Tuntutan Pada Ibadat Korban
Penulis sedikit termenung sambil berfikir untuk memilih tajuk artikel untuk diterbitkan pada ruangan blog ini,terdapat tiga tajuk utama yang siap penulis garapkan dan hanya menunggu masa untuk disiarkan,iaitu siri kedua sambungan “Erti Sebuah Pengorbanan”,“Siapa Insan Bernama Kekasih?”,dan “Ilmu Diantara Misi dan Visi”.Namun satu kiriman e-mail daripada seorang teman karib telah merubahkan tajuk pilihan di saat-saat akhir,“Hikmah Korban Tanda Pengabdian” berjaya penulis hasilkan dan menjadi single tajuk artikel kali ini.Kejayaan menerbitkan artikel ini dan tiga lagi artikel yang menunggu,adalah yang terakhir sebelum ditangguh pada suatu masa yang ditentukan bagi memberi laluan kepada penulis merangka persedian secara tersusun untuk menghadapi peperiksaan semester ketiga awal tahun hadapan.
Eiduladha merupakan perayaan yang sangat istimewa dalam syariat Islam.Keistimewaan ini merangkumi dua tuntutan ibadat besar yang dilaksanakan secara serentak diseluruh dunia iaitu;
Pertama;
Di tanah suci Mekah dilaksanakan ibadat haji.Pada tanggal 9 Dzulhijjah berjuta-juta umat Islam menyempurnakan ibadat haji dengan berwukuf di padang Arafah,tawaf di kabah,dan melontar jamrah.Walaupun di padang Arafah matahari panas terik memayungi bagaikan bumbung tiada hujung,berjuta-juta manusia dari pelbagai negara,bangsa,dan bahasa berkumpul bagi menyahut seruan suci Ilahi dengan memperagakan pakaian yang sama,dengan tujuan yang sama iaitu mengabdikan diri pada Allah Taala.Lambang ibadat haji juga merupakan perhimpunan besar tahunan yang disyariatkan oleh Allah dalam bentuk penuh perpaduan dengan meninggalkan kesan dalam mengikat sebuah kesatuan umat yang besar melalui pegangan akidah satu,bukannya melalui diskriminasi bangsa,dan sogokan material.Inilah asas perpaduan yang utuh telah dipraktikkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad saw yang berjaya menegakkan sebuah Negara Islam pertama di Madinah.
Kedua:
Seluruh umat Islam disegenap corok rantau dunia bermula pada Hari Arafah sehingga tamat Hari Tasyrik mengumandang gema takbir,tahlil dan tahmid dengan suara penuh semangat dan yakin dalam memberi ikrar bahawa tiada tuhan yang berhak disembah,dipatuhi dan ditakuti melainkan Allah Taala.
Pengabdian diri kepada Allah Taala mestilah diterjemahkan melalui pelaksanaan syariat Allah yang terkandung pada dua sumber utama iaitu el Quran dan Hadith.Kita perlu sedar,tercetusnya pelbagai isu dan masalah dalam masyarakat pada hari ini seperti peningkatan jenayah dalam rumahtangga,bunuh,rogol,penagihan dadah,penyakit HIV,rasuah,pecah amanah dan sebagainya lahir daripada kurangnya penghayatan secara menyeluruh pada tuntutan syara’.
Allah Taala berfirman;
“Sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya pada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan menginkari sebahagian yang lain dan tiadalah balasan bagi orang berbuat sedemikian itu melainkan kehinaan ketika hidup di dunia,dan pada hari kiamat kelak akan diletakkan mereka itu pada azab seksaan yang teramat sangat,dan (ingatlah) Allah Taala tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu kerjakan”
el Baqarah (2:85)
Belia Jiwa Terdidik dan Tarbiah
Dalam usaha untuk meninggalkan gejala yang tidak sihat tersebut,maka mencegahnya terlebih dahulu adalah cara terbaik dari menerima rawatan kemudiannya kerana kesan kotoran degil pada hati belum tentu akan bersih keseluruhannya tanpa kesungguhan mantap lahir pada diri sendiri untuk terus meluturkan kesannya secara kolektif dan berterusan.Keadah dan cara mencegah anasir-anasir buruk tersebut dari terus meruncing berleluasa,maka penerapan nilai-nilai murni dalam agama perlu ditanam dan diterapkan jauh ke dasar dalam hati manusia.Pendidikan dan pentarbiahan dikalangan anak-anak muda perlu digiatkan dari saat ke saat,kerana sudah pasti lenturan pada hatinya cukup mudah dibentuk dan masih dianggap fleksibel.Peranan dan tanggunjawab generasi muda yang terdidik dengan ilmu pengetahuan amat mustahak di era yang penuh mehnah dan tribulasi dunia yang tidak beradar,dan ianya merupakan pra-syarat ke arah mencapai sebuah keluarga,masyarakat dan negara yang kukuh dan harmoni.
Bagi memperkasakan para remaja dan belia yang cemerlang lagi mampu menyumbang pada kebaikan diri,secara tidak langsung pada kekuatan sesebuah negara maka hendaklah mencari mutiara-mutiara yang telah ditinggalkan generasi terdahulu dalam memartabatkan Islam di mata dunia:
1)Mempertingkatkan penguasaan ilmu pengetahuan dalam setiap lapangan dan bidang yang boleh menjamin kejayaan,baik bidang ilmu fardhu ain mahupun ilmu fardhu kifayat.
2)Tingkatkan kemahiran dan penguasaan dalam bidang pekerjaan yang dicuburi supaya hasil dan produk kerja mencapai tahap kualiti yang diterima masyarakat sama ada diperingkat negara mahupun antarabangsa.
3)Sentiasa menjaga dan memelihara diri dari terlibat dalam mana-mana gejala tidak sihat yang boleh menjatuhkan maruah diri,keluarga,masyarakat dan Negara menerusi usaha pengukuhan iman dan taqwa kepada Allah Taala.
4)Memperbanyakan usaha membaca pelbagai sumber ilmu pengetahuan kerana dengan itu ilmu sentiasa bertambah,kebijaksanaan sentiasa meningkat dan ketaqwaan sentiasa dijaga dan terpelihara.
Pemimpin Berjiwa Hamba
Justeru itu,kesabaran,ketabahan,dan keberanian adalah sifat yang semestinya menjadi perhiasan harian pada diri seseorang pemimpin dalam menempuh setiap rintangan dan halangan serta mencernakan suatu keputusan yang adil untuk didengar mereka yang dipimpin.Baik buruk sesuatu umat itu bergantung pada ciri-ciri kepimpinan yang ditonjolkan oleh pemimpin untuk ditauladani dan dipatuhi bukan pada banyaknya khazanah hasil bumi di tanah jajahan pentadbirannya.
Allah Taala berfirman;
“Wahai orang-orang yang beriman,taatlah kamu kepada Allah,dan taatlah kamu kepada Rasul,dan kepada pemimpin dari kalangan kamu.Kemudian jika kamu berbantah-bantah dalam sesuatu perkara maka hendaklah kamu kembali kepada Allah (el Quran) dan Rasul (sunah) jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kiamat.Demikian itu adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya”
An Nisa’ (4:59)
0 komentar:
Catat Ulasan