PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Sabtu, Disember 13

Ilmu Diantara Misi dan Visi

Allah Taala berfirman;
Wahai sekalian jin dan manusia!Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami),maka cubalah kamu menembus keluar.Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami)
ar Rahman (55:33)


Allah Taala mengisyaratkan secara jelas kepada kita melalui lafaz “sultan” dalam ayat di atas memberi erti “kekuasaan”,bahawa penguasaan ilmu adalah asset yang paling bernilai dan utama bagi menguasai sesuatu bidang kehidupan di dunia ini.Secara tidak langsung,ia juga mengisyaratkan akan ilmu pengetahuan adalah faktor yang terkuat dalam menjadi perisai paling ampuh dalam diri manusia.

Penguasaan Ilmu Teras Masa depan

Islam menggalakkan umatnya supaya mempelajari dan menuntut ilmu pengetahuan dalam pelbagai lapangan dan bidang kerana ilmu memainkan peranan yang cukup penting dalam menentukan nilai sesuatu tamadun.Jatuh bangun sesebuah tamadun bergantung kuat pada dahan kebijaksanaan pengasas dan pengikutnya dalam menentukan hala tuju seni bina tamadun tersebut.

Nabi pernah bersabda;
Menuntut ilmu itu menjadi kewajipan kepada setiap orang Islam
(Hadith riwayat Muslim)

Selain itu Islam telah menggariskan ilmu sebagai neraca timbang dan batu ukur bagi menentukan jalan yang harus dipilih untuk menuju kebahagian di dunia dan di akhirat.Kecemerlangan ilmu juga memainkan peranan yang amat penting dalam menentukan nilai-nilai keperibadian seseorang individu yang mana akhirnya mengangkat taraf kehidupan masyarakat dan menjulang nama sesuatu bangsa,negara dan umat Islam secara umumnya.

Perlu diingat bahawa keagungan ilmu mengikut pandangan Islam dalam terokaan sejarah kebangkitan tamadun Islam semenjak zaman baginda saw dipandu oleh el Quran dan Sunah baginda Nabi saw bagi mencapai suatu tahap keilmuan cemerlang,dan terbilang bagi meneruskan kesinambungan dan tuntutan agama sepertimana yang disarankan supaya mempunyai sifat ikhlas,terbuka dalam menimba ilmu,dan bersedia berkongsi ilmu dalam memberi pandangan serta bersedia berlapang dada menerima pandangan orang lain.






[Gambar Kota Medina Azahara;dulu (atas) kini (bawah)]


Jika kita ingin mengembalikan sejarah keagungan umat Islam dalam sejarah zaman lampau,maka kita pada hari ini perlulah menguasai kepelbagaian ilmu.Ilmu-ilmu agama menjadi penyuluh hati,manakala ilmu-ilmu moden pula menjadi cahaya yang lahir dari ketakwaan hati yang disuluh dan pencerah minda yang berjaya mencanang segala bentuk strategi dalam menghadapi musuh-musuh agama.

Empayar islam di Andalusia yang diterokai oleh Khalifah Abdul Rahman ad Dakhili yang mula merangkap masuk ke bumi Andalusia pada tahun 755M adalah sebaik-baik contoh kebangkitan tamadun Islam dan ketinggian pusat kajian ilmu-ilmu Islam dalam pelbagai bidang.Pada zaman ini menjadi bukti hasil kebangkitan tamadun Islam yang gemilang itu,apabila telah berjaya melahirkan ramai sainstis dan pakar-pakar dalam penyelidikan,serta penemuan-penemuan di dalam pelbagai bidang bertaraf kelas pertama lagi berprestij seperti perubatan, botani, geografi, fizik, kimia, pembedahan, ahli matematik dan sebagainya.

Sebagai contoh,el Khawarizmi (770-840M) seorang tokoh ahli kaji bintang (astronomi) yang paling terkenal di dunia Islam ketika zaman kegemilangan beliau.Kemampuan tahap penguasaan ilmunya adalah tinggi dan berjaya meninggalkan karya-karya teragung dalam ilmu falak dan manusia pertama yang berjaya menentukan ukuran dan bentuk bulatan (sfera) bumi.




[Istana Hamra yang masih tersisa]

Ketamadunan yang telah terbina di bumi Andalus tersebut meninggalkan kesan teramat hebat,unik dan teliti susunannya.Ini semua dapat dilihat kebenarannya apabila kita meninjau jauh pada kesan-kesan tapak peninggalan sejarah yang terdapat pada hampir semua bangunan-bangunan lama yang masih kukuh berdiri seperti Istana el Hamra di Cardova.Lambang seni bina dan seni ukir yang halus pada zaman itu yang masih lagi utuh dan jelas serta membuktikan,pernah berlangsungnya suatu tamadun yang cukup hebat dan amat dihormati.Ini menunjukkan bahawa Islam tidak melarang umatnya menguasai ilmu moden khususnya ilmu sains dan teknologi.

Rentetan Kisah Sejarah

Kisah ini berlaku di antara Abdullah yang diutuskan oleh Khalifah Harun as Rasyid untuk mempersembahkan sebuah jam mekanikal ciptaan terbaru Negara Islam pada zaman tersebut kepada maharaja Jerman yang bernama Sharlaman di Bandar Aachen yang terletak di bawah jajahan empayar Jerman.Cerita ini telah diriwayatkan sendiri oleh Einhard,ahli sejarah istana Sharlaman yang turut sama menghadiri upacara penganugerahan dan kunjungan kehormat utusan kerajaan Islam Khalifah Harun ar Rasyid ketika itu.

Menurut fakta yang diceritakan sendiri oleh Einhard,keunikan dan kecanggihan jam mekanikal hasil ciptaan terbaru kerajaan Islam ialah kemampuan jam ini mengeluarkan bunyi penggera apabila setiap kali jarum jam ini melalui satu pusingan lengkap 12 jam.Bunyi tersebut adalah berbentuk gema seperti pukulan gong yang mana ianya terjadi dengan jatuhan 12 biji bebola besi yang diletakkan pada 12 lubang yang terdapat di dalam jam tersebut setiap kali tiba pada jam 12.Bebola-bebola besi ini akan jatuh dan menimpa kepingan logam atau tembaga nipis yang terletak di bahagian bawah jam dan mekanisma ini masih berlaku di dalam jam tersebut.Kesemua bebola besi,kepingan logam tembaga nipis dan gerigi jam yang berskala itu dicipta dengan cukup teliti bagi menghasilkan ketepatan waktu dan bunyi penggera.Menarik dari cerita ini,pada masa itu di Eropah masih lagi di zaman kegelapan dan belum lagi mengalami revolusi ilmu pengetahuan sebagaimana yang telah berlaku dengan pesat dalam empayar kerajaan Islam.

Oleh kerana orang-orang Eropah boleh dikatakan terpisah jauh sama sekali dari ilmu kemajuan sains dan teknologi seperti ini,maka apabila sahaja Maharaja Sharlaman yang sedang bersemayam di singgahsana menyaksikan ujikaji jam tersebut,secara tiba-tiba melompat turun dan lari bersembunyi di belakang takhta singgahsana sebaik sahaja mendengar degungan jam tersebut.Pada mulanya beliau menyangka jam itu dipengaruhi syaitan sehingga dapat berbunyi dengan sendiri.Tetapi setelah diberitahu perihal keadaan mekanikal jam tersebut,barulah beliau berani kembali ke singgahsana.Jadi dari cerita ini,maka jelaslah pada zaman tersebut merupakan era kegemilangan Islam yang tiada tandingan dari mana-mana benua,yang dapat mencipta sesuatu yang baru dan tidak terlintas oleh mereka yang tidak terdedah pada ilmu pengetahuan yang lengkap seperti ini.

Kecerdikan Ulama’ Silam Perlu Diwarisi

Lihatlah betapa tabah dan cerdik para cendikiawan dan para ilmuan Islam dalam mencernakan ilmu yang dipelajari untuk dicanang dalam kehidupan seharian, dengan berjaya mencipta pelbagai kemudahan untuk kegunaan manusia pada zaman tersebut.Betapa cekal dan sabar mereka melakukan ulangan serta kajian berterusan sehingga beratus-ratus kali percubaan eksperimen,dan tidak berputus asa walaupun ada kalanya mereka terpaksa menerima hakikat yang sedikit mengecewakan di akhir perjalanan.

Namun bagaimana pula kita melihat kesungguhan mahasiswa pada zaman ini,adakah sama dengan apa yang telah dipertontonkan oleh mereka?Jentik hati tanya iman.
Justeru itu,semangat dan perjuangan perlulah dimulakan pada saat ini.Terutama dikalangan para ilmuan,di mana mereka tidak perlu alpa,dan leka serta membuang masa dengan hanya berpeluk tubuh bagaikan ‘orang tidur disorokan bantal’ tanpa perlu berusaha mencari kelainan dalam memahatkan sejarah pada catatan diri sendiri yang bisa menjadi sebutan masyarakat disekeliling.Umat Islam perlulah berhenti menyalahkan orang lain sepanjang hidup mereka.Sikap inilah yang akan melemahkan kekuatan umat Islam itu sendiri serta membatutkan usaha-usaha untuk membangunkan kembali ketamadunan silam.Kerana sikap inilah juga akan mencetuskan perpecahan sesama mereka dengan berlaku perkara-perkara yang merugikan keseluruhan umat Islam.Inilah usaha-usaha yang telah ditabur oleh barat yang dirancang secara terperinci,halus dan rapi untuk melihat Islam terus ketinggalan dan luput dari sejarah kegemilangan terdahulu.Maka hendaklah umat Islam itu berubah secara keseluruhan dan sedar dari lamunan yang berpanjangan,dengan bangkit memberi sumbangan sosial, tenaga, buah fikiran, dan berkorban dalam satu barisan serta menggembleng arah tuju yang sama lagi mantap.Jalan-jalan inilah yang akan menyelamatkan mereka dari terjatuh ke dalam lubang-lubang kehinaan dan kemunduran yang telah diciptakan oleh pihak barat.

Kejatuhan Era Kegemilangan Tamadun Islam

Sejak kejatuhan pemerintahan Kerajaan Islam Uthmaniah secara rasminya kepada rejim yahudi Mustapha Kamal Attartuk pada tahun 1924M sehinggalah kini,bermakna sudah hampir 85 tahun umat Islam kehilangan arah tuju dalam erti kata yang sebenar,dan masih lagi di dalam kerabaan malam yang bersuluh malap mencari jalan pulang.”Bagaikan hilang tempat berpaut”,suatu ungkapan bidalan yang cukup sinonim dengan situasi sekarang,sesuai menggambarkan keadaan umat Islam selepas keruntuhan sistem pemerintahan terakhir umat Islam sejak dari zaman pemerintahan agung Baginda Nabi Muhammad saw.







[Kerajaan Uthmaniah dalam kenangan]



[Mustapha Kamal Attartuk]


Dalam kejatuhan yang tiada berpehujung,pihak barat telah mengaburi umat Islam dengan pelbagai usaha dan dakyah dalam usaha untuk memesongkan cara berfikir umat Islam,dan yang lebih jauh lagi memesongkan akidah yang tulen dengan menyogok fahaman sekular yang berkonsepkan pemisahan agama dari urusan kehidupan dan pemerintahan.Maka jelaslah,pihak barat telah berjaya memisahkan kebanyakan umat Islam dari mempunyai minat dan kesungguhan di dalam menguasai ilmu-ilmu Islam,sains dan teknologi.


Menghadapi cabaran barat seharusnya menjadi agenda utama umat Islam disamping tidak meninggalkan perkara-perkara penting yang lain.Bersatu di bawah satu matlamat bagi mendaulatkan Islam di bawah satu panji berlatarbelakangkan konsep Islamiah dalam kehidupan.Umat Islam perlu memperkasakan diri mereka dengan kepelbagaian ilmu dan kebolehan terutama yang berkait rapat dengan jalur lebar teknologi, penyiaran, bidang kejuruteraan, sains, biologi, bio-kimia, angkasa lepas (astronomi), dan sebagainya.Tanpa mengalpakan ilmu-ilmu yang lain yang terlebih utama,seperti ilmu-ilmu fardhu ain dan segala macam ilmu dalam agama yang berkaitan Fekah,Tafsir,Hadith,Bahasa Arab,dan sebagainya.Dengan peranan ilmu inilah yang akan menjadi pelita sebagai garis panduan kita menuju Allah Taala.

Umat Islam perlulah bergerak dalam satu garis panduan yang terancang dan bukan mengikut arus gelombang sentimen dan emosi,dengan meletakkan cernaan akal yang sihat dalam berfikir dihadapan sebelum melakukan sebarang tindakan agar apa-apa sahaja yang dilakukan tidak terbabas lantas merosakkan langkah-langkah perancangan yang seterusnya.Ingatlah kita adalah pencetus pada satu reformasi bersepadu dalam melahirkan generasi celik dan berfikiran matang di dalam menongkah arus perdana yang kian mencabar.Maka di sana,penguasaan ilmu yang mantap dan mengamalkannya dalam kehidupan adalah senjata paling ampuh untuk menangkis pancaroba yang datang menyerang bila-bila masa dan tempat.

“ILMU TANPA AMAL BAGAIKAN POKOK TANPA BUAH”


0 komentar:

Catat Ulasan

 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs
Topblogs @ iLuvislam

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal