Ikatan Batin Bertaut
“Enta sudah hubungi keluarga di Malaysia sepanjang minggu ini?” Sapa penulis menyentak lembut lamunan jauh seorang teman.
“Belum lagi” Jawabnya bernada malas.
“Bila kali terakhir enta berhubung dengan mereka?” Penulis cuba dapatkan kepastian di sebalik tindak balas yang diberikan.
“Eerm…Rasanya sudah hampir dua bulan” Suara yang keluar seolah-olah dipaksa sambil mengukir senyuman sinis.
Sebelum sulur cahaya fajar mekar,penulis harus bertolak ke Hayyul Sabe’ untuk bertemu teman-teman di sana bagi meneruskan perjumpaan mingguan. Sambil mencapai beg bimbit di atas meja, penulis bergerak ke arah pintu utama di ruang tamu. Mesti sampai tepat pada waktunya, menjadi suatu prinsip hidup yang perlu dilunaskan walaupun di saat ini, dibuai mimpi semalam merupakan pilihan pertama mereka yang sudah berhempas pulas selama enam hari dalam seminggu untuk berehat sepenuh masa tanpa ada gangguan luar. Namun penulis,masih tidak berpuas hati dengan kata-kata yang dilantunkan teman serumah tadi, masih lagi tergiang-giang di telinga. Mahu sahaja,bersembang panjang dengannya tanpa mempedulikan kesejukan pagi di Kota Kaherah yang mula menampakkan kabus tebal.
Masih lagi teringat pada pesanan ibunda dan ayahanda di kampung halaman,penulis tidak pernah lupakan mereka di saat mereka sanggup mengadaikan harta dan kekuatan tenaga demi mencari sumber rezeki yang halal untuk menyekolahkan adik-adik dan membiayai kos pengajian penulis di sini.
“Apakah wajar di saat mereka memerlukan seusai luapan suara keluar dari mulut seorang anak,hanya tidak lain dan bukan adalah untuk mengubat kerinduan mereka di sana,patutkah memperlakukan hal sedemikian tanpa memberi alasan yang kuat?”Penulis monolog dalam diri sambil menderak langkah semangat meredah kabus tebal di hadapan.
Mungkin sahaja ada diantara kita,bersenang-senangan di sini dengan segala macam bentuk kegiatan yang mungkin berupa sesuatu yang bisa memberi kebaikan pada diri,mahupun yang lebih parah hanya mensia-siakan harapan mereka yang mendoakan seribu tuah mengiringi kita berpergian pasrah meninggalkan kampung halaman,dan tanah air pada suatu saat dahulu demi masa depan kita dan pasti mereka juga kelak.Mungkin juga di saat kita senang sahaja menghabiskan sumber pencarian mereka di sini,sedangkan mereka pula bersusah payah membekalkan semampu yang boleh duit kepada kita walaupun senyuman di hari-hari sepanjang hidupnya diukir semata-mata bagi menyorok kepenatan mereka dari pengetahuan kita.
Penulis menghela nafas perlahan-lahan sambil mengerut dahi bermimit sendu di muka,memerhatikan jam di tangan di saat bas menderai memecah kesunyian di pagi hari cuti minggu.
Hakikat Hidup Seorang Anak
Sesungguhnya anak-anak merupakan anugerah dan amanah dari Ilahi yang cukup berharga kepada ibu bapa,yang perlu dijaga dan dipelihara dengan sempurna bagi memastikan keselamatan mereka di dunia dan di akhirat.Amanah ini akan ditanya oleh Allah Taala di akhirat nanti.Apakah kita telah menunaikan amanah ini sabaik-baiknya ataupun kita mengkhianatinya?
Justeru itu Islam tampil sebagai model terbaik memberi bimbingan dan panduan kepada manusia dalam melahirkan sebuah keluarga bahagia dan dihormati serta yang paling penting diredhai oleh Allah Taala.Maka pada catatan artikel pada kali ini,penulis cuba untuk mengajak sekali lagi para sahabat dan pembaca sekalian untuk menghayati penting anak yang soleh kepada ibu bapa sebagai kesinambunagan semulajadi bagi melahirkan zuriat dan keturunan yang soleh dan solehah.
Institusi keluarga merupakan asas pembinaan masyarakat.Maju dan bahagia sesebuah masyarakat bergantung pada keluarga yang berkualiti.Maka syariat Islam menjadikan perkahwinan sebagai suatu peraturan yang perlu dihayati,demi menjaga kerukunan hidup berumahtangga.
Allah Taala berfirman;
“Dan diantara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya,bahawa Dia telah menciptakan untuk kamu (wahai lelaki) isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan mesra dengannya.Dan dijadikan diantara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belah kasihan.Sesungguhnya yang demikian itu,mengandungi keterangan bagi mereka yang berpengetahuan”
Islam adalah agama yang mementingkan hubungan kasih sayang.Kasih sayang adalah fitrah semulajadi yang berkekalan di dalam naluri setiap manusia.Ini bererti kasih sayang tidak mengenal masa,jarak,tempat kedudukan dan pangkat.Oleh itu,Allah Taala meletakkan syarat untuk memperolehi rahmat-Nya adalah dengan berkasih sayang sesama manusia.
Nabi pernah bersabda;
Maka jelaslah melalui hadith di atas,sesiapa yang inginkan kasih sayang Allah Taala semestinya menempah tiket,hanya membayarnya dengan cara jalinan kasih sayang sesama manusia dan senantiasa memelihara talian persaudaraan.Sifat kasih sayang amat penting,dan begitulah yang ditegaskan dalam Islam,khususnya dalam pembinaan sebuah keluarga bahagia.Demi memperolehi kasih sayang dalam kehidupan,sesebuah rumahtangga itu perlu menjalinkan hubungan harmoni diantara seluruh anggota keluarga dengan sentiasa kasih mengasihi,dan saling hormat menghormati antara satu dan lain.Semua pihak perlu tahu akan peranan dan tanggunjawab yang mesti dilaksanakan.Terdapat beberapa faktor yang dapat melahirkan dan menyuburkan kasih sayang dalam pembinaan sebuah keluarga bahagia,ini adalah dinyatakan sepertimana berikut:
1)Hubungan yang baik diantara suami isteri.
Namun,penulis ingin cuba menghuraikan secara panjang lebar asas pembinaan keluarga yang madani melalui hubungan yang baik diantara anak-anak dan kedua ibu bapa.Sepertimana galakan yang disuruh dalam Islam kepada ibu bapa supaya mengasihi anak-anak,maka di sana akan lahirlah keterikatan yang tulus ketikamana anak-anak juga mengasihi kedua ibu bapa tanpa berbelah bahagi.Penghargaan kepada ibu bapa adalah sumbangan sosial yang tiada tolok bandingan nilainya di sisi Allah Taala.Terdapat masyarakat Islam yang menggangap memelihara dan menjaga kebajikan kedua ibu bapa bukan suatu tanggunjawab penting.
Allah Taala berfirman;
Sebagai seorang anak,mereka seharusnya menunjukkan suatu sikap yang baik dan sentiasa bersyukur kerana dikurniankan ibu bapa yang sanggup bersusah payah membesar,memberi pendidikan,dan menjaga kebajikan sepanjang hayat kita bergelar seorang anak dibawah jagaan mereka,apatah lagi sikap ini amat diperlukan oleh mereka ketika hari tua mereka kelak.Maka di sana menjadi kewajipan kepada anak-anak untuk menyediakan waktu khusus bagi memenuhi keperluan ibu bapa seperti makan dan minum,pakaian,perubatan,dan paling penting kesanggupan kita berada di sisi mereka tatkala mereka mendambakan sebuah kasih sayang seorang anak yang soleh dan solehah.
Sesungguhnya jasa,dan pengorbanan mereka kepada kita ketika hari muda mereka tersangatlah banyak walaupun kita berusaha memberi kebahagian harta benda yang bertimbun-timbun untuk mereka,belum tentu lagi ianya setimpal dengan apa yang telah mereka curahkan,bahkan penilaian Allah Taala akan setiap amalan anak adam adalah berbeza merangkumi segala macam aspek dan krateria sebelum menganjari mereka dengan pahala sebagai saham di akhirat nanti.
Allah Taala berfirman;
Oleh itu,janganlah kita leka dan alpa dengan tugas seharian,untuk seketika peruntukan masa untuk mereka merasai kasih sayang seorang anak hasil didikan dan peliharaan mereka selama ini,lebih-lebih lagi setelah mereka dijemput oleh Allah Taala.Maka di situlah ketaatan dan kasih sayang seorang anak akan teruji,pasti kepatuhan dan kebajikan kita kepada mereka berbeza apabila keadaan dan alam juga berubah,diantara kepatuhan semasa hidup dan mati mereka.Sebagai anak yang soleh dan solehah.semestinya doa menjadi wasilah perhubungan yang terbaik dalam memberi ketaatan dan kasih sayang yang berpanjangan walaupun berada pada dua alam yang berbeza.
Allah Taala berfirman;
el Isra' (17:24)
Pengorbanan seorang insan yang bergelar ibu,tidak boleh dinilai dengan wang ringgit atau harta benda.Segala kesusaha semenjak dia terpaksa menanggung rasa penat semasa hamil,dan rasa sakit di saat melahirkan anak adalah suatu bentuk pengorbanan yang tiada tolok bandingan dan sukar untuk digambarkan.Namun Allah Taala sangat adil,si ibu akan mengukir senyuman yang berpanjangan setelah mendengar tanggisan seorang anak yang telah dikandungnya selama sembilan bulan,selamat dilahirkan ke dunia ini.
Nabi bersabda;
Sejarah Sebuah Pengorbanan
Perayaan ‘Eiduladha yang disambut setiap tahun bermula pada tanggal 10 Dzulhijjah menyingkap seribu satu kenangan yang sepatutnya kita mengkaji dan mempunyai perasaan ingin tahu di sebalik pensyariatan ibadah korban ini.Ketahuilah,di sana terdapat isyarat yang jelas daripada Allah Taala akan keperluan berkorban masa,tenaga dan harta benda demi agama Allah Taala.Tanpa pengorbanan dalam agama,buah fikiran dan harta benda,tidak mungkin syariat Allah dapat ditegakkan.
Allah Taala berfirman;
)
0 komentar:
Catat Ulasan