PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Politik dan Isu Semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Politik dan Isu Semasa. Papar semua catatan

Khamis, Februari 3

Runtuh Kekebalan Mubarak Di Bumi Barakah

Dr. Yussof Qardhawi isytiharkan para mujahid ini sebagai syahid di jalan Allah








PERASAAN sama saya lahirkan setiap kali melalui sebuah kedai roti dan kek di hadapan maktabah kitab; kagum, terharu, dan terpesona. Kaki melangkah pergi dan pulang dari masjid akan menarik mata melihat satu sudut yang sedikit menyorok dari sisi kanan masjid dari jihat (arah) selatan rumah sewa saya. Lima hari kebelakangan ini kami perlu kuat bertahan. Nyahkan sebarang konspirasi luaran dan dalaman.

Hari ini ternyata satu gambar yang dipasang entah dari bila lagi, yang pasti ketika saya mula ‘dilahirkan’ di kawasan Medan Jaisyun, Abbasia sosok tubuh dan penampilannya tetap utuh di bawah keterikan panas, kini sudah pun terhumban ke tanah. Baru saya sedar gelombang masyarakat setempat sungguh luar biasa, amarah mereka bukan sebarangan untuk dipermainkan. Bukan semudah tendangan bola ke jaring gol. Kini tahap bahang kepanasannya sudah sampai melurahkan lava dahsyat, Merapi ada hadnya, tapi tidak pada perasaannya.

Hosni Mubarak kini lemas di lautan buatan sendiri.

Demotrasi, mogok diadakan untuk memprotes kenaikan harga barang yang mendadak, dan desakan perletakkan jawatan Presiden Hosni Mubarak selepas 30 tahun memerintah secara kuku besi, diktaktor. Pemerintahannya tidak ubah seperti yang dilalui rakyat sejak awal kemerdekaan dahulu, bermula daripada rejim Jamal abdul Naser, dan Anwar Sadat... rakyatnya seolah-seolah dinafikan hak demokrasi.

Sepanjang tempoh tersebut, banyak rusuhan berlaku di setiap penjuru negara terutama di ibu negara; Kaherah, tempat abi bermaustautin sekarang. Angka kematian terus dicatat, ianya cukup tragis untuk dilalui di sebuah negara yang jauh ketinggalan dalam sistem pentadbiran dan kemudahan teknologi. Penangkapan beramai-ramai tercetus terutama ke atas mereka yang masih didiami ruh jihad Ikhwanul Muslimin (IM).

Begitu hendaknya berlaku pada talian internet, diputuskan, untuk meredakan sedikit kebangkitan api amarah rakyat golongan intelek melalui medium facebook, twitter, myspace, website dan weblog yang mana dapat diakses maklumat dengan cepat, dan tepat.

Hilangnya sebuah demokrasi, yang tinggal para korupsi.
Teruskan Pembacaan>>>

Rabu, Oktober 27

Jangan Disimbah Minyak Tanah Pada Api






WALAUPUN saya seorang lelaki, tidak bertudung labuh... namun saya rasa MALU bila anak gadis bertudung berseluar jeans ketat dan bert-shirt potongan badan melintas depan mata. MALU juga bila ibu-ibu berblaus cantik memakai tudung singkat mendedahkan dada mereka. MALU bila wanita berkerjaya terlalu obses dengan penampilan bergaya. Terlampau MALU mempunyai 'First Lady' penaung generasi berpakaian terlodeh ini.






HarakahDaily semalam mendedahkan setiap rakyat Malaysia menanggung hutang negara setiap seorang RM14 ribu. Kasihan anak-anak muda yang baru menabung duit untuk kegunaan masa depan, dibebani 'hutang' hasil kebijaksanaan kerajaan yang memerintah. Bagaimana pula wajah penduduk terutama pelapis negara untuk lima tahun akan datang, yang lahir selepas era Kelab Malam dan Spa berlesen? Ngeri memikirkannya.
Teruskan Pembacaan>>>

Isnin, September 13

Membetulkan Persepsi Terhadap Isu Semasa







BANYAK hal yang telah merubah cara berfikir dan berpersepsi saya selepas mengalami tarbiyah islami dan konvensional secara bertapis, berlapik di sebuah sekolah menengah agama di kelantan; Maahad Muhammadi lil-Banin (MML). Kalau dulu saya seorang pendiam, suka menghabiskan masa seorang diri, serasa dunia ini sempit tiada lagi jalan untuk saya berpotensi. Kejayaan yang dikecapi di lapangan peperiksaan, tidak pula suatu kebanggaan kerana semua telah disempitkan.

Oleh itu, saya rasa tiada apa yang bisa dikongsi kerana dari low thinking tadi menyebabkan saya pesimis terhadap keadaan sekeliling. Belajar, makan, berjalan lebih suka melakukan sendiri, tiada berteman hinggalah bersosial pun saya lebih suka memilih untuk berkurung di dalam bilik. Apatah lagi untuk menegur seorang perempuan tidak dikenali, hatta kawan sekelas ataupun menjawab sapaan, lebih malu daripada seorang wanita perawan.

Maka saya dapati diri masih terkurung dengan paradigma lama, tidak boleh berpersepsi dengan baik. Apabila diri sedikit berubah hasil daripada tarbiyah tadi, barulah saya dapat menerima beberapa perkara yang dipinggirkan sebelumnya seperti kemahiran berkomunikasi, berfikir secara kreatif dan kritis, pemikiran tersusun dan terpandu.

Apabila tersedar, rupa-rupanya bila kita tersilap dalam menentukan hala tuju persepsi kita baik melibatkan masalah hukum semasa (Qodhaya Fiqhiyah Muasoroh), sosial, politik, dan isu-isu semasa, maka akan mengundang banyak masalah. Kita tidak mahu timbul istilah baru seperti mana telah dicetuskan oleh Sisters In Islam (SIS), dan beberapa badan NGO yang tidak berpuas hati dengan tafsiran al-Quran yang telah dibuat bertahun-tahun lama oleh para ulama’ yang mu’tabar. Kita juga tidak mahu seorang pemimpin yang memperlekehkan hukum Allah, hingga mengatakan hudud tidak sesuai di era ini.

Begitu juga masalah kritikal seperti isu Palestin yang sudah berlarutan sekian lama. Kesan terbesar daripada masalah ini ialah kepada orang awam yang lebih suka menyuap apa-apa yang dirasakan betul terus ke dalam mulut.

Manusia melihat apa yang dia mahu lihat dan siapa dirinya menentukan bagaimana dia melihat. Benar, ianya sudah pasti berkaitan paradigma dan persepsi kita dalam menilai sesuatu. Mungkin orang berpengaruh akan menggunakan persepsi dangkal untuk kepentingan kantung politik, dan parti masing-masing demi sebuah kuasa... tiada lagi pertimbangan akal sihat dan syariat.

ISU PALESTIN

Baru-baru ini kita telah dikejutkan dengan serangan tentera Israel terhadapat kumpulan bantuan kemanusia yang menuju ke GAZA dengan enam buah kapal laut yang sarat muatan makanan, alatan perubatan untuk disalurkan kepada rakyat Palestin. Malah muatan tersebut dirampas, manakala beberapa sukarelawan asing, terumata dari Turki mati syahid angkara tembakan membuta-tuli. Kita semua merasa sedih.

Tidak kira di mana jua umat Islam berada di seluruh dunia menyatakan bantahan masing-masing. Bendera Israel dibakar, demonstrasi dilakukan di kedutaan Amerika dengan laungan ‘maut’. Barangan buatan Amerika dan Israel dibaikot (walaupun ada sesetengah tidak tahu, bahkan lebih ramai) habis-habisan. Ianya berlaku selepas melihat inilah usaha terbesar selepas jihad al-Qital hampir mustahil berlaku, persepsi kita menentukan tindakan tersebut.

Saya tidak menolak sinis apa yang telah diusahakan, kalian berhak melakukan, tapi hasilnya bagaimana pula? Boikot, bakar bendera tidak merugikan apa-apa bagi melahirkan ketakutan kepada Amerika dan Israel. Ekonomi mereka tetap utuh, kekuatan mereka majin bertambah. Justeru, apa yang ingin saya sampaikan di sini ialah kita cuba mengubah paradigma dan persepsi dengan melihat isu ini dari kaca mata Islam.

Bagaimana?

Melihat isu Palestin sebagai isu kemanusiaan banyak manfaatnya, namun seperti yang kita dapat lihat ramai pula yang seakan-akan meminggirkannya sebagai isu agama. Hingga kita pula seolah-olah lupa keperluan terpenting dalam mendepani zionis dan kuncu-kuncunya.

Semasa sedang marak kesedaran untuk menunjukkan penentangan kepada musuh-musuh Islam ini, seruan perbaiki taqwa dan melengkapkan diri dengan ciri mukmin jarang disebut, terus terpinggir. Sedang, bagaimana mahu menang jika kita hanya menyiapkan strategi luaran walhal dalaman haru-biru. Benar inilah, Syarat kemenangan pembinaan tamadun Islam yang kita maklum dari berabad kurun menurut sirah salaf. Ringkas, semua aspek perlu berjalan serentak. Keutamaan tidak menafikan peranan.

Tanpa menolak perlunya DEMONSTRASI (beradab), BAKAR BENDERA dan BOIKOT dalam menzahirkan kepedulian kita kepada nasib saudara-saudara kita di Palestin... kembali kepada Islam sebenar tetap merupakan faktor terbesar untuk mengembalikan kemenangan umat Islam sejagat.

Bak mencantas lalang, tidak mencukupi dengan menebas bahagian yang tumbuh di atas tanah sahaja tetapi akarnya juga wajib dan patut dibuang.

Kita hanya menang sorak.

Di saat tentera zionis membantai umat Islam, apakah kita masih berjihad menentang hawa nafsu? Ketahuilah selagi kita masih bernyawa, selagi itulah JIHAD NAFSU tidak akan berakhir, sedangkan JIHAD SENJATA (al-Qital) hanya pada waktu tertentu dan tempat tertentu.

Kelemahan umat Islam ialah strategi yang terlalu konvensional sambil menunggu ketibaan burung Ababil untuk menjatuhkan batu-batu berapi bagi menghancurkan Israel. Kita percayakan kuasa Allah Taala, namun usaha kita biarlah adil pada keadaan. Berdoa tanpa usaha pada perubahan diri, saya lihat ianya hanya sia-sia belaka.

Semua yang skeptik untuk berdemonstrasi dan boikot itu bukan kerana tidak sayangkan agama dan saudara seagama tetapi kerana umat Islam seharusnya boleh melakukan lebih hebat dari itu cuma akal dan minda tertutup oleh emosi dan sentimen.
Bangkitlah wahai jiwa kental, kembalikan iman pada tahap tertinggi.

ISU SOSIAL

Masalah terbesar umat Islam di Malaysia gagal meruntuhkan berhala besar di dalam hati setiap manusia yang bernama Melayu. Gejala sosial tidak sihat tidak lagi dikira satu agenda besar dalam perancangan pembangunan modal insan. Cintakan dunia disuburkan saban masa. Tidak hairanlah setiap hari ada sahaja berita menyesakkan dada dipaparkan.

Lihat sahaja jenayah zina, rogol, buang anak, isu-isu dadah seolah-olah tidak berkesudahan. Saya tergamam seketika mendengar perbualan beberapa remaja belasan tahun ketika di tanah air dahulu, membuatkan saya hilang rasa hairan tentang peningkatan jenayah zina di kalangan pelajar sekolah. Bayi ditanam hidup-hidup telah mengembalikan era jahiliyyah Umar al-Khattab sebelum keislamannya. Isu al-Marhumah adik Safiyah Humairah masih hangat di dada-dada akhbar tempatan.

Pornografi, dadah, hiburan tanpa sempadan merupakan alat mengerakkan boneka-boneka umat ini. Aurat wanita yang terdedah seolah-olah menjadi kelaziman, semakin lama, semakin terdedah, seakan-akan perlumbaan menuju ke neraka, beratur dengan penuh sesak. Bila pandang mereka yang istiqamah berada di sof menuju ke syurga boleh dibilang sahaja.

Bagaimana pula 5-10 tahun akan datang? Tiada lagi rasa malu, hilang status dan gender yang disandang kerana mahupun engkau lelaki atau perempuan, tiada apa yang membedakan kita.

Allah Taala berfirman;

Bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa-apa yang dialami oleh sesuatu kaum sehinggalah mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka” ar-Ra’d (13:11)

Tidak yang ramai isu dan masalah ini mengikut persepsi betul. Ubah manusia itu juga bukan ubah muka, warna rambut atau ubah warna mata. Ubah manusia itu adalah mengubah unsur utama yang membentuk tindakan manusia iaitu nafsu, akal dan hati manusia. Jelas firman Allah Taala di atas, perubahan hanya akan berlaku apabila kita bertindak mengubah faktor manusia.

MEMAHAMI MAQASED SYARIAH

Baru semalam pihak polis mengesahkan jutawan kosmetik terkenal tanah air; Allahyarhamah Sosilawati Lawiya dan empat orang lagi bersamanya dibunuh dan dibakar secara kejam. Pakar forensik membutirkan laporan lengkap melalui DNA dilakukan ke atas bangkai mayat dan debu di tempat kejadian. Sungguh tragis pengakiran yang perlu di hadapi oleh mereka, dan tiada siapa sangka hatta ahli keluarga terdekat mereka pergi dengan cara sedemikian.

Ramai di kalangan intelektual akan berbincang sesama mereka kaedah dan cara lebih relevan untuk menangani masalah sosial kritikal, solusi demi solusi dicadangkan, dibahaskan.

Sebenarnya kalau kita fahami apa itu maqasid syariah secara umum, kita boleh buat kesimpulan dan kompetensi apabila kita melihat dari sudut pelbagai termasuk politik, kerana hanya satu sahaja kita ingin capai iaitu kemaslahatan dengan tidak meninggalkan nas naqli di samping aqli sebagai penyokong.

Mungkin ramai yang masih keliru soal hudud, pelaksanaan dan relevan dilaksanakan dalam masyarakat majmuk. Mungkin di sana ada pelbagai cadangan, pandangan dan luahan dibuat baik di kalangan agamawan, cendikiawan, para intelek dan arang awam juga turut sama diajak untuk berpandangan.

Biarpun siapa, dan apa cadangan sekalipun, maka sudah tentu di sana setiap orang akan melihat pada maslahat sejagat, bukan hanya pada kepentingan peribadi atau mana-mana parti politik.

Bukan soal hudud dilaksanakan atau tidak bukan isu utama, tapi kaedah dan tindakan yang baik lahir daripada idea yang baik. Polisi bukan fatwa atau qadha’, justeru ia terbuka kepada check and balance yang sama seperti polisi yang lain. Apa yang kita mahu ialah menterjemahkan konsep-konsep yang ada dalam Islam seperti azimah, rukhsah, darurat dan cabang-cabangnya diolah menjadi polisi yang boleh diimplimentasikan secara standard, kena dengan keadaan semasa.

KESIMPULAN

Penyakit umat Islam khususnya muda mudi masa kini makin tenat, telah berada di peringkat lima.. paras kritikal. Tiada lagi rasa bersalah dan tersalah apabila terjebak ke dalam kancah maksiat dan sosial bebas. Hakikat ‘sakitnya’ majoriti umat ini adalah kesan dari apa yang telah Yahudi hidangkan, sediakan sepanjang tempoh yang menyedihkan ini. Sasaran mereka, tentu sekali golongan anak muda. hasil kerja mereka? lihatlah di sekeliling kita. Kajilah sejarah jatuh-bangun islam,nescaya kita akan menyedarinya. Tarbiyah adalah ubat yang mujarab untuk merawat sakit umat ini.

Memandang dunia sebagai ladang, maka dunia adalah masa bekerja. Akhiratlah kampung kerehatan untuk jiwa-jiwa yang percaya kepada-Nya. Inilah yang mampu menggerakkan seorang manusia, menolak dirinya untuk mengisi kehidupannya dengan sesuatu yang bermakna buat dirinya, dan juga orang lain.

Masa yang lapang kalau tidak diisi dengan sesuatu yang menuju cinta Allah lantas akan diisi dengan bisikan syaitan dan syahwat untuk melakukan sesuatu dosa dan lalai serta menjauhkan diri dari Sang Pencipta. Hilanglah sebuah tarbiyah yang dilalui tadi, hilang ditelan kehendak nafsu sendiri. Apa salah ketika ini kita berdemonstrasi meruntuhkan berhala-berhala di dalam diri yang lebih halus dan merbahaya. Mampu membunuh dalam senyap.


Teruskan Pembacaan>>>

Ahad, September 12

Kepekaan Yang Dibius






MALAYSIA tanah air ku tercinta, setiap masa saban tahun negara mengalami revolusi dari struktur pembangunan dan pentadbiran. Kemampuan negara bersaing dengan negara maju lain dianggap sebaris dan boleh menghasilkan sumber ekonomi sendiri berkelas antarabangsa. Namun di balik kemajuan yang menjadi kebanggaan semua, negara kita juga terpalit dengan isu sosial yang cukup hebat. Tanpa pengawalan dan penerapan nilai murni, kemajuan tadi begitu pesat bersaing dengan keruntuhan moral di kalangan masyarakat, hingga pada suatu masa masyarakat dilihat hilang sensetiviti kepada merebaknya penyakit sosial yang berkudis ini.

Kalau dijadikan bahan perbandingan, penyakit berkudis ini bisa membawa kepada kematian dan lebih parah boleh berjangkit dengan sesiapa sahaja yang kurang anti-biososial ini, berupa iman. Kes berprofil tinggi dilaporkan sejak seminggu dahulu, kehilangan jutawan kosmetik bersama tiga orang lain yang dikaitkan kes pembunuhan semalam. Pedih dan sedih menatap akhbar harian bernama, sungguh memalukan. Tanyalah, siapa sepatutnya dipersalahkan... sedangkan undang-undang telah pun diwartakan namun masih tidak menimbulkan kegerunan di kalangan rakyat, mana puncanya kalau bukan kerana sistem yang ada tidak memenuhi piawaian fitrah manusia.

Oh Malaysia ku, Allah Taala jua tempat mengadu...


Teruskan Pembacaan>>>

Khamis, September 2

Apabila Isteri Fail Nafkah Di Mahkamah





BAGAIMANA kebahagian sebuah keluarga apabila temberang sebenar pasangan diketahui? Pening kepala saya memikirkan masalah mereka di tengah-tengah pencarian malam al-Qadr. Mereka tak fikir bulan puasa ni, kecoh-kecoh cari pasal buat apa. Lupa akan keberkatan Ramadhan, puasa pula hanya memenuhi syarat wajib sebagai seorang muslim yang aqil dan baligh. Kadang-kadang isteri berada di sebelah pihak yang benar, suami pula tanpa segan silu menegakkan benang yang basah.

Dulu sebelum kahwin emak ayah dah pesan, siapa pun tiada peduli. Bila dah terkena batang hidung sendiri, mulalah emak ayah tadi dicari.

Kasihan kepada para isteri yang terpaksa FAILKAN KES NAFKAH diri bila mendapat suami yang kedekut mengalahkan Haji Bakhil. Dulu masa kahwin atau sebelum kahwin tidak pula ambil ingat. Para lelaki jangan fikir nak pasang dua tiga sahaja, kalau tidak kalian diminta bercerai dengan NAFSU terlebih dahulu. Wahai Wanita pula... jangan nak mengada-ngada, ayu pada wajah belum jaminan kalian bahagia.

Harap-harap depa (mereka) dapat cari jalan penyelesaian sendiri...
Teruskan Pembacaan>>>

Jumaat, Ogos 27

Hilang Intergriti Jangan Undang Mati







SUSAH
mahu betulkan persepsi manusia. Justeru dari cara berfikir yang berbeda tersebut melahirkan pelbagai reaksi yang sering kali digambarkan sebagai cemuhan, sindiran, makian. Susah bukan apa, semuanya bersifat emosional bukan lagi sebuah rasional.

Risau baca sisipan Kosmo Online semalam. Sikap sambil lewa menantijahkan kesan begitu hebat.

Bazar Ramadhan.

Bazar Ramadhan tidak lagi tempat selamat melampiaskan nafsu makan kerana hilang intergriti para penjual. Kadang-kadang bila dalam serba mahu segera, mahu kaya segera, makanan pun jadi segera.. kebersihan tangan, kebersihan ikan, ayam dan udang tidak ambil kira, maka tidak hairanlah kalian telah mengajak kami MATI segera. Minta jauh mati dalam su'ul khatimah walaupun kalian sempat bersyahadah.

Adakah semua ambil kisah?
Teruskan Pembacaan>>>

Isnin, Ogos 9

Menjawab Pertanyaan Soal Kahwin Muda

Kredit kepada Ahmad Fadzli Abdul Aziz, (teman satu sekolah) dan isteri.






MEMBENTUK seorang manusia menjadi seorang manusia yang mempunyai ciri-ciri manusiawi bukan sahaja pencapaian akalnya terhenti pada hal-hal duniawi malah menyusuri jauh merentasi ukhrawi. Manusia cerdik bukan pada kemampuan akalnya mencerna sesuatu dengan baik tapi masih mandul penilaian kesan masa hadapan, namun mereka mampu mencerna sesuatu pada akal pada masa sama melalui nilai-nilai murni untuk masa hadapan baik jangka masa pendek atau panjang. Namun terlebih baik lagi, manusia itu dapat menentukan sesuatu perkara mengikut neraca PAHALA dan DOSA.

Sudut pandang kita (world-view) akan menentukan sejauh mana keberkesanan pada masa hadapan. Berjaya atau tidak itu pula perlu melalui satu proses yang lain, namun apa yang kita mahukan di sini tahap dan cara seseorang melihat sesuatu mendasari rukun HIKMAH.

Kita boleh membawa binatang ternakan menuju ke kolam untuk minum, tapi kita tidak boleh memaksa haiwan tersebut supaya minum. Begitu juga manusia, terlebihlah susah kerana banyak alasan daripada melihat kesannya.

Ramai berminat mengemukakan pandangan masing-masing di sebalik status Facebook saya mengenai kahwin muda tapi tergesa-gesa. Kita akan faham apabila sesuatu kerja itu dibuat secara tergesa-gesa maka hasilnya juga tidak lama dan tergesa-gesa juga. Mungkin kita lihat, sudah mampu menyelesaikan masalah zina, dan pembuangan bayi apabila diberi kelonggaran kahwin muda tanpa ada garis panduan jelas dan matlamat jangka panjang, walhal kita terlepas pandang banyak perkara hingga melahirkan masalah lain yang lebih besar. Isunya bukan kahwin muda, tapi soal iman.

Pemeliharaan IMAN.

Pemuliharaan IMAN.

Benar, soal IMAN.

Kita tidak mahu timbulnya fitnah kepada Islam kerana meremehkan perkara biasa tapi mampu mencetuskan hal luar biasa.. bimbang orang bukan islam malah mungkin islam pada nota kaki pengenalan rupa-rupanya cerai ni macam gula-gula. Dan pada masa kita mahukan para muda-mudi tahu apa itu tujuan hidup sebenar-benarnya, apakah sekadar hidup untuk melampiaskan hawa nafsu sahaja atau ada agenda lebih penting lagi.

Pentingnya cara kita melihat tadi, world-view menggunakan mata hati.

Contoh; bagaimana kita memahami dan ber-tadabbur dengan firman Allah Taala;

Bermaksud: “(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia” an-Nuur (24:26)

“Ustaz, susahlah macam ni. Kesianlah wanita-wanita yang dulu nakal, mungkin seorang bekas penzina tapi sudah berubah, bertaubat dan ingin memulakan hidup baru. Apakah dia tidak layak tergolong perempuan baik tadi?”

Biarpun Lelaki baik mahupun wanita baik di pandangan mata, bukannya penilaian baik itu kerana sahaja dia dilahirkan dalam serba baik atau tidak pernah buat salah... tapi pada perwatakan dia yang baik dan senantiasa berada dalam keadaan serba baik dari melakukan kejahatan. Dilahirkan dalam suasana baik belum tentu dia seorang mampu menjadi baik, kerana dia juga manusia biasa. Tapi kebaikan di sini diukur selama mana dia mampu berperwatakan baik pada sifat. Orang tidak baik (watak), bisa jadi akan lebih baik andai dia tahu dan mengerti bahawa hidup perlu serba baik sebagai jaminan kehidupan baik selepasnya.

Isu baik di sini umpama air dan minyak, baiknya air tidak akan selamanya dikotori oleh jahatnya minyak. Untuk dapatkan baik, hendaklah dia terlebih dahulu baik.

Kebaikan di sini ialah pada perwatakan (sifat atau akhlak) walaupun selama hidupnya dianggap manusia jahat, tapi apabila dia mampu berubah kepada baiknya sifat.. maka kejahatan pada nama tadi tidak akan terkesan sama pada baiknya sifat yang ditonjolkan. Tapi baiknya itu perlu berterusan, hingga dia tawar untuk kembali kepada kejahatan.

KAHWIN MUDA ATAU IMAN

Apabila manusia itu adalah manusia, mesti padanya ada nafsu yang sentiasa berperang dengan IMAN. Justeru itu, iman itu kita mahu didikan bukan meraikan nafsu walaupun pada tempat halal iaitu kahwin kerana keberkesannanya itu sangat kecil, selesai merasai kemanisan SEKS kali pertama, mungkin kali kedua, maka si isteri dah jadi boneka.

Tetapi apabila IMAN itu diberi makanan rohani yang cukup, ditarbiyah, diberi kefahaman jelas halal dan haram dalam Islam maka tidak timbul sama ada dia kahwin muda atau tua, tapi kefahamannya terhadap tanggungjawab pada institusi perkahwinan dan keluarga.

Kalaulah perkahwinan itu untuk menyelesaikan hanya satu MASALAH untuk jangka panjang di kalangan MUDA-MUDI yang bermasalah, tidak mustahil masalah tadi akan terus ada selepas Kahwin mereka kerana SOLUSINYA yang ada untuk jangka pendek. Pening QADHI melihat borang cerai bertimbun-timbun di atas meja.

Ibarat kita membina sebuah rumah, pasti kita mahukan rumah yang bukan sahaja baik luaran malah struktur pembinaan yang baik yang mencangkup pelan rumah, bahan-bahan binaan, dan skala ukuran di atas kertas. Bererti world-view kita sekarang melihat sebuah rumah idaman di dalam kotak idea kita sebelum wujudnya sebuah rumah lagi; atau dalam bahasa inggeris disebut sebagai Begin with the End in Mind.

Namun bagaimana pula kita tidak mengambil berat soal Begin with the End in Mind; iaitu bermula dengan langkah pada gambaran akhir dalam minda, pasti kita tidak peduli soal pelan-pelan tadi, bahan binaan, dan ukuran-ukuran kasar di atas kertas kerana kita hanya ingin rumah itu siap sebagai tempat berteduh. Tidak mustahil rumah tersebut hanya bertahan dua hingga tiga tahun sebelum bertemu ajalnya.

Justeru itu, gambaran akhir penting untuk menentukan apakah matlamat yang ingin dicapai, bukan sahaja untuk jangka masa pendek malah menembusi demensi akhirat. Antara Syurga dan Neraka adalah matlamat akhir dalam kehidupan ini, maka kalian berhak menentukan.

Teruskan Pembacaan>>>

Jumaat, Ogos 6

Kahwin Muda Isu Panas







SEKARANG isu kahwin muda hangat dibahaskan di media-media massa, tidak terlepas juga golongan intelek dan awam turut diajak bersama ke kancah wacana sihat bagi menyelesaikan masalah pembuangan bayi di kalangan muda-mudi di LUAR PERKAHWINAN. Cadangan demi cadangan dikemukan, pandangan demi pandangan diluahkan, tidak ketinggalan juga bantahan demi bantahan dicebukan. Di mana common sense golongan tertentu yang melihat masalah ini dari satu sudut atau kepentingan peribadi.

Berkali-kali saya katakan; KAHWIN awal sinonim KAHWIN MUDA tidak salah, tapi yang saya persoalkan KAHWIN TERGESA-GESA. Kahwin bukan sahaja penyelesain pada satu MASALAH, mungkin risiko BOLEH timbul MASALAH LAIN. Kahwin tanpa MATLAMAT jelas tanpa dipersiapkan ILMU RUMAHTANGGA, seorang wanita muda berpotensi bergelar IBU TUNGGAL sebelum usia 30-an.

Dapatkan AKHBAR TABLOID ILUVISLAM keluaran terbaru, saya ada menulis isu ini di sana di bahagian 'pandangan pakar'. Moga perolehi manfaat bersama.

Pandangan saya hanya pandangan, manusia biasa ianya boleh diterima mahupun ditolak kecuali sumber datangnya daripada al-Quran dan Hadith.

Teruskan Pembacaan>>>

Khamis, Julai 1

Lebih KEPARAT Dari BARAT








LEBIH keparat dari barat, itu yang dapat digambarkan pada situasi meruncing sedang melanda muda-mudi harapan bangsa, tonggak negara pada hari ini. Kesopanan era 70an-90an dahulu menjadi sejarah di luar kotak pengetahuan generasi muda. Tidak hairanlah pak cik dan mak cik yang pernah hidup pada era tersebut terkejut mengulang-kaji kelakuan muda-mudi millenium, hilang sebuah pekerti, lebih dahsyat hilang sifat malu.

Para pembaca boleh meneka apa yang ingin saya sampaikan melalui artikel kali ini, seolah-olah mengulangi artikel-artikel saya yang lepas. Disuguh oleh material tanpa kawalan, pengaruh idealogi-idealogi barat. Tapi peliknya, walaupun rata-rata negara barat lebih terbuka dari sudut pergaulan antara lelaki dan perempuan, tapi mereka masih menjaga norma-norma dalam masyarakat. Tahu membunuh itu salah, mencuri itu salah, racist itu pemusnah sesuatu bangsa tapi tidak sampai membuang bayi seperti membuang sampah. Terlebih dahsyat, janin yang belum cukup sifat di'bunuh' oleh ibunya sendiri.

Nampaknya orang melayu lebih kreatif dan inovatif.

Membaca sisipan akhbar Harian Metro seperti membaca buku-buku novel. Sudah lali dengan judl berita, dan boleh diagak berita apa akan dimuatkan esok, lusa, dan hari-hari seterusnya. Muka depan paling terhangat, terlaris memapar isu-su sosial. Harian Metro mungkin boleh digelar paling seksi, kerana orang tidak akan bertanya apa pengisian dimuatkan. Saya berterima kasih kepada pihak tenaga pekerja yang menjadi tulang belakang di balik tabir penghasilan isi dan isu terhangat, at least masyarakat di luar sana dapat mengetahui isu-isu sosial yang sedang melanda negara.

Bayi Sampah

Bayi Daun Pisang

Sesungguhnya rakyat Malaysia, khususnya bangsa Melayu telah kembali ke era jahiliyah sebelum baginda s.a.w dilantik menjadi Rasul, utusan besar Allah Taala untuk menyampaikan kebenaran hidup yang harmoni, mengajar manusia keluar dari kepompong adat dan beralih pada pelaksanaan ibadat (syariat). Mereka yang hilang sifat perikemanusian, akan bertindak di luar batasan norma hidup bahkan sanggup bersifat kebinatangan.

Benarlah Kalam Allah Taala yang satu ini;

Bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai” al-A’raf (7:179)

Ianya kembali kepada sikap secara total, kalau tidak kita memang lebih bodoh daripada binatang walaupun masih berakal waras. Andai bukan kerana akal kita lebih dungu berbanding kucing, kenapa tidak? Kita tidak pernah belajar memahami kebaikan yang ada pada seekor kucing, mereka tahu selepas berak kambus ‘sisa pepejal’ elok-elok. Tapi malangnya manusia pandai buang namun tidak pandai simbah, sebab itulah sampai ke hari ini tandas awam masih ber-TOL.


Teruskan Pembacaan>>>

Sabtu, Jun 26

Ulama' Tempat Maklumat Bukan Matlamat







ULAMA’ baik tempat para umat mengakses maklumat berilmu, aib ulama’ ialah menjadi tempat para keparat mendapat fatwa segera demi kepentingan dan matlamat.

Kesepaduan pemikiran, paradigma dan pandangan hidup golongan ulama’ yang intelektual amat ditagih oleh masyarakat kita yang kehausan ilmu. Namun penjajahan mental golongan ini berterusan dirantai agar tidak melontarkan idea dan pandangan menyekat kegiatan yang jelas haram di sisi Islam, apatah lagi mempersoalkan.

Dua tiga hari ini kita masih panas mendengar tentang isu ulama’ di Malaysia diajak berpolitik dalam kandang ‘kotor’. Isu ulama’ yang menjadi persoalan ketika ini, kesarjanaan mereka yang sebenarnya sebagai cermin masyarakat untuk maslahat awam yang terpelihara dari sebarang kepentingan dan kroni-kroni jahat. Darjat yang diberi sebagai pewaris nabi sememang tidak boleh sewenang-wenangnya dikotori atau digula-gulakan.

Bagaimana seorang ulama’ mendefinasikan dirinya sebagai orang berilmu? Ilmu seseorang bukan hanya pada sebuah cakap dan penyampaian kuliah di masjid, di corong radio, di kaca televisyen tetapi meliputi sebuah tindakan terpimpin oleh ilmunya. Apabila kita labelkan golongan ini ‘keparat’ ianya ibarat kera mati di hutan, kerana tidak lagi ilmunya dihormati tapi peribadi yang disoroti. Dia hanya mampu mengikut telunjuk ahli-ahli keparat yang menunjang kuat di belakang.

Di sinilah jawapan kepada kayu mengukur kriteria ulama’ iaitu pada keupayaannya mematuhi seluruh hukum Tuhan pada syariatullah dan sunnatullah. Seorang alim yang takutkan Allah bukan hanya takut melanggar hukum syariat malah juga hukum sunnatullah. Bukanlah seorang itu dikatakan takutkan Allah apabila dirinya berilmu tinggi tentang halal dan haram, tetapi tidak berasa apa-apa melanggar hukum alam pada pekerjaan dan kehidupannya sedangkan hukum alam itu adalah sunnatullah yang juga merupakan tuntutan Allah ke atas kita.

Bolehkah dikatakan seseorang itu takutkan Allah, dan dia adalah seorang yang alim (ulama’) andai dia bersolat khusyu’, menjaga halal dan haram dalam kehidupan tetapi dalam masa yang sama menentang hukum alam dan Tuhan?

Solat dan puasa mereka yang diteladani oleh ilmu belum cukup melabelkan mereka sebagai ulama’, sebaik-baik hukum (syariatullah) yang diciptakan melalui wahyu ditolak mentah-mentah.


Teruskan Pembacaan>>>

Sabtu, Jun 19

Betulkan Persepsi Melihat Pelbagai Isu Kritikal







BANYAK hal yang telah merubah cara berfikir dan berpersepsi saya selepas mengalami tarbiyah islami dan konvensional secara bertapis, berlapik di sebuah sekolah menengah agama di kelantan. Maahad Muhammadi lil-Banin (MML). Kalau dulu saya seorang pendiam, suka menghabiskan masa seorang diri, serasa dunia ini sempit tiada lagi jalan untuk saya berpotensi. Kejayaan yang dikecapi di lapangan peperiksaan, tidak pula suatu kebanggaan kerana semua telah disempitkan.

Oleh itu, saya rasa tiada apa yang bisa dikongsi kerana dari low thinking tadi menyebabkan saya pesimis terhadap keadaan sekeliling. Belajar, makan, berjalan lebih suka melakukan sendiri, tiada berteman hinggalah bersosial pun saya lebih suka memilih untuk berkurung di dalam bilik. Apatah lagi untuk menegur seorang perempuan tidak dikenali, hatta kawan sekelas ataupun menjawab sapaan, lebih malu daripada seorang wanita perawan.

Maka saya dapati diri masih terkurung dengan paradigma lama, tidak boleh berpersepsi dengan baik. Apabila diri sedikit berubah hasil daripada tarbiyah tadi, barulah saya dapat menerima beberapa perkara yang dipinggirkan sebelumnya seperti kemahiran berkomunikasi, berfikir secara kreatif dan kritis, pemikiran tersusun dan terpandu.

Apabila tersedar, rupa-rupanya bila kita tersilap dalam menentukan hala tuju persepsi kita baik melibatkan masalah hukum semasa (Qodhaya Fiqhiyah Muasoroh), sosial, politik, dan isu-isu semasa, maka akan mengundang banyak masalah. Kita tidak mahu timbul istilah baru seperti mana telah dicetuskan oleh Sisters In Islam (SIS), dan beberapa badan NGO yang tidak berpuas hati dengan tafsiran al-Quran yang telah dibuat bertahun-tahun lama oleh para ulama’ yang mu’tabar. Kita juga tidak mahu seorang pemimpin yang memperlekehkan hukum Allah, hingga mengatakan hudud tidak sesuai di era ini. Begitu juga masalah kritikal seperti isu Palestin yang sudah berlarutan sekian lama. Kesan terbesar daripada masalah ini ialah kepada orang awam yang lebih suka menyuap apa-apa yang dirasakan betul terus ke dalam mulut.

Manusia melihat apa yang dia mahu lihat dan siapa dirinya menentukan bagaimana dia melihat. Benar, ianya sudah pasti berkaitan paradigma dan persepsi kita dalam menilai sesuatu. Mungkin orang berpengaruh akan menggunakan persepsi dangkal untuk kepentingan kantung politik, dan parti masing-masing demi sebuah kuasa... tiada lagi pertimbangan akal sihat dan syariat.

ISU PALESTIN

Baru-baru ini kita telah dikejutkan dengan serangan tentera Israel terhadapat kumpulan bantuan kemanusia yang menuju ke GAZA dengan enam buah kapal laut yang sarat muatan makanan, alatan perubatan untuk disalurkan kepada rakyat Palestin. Malah muatan tersebut dirampas, manakala beberapa sukarelawan asing, terumata dari Turki mati syahid angkara tembakan membuta-tuli. Kita semua merasa sedih.

Tidak kira di mana jua umat Islam berada di seluruh dunia menyatakan bantahan masing-masing. Bendera Israel dibakar, demonstrasi dilakukan di kedutaan Amerika dengan laungan ‘maut’. Barangan buatan Amerika dan Israel dibaikot (walaupun ada sesetengah tidak tahu, bahkan lebih ramai) habis-habisan. Ianya berlaku selepas melihat inilah usaha terbesar selepas jihad al-Qital hampir mustahil berlaku, persepsi kita menentukan tindakan tersebut.

Saya tidak menolak sinis apa yang telah diusahakan, kalian berhak melakukan, tapi hasilnya bagaimana pula? Boikot, bakar bendera tidak merugikan apa-apa bagi melahirkan ketakutan kepada Amerika dan Israel. Ekonomi mereka tetap utuh, kekuatan mereka majin bertambah. Justeru, apa yang ingin saya sampaikan di sini ialah kita cuba mengubah paradigma dan persepsi dengan melihat isu ini dari kaca mata Islam.

Bagaimana?

Melihat isu Palestin sebagai isu kemanusiaan banyak manfaatnya, namun seperti yang kita dapat lihat ramai pula yang seakan-akan meminggirkannya sebagai isu agama. Hingga kita pula seolah-olah lupa keperluan terpenting dalam mendepani zionis dan kuncu-kuncunya.

Semasa sedang marak kesedaran untuk menunjukkan penentangan kepada musuh-musuh Islam ini, seruan perbaiki taqwa dan melengkapkan diri dengan ciri mukmin jarang disebut, terus terpinggir. Sedang, bagaimana mahu menang jika kita hanya menyiapkan strategi luaran walhal dalaman haru-biru. Benar inilah, Syarat kemenangan pembinaan tamadun Islam yang kita maklum dari berabad kurun menurut sirah salaf. Ringkas, semua aspek perlu berjalan serentak. Keutamaan tidak menafikan peranan.

Tanpa menolak perlunya DEMONSTRASI (beradab), BAKAR BENDERA dan BOIKOT dalam menzahirkan kepedulian kita kepada nasib saudara-saudara kita di Palestin... kembali kepada Islam sebenar tetap merupakan faktor terbesar untuk mengembalikan kemenangan umat Islam sejagat. Bak mencantas lalang, tidak mencukupi dengan menebas bahagian yang tumbuh di atas tanah sahaja tetapi akarnya juga wajib dan patut dibuang.

Kita hanya menang sorak.

Di saat tentera zionis membantai umat Islam, apakah kita masih berjihad menentang hawa nafsu? Ketahuilah selagi kita masih bernyawa, selagi itulah JIHAD NAFSU tidak akan berakhir, sedangkan JIHAD SENJATA (al-Qital) hanya pada waktu tertentu dan tempat tertentu.

Kelemahan umat Islam ialah strategi yang terlalu konvensional sambil menunggu ketibaan burung Ababil untuk menjatuhkan batu-batu berapi bagi menghancurkan Israel. Kita percayakan kuasa Allah Taala, namun usaha kita biarlah adil pada keadaan. Berdoa tanpa usaha pada perubahan diri, saya lihat ianya hanya sia-sia belaka.

Semua yang skeptik untuk berdemonstrasi dan boikot itu bukan kerana tidak sayangkan agama dan saudara seagama tetapi kerana umat Islam seharusnya boleh melakukan lebih hebat dari itu cuma akal dan minda tertutup oleh emosi dan sentimen.

Bangkitlah wahai jiwa kental, kembalikan iman pada tahap tertinggi.




ISU SOSIAL

Masalah terbesar umat Islam di Malaysia gagal meruntuhkan berhala besar di dalam hati setiap manusia yang bernama Melayu. Gejala sosial tidak sihat tidak lagi dikira satu agenda besar dalam perancangan pembangunan modal insan. Cintakan dunia disuburkan saban masa. Tidak hairanlah setiap hari ada sahaja berita menyesakkan dada dipaparkan.

Lihat sahaja jenayah zina, rogol, buang anak, isu-isu dadah seolah-olah tidak berkesudahan. Saya tergamam seketika mendengar perbualan beberapa remaja belasan tahun ketika di tanah air dahulu, membuatkan saya hilang rasa hairan tentang peningkatan jenayah zina di kalangan pelajar sekolah. Bayi ditanam hidup-hidup telah mengembalikan era jahiliyyah Umar al-Khattab sebelum keislamannya. Isu al-marhumah adik Safiyah Humairah masih hangat di dada-dada akhbar tempatan.

Pornografi, dadah, hiburan tanpa sempadan merupakan alat mengerakkan boneka-boneka umat ini. Aurat wanita yang terdedah seolah-olah menjadi kelaziman, semakin lama, semakin terdedah, seakan-akan perlumbaan menuju ke neraka, beratur dengan penuh sesak. Bila pandang mereka yang istiqamah berada di sof menuju ke syurga boleh dibilang sahaja.

Bagaimana pula 5-10 tahun akan datang? Tiada lagi rasa malu, hilang status dan gender yang disandang kerana mahupun engkau lelaki atau perempuan, tiada apa yang membedakan kita.

Allah Taala berfirman;

Bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa-apa yang dialami oleh sesuatu kaum sehinggalah mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka” ar-Ra’d (13:11)

Tidak yang ramai isu dan masalah ini mengikut persepsi betul. Ubah manusia itu juga bukan ubah muka, warna rambut atau ubah warna mata. Ubah manusia itu adalah mengubah unsur utama yang membentuk tindakan manusia iaitu nafsu, akal dan hati manusia. Jelas firman Allah Taala di atas, perubahan hanya akan berlaku apabila kita bertindak mengubah faktor manusia.

KESIMPULAN

Penyakit umat Islam khususnya muda mudi masa kini makin tenat, telah berada di peringkat lima.. paras kritikal.

Hakikat ‘sakitnya’ majoriti umat ini adalah kesan dari apa yang telah Yahudi hidangkan, sediakan sepanjang tempoh yang menyedihkan ini. Sasaran mereka, tentu sekali golongan anak muda. hasil kerja mereka? lihatlah di sekeliling kita. kajilah sejarah jatuh-bangun islam,nescaya kita akan menyedarinya. Tarbiyah adalah ubat yang mujarab untuk merawat sakit umat ini.

Memandang dunia sebagai ladang, maka dunia adalah masa bekerja. Akhiratlah kampung kerehatan untuk jiwa-jiwa yang percaya kepada-Nya. Inilah yang mampu menggerakkan seorang manusia, menolak dirinya untuk mengisi kehidupannya dengan sesuatu yang bermakna buat dirinya, dan juga orang lain.

Masa yang lapang kalau tidak diisi dengan sesuatu yang menuju cinta Allah lantas akan diisi dengan bisikan syaitan dan syahwat untuk melakukan sesuatu dosa dan lalai serta menjauhkan diri dari Sang Pencipta. Hilanglah sebuah tarbiyah yang dilalui tadi, hilang ditelan kehendak nafsu sendiri. Apa salah ketika ini kita berdemonstrasi meruntuhkan berhala-berhala di dalam diri yang lebih halus dan merbahaya. Mampu membunuh dalam senyap.


Teruskan Pembacaan>>>

Selasa, Jun 1

Sindrom TIDAK APA Dan Kronologi






BULAN ini sepatutnya saya berada di dalam ‘pantang’, namun bila ianya melibatkan isu besar, iaitu isu umat dan isu sejagat paling dramatis, saya gagahi jua untuk menulis sesuatu di sini. Tiada siapa sangka bumi Palestin disambut dengan bedilan peluru dari udara buat kesekian kali. Darah mereka membentuk sungai yang luas mengalir di setiap inci dada bumi. Pedih ulu hati menatap sisipan akhbar harian, tabloid yang di-update setiap masa mengenai serangan kejam tentera zionis ke atas kapal keamanan yang membawa bantuan kemanusian ke Gaza.

Marah.. geram.. sedih adalah antara perasaan silih berganti.

Saya tahu mereka pasti tidak mendengar, merasa rintihan saya ini kerana igauan mereka itu amat ngeri. Berapa ramai yang menghulur simpati, menyatakan protes di atas kekejaman tentera Israel. Ramai berada di zon selesa.

Sedih melihat status di Facebook, masih ramai hilang ‘pri-kemanusian’ dan sensetif walhal ada juga di kalangan teman-teman mereka meninggalkan status berkenaan berita semasa. Kita yang berada didalam keselesaan ini biasanya mengamalkan sikap tidak apa. Sikap tidak apa ini adalah manifestasi kepada kesungguhan kita bahawa selagi periuk nasi kita tidak diganggu gugat maka apa-apa yang berlaku di sekeliling kita adalah TIDAK APA.

TIDAK APA rakyat Palestin digayang seperti uli tepung.

TIDAK APA lesen judi diluluskan secara terbuka.

TIDAK APA remaja lahir anak luar nikah.

Tidak apa.. tidak apa.. tidak apa.

Palestin kini semakin tenat dan semakin tenat. Tembok yang dibina oleh oleh Israel mengelilingi Gaza telah menyekat segala bantuan. Lebih menyedihkan, Mesir, sebuah negara Islam telah membutakan mata menyimpan tangan dari membantu saudara seiman, dan lebih teruk telah membantu Israel dalam menyekat sempadan dari melepaskan bantuan, turut sama membina benteng melangit tinggi, jauh dalam ke dasar.

Bangkitlah wahai umat Islam seluruh dunia, khususnya di bumi Malaysia tanah air-ku tercinta. Ubahlah lanskap kehidupan mereka yang memerlukan. Tuhan sedang perhatikan langkah kita setiap masa, ke manakah sumbangan dihulurkan.

KRONOLOGI SERANGAN

12.10 tengah malam, Mesir/Palestin : Presiden Pertubuhan Pembebasan Sekatan dari Eropah, Arafat Madhi Shukri berkata, setakat ini pihaknya tidak mendapat maklumat mengenai nasib aktivis-aktivis dan ahli parlimen armada pembebasan. Beliau menyatakan, 16 dari aktivis yang ditangkap telah dihantar ke penjara.

Pihaknya berusaha untuk mendapatkan maklumat mengenai nasib kesemua aktivis armada pembebasan melalui peguam-peguam di Israel memandangkan pihak tentera tidak membenarkan penyebaran tentang maklumat nasib mereka yang ditangkap.

Beliau menjangkakan sama ada malam ini atau esok hari maklumat mengenai nasib aktivis-aktivis dan ahli parlimen yang diberkas Israel akan diketahui. Sumber berita Al-Jazeerah

Pada jam 11.50 malam, Mesir/Palestin [31/05/2010], Dr.Yusof Al-Qardhawi, Presiden Kesatuan Ulamak Sedunia menyatakan 'hari Jumaat akan datang adalah hari kemarahan sedunia'. Beliau berkata sedemikian adalah sebagai bantahan berhubung tindakan kejam Israel ke atas armada pembebasan. Sumber berita Al-Jazeerah

Menyingkap berita pagi semalam:
Ismail Haniah, Perdana Menteri Palestin, Gaza ketika menyebut keputusan rasmi Kerajaan Palestin Gaza berhubung serangan ganas komando tentera laut Israel, meminta supaya menjadikan hari Isnin, 31 Mei 2010 adalah 'hari pembebasan' dinisbahkan kepada tindakan Israel yang memberkas kapal-kapal armada pembebasan. Sumber berita Al-Jazeerah

11.00 malam, Mesir/Palestin : Sumber berita Al-Jazeerah dan web berita Al-Jazeerah melaporkan bahawa kapal Ireland yang terlewat mengikuti armada pembebasan sedang berlayar menuju ke Gaza. Sumber web berita safa.ps dan berita Al-Jazeerah

08.19 malam, Mesir/Palestin : Menurut ahli parlimen Knesset, Jamal Zahaliqah, bahawa Syeikh Raed Salah selamat sekaligus menempelak berita-berita Israel yang melaporkan beliau cedera parah. Sumber web berita safa.ps dan berita Al-Jazeerah

Pada petang tadi, wartawan berita Al-Jazeerah yang membuat liputan mengenai kapal-kapal armada pembebasan berdekatan dengan pelabuhan Ushdud telah dipukul sekumpulan pelampau Israel yang pada mulanya mengganggu krew Al-Jazeerah dengan caci-maki. Malah, ketika wartawan Al-Jazeerah menyampaikan maklumat liputan, kelihatan pelampau-pelampau Israel mengibarkan bendera zionis di belakang wartawan Waleed Al-Umari(wartawan).

Lagi berita : Perdana Menteri Republik Turki, Receip Tayyib Erdogan telah menangguhkan kunjungan rasminya ke Amerika Latin dan pulang ke Turki disebabkan serangan Israel ke atas armada pembebasan.

Turki turut mengeluarkan ketetapan dengan membatalkan latihan perang antara Turki dengan Israel.

Sebelum ini juga, Turki membatalkan latihan perang kerana Israel serang Gaza pada tahun 2008-2009.

06.00 petang, Mesir/Palestin : Menurut sumber, 16 orang dari aktivis armada pembebasan akan dibawa ke penjara Beer Sheeba, Selatan Israel. Dan baki, akan dilepaskan pulang(setakat ini).

Sehingga kini, Turki, Jordan, Mesir, Greek, Sweden, Denmark dan Norway telah memanggil duta Israel berhubung serangan Israel ke atas armada pembebasan.

Sementara itu, siaran televisyen Israel menyiarkan jumlah korban Israel seramai 19, manakala luka parah dan cedera dalam lingkungan 26 orang.

Menurut sumber, dalam serangan pagi tadi, tentera penjajah memberi tumpuan ke kapal Mavi Marmara.

Israel merempuh armada pembebasan dengan kapal-kapal perang yang dilengkapi peluru berpandu, di samping bot-bot perang(ada bot laju) dan helikopter yang menurunkan penjajah-penjajah ke atas kapal Mavi Marmara.

Sumber dari AF, Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel(penjajah) memberikan sokongan sepenuhnya kepada tentera Israel dalam serangan itu.

05.35 petang, Mesir/Palestin (terkini) : Empat buah kapal armada pembebasan sedang memasuki pelabuhan Ushdud, Israel. Antaranya kapal Mavi Marmara yang membawa sebahagian besar aktivis-aktivis yang diserang Israel pada jam 4.00 pagi tadi.

Menurut sumber, dua buah lagi kapal armada pembebasan telah tiba di pelabuhan Ushdud yang tiba ke situ kira-kira jam 4.00 petang tadi.

Empat buah kapal armada pembebasan yang tiba itu diiringi empat buah kapal perang, bot perang dan bot-bot laju penjajah.

04.37 petang, Mesir/Palestin : Majlis Keselamatan Antarabangsa mengadakan perjumpaan hari ini bagi membincangkan serangan Israel ke atas armada pembebasan. (Reuters)

Terkini : Kesatuan Eropah(EU) meminta supaya diadakan siasatan berhubung serangan Israel ke atas armada pembebasan.

Sementara itu, NGO-NGO Britain mengadakan tunjuk perasaan di hadapan bangunan Kerajaan Britain sebagai bantahan berikutan Britain yang mendiamkan diri setelah Israel kapal armada pembebasan.

10.25 pagi, Mesir/Palestin : Tunjuk perasaan di hadapan bangunan Kesatuan Sekerja di Jordan sebagai bantahan serangan Israel ke atas kapal-kapal pembebasan.

Tunjuk perasaan itu berarak ke Wisma Kerajaan Jordan bagi membantah serangan Israel.

10.20 pagi, Mesir/Palestin : Ismail Haniah menghubungi Amir Qatar dan membincangkan berkenaan serangan Israel ke atas armada pembebasan.

10.15 pagi, Mesir/Palestin : Menurut jurucakap tentera penjajah, Afekhai Adraie bahawa kapal-kapal armada pembebasan akan diperiksa di pelabuhan Ushdud, Israel.

09.45 pagi, Mesir/Palestin : Penduduk Turki yang cuba merempuh bangunan konsul Israel di Istanbul kini mengepung semula bangunan konsul Israel.

08.40 pagi, Mesir/Palestin : Lanun(angkatan tentera laut Israel) telah menguasai armada pembebasan dan kapal-kapal armada ditunda(dibawa) ke pelabuhan Ushdud, Israel. Maaf jika kami menggunakan istilah 'lanun'. Berita yang sebenar tidak menyatakan lanun tetapi kami sendiri melabelkan Israel, 'lanun'.

Jumlah yang korban dalam serangan Israel ke atas armada pembebasan seramai 16, manakala cedera dan luka parah dalam lingkungan 32 orang. Dinyatakan lagi, dari jumlah yang terkorban, 9 adalah Turki dan baki dari Negara Arab.

Kapal-kapal yang dikuasai lanun akan tiba di pelabuhan Ushdud, Israel dalam masa dua jam lagi.
08.40 pagi, Mesir/Palestin : Suasana marah di Semenanjung Gaza berikutan serangan kejam Israel ke atas armada pembebasan.

Menurut Timbalan Ketua Gerakan Islam 1948 Palestin, penjajah meningkatkan bantuan ketenteraan di utara Tebing Barat berikutan berita mengenai Syeikh Raed Salah yang luka parah dalam serangan Israel mengikut laporan pada >> (08.30 pagi, Mesir/Palestin : Syeikh Raed Salah, Ketua gerakan Islam 1948 yang menyertai konvoi tersebut mengalami luka parah akibat serangan tentera penjajah).

Terkini: Ismail Haniah meminta Setiausaha Agung PBB agar campur tangan dengan memberikan perlindungan antarabangsa kepada para aktivis armada pembebasan.

HAMAS menyerus kepada semua penduduk dunia agar mengadakan tunjuk perasaan di hadapan kedutaan Israel di seluruh dunia.




08.10 pagi, Mesir/Palestin : Setakat ini 16 mangsa korban akibat serangan Israel yang masih berterusan. (Ada laporan yang mengatakan jumlah korban meningkat ke angka 20)

Dinyatakan, beratus-ratus tentera Israel(tidak pasti berapa) terlibat dalam operasi menyerang kapal armada pembebasan. Dua tentera penjajah mengalami kecederaan ketika melancarkan operasi itu. Bagaimanapun, wartawan menjelaskan, para aktivis terpaksa mempertahankan diri dan kapal dari dirampas.

Sehingga kini, tentera Israel masih meneruskan operasinya. Dan tidak diketahui sampai bila, operasi serangan ini akan dihentikan.

07.50 pagi, Mesir/Palestin : Kabinet menteri Kerajaan Palestin Gaza mengadakan perjumpaan tergempar berhubung serangan itu.

Tahir Nunu, jurucakap rasmi Kerajaan Palestin Gaza mengutuk keras serangan Israel ke atas kapal armada pembebasan.

07.50 pagi, Mesir/Palestin : Pengawalan Israel melarang media-median Israel menyiarkan mangsa serangan di atas kapal armada pembebasan.

07.50 pagi, Mesir/Palestin : Beratus-ratus penduduk Turki merempuh pagar konsul Israel di Istanbul. Mereka mendesak supaya duta Israel dihalau dari Turki. Pihak polis terpaksa mengambil langkah mengetatkan kawalan keselamatan berikutan tindakan rempuhan itu.

Mereka(penduduk Turki) yang bertekad merempuh pagar konsul Israel tidak akan meninggalkan kawasan itu selagimana aktivis-aktivis tidak pulang dengan selamat.

07.25 pagi, Mesir/Palestin : Duta Israel ke Turki telah dipanggil Kerajaan Turki berikutan serangan itu.

07.15 pagi, Mesir/Palestin : Bot-bot perang Israel mengawal perairan pantai Gaza. Kedengaran bunyi tembakan dari bot laju penjajah.

Sebagaimana dinyatakan, Menteri Perang Israel, Ehud Barak yang mengeluarkan keputusan untuk menyerang armada pembebasan ketika perjumpaan dengan pegawai-pegawai tentera.

Sehingga kini, Israel masih membisu dengan apa yang dilakukannya terhadap armada pembebasan.

Menurut siaran televisyen Israel, jumlah yang terkorban dalam serangan Israel itu seramai 10 orang dikalangan aktivis.

Dijelaskan lagi, penjajah mula merempuh kapal pada jam 4.00 pagi(Mesir/Palestin). Sumber, berita Al-Jazeerah

06.45 pagi, Mesir/Palestin : Pemerintah Turki mengadakan perjumpaan bagi membincangkan tentang serangan Israel ke atas kapal armada pembebasan.

Menurut web berita safa.ps, Dua terkorban akibat serangan Israel ke atas kapal armada, manakala 30 lagi mengalami luka dan cedera.

Terkini: Ismail Haniah, Perdana Menteri Palestin, Gaza mengecam keras serangan penjajah ke atas kapal-kapapl armada pembebasan. Beliau mendesak supaya keselamatan para aktivis dijamin.

06.11 pagi, Mesir/Palestin : Menurut berita ada kematian di pihak aktivis dan berpuluh yang cedera akibat serangan penjajah.

05.23 pagi, Mesir/Palestin : Aktivis memohon bantuan melalui telefon satelit, terdapat tiga yang cedera dan memerlukan rawatan segera. (Sumber dari Gaza memaklumkan bahawa kapal Mavi Marmara diserang pada jam sekitar 4.00 pagi).

05.21 pagi, Mesir/Palestin : Penjajah pisahkan kapal-kapal serta melepaskan bom gas.

05.10 pagi, Mesir/Palestin : Siaran televisyen Turki menunjukkan gambar rempuhan tentera penjajah ke atas kapal-kapal armada pembebasan.

05.05 pagi, Mesir/Palestin : Hubungan telekomunikasi terputus dengan armada pembebasan.

02.21 pagi, Mesir/Palestin : Menurut Pertubuhan Pembebasan Sekatan dari Eropah, sebahagian besar dari alat komunikasi armada pembebasan telah terputus hubungan. Sumber web berita safa.ps

02.05 pagi, Mesir/Palestin : Wartawan Al-Jazeerah melaporkan, sejam yang lalu bahawa muncul bot laju tentera Israel berada dalam jarak agak jauh dari armada. Kapal Turki memperlahankan kelajuan agar kapal-kapal barang/kargo dapat mengikut dari belakang. Armada pembebasan mendekatkan jarak antara kapal-kapal agar Israel tidak boleh merempuh.

Sehingga kini, kapal-kapal Israel masih mengekori armada pembebasan dari jarak yang jauh sehingga menemui garisan perairan Gaza dari jarak 60 kilometer sebagaimana yang dimaklum.

Para aktivis telah bersedia bagi mempertahankan kapal-kapal, malah tidak akan membiarkan Israel dengan mudah menguasai kapal.

Masing-masing dari enam buah kapal telah bersepakat tidak akan menggunakan kekerasan, khususnya kapal Turki yang membawa ramai aktivis berlainan Negara.

Sekiranya, tidak berlaku apa-apa rintangan, armada pembebasan akan tiba di perairan laut Gaza pada jam 10.00 atau jam 11.00 pagi esok. Berita langsung dari armada pembebasan

________________________________

01.33 pagi, Mesir/Palestin : Pertubuhan Pembebasan Sekatan dari Eropah menghubungi Kementerian Luar Greek agar melindungi kapal Greek. safa.ps
01.18 pagi, Mesir/Palestin : Menurut TV Turki, helikopter Israel berlegar-legar dari ruang udara tempat pelayaran armada pembebasan. Manakala, kapal-kapal Israel melingkungi kapal-kapal armada pembebasan. Sumber web berita safa.ps

________________________________

12.50 pagi, Mesir/Palestin : Tiga buah kapal terputus hubungan. Sumber web berita safa.ps

________________________________

12.45 pagi, Mesir/Palestin : Menurut Pertubuhan Pembebasan Sekatan dari Eropah, kapal-kapal Israel sedang belayar tidak jauh dari armada pembebasan. Sumber web berita safa.ps

________________________________

12.43 pagi, Mesir/Palestin : Tunjuk perasaan di Istanbul membantah tentangan kapal Israel ke atas armada pembebasan di laut. Sumber web berita safa.ps

________________________________

12.03 tengah malam, Mesir/Palestin : Sumber Israel menyiarkan berita yang bercanggah mengenai angkatan tentera laut Israel yang mengepung armada pembebasan. Sumber web berita safa.ps

________________________________

11.40 malam, Mesir/Palestin : Tentera laut Israel mengganggu sistem komunikasi sebuah kapal serta menghubungi kapal itu supaya berpatah balik. Sumber web berita safa.ps

________________________________

11.28 malam, Mesir/Palestin : Kapal-kapal armada pembebasan telah sampai di jarak 120 batu nautika dari perairan laut Gaza. web berita safa.ps
1 batu nautika : 1.9 kilometer

_________________________

11.00 malam, Mesir/Palestin : Sebuah kapal armada mendapat panggilan dari bot perang Israel yang bertanyakan tentang identiti dan arah tuju.

Sejam yang lalu, seorang wartawan memaklumkan bahawa Israel telah menyiapkan empat buah kapal perang di perairan Gaza menanti ketibaan armada.

Sumber dari berita Al-Jazeerah pula menyatakan, di pelabuhan Ushdud, bot-bot perang Israel sedang menjalankan rondaan.

________________________________

09.12 malam, Mesir/Palestin : Wartawan Al-Jazeerah dari kapal melaporkan, armada pembebasan sedang berlayar menuju ke perairan laut Gaza.

Sebelum itu, wakil dari pertubuhan menyatakan armada pembebasan itu dijangka tiba di perairan laut Gaza pada waktu tengahari esok.

Beliau menukilkan dari media-media Israel bahawa pihak Israel berusaha untuk menyerang armada. Namun, beliau menyatakan, pihak aktivis-aktivis akan mempertahankan diri dan kapal-kapal tanpa menggunakan senjata, seperti pisau.

Beliau turut merasa optimis, bahawa Israel berada dalam keseorangan diri menentang armada pembebasan ini, sedangkan armada pembebasan ini disokong banyak buah Negara.

Wartawan Al-Jazeerah dalam liputannya, berkata 'kami tidak akan membiarkan Israel merampas kapal, kami akan pertahan agar tentera-tentera Israel tidak dapat naik ke kapal dengan cara yang aman'. Sumber, berita langsung dari armada pembebasan

________________________________

09.11 malam, Mesir/Palestin : 2000 penunjuk perasaan di hadapan bangunan kedutaan Israel di Vienna bantah ugutan Israel ke atas armada pembebasan.

________________________________

06.38 petang, Mesir/Palestin : Armada menerima panggilan yang memberi amaran sekiranya memasuki perairan laut Gaza. Gangguan komunikasi sesama kapal-kapal armada.

Amin Abu Rashid, dari kapal '8000'(gambar), berkata 'Pihak Berkuasa Penjajah meningkatkan usahanya bagi mengganggu komunikasi(wireless) yang digunakan sesama kapal-kapal dan untuk menghubungi dunia luar'.

Bagaimanapun, teknikal armada berusaha memintas usaha penjajah menceroboh wireless armada. Sumber web berita safa.ps

__________________________

Sebagaimana yang dinyatakan [03.25 petang, Mesir/Palestin], dari wartawan Al-Jazeerah, armada dijangka akan berlepas bila-bila masa sahaja menuju ke perairan Gaza dan harapan dapat tiba di Gaza pagi esok, Isnin.

Dinyatakan sebarang kemungkinan boleh berlaku(kullal khiarat maftuhah) apabila bertemu dengan tentera laut Israel.

Para aktivis telah berbincang hari ini bagi mencari persepakatan jika berlaku sebarang penentangan dari Israel, malah keteguhan untuk tidak menyerahkan kapal-kapal kerana armada pembebasan membawa barang-barang dan bekalan bantuan kepada Gaza.

Kesemua kapal yang bakal berlepas ke Gaza dari perairan antarabangsa itu sebanyak enam buah, tiga buah kapal kargo/barang dan tiga buah kapal penumpang(feri dan bot). Jumlah anak-anak kapal seramai 650 aktivis termasuk ahli-ahli parlimen dari berbagai-bagai Negara.

Sebarang perubahan masa dan waktu yang dijangka berlepas tertakluk kepada penyelarasan IHH. Sumber, berita langsung dari armada pembebasan

sumber: Ustaz Mujahid Mohammad Fadzil.


Teruskan Pembacaan>>>

Isnin, Mei 31

Islam-Fobia Dan Palestin Siapa Peduli








AIR hujan pada bumbung langit turun menjamah manja tanah gersang. Derapan kaki di dada bumi pula perlu dibesarkan mengimbangi kepantasan air hujan yang terjun mencuram, sebelum pakaian yang melekat di badan basah. Beburung tidak lagi kelihatan bermain di ruangan angkasa. Anak-anak berlari kecil memenuhi setiap ruang di ‘pinggiran’ tembok bangunan usang. Malam pula menyingsing di kala senja mengantikan siang.

Indah sungguh skrip yang terlakar pada hari tu. Hanya Allah Taala sahaja tahu dan mengerti cerita hati yang tersirat di sebalik babak ke babak silih berganti ini. Inilah sunnatullah, perjalanannya sudah ditulis.

Saya tidak pandai membaca tulisan alam, apatah lagi menggarap dalam tulisan manusia unik ini. Permainan ini akan tetap diteruskan sama ada manusia itu sedar atau tidak, berjalan seperti biasa, tidak menunggu pada yang terlambat.

Manusia berjalan tidak sesekali sama dengan manusia berlari, dan jauh pula untuk dibandingkan dengan manusia menderai kuda. Tiada persamaan di antara satu sama lain. Destinasi utama dijadikan idaman. Ada yang lalai dan masih lagi alpa dibuai ulikan dunia. Persiapannya hanya berbekalkan pertualan hidup sia-sia.

Benar siang tidak selama-lamanya, akan sampai jua masanya digantikan malam.

Usaha ke arah kebaikan bukan sahaja bergantung pada ingin dan tahu, malah pada pengalaman yang memandu. Pengetahuan isi luaran, bermain bersama persekitaran, membedah warna-warni isi alam, jatuh bangun bersama semangat ingin membaiki kelemahan. Inilah pengalaman yang berfungsi.

Apakah hanya apabila kita berada di dalam kubur, barulah kita akan tersentak (tersedar) dalam memahami apa sebenarnya hakikat hidup ini? Pada waktu itu baru kita faham dan akur tentang apa tujuan kita dihidupkan di dunia. Dan di situ jualah baru kita sedar apa yang paling bernilai dan apa yang tidak bernilai dalam hidup.

Allah Taala berfirman;

Bermaksud: “Sesungguhnya (dengan keterangan yang tersebut), Kami memberi amaran kepada kamu mengenai azab yang dekat masa datangnya – iaitu hari seseorang melihat apa yang diusahakannya, dan (pada hari itu) orang yang kafir akan berkata: “Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan)” an-Naba’ (78:40)

Keadaan ini sebenarnya mengingatkan kita agar kembali merasakan rasa kehambaan. Bahawa kita adalah hamba milik Allah Taala dan kepada-Nya kita akan dikembalikan. Kita layak, patut dan mesti diuji kerana kita hamba, bukan tuan apalagi Tuhan dalam hidup ini.

Kesedaran seseorang hamba juga terletak pada proses menyampai. Terpulang sama ada ianya datang daripada diri sendiri, atau orang lain.

Kita perlu merasai terlebih dahulu, kita terlebih memakan buah-buah (ilmu, pengalaman, dan buah fikiran) tersebut, bimbang kita memberi kulit buah sahaja kepada orang-orang yang mendambakan.

Biar kita merasai kemanisan dalam beribadat, ketenangan dalam melihat makhluk ciptaan-Nya, kelazatan ketika menyebut nama-Nya, perendahan diri secara mutlak tatkala sujud di hadapan-Nya. Tenggelam dan asyik dalam melihat-Nya. Jangan pula kita tenggelam dalam ego dan kemasyhuran yang menyebabkan kita terdinding dari orang yang diberi akan ilmu hikmah.

Berilah dengan ikhlas, dan terimalah dengan penuh redha.

Hikmah pula lahir dari proses mengeluarkan kesimpulan baik dari mehnah. Tersurat di sebalik tersirat. Ujian dunia didepani dengan bijak, dan disalurkan pada kebun nurani lembut. Bertahan di atas kesulitan.

DAMAI HILANG

Tanpa kita sedari dari fikiran datangnya perasaan, dan dari perasaan akan lahirnya tindakan. Umat yang malas berfikir tidak akan mampu untuk melahirkan apa-apa perasaan apatah lagi tindakan yang mampu mengubah dunia, hatta lagi diri sendiri tidak pernah terurus.

Harakah Islamiyyah juga wajar bersedia untuk menjawab persoalan besar ini, jangan hanya matlamat sahaja yang besar untuk menegakkan daulah Islam dan membangunkan khilafah, namun berjiwa, beridea dan berfikiran yang tidak akan menyampaikan umat ke sana. Strategi harus dirancang dan sejarah perlu dijejaki, bagaimana umat ini satu ketika dahulu sanggup untuk menguasai satu per-tiga dunia, membangunkan tamadun dan melahirkan manusia-manusia hebat, sehebat Tariq Bin Ziyad, Sultan Muhammad al-Fatih serta mendirikan bangunan sehebat Masjid Cordova, dan Masjid al-Azhar.

Allah Taala berfirman;

Bermaksud: “Allah telah menjanjikan kepada orang-orang di antara kamu yang beriman dan yang mengerjakan kebajikan bahawa dia sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi sebagaimana dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa…” an Nur (24:55)

Kita diberikan akal untuk memilih yang terbaik. Tidak layak dipanggil manusia kalau tidak digunakan akal itu ke tempat yang diperlukan. Tidak layak untuk beragama kalau asyik mengenepikan fungsi akal. Lihat semua rukun-rukun wajib melaksanakan ibadah semuanya memerlukan seorang yang berakal, tidak gila, tidak mabuk- sama ada sengaja memilih untuk mabuk atau dipengaruhi untuk mabuk. Sekiranya tiada kewarasan semasa menjalankan ibadah, maka jadilah semuanya ritual seperti analogi tindak balas spontan lembu yang lapar lari ke arah rumput untuk memenuhi perutnya dengan makanan.

Manusia yang beragama tanpa Tuhan juga menganut satu fahaman lain, fahaman materialisme. Sesuatu yang dilihat itu sesuatu yang ditafsir dan dipercayai. Sesuatu yang boleh disentuh dan diperlihatkan. Sesuatu yang boleh dinikmati dan distatuskan. Manusia yang memahamkan bahawa dunia ini untuk dipergunakan bagi memperolehi kemewahan.

Pemimpin yang memahamkan bahawa manusia lain untuk diperalatkan bagi memperolehi kesenangan. Fahaman materialisme semakin menular dan diperturunkan dari generasi ke generasi.

Dalam Islam ada demokrasi, dalam Islam ada hadharah, dalam Islam ada persaudaraan, dalam Islam ada pembebasan, dalam Islam ada nasionalisme. Orang Islam yang pertama mencipta itu dan ini, bukan Barat. Barat mencedok idea Islam, sebab itu mereka maju.

Itali tidak pernah mengungkit kemegahan tamadun Rome. Iran tidak pernah mengungkit kehebatan empayar Parsi. Benar dalam Islam ada semua yang disebutkan itu tapi segala-galanya hanya dalam bentuk teks. Hadharah dalam Islam hanyalah teks sejarah, fraternity, liberty, dan equality, semuanya hanyalah teks. Hakikatnya kita ialah Islam dengan teori. Berubahlah, jangan terlalu mengagungkan sesuatu yang telah berlaku tanpa sebarang tindakan untuk mencipta pembaharuan atau sejarah baru dalam pemikiran Ummah.

Sebagai Muslim kita seharusnya menjadi manusia yang sentiasa melihat kepada Sunnah Allah dan mempelajari apa yang Allah tarbiahkan kepada kita melalui alam semulajadi. Sangat sedih jadinya, ada yang mempertahankan gagasan pembelajaran akidah melalui Ilmu Kalam, tetapi sebahagian mereka turut bermusuh dengan seruan akal. Ini membuktikan kerapuhan kepercayaan membuta tuli terhadap teks yang diangkat sebagai subjek sembahan.

Muslim seharusnya memahami roh beribadah, sekiranya betul-betul mahu menolak materialisme semata-mata. Ia bukan soal Sufi Tasawwuf atau falsafah putar belit, tapi ia adalah maksud beragama sebagai jalan berhubung dengan Tuhan dengan memahami cara kerja-Nya membentuk Alam (sunnahtullah)

Orang-orang bertakwa adalah orang-orang yang sebenar-benar takut kepada Allah Taala dengan mematuhi syariat (al-Quran dan as-Sunnah) dan Sunnah (ayat-ayat Alam). Orang-orang bertakwa tidak berani membiarkan sunnah Allah (yang menerangkan cara kerja Allah) dikaji oleh orang bukan Islam dan hanya menunggu hasil dari kajian yang dibuat oleh bukan Islam.

Apa yang dapat kita lihat pada hari ini, kemunduran Muslim disebabkan tidak memberikan keseimbangan dalam mematuhi syariat dan sunnah Allah. Segala pelajaran dari alam hanya diperolehi dari kajian teliti bukan Muslim. Keizinan Allah untuk manusia dapat melaksanakan kerja dengan berteknologi di bumi, merupakan tanda arifnya kaum tersebut dengan cara kerja alam kepunyaan Allah. Tanpa keizinan Allah Taala di dunia, keredhaan di akhirat tidak mungkin tercapai kerana kesalahan meninggalkan dunia kepada bukan Muslim.

Belajarlah daripada mereka, jangan terlalu egoisme andai diri tidak mahu mengubah.

DUNIA ISLAM

Sebahagian umat Islam mempunyai pandangan bahawa apabila seseorang muslim komited atau berpegang teguh pada ajaran Islam, bererti dia tidak boleh menjalani kehidupan yang biasa dilalui oleh orang lain kerana dikhuatiri bertentangan dengan hukum-hukum Islam. Mereka berpendapat bahawa Islam komited tidak boleh menyertai sebarang bentuk gejala-gejala tidak sihat seperti konsert hiburan melalaikan, tidak dibenarkan menyertai bidang sukan yang melibatkan pendedahan aurat, wanita Islam tidak boleh terlibat dalam bidang yang diceburi oleh golongan lelaki khususnya pekerjaan berbentuk ketahanan fizikal, dan banyak lagi isu-isu yang seolah-olah menyukarkan orang Islam untuk maju dan berdaya saing, dengan erti kata lain Islam itu jumud tidak mengikut peredaran arus perdana.

Benarkah tanggapan tersebut?

Rasulullah s.a.w dan para sahabat adalah golongan yang benar-benar komited terhadap ajaran Islam hingga tidak menjual agama dengan kepentingan dunia. Malah dengan kesungguhan mereka beramal dengan Islam dan kandungan isi al-Quran dan Hadith baginda s.a.w, ramai di kalangan manusia pada era tersebut tertarik untuk berjinak-jinak dengan ajaran Islam yang dianggap menakutkan pada zaman jahiliyah oleh kaum kafir Quraisy. Semua ini didorong oleh komitmen dan kesungguhan mereka untuk menjiwai Islam dan tidak terpesona dengan habuan dan janji-janji dunia yang melalaikan.

Sebagai contoh, adakah seorang muslimah bekerjaya yang memakai jilbab boleh menggugat keutuhan sosio-ekonomi, semata-mata kerana untuk mempertahankan haknya untuk menutup aurat dan beramal dengannya. Namun ramai juga perempuan-perempuan yang tidak berjilbab gagal dan kecundang dalam bidang yang diceburi. Sehubungan itu, adalah tidak adil seorang muslim menuduh saudara seIslam yang lain sebagai penyebab kegagalan hanya kerana ingin melaksanakan tuntutan fardhu ‘ain atau amalan-amalan sunat yang lain.

Perlu diingat dan dikenang, bahawa masyarakat di masa lampau yang disebut oleh Allah Taala di dalam al-Quran, golongan yang paling hampir dengan Nabi Muhammad s.a.w dari sudut tindakan dan gerak kerja ialah golongan yang berjaya melaksanakan tugas amar makruf dan nahi munkar.

Hal ini disebut di dalam al-Quran;

Allah Taala berfirman;

Bermaksud: “Hendaklah ada dikalangan kamu (orang-orang Islam) menyuruh pada perkara kebaikan (makruf), dan mencegah perkara yang mungkar dan keji dilakukan, sesungguhnya mereka itu golongan yang berjaya”Ali-Imran (3:104)

Sesungguhnya ayat di atas menunjukkan bahawa Allah Taala secara responsif menjelaskan kepada manusia khususnya kepada orang-orang beriman, supaya komited dengan kerjaya-kerjaya dakwah (menyeru) kepada Islam atau menyatakan pandangan baik tentang Islam kepada golongan bukan Islam, kerana bukan semua orang Islam yang berani dan sanggup melaksanakan tugas ini sepenuh masa, apatah lagi sebahagian dari rasa tanggungjawab yang perlu dipikul. Apabila usaha dakwah dilakukan sebahagian, maka orang Islam yang enggan melakukan atau tidak mampu melakukannya tidak lagi berdosa, kerana telah digugurkan oleh mereka yang sanggup.

Kesedaran dalam melaksanakan konsep ini, hendaklah berterusan dalam semua aspek dan tindakan seperti rasa sensetiviti terhadap perkara-perkara yang menjatuhkan maruah Islam itu sendiri. Kesucian dalaman Islam perlu dipertahankan daripada didoktrin dan dinodai oleh golongan yang tidak bertanggungjawab yang hanya mementingkan diri sendiri, dan untuk melagakan umat Islam tentang sesuatu perkara yang pernah berlaku dalam dunia Islam dari persepsi negatif tanpa membuat sebarang kajian sejarah dan asal pada sesuatu kejadian tersebut.

Mereka begitu senang untuk melihat kecelaruan tercetus dalam kekuatan peganggan umat Islam, dan mengganggap ianya suatu kejayaan terbesar selepas mereka melihat kegagalan demi kegagalan yang berlaku di puak mereka. Banyak hal kita lihat sekarang, fitnah demi fitnah dilontarkan oleh golongan anti-Islam ini kepada orang Islam seperti mengadakan cerita untuk memburukan Islam... artikel-artikel dalam laman blog dan seumpama dengannya yang mana menyerang keperibadian umat Islam terutama Dzat-dzat agung, melukiskan karikatur dzat suci dan sebagainya. Maka di sini, tahap kesedaran umat Islam diuji. Apakah kita perlu berdiam diri? Bak kata pepatah Melayu; hanya berpeluk tubuh dan melihat angkara tangan-tangan Iblis ini berleluasa.

GEERT WILDERS: FITNA

FITNA, merupakan sebuah filem yang digarap oleh seorang anggota parlimen Belanda, Geert Wilders, menarik perhatian masyarakat dunia khususnya kondisi dan sensitiviti umat Islam. Pelbagai kecaman muncul bukan hanya dari masyarakat Islam yang merasa terhina oleh gambaran Islam dalam paparan filem tersebut, kecaman juga muncul dari masyarakat bukan Islam Eropah dan Amerika. Filem ini dinilai sebagai bentuk provokasi dan penyebaran rasa kebencian. Meskipun pemerintah Belanda menyampaikan permohonan maaf secara bersemuka kepada umat Islam yang merasa tersinggung dengan kejelekan filem tersebut, tetapi mereka masih beku untuk tidak menggunakan kekuasaan menghentikan peredaran serta penyiaran filem tersebut dengan landasan Konstitusi.

Filem yang ditayangkan selama tujuh belas minit itu berisi pidato seorang ulama’ yang diputarbelitkan dengan pelbagai gambar kekerasan yang dilakukan oleh orang-orang Islam di pelbagai penjuru dunia. Dengan visualisasi seperti itu, Wilders hendak mengungkap wajah Islam yang penuh dengan kekerasan, Islam adalah agama kekerasan. Bukan hanya fakta kekerasan atas nama agama yang terjadi belakangan ini yang dipotret oleh Wilders, tetapi juga fakta teologi yang ada dalam kitab suci umat Islam sendiri. Inilah bentuk deskriminasi alaf baru.

Islam bagi Wilders adalah sesuatu yang berbahaya... oleh kerananya harus ditolak dalam peradaban moden Eropah bahkan seluruh dunia. Lebih jauh Wilders mengatakan bahwa al-Quran tidak lebih dari kitab intoleran dan pengasah kekerasan. Wilders bahkan mempersilakan warga Muslim Belanda meninggalkan negara itu secara terhormat.. ini sudah melampau. Jika masyarakat Muslim Belanda tetap ingin tinggal di Belanda, seru Wilders, mereka harus merobek separuh isi al-Quran.

Sudah bisa diduga, gelombang protes muncul dari pelbagai belahan dan pelusuk dunia. Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Muhammad bahkan menyeru pemboikotan produk-produk negara Belanda. Gelombang protes ini diprediksi dan akan semakin membesar seperti yang pernah terjadi pada mereka yang mencetuskan lakaran sejumlah karikatur Nabi Muhammad s.a.w, boleh dikatakan pada seluruh media Denmark diserang habis-habisan.

Tokoh-tokoh Islam dari pelbagai negara mengecam dengan mengatakan bahawa apa yang dikemukakan Wilders dalam filem dan di sejumlah kenyataannya tidak hanya bersifat rasis, melainkan juga tidak dramatis. Sikap ini dikemukakan oleh Syekh Hamza Yusuf Hansona (sarjan Muslim Amerika), Din Syamsuddin (Ketua Umum PP Muhammadiyah), dan Pangeran Hassan bin Talal (Presiden Arab Thought Forum dari Jordan).

Sarjana-sarjana Barat mutakhir bahkan melangkah lebih jauh dengan mencuba menjengguk dunia Islam mengikut perspektif yang tidak lagi biasa. Jika sebelumnya masyarakat Islam difahami secara negatif sebagai masyarakat Barbarian yang tidak beradab, yang popular dengan penolakan terhadap rasionalitasme dan prinsip demokrasisme, maka di sana kesedaran mula menampakkan kecerahannya, bahawa isu-isu negatif yang diputarkan adalah doktrin semata-mata untuk mengetepikan kebiadaban pada diri sendiri.

Spiritualisme yang berkembang pesat di dunia Islam sepasca Revolusi Islam Iran, bagi sarjana-sarjana baru ini, tidak dipandang sebagai sesuatu yang berbahaya bagi demokrasi dan kebebasan berekspresi. Justeru itu, fenomena ini adalah salah satu bentuk perlawanan terhadap para penjahat licik yang mensasarkan keburukan Islam di kaca mata dunia.

DILEMA PALESTIN

Gambaran tentang dunia Islam sudah terlalu jauh dari konsep keamanan dan keselamatan yang di taja oleh pihak Barat terutama media massa. Gambaran paling besar dari kaca mata penglihatan umat Islam hari ini ialah penjajahan dan pergolakan bumi Palestin yang tiada kesudahan episod, dan seluruh dunia yang mencengkam dunia Islam sejagat.

Menyorot kembali kelantangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Muhammad mengutarakan pandangan bahawa Yahudi sebagai Proksi Dunia di Sidang Kemuncak OIC di Putrajaya, menggemparkan dan mendapat sambutan hangat seperti ‘pisang goreng’. Pelbagai pihak telah memberi tindak balas yang baik.

Yahudi sebagai proksi dunia bukanlah suatu yang dianggap kasar berbanding perkosaan yang telah mereka bantalkan ke atas setiap penduduk Palestin, kononnya untuk menghapus golongan radikal seperti pejuang Hamas. Namun terang lagi bersuluh, kita dapat lihat siapa yang lebih radikal sekarang, Hamas atau Israel? Ini bukan sesuatu yang baru dalam perkembangan isu-isu panas dunia yang melibatkan nyawa orang awam.

Menyusur sejarah Yahudi yang terkenal dengan kecerdikan, kepandaian, kelicikan, kejahatan,dan sebagainya yang mana sudah sebati dan sinonim dengan bangsa Yahudi. Bangsa yang mempunyai populasi paling kecil berbanding bangsa-bangsa lain di dunia. Realitinya mereka telah menguasai ekonomi dan politik antarabangsa.

Angkara bangsa Yahudi inilah, bumi al-Quds telah rosak teruk dan dibinasakan. Rakyat Palestin hanya mampu membaling batu tetapi serangan tersebut telah dihakis oleh kereta kebal dan senjata-senjata canggih Israel. Begitu juga yang berlaku di bumi Iraq dan Afghanistan, merasai penangan Yahudi yang berselindung di sebalik bendera Amerika dan Britain. Di era pemerintahan Saddam Hussain yang dikatakan layanan tidak mesra yang diterima tidaklah sekejam yang diterima penduduk mereka tujuh tahun dahulu.

Bumi para anbiya’ dan wali Allah Taala kini melalui era kemusnahan yang amat dahsyat dan teruk. Rakyatnya dihujani peluru yang menembusi seluruh badan, manakala mortar, dan senjata canggih lain memayungi ruang udara, rumah dirobohkan, wanita-wanita muda dan kanak-kanak pula maruah mereka dicerobohi dan dinodai dengan cara paling kejam, manakala banduan pula diberi layanan kelas kebinatangan. Mereka didera dan dibogelkan, diseksa dengan pelbagai bentuk seksaan yang pasti memeritkan fizikal dan mental mereka. Tangisan dan jeritan suara rakyat Iraq dan Palestin sering didengari, namun kebanyakan dari pemimpin negara-negara Islam atau mereka yang mempunyai hati perut lebih suka memengkak-tulikan telinga.

Kenapa ini semua terjadi?

Deretan peristiwa sedih, ngeri, dan menyayat hati menyelubungi dan membelenggu jiwa raga umat islam dan dunia amnya. Kisah sedih yang penuh emosi ini sepatutnya memberi ruang kepada umat Islam mencari kelemahan dan membina semula kekuatan umat Islam. Segenap jiwa umat Islam telah dihantui dengan tangisan dan darah perjuangan yang bangun bertindak mempertahankan diri. Tetapi yang utama, mereka memperjuangkan nasib bangsa demi mengembalikan kedaulatan negara yang telah dijajah. Kisah Palestin bukanlah cerita berepisod sensasi untuk ditonton dan didengari, namun saban hari, kita tidak sunyi mendengar kisah dan peristiwa yang mencengkam jiwa, emosi malah fizikal umat Islam. Rata-rata kita memandang hina di atas kezaliman dan kekejaman Amerika dan sekutu rapatnya di Tebing Barat.

Dunia telah menyaksikan betapa murah nyawa umat Islam, mudah dibunuh bagaikan menyembelih binatang dan digayang secukupnya. Tidak perlu menyatakan fakta berapa ramai yang telah menjadi mangsa korban Israel laknatullah!!! Ada jua di kalangan mereka yang sanggup menjadikan batang tubuh sebagai galang ganti dengan meletakkan deretan bom sebagai pejuang berani mati. Bumi limpahan minyak seperti Iraq hakikat telah dibanjiri dengan ribuan darah rakyatnya. Tidak mustahil kronologi pertumpahan darah dan drama bersiri ini berterusan hingga tiada penghujung, dan mungkin sehinggalah Nabi Isa turun dari langit memusnahkan fitnah dajjal bertopeng manusia ini.

Rasa menyampah terhadap Amerika dan Israel telah membuak-buak dan semakin menjadi, sudah pasti darah amarah pasti menyirap dalam tubuh setiap manusia yang menghadapi situasi ini. Itulah yang sering dan kerap kali didengari oleh pejuang berani mati. Mereka bertindak meletupkan diri dengan tujuan ingin membunuh seramai mungkin golongan manusia yang bergelar penceroboh, dan inilah cara balas dendam yang digeruni oleh askar-askar Yahudi. Mereka telah bertekad dan nekad melakukan segalanya yang terdaya dan termampu, tidak cukup dengan menggunakan biji batu, bom pula dililitkan keseluruh badan.

Intifadha ini, lebih berkesan dalam mengecut-perutkan dajjal alaf baru ini. Pada mereka tiada jalan penyelesaian lain selain perang! Letupkan diri. Mungkin inilah kata-kata yang mungkin asing bagi kita rakyat Malaysia. Namun tidak hairanlah budak-budak hingusan, sudah pandai memegang batu dan lastik untuk memancung kepala setiap penceroboh yang rakus menggondol tanah mereka, terutama tapak kesucian umat Islam, Masjid al-Aqsa. Malah ada pula sudah pandai mengendali M-16, pelancar roket dan senjata canggih lain. Bagi kanak-kanak dan remaja di sana, bunyi dentuman bom, meriam sudah menjadi runtin kehidupan mereka. Jumlah kematian rakyat Palestin sehingga kini mencecah ratusan ribu orang saban hari semenjak tertubuhnya Negara Israel secara haram, menafikan hak pribumi rakyat Palestin.

BANGKIT

Dalam hal ini, umat Islam perlu bersatu padu dalam mewujudkan perpaduan antara umat Islam itu sendiri, agar menjadi kuat dan mapan demi membangunkan tamadun umat Islam. Di saat dunia hari ini masih mencari formula bagaimana untuk membentuk perpaduan ummah, maka modul dan silibus yang disediakan oleh baginda s.a.w harus menjadi rujukan. Baginda meletakkan asas kekuatan akidah, menyusun struktur dan haraki masyarakat dengan mengeratkan hubungan silaturrahim, mendidik masyarakat dengan keindahan akhlak dan budi pekerti. Baginda dan juga para sahabat telah mewujudkan keharmonian dan keakraban hubungan pertalian sesama Islam dan sesama bukan Islam, dengan jalinan sosial yang terbaik seperti yang pernah berlaku kepada golongan Kaum Muhajirin dan Kaum Ansar.

Pada masa sama Islam mengajar umat Islam menguasai bidang-bidang profisional yang lain seperti dalam bidang ekonomi secara menyeluruh, memperkasakan sisitem politik, dan memperkemaskan jentera pentadbiran dan pengurusan sesuatu organisasi atau pertubuhan,bahkan Negara.

Ciri-ciri masyarakat madani yang telah dicetuskan baginda tersebut merupakan revolusi besar-besaran dalam kecamukan jahiliyah... membentuk satu paradigma baru dalam membentuk masyarakat kuat. Dengan itu mereka berjaya mengakis segala bentuk cabaran dalam melayari kehidupan yang mencabar ini.

Di tengah situasi seperti ini, keinginan untuk meraih kemandirian Islam dalam bidang intelektual, sosial, politik, dan ekonomi melahirkan gelombang pembaruan dalam dunia Islam diperlukan. Tetapi, kemandirian tidak mesti disalah-ertikan sebagai suatu sikap tertutup untuk tidak menerima keunggulan peradaban lain. Di sini, pembaruan Islam adalah hasil interaksi prakmatik yang tiada pernah berhenti dan terhenti antara doktrin-doktrin untuk menjatuhkan Islam dengan gejala-gejala kontemporeri di sekeliling.

Dengan demikian, pembaharuan sendiri bukan bererti satu sikap yang berhenti. Dengan berjalannya waktu dan semakin kompleksnya perkembangan ilmu-ilmu kemanusiaan beserta gejala-gejala yang mendokongnya, pembaharuan sendiri sememangnya perlu terus diteruskan dan dipratikkan dalam dunia moden sekarang, sejajar dengan kehendak Islam.


Teruskan Pembacaan>>>

Khamis, April 8

FITRAH Yang Melahirkan FITNAH

DULU teramat susah melihat kes-kes kritikal berlaku di dalam masyarakat. Kenapa tidak... teramat susah melihat anak muda mudi keluar malam, budaya hidonesma belum membumi di akal, tiada rancangan-rancangan televisyen dan realiti merosakkan, masih terpelihara adat dan adab-adab kemelayuan... kalau ada, hal ini pasti ditentang habis-habisan hingga ke akar umbi. Masih segar diingatan para warga emas keindahan hidup masa lampau, terkadang golongan ‘lama’ ini seakan-akan terkena kejutan pula melihat aneka budaya, sosial yang kian meruncing.

Kalau diperhatikan di media, banyak kisah tentang masalah sosial, jenayah dan perkara-perkara negatif yang dilaporkan saban hari... paling menyedihkan kes buang bayi sejak akhir-akhir ini makin menunjuk belang. Geram.. sedih pun ada. Dulu ramai bercita-cita untuk memiliki kondominium tapi 'macam langit dan bumi', akhirnya cita-cita mereka hanya setakat memiliki kondom sahaja.

Berita-berita di dada akhbar makin menonjolkan kisah-kisah sensasi, dedah sini, dedah sana, semuanya menguji pemikiran kita golongan yang mampu berfikir, membimbangkan bisa meracuni pemikiran bersih anak-anak kecil yang sedang bertatih untuk membaca. Tajuk muka depan sahaja sudah cukup membuatkan anak bertanya banyak soalan yang menakutkan ibu bapa. Risau bila menaiki teksi, kita dapat mengesan apa isu-isu yang dibincangkan antara pemandu teksi dan penumpang setiap hari.

Zina sana.. zina sini.

Saya telah menerima banyak luahan ‘sesal’ daripada para wanita yang telah terjebak ke kancah hubungan haram. Telah di’tebuk’ teman lelaki.. mudah sahaja perilaku tewas oleh pujukan rayu suara menggetis. Bagaimana wanita lemah ini memandang kebaikan yang ditabur lelaki.. belanja makan, shopping, makan angin hingga tergadai maruah. Terlalu mudah membayar ganti apa yang telah diberi. Kalian telah silap, silapnya pula hanya mengundang saat sesalan paling mencabar.. trauma, fobia pula melingkari bak tali terkusut, hilang punca.

IMAN

Hidup ini memang sentiasa diwarnai oleh kegembiraan dan kedukaan... setiap pengalaman yang kita lalui sentiasa mengajar kita untuk menjadi insan yang lebih matang dan berfikiran terbuka. Jika hidup ini diniatkan semata-mata kerana Allah Taala pasti setiap kedukaan itu bisa ditangani dengan hati yang redha dan ikhlas. Kadangkala ujian yang Allah Taala timpakan itu mempunyai rahsia dan hikmah tersembunyi yang kita sendiri tidak ketahui…. mungkin selepas itu kita merasakan kehidupan ini begitu indah kerana ia sentiasa diwarnai dan perkara yang mencantikkan lakaran kehidupan itu ialah iman, keikhlasan dan hidup kerana Allah Taala.

Hubungan bebas.

Masalah utama sebenarnya ialah kurang penelitian kepada perincian semasa pendidikanan diberikan kepada para remaja, disebabkan yang mengajar juga tidak terdedah kepada pembelajaran secara terperinci, malah memandang sambil lewa tanpa mengambil iktibar mengikut acuan Islam.

Pendidikan bermula di rumah.. oleh ibu bapa.

Tambahan lagi apabila pelajaran mengenal Tuhan hanya berlaku diperingkat kenal nama sifat dan perbuatan, tanpa ada usaha untuk memperincikan carakerja Tuhan. Tiada yang baik, malahan yang buruk belaku di luar ‘kekuasaan’ dan ‘pengetahuan’ Tuhan. Tuhan tidak akan pandang kita seperti mana kita tidak berusaha untuk memandang carakerja Allah Taala. Carakerja ini ialah praktikal yang terselit dicelah-celah kalam Ilahi. Sirah di dalam al-Quran suatu yang benar-benar berlaku dan terbukti akan keberkesanannya.

Cuba praktikkan.

Bagi yang imannya tidak lemah, banyak tauladan dan sempadan yang boleh diperolehi daripada al-Quran, walau tahap mana perincian diberikan atau tidak, semuanya menjadi ilmu pengetahuan yang berguna. Ilmu yang disangka tidak bermanfaat itu tidak berguna, sedangkan ada keperluannya pada masyarakat. Ilmu adalah sesuatu yang boleh ditumpangi, pengetahuan yang bermanfaat, namun bila ia merupakan pengetahuan tidak manfaat bukanlah sesuatu yang sia-sia tapi mungkin keberkesanan atau aplikasinya sukar dilakukan pada masa itu.

PERANAN

Maka hendaknya, bila ibu bapa mengambil berat anak buah di bawah jagaan masing-masing, maka akan lahir perasaan belas antara tetangga. Bila melihat anak jiran tersasar dari syari-‘at, terasa satu bebanan yang terpikul, lantas dinasihati seperti anak sendiri.

Semua kena main peranan.. ada rasa tanggungjawab.

Teringat satu ketika dahulu masyarakat begitu prihatin untuk ‘menjaga tepi kain orang’. Kalau ada anak muda di kampung berperangai tak senonoh, melalot terlolong di tepi jalan, akan ada orang kampung yang tampil menegur… sekarang, ditegur akan dibalas dengan kata-kata kesat, maki hamun.. ditambah lagi denngan ibu bapa yang ditegur membela perbuatan anaknya.

Mungkin ini sebabnya warga emas sekarang bagaikan terkejut mengulangkaji perangai muda-mudi masa kini di luar kotak diari mereka 30-40 tahun dahulu. Mereka bimbang FITRAH (cinta) yang disemai oleh golongan ini bertukar menjadi FITNAH.

Teruskan Pembacaan>>>
 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs
Topblogs @ iLuvislam

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal