, tidak salah meneruskan paradigma lama di samping mengintai bentuk baru dalam bawaan idelisma perjuangan mahasiswa. Juga buat semua insan yang bernama manusia, carilah kelainan dalam kehidupan dengan keberanian anda mancipta dimensi baru dalam habit, adat dan nilai seharian.
Mulakan paradigma baru dalam kehidupan, ketepikan sebarang cacian, kerana kita akan ketinggalan untuk hari esok sekiranya masih dengan idea kuno zaman batu.
Hijrah Kaum Muslimin Ke Madinah
Hijrah baginda saw dan para sahabat yang setia ke Kota Madinah,bukanlah semata-mata akur dan tewas kepada kaum Kafir Quraisy di Mekah,tetapi hijrah mereka adalah membawa semangat obor yang cukup tinggi dalam wadah perjuangan yang satu,untuk melihat Islam menjadi agama dikelana oleh setiap genap,lapisan dan hiraki manusia,tidak kira pangkat,usia dan keturunan,kerana ini semua adalah pinjaman yang sementara,bahkan ianya di sisi Allah Taala tiada nilai,kecuali iman dan taqwa kepada-Nya.
Dengan berlakunya hijrah ini,maka baginda Nabi Muhammad saw telah menyempurnakan sunnah nabi-nabi terdahuli,kerana semua para anbia’ terdahulu tidak juga diterima penduduk setempat dalam menyampaikan seruan dakwah suci ini,maka dengan sebab itu,mereka tidak berasa tercabar dan hina walaupun diri terpaksa menjadi pelarian,kerana mereka tahu,ini semua adalah petunjuk dan suruhan daripada Allah Taala,yang pasti dihujungnya tedapat kemanisan yang berkekalan abadi.
Bermula daripada cabaran yang cukup perit dihadapi oleh,Nabi Ibrahim as bapa para nabi,dan Khalil Allah,Nabi Isa as,yang merupakan kalimah Allah yang paling agung dan ruh-Nya,serta para nabi yang lain yang mempunyai darjat yang cukup tinggi,dan kedudukan yang mulia dipandang hina oleh kaum mereka sendiri.Dengan ini,mereka bersabar supaya menjadi contoh tauladan dari sudut pendirian dan bersabar menghadapi perkara-perkara yang tidak disukai kepada pengikut-pengikut mereka yang datang kemudian,selagi semua itu dilakukan kerana mentaati perintah Allah Taala.
Marilah kita pasakkan semangat juang yang tinggi,untuk mendokong risalah yang telah ditinggalkan oleh baginda nabi saw kepada sekalian umatnya,terutama dalam memahami konsep hijrah itu sendiri dalam konteks perubahan cara berfikir dan daya saing demi memertabatkan Islam di kaca mata dunia.Maka konsep tersebut hendaklah bermula pada diri sendiri,supaya kefahaman yang lahir bukan hanya bersifat khayalan semata-mata bahkan realiti yang mesti kita pertahankan.Oleh itu,kejayaan demi kejayaan dapat dilihat dari setiap sudut dan lapangan,seterusnya dapat melahirkan modal insane yang berketrampilan dan berwawasan tinggi.
Nabi Muhammad saw bersabda;“Tiada hijrah selepas pembukaan (mekah) kecuali niat dan jihad”
Salam hijrah 1430H,dan salam paradigma untuk kalian para pembaca budiman.
0 komentar:
Catat Ulasan