PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Isnin, Disember 1

Pelamin Cinta Bersulam Iman




Definisi Cinta


Kecintaan kepada Allah Taala antara semboyan untuk mengundang nusrah dan cinta Allah,sedangkan nusrah dan cinta Allah Taala pula menjadi saranan terpenting yang digunakan untuk menjamin ketaatan dan kekuatan dalam menghadapi konspirasi musuh-musuh Allah.Memiliki cinta Allah seharusnya menjadi kebanggaan individu mukmin lantaran keagungan nilai dan ketulusan ihsan-Nya.Namun menjadi suatu kesukaran untuk meraih cinta Allah Taala tanpa pengabdian yang menjurus tepat kepada-Nya.


Manakala kecintaan pada Rasul saw merupakan tiket untuk meraih cinta-Nya yang hakiki.Perutusan duta besar adalah pemegang mohor yang maha Agung untuk menguruskan dan mengendalikan titah perintah sehingga terlaksana pengabdian diri kepada Allah dan pembenterasan segala thoghut durjana;


Allah Taala berfirman:
Dan telah Kami utuskan kepada setiap umat seorang rasul,yang menyeru manusia supaya menyembah Allah dan menjauhi thoghut (segala bentuk kejahatan),Maka mereka (para rasul) yang mana Allah telah member hidayah dan mereka (para rasul) yang mana dilindungi dari segala kesesatan.Maka bertebaranlah kamu di atas muka bumi,maka lihatlah oleh kamu bagaimana balasan (yang telah dikenakan) ke atas orang-orang yang berdusta
An Nahl (16:36)


Justeru itu menjadi hak mutlak bagi Baginda Rasul saw bahawa ia semestinya dicintai lantaran Baginda telah berselut lumpur menghidupkan obor diri,sekaligus menyungkurkan puak jahili.Menyintai Baginda Rasul saw bererti memberi syahadah dan ikatan bai’ah demi perlaksanaan syariat Allah Taala.Realiti cinta kepada Saiyidil Mursalin saw mampu menghadirkan cinta Allah sebagai satu gandingan cinta sejagat.Cinta inilah yang berkuasa tinggi ke lokasi tenang dan bahagia serta penyelamat dari sentuhan azab seksaan.


Maka ingatlah,cinta mukmin Interaksi cinta sesama mukmin antara pembuluh yang menyalurkan ‘Izzah dan Himmah Ummah Muhammadiah.Keprihatinan Islam mengorientasi ummah berkombinasi dan bersepadu adalah melalui perlaksanaan program dan latihan berterusan di bawah bumbung ukhuwwah Addiniah yang bercagarkan percintaan sesama insan.Jalinan erat hati dan tenaga sesama mukmin,menyuburkan semangat pembinaan akidah yang mantap,sosial yang sihat dan kekuatan tenaga yang ampuh.Akidah yang mantap,sosial yang sihat dan kekuatan yang ampuh merupakan senjata serampang tiga mata yang efektif untuk menggempur elemen jahiliyyah dan menangani manipulasi el Ahzab moden.Berlangsungnya pembelengguan dan penjajahan ummah kini lantaran ketandusan cinta dan kegersangan kasih sayang.Dunia kini merintih kehausan angkara retaknya solidariti ummah.Cinta mukmin antara prioriti pelengkap gerakan Islam yang berwibawa.


Cuba kita menjentik hati yang mudah berbolak balik sepersis namanya ‘el Qalb’ supaya mengenali hiraki kecintaan yang harus menjadi pedoman,galian khazanah yang ditinggalkan merupakan harta yang paling berharga sering dialpakan manusia dari terus mencari dan menggali hingga sampai ke tahap rasa ubuddiah yang mempersonakan.Peringkat-peringkat kecintaan ini harus ditonjolkan dan diketahui agar diri senantiasa terpimpin untuk menuju ke destinasi cinta yang telus lagi kudus;


1)Peringkat tatayyum:
iaitu cinta yang melahirkan sikap untuk menghamba secara mutlak dan melakukan pengorbanan sampai tetes darah penghabisan.Ini adalah kecintaan tertinggi dan hanya kita berikan kepada Allah Rabbul ‘alamin.Seorang mukmin amat sangat cintanya kepada Allah.el Baqarah ayat (1:165)


2)Peringkat ‘isyq (keasyikan):
iaitu cinta yang melahirkan ketundukkan terhadap segala perintah dan larangannya,membangkitkan sikap hormat yang tinggi,mengikuti dan membelanya.Kecintaan seperti ini adalah hak Rasulullah.Namun ‘isyq tidak mendorong seseorang menjadi hamba Muhammad.Inilah yang membezakan dengan tatayyum.


3)Peringkat syauq (kerinduan);
iaitu cinta yang membuahkan mawaddah wa rahmah (kasih sayang), menjadi perekat yang kuat dalam membangun ummat. Ini adalah cinta antara mu’min dengan mu’min lainnya, antara orang tua dengan anak, antara suami dengan istri, dengan saudara yang mukmin.


4)Peringkat shababah;
ditujukan kepada sesama muslim yang akan melahirkan ukhuwah (persaudaraan).


5)Peringkat ‘ithf (simpati);
ditujukan kepada sesama manusia.Rasa simpati mendorong seorang mukmin untuk menolong manusia ke jalan yang benar (dakwah).Bila hilang rasa simpati,seseorang menjadi sombong,tidak peduli dengan kerosakan masyarakat dan lingkungan sekitarnya.


6)Peringkat ‘alaqah;
iaitu kecintaan kepada selain yang disebut di atas,harta benda misalnya.Islam membenarkan cinta ini dalam bentuk intifa’ (memanfaatkan,mendayagunakan).Cinta pada harta benda yang berlebihan membahayakan manusia sendiri.Para salafusshalih berdoa kepada Allah Taala agar jangan sampai dunia bersarang di dalam hati mereka,cukup di tangan saja.Ertinya jangan sampai dunia yang menguasai mereka tetapi mereka yang menguasai dunia.


Pertemuan Cinta Hakiki


Cinta bersemarak dengan nilai yang suci murni dari noda dan dosa akan menumbuhkan kebahagiaan dan kepuasaan yang hakiki.Cinta sebelum perkahwinaan adalah dengusan perasaan yang sering membawa imej yang pura-pura dan keterlaluan. Luahan perasaan dan rengekan suara antara pasangan yang belum halal hanyalah membentuk cinta bernoda dan sering dikuasai oleh helah syaitan.Sungguh pun batas syariat cuba dipelihara namun menjadi suatu hal yang dibimbangi apabila berlangsung hubungan antara dua pasangan yang bukan muhram.Sikap merahsiakan perhubungan antara pasangan bukan muhram ini antara api bernafsu yang bakal menghanguskan benteng syariat antara mereka.


Berumahtangga bagi seorang Mukmin ialah untuk melaksanakan perhambaan dirinya kepada Allah Taala,bukan untuk menghalanginya dari tugas utama itu.Bagaimanapun terdapat banyak ujian dan fitnah di dalam rumah tangga yang mesti direntasi dan diharunggi.Salah satu ciri penting yang perlu wujud dalam rumah tangga Islam adalah keseimbangan.Golongan yong beriman perlu bersungguh-sungguh untuk melahirkan keseimbangan ini kerana telah ramai golongan yang gugur dari jalan yang penuh keberkatan ini kerana gagal melahirkan keseimbangan dan mendidik keluarga menerima keseimbangan.Keseimbangan baik dari sudut mencernakan perancangan,mengelola pendidikan,peringkat tarbiah,dan sebagainya.


Di antara ciri wujudnya identiti rumah tangga Muslim ialah kewajipan berdakwah dan melaksanakannya di dalam rumah tangga itu.Ini bermaksud anggota rumah tangga (suami, isteri dan anak-anak) menjalankan usaha dakwah kepada teman-teman,saudara mara mahupun jiran tetangga.Isteri yang solehah perlu melalui proses pendidikan dan terus menerus mendidik dirinya sebagai pendakwah contoh kepada anggota keluarganya dan bersedia membantu suaminya secara sukarela walaupun terpaksa berpaut pada dahan yang rapuh demi melihat kebahagian keluarga di utamakan.Kesibukan di dalam kehidupan sehariannya biarlah berhubung kait dengan dakwah yang telah menjadi darah dagingnya.Anak-anak perlu dididik mengenai tanggungjawab dakwah.Mereka hendaklah disediakan untuk memikul tugas dakwah yang cukup berat ini.


Sebuah Harapan Kudus


Justeru itu,penulis sering monolog dalam diri merenung tentang perit jerih mereka yang terdahulu yang terpaksa berjuang berhabis-habisan untuk mempertahankan kebahagian rumahtangga,sekaligus mereka ini telah dianggap berjaya membawa obor-obor dan panji-panji Islam sebagai suri tauladan untuk generasi yang mendatang,penulis tegar mencabar diri yang dhaif ini untuk mencanang prioriti yang ditinggalkan untuk digarapkan dalam rumahtangga yang bakal dibina dari semaian benih-benih yang subur supaya kebahagian dapat bercambah biak dan didasari runtutan fitrah insani.Mungkin nampak seolah-olah penulis ‘bermimpi di siang hari’ kerana perjuangan membawa risalah dan dakwah menyelang mendasari rumahtangga yang ditinggalkan ini dari pewaris yang paling mulia di sisi Allah Taala Baginda Nabi Muhammad saw,merupakan perjuangan yang perlu menjual segala kemudahan dan keseronokan duniawi,sebuah perjuangan yang tidak kenal masa senang mahupun susah,perjuangan yang merentasi siang dan malam,perjuangan yang menongkah badai melanda,dan seterusnya ‘izzah yang di impikan dalam perjuangan dapat di hirup di penghujung jalan dakwah nanti.


“Demi Allah,tidak ada ganti yang lebih baik dari dia,yang beriman kepadaku saat semua orang ingkar,yang percaya kepadaku ketika semua mendustakan,yang mengorbankan semua hartanya saat semua berusaha mempertahankannya dan darinyalah aku mendapatkan keturunan”


Cinta sejati ini,adalah kemuncak rasa yang sukar dicapai.Pengorbanan dan ketabahan sebagai modal pokok ke arah pencapaiannya.Merentasi cabaran dan menyelami perasaan masing-masing (antara kedua-dua pasangan) akan menjelaskan nilai cinta murni yang suci dari penipuan dan khayalan bahkan penuh keinsafan dan tanggungjawab.Pendakian puncak ustaziatul alam mestilah melalui beberapa marhalah dan aqabah.Bait muslim sebagai marhalah kedua merupakan aqabah yang sukar di daki dengan penuh jaya dan gemilang.Ketabahan,kesabaran dan kebijaksanaan antara prinsip untuk berjaya.


Manusia wajib mencintai Allah, Rasul sesama mukmin sebagai teras pembinaan daulah Islamiah el Fadhilah.Tanpa cinta berperspektif Islam dunia akan binasa dan musnah dek kemarau nusrah dan hidayah Ilahi serta permusuhan manusia yang berpanjangan.Nilai cintalah,ummat menjadi satu dan ‘Izzah menjadi milik mereka.


“Ya Allah,bantulah hamba-Mu ini dalam memilih jalan yang di Muliakan oleh Mu”

ameen.

0 komentar:

Catat Ulasan

 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs
Topblogs @ iLuvislam

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal