“sejujurnya ana telah baca artikel ustaz tentang isu couple (merujuk pada tajuk artikel VALENTINE: Sebuah Cinta Terlarang) sebelum kahwin berkali-kali”
“Ana cukup tertarik dengan pengolahan pada posting tersebut”Seorang teman cuba mematikan lamunan penulis, sambil bebola mata asyik memerhati rakan-rakan beraksi di atas padang pada Kejohanan Piala Ukhuwwah semalam.
“Ye ke?Atau ustaz Fakhruddin ingin cakap sesuatu dengan ana?”Penulis cuba memancing kata-kata teman itu kerana seolah-olah mempunyai hal yang ingin dibincangkan.Beliau senior satu sekolah dengan penulis di sekolah menengah agama dahulu.
“Ana sebenarnya malu untuk bertanya, tapi tidak mengapakan kita berkongsi ilmu?”Mukanya mula kemerahan semacam ada sesuatu perkara sensitif ingin diperkatakan.
“Ya tidak ada apa-apa, lagipun ana masih menghormati Ustaz Fakhruddin sebagai insan yang lebih dulu mengenal ilmu daripada ana.Silakan…”Penulis tersenyum melihat gelagat teman itu yang tersimpul malu.
“Begini ustaz, ana ada satu persoalan ingin ditanya.Ana telah tanya ramai ustaz yang dah lama kat sini, dan sedikit kejelasan dari para syeikh besar di sini”Teman sudah mula tenang untuk hidupkan suasana pagi damai dengan kicauan beburung bertebangan memenuhi satu ruang di sisi padang.
“Nampaknya pancing aku telah mengena”Penulis monolog lembut di dalam hati.
“Ana sudah mempunyai calon, tapi masih binggun untuk buat pilihan.Bagaimana pandangan ustaz dalam memilih calon isteri?Cuba ustaz bayangkan, katakan ustaz berada pada posisi ana, apakah tindakan ustaz dari sudut kriteria yang perlu diambil dalam memilih calon isteri?”Tambah teman satu persatu pertanyaan yang membuatkan penulis terpaku sekejap.
“Aduh aku belum punya calon, dan jauh sekali untuk dirikan rumahtangga.”Bisik hati kecil penulis selepas diminta menjadi karaktor dalam babak drama rekaannya, dan mungkin alasan sedikit panduan untuknya mencari pasangan betul-betul ideal.
“Kalau nak pilih isteri, pilihlah perempuan yang ada wajah keibuan”Ujar penulis dengan penuh yakin berdasarkan pembacaan dan sedikit ilmu hasil perkongsian bersama para intelektual di universiti.
Penulis bersama dua rakan satu universiti
Kami dari satu negeri diperkenalkan oleh barisan pimpinan Keluarga Pelajar Kelantan Mesir dengan pelajar-pelajar baru dalam satu kejohanan bola sepak yang berlangsung selama tiga hari dan baru berakhir semalam di Tajammu’, suatu tempat yang baru dibuka dan akan menjadi di antara bandar utama di Kota Kaherah pada suatu hari nanti.Pada mulanya penulis ingin menolak lantaran kuliah yang sudah bermula dan jadual pengajian yang padat, walaupun pengajian tersebut pada sebelah malam namun bimbang kepenatan akan membelunggu penulis untuk melakar citra ilmu di dada.Tetapi di atas maksud persaudaraan dan jarang-jarang dapat berkumpul bersama-sama kecuali pada majlis-majlis besar seperti ini, mungkin lantaran komitmen pada pengajian masing-masing, baik pelajar dalam pengajian Islam mahupun perubatan.Penulis berasa bertuah kerana Allah Taala masih membuka hati penulis untuk bersosial secara sihat pada pertemuan jarang-jarang seumpama ini.Sekalung tahniah kepada pihak penganjur dan semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bagi mengembalikan tautan ukhuwwah yang pernah terbina pada era Nabi saw, para sahabat dan para saliful soleh selepasnya.Penulis ingin mengucapkan terima kasih di atas sokongan dan pandangan baik dari para pembaca budiman pada kiriman e-mail, sememangnya penulis menerima banyak feedback baik-baik tentang artikel sebelum ini.
Buatlah Perbandingan Dari Pemerhatian
Ini cerita penulis untuk membawa ‘fikir’ kepada seorang teman yang rasanya sudah mencapai usia patut mencari teman hidup.Terus terang penulis kecewa bila ada teman-teman yang menolak calon yang dicarikan oleh Bait Muslim, semata-mata kerana rupa.Memang betul ‘nak pakai lama’ dan ‘kahwin bukan sehari’, tapi apakah kita sememangnya dijodohkan dengan perempuan bak bidadari, kalau dapat anda dikira beranasib baik dengan takdir-Nya.Namun berapa ramai sangat yang ditentukan seperti itu?Cari cermin tilik masak-masak diri anda.Namun sebab nak pakai lama dan kahwin untuk selama-lamanya, mereka (Bait Muslim) akan cuba carikan yang terbaik akhlaknya.Apa pun soal jodoh bukan boleh dipaksa.Penulis tidak boleh marah, cuma sedikit kecewa.
“Wajah keibuan (maksud penulis yang didatangkan dalam satu pakej bersama baik agama dan akhlaknya)?”
Manakala bahan eksperimen penulis untuk mengenal sikap wanita pula ialah ibu dan dua orang ibu saudara penulis.Jadi penulis tidak sekodeng mana-mana perempuan yang bukan mahram, berdosa tu.Sesiapa yang berurusan dengan penulis akan sentiasa dianalisis sikap dan personaliti mereka.Hingga akhirnya penulis mampu (walau tak banyak) mentafsir sikap seseorang hanya dengan wajah dan air muka sahaja.Nampak gaya lepas ni ramai yang akan takut untuk bermuamalah dengan penulis.Pesanan buat teman yang sibuk menekuni buku ‘Reading People’, jangan salah gunakan ilmu anda selepas ini
Nampaknya tajuk ini ada magnetnya kepada teman penulis dan mungkin ribuan pria di luar sana.Soalan ini tidak penulis tidak terus tergopoh menjawab.Bukan hajat penulis untuk melonggokkan nama-nama wanita yang berwajah keibuan untuk ‘sekadar tahu’ dan penyedap cerita para lelaki.Cetusan ‘wajah keibuan’ daripada penulis sebelum ini hanya sebagai cetusan ‘fikir’ untuk yang ingin mencari.
Cerita ini penulis bawa balik sebagai bualan dengan teman-teman di rumah.Sekadar bertanyakan teman-teman, adakah betul tekaan penulis berkenaan dengan wajah keibuan ini, atau meleset sama sekali.Maksud penulis, wanita yang berwajah keibuan ini akan ada sikap seorang ibu yang baik, terutamanya pandai dalam bermuamalah dengan kanak-kanak dan pastinya ada banyak ciri-ciri keibuan yang terhimpun pada diri, sikap dan personalitinya. Jawapan teman-tema serumah penulis positif! Individu contoh yang penulis berikan juga tepat. Jadi, teori saya selama ini ada betulnya.Tak percaya? Bukan masalah penulis.Bagi penulis kaedah tersebut lebih selamat berbanding bercinta sehingga lupa dunia dan mengenal perempuan sehingga ‘ke dalam kain’ yang semestinya ditemani hawa nafsu yang bergelocak.
Teringat cerita seorang teman bila anaknya diangkat macam mayat oleh sekumpulan wanita, pada penulis mereka mungkin ada rupa tapi perlu belajar sesuatu sebelum melangkah ke alam perkahwinan.Satu tips untuk para lelaki, cuba tengok perempuan manakah yang mampu mengendong bayi berusia sebulan dan ke bawah.Hanya wanita hebat saja mampu lakukan, ramai yang tak berani!
Buat lelaki, isteri walau sekadar cantik tapi setiap hari makan di luar, anak-anak dibesarkan oleh pembantu rumah Indonesia, rumah yang berterabur, isteri yang pemalas mungkin akan menjadi igauan paling ngeri dalam hidup anda.Tapi bukan semua wanita cantik tiada wajah keibuan, ibu penulis tidak kurang lawanya.
Kali ini penulis ingin ‘mengajak fikir’ wanita-wanita yang bakal bekerjaya agar mempersiapkan diri dengan ilmu keibuan yang tidak diajar di universiti.Mungkin anda tiada wajah keibuan, tapi ilmu untuk menjadi seorang ibu yang baik bisa dipelajari dan ditekuni, bahkan anda mungkin menjadi ibu yang terbaik daripada mereka yang hanya ada ibu pada wajahnya.
Banyak lagi yang ingin penulis coretkan, namun bimbang insan yang bernama wanita makin terguris.Buat jejaka, wajah anda bagaimana?Ada wajah kebapaan?Cuba renungkan sejenak.
Kepimpinan Insan Bernama Lelaki
Naluri kemanusian yang cenderungkan wanita tidak dapat disangkal.Ini diakui dalam el Quran.Dek kerana itulah, Allah Taala melalui agamanaya telah menghalalkan ikatan antara lelaki dan perempuan melalui perkahwinan.Anjuran perkahwinan dapat menyelamatkan manusia sekaligus masyarakat dari kerosakan dan kemudharatan yang disebabkan oleh rangsangan syahwat.
Kecenderungan antara lelaki dan wanita merupakan sesuatu yang tabi’I dalam diri manusia.Tetapi kecenderungan itu tidak dikawal akan membawa kepada kerosakan akhlak dan tatasusila.Pengabaian sepenuhnya tanggunjawab terhadap kecenderungan ini sehingga berlakunya zina dan bersedudukan tanpa ada ikatan, adalah jelas bertentangan dengan syariat dan tabiat semulajadi manusia.Maka hendaklah para mujahid Islam mengetuai keinginanannya dengan cara berhikmah, dan tindakakan susulan setelah ditabalkan sebagai raja sehari.Perkahwinan bukan untuk satu tempoh yang telah ditentukan atau mengikut perjanjian kontrak, bahkan menjangkau masa satu tempoh masa di alam yang kekal abadi.
Allah Taala berfirman;“Kaum lelaki itu sebagai pemimipin ke atas kaum wanita dengan kelebihan yang telah Allah kurniakan ke atas sesetengah mereka atas sesetengah yang lain dan dengan kelebihan dari apa yang telah dibelanjakan dari harta mereka.Sebab itu maka wanita yang solehah, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh karena Allah telah memelihara (mereka).Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka.Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya.Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.”an Nisa’ (4:34)
Tapuk kepimpinan adalah diterajui oleh kaum lelaki, manakala kaum wanita pula golongan yang dipimpin.Inilah fitrah atau sunnatullah yang berkuatkuasa dalam kehidupan masyarakat dunia ini sepanjang zaman.
Pengaruh barat yang menular ke Negara Islam Berjaya menyerap idealogi persamaan hak wanita dan lelaki, yang mana akhirnya diterima umum.Akibatnya konsep kepimpinan lelaki terhakis.Kaum wanita yang dahulunya berperanan mentadbir anak-anak dan rumahtangga, manakala si suami pula berpenat mencari sesuap makanan untuk mengalas perut, tetapi lain pula yang berlaku sekarang ini.Hal ini diserahkan pada orang gaji.
Apabila sudah ramai wanita sudah memandang tanggunjawab di rumah sebagai kolot dan tidak ekonomikal, maka institusi keluarga akan tercemar dan terjejas.Anak-anak kehilangan kasih saying ibu.Kaum hawa ini, hanya sempat melihat dan bersembang bersama anak waktu malam sahaja, itupun kalau ana belum tidur atau si ibu masih tegar melawan rasa penat sehari di tempat kerja.Anak-anak membesar tanpa kasih saying akan merubah segala bentuk perlakuan, tumbesaran akal dan fizikalnya tidak terurus.Jadilah mereka anak yang tidak menghormati dan kasar dari segi tutur kata serta tingkah laku.
Ini semuanya bukannya datang dari kesilapan si ibu itu sendiri tetapi kegagalan si suami mendidik si isteri dan anak-anak mereka berperwatakkan baik.Kegagalan mentarbiah anak dan isteri menyebabkan banyak gejala yang tidak sihat berlaku dikalangan mereka seperti anak-anak berani keluar malam dan berpeleseran dengan lelaki bukan mahramnya dan juga tidak mustahil keretakan rumahtangga hanya menunggu belah sahaja.Kilang-kilang yang tidak terpimpin dengan wadah perjuangan dan didikan Islam pasti akan melahirkan produk yang hanya bertahan seketika atau dalamnya tidak serupa luarannya, luaran cantik tetapi dalaman dibina dengan bahan murahan dan tidak diisi dengan roh kerohanian.
Sayugianya, kita kembali kepada dasar Islam untuk mengembalikan martabat lelaki sebagai ketuan yang diamanahkan untuk memimpin ahli keluarganya dari dijilat oleh bahan panas api neraka.
15 komentar:
wajah kebapaan?
pertama kali dalam hidup mendengarnya.saya perlu letak dalam list calon.
idea bagus.syukran.:)
https://bayanlarsitesi.com/
Tokat
Kastamonu
Tekirdağ
Gümüşhane
77DVOE
ağrı
van
elazığ
adıyaman
bingöl
8KESR8
görüntülü.show
whatsapp ücretli show
M82
ankara parça eşya taşıma
takipçi satın al
antalya rent a car
antalya rent a car
ankara parça eşya taşıma
ZMJ41K
Adıyaman Lojistik
Trabzon Lojistik
Muğla Lojistik
Bayburt Lojistik
Bayburt Lojistik
DYV
A7567
Ankara Evden Eve Nakliyat
Malatya Evden Eve Nakliyat
Silivri Parke Ustası
Manisa Evden Eve Nakliyat
Van Evden Eve Nakliyat
4FCB9
Eskişehir Lojistik
Kırıkkale Evden Eve Nakliyat
Aydın Şehirler Arası Nakliyat
Rize Evden Eve Nakliyat
Tekirdağ Çatı Ustası
Batıkent Parke Ustası
Uşak Parça Eşya Taşıma
Bursa Evden Eve Nakliyat
Çorum Şehir İçi Nakliyat
50613
Çanakkale Parça Eşya Taşıma
Altındağ Parke Ustası
Çankırı Şehirler Arası Nakliyat
Kars Evden Eve Nakliyat
Burdur Parça Eşya Taşıma
Bursa Şehir İçi Nakliyat
Eskişehir Parça Eşya Taşıma
Diyarbakır Şehirler Arası Nakliyat
Bilecik Evden Eve Nakliyat
75DDD
Konya Şehirler Arası Nakliyat
Bilecik Şehir İçi Nakliyat
Bartın Şehir İçi Nakliyat
Binance Güvenilir mi
Niğde Şehirler Arası Nakliyat
Çerkezköy Buzdolabı Tamircisi
Ankara Asansör Tamiri
Silivri Parke Ustası
Konya Şehir İçi Nakliyat
922F5
Sivas Şehirler Arası Nakliyat
Ardahan Lojistik
Yozgat Şehir İçi Nakliyat
Eskişehir Evden Eve Nakliyat
Giresun Lojistik
Eskişehir Lojistik
Denizli Parça Eşya Taşıma
Urfa Şehir İçi Nakliyat
Telcoin Coin Hangi Borsada
0230F
rastgele görüntülü sohbet uygulaması
denizli görüntülü sohbet sitesi
mobil sohbet
ücretsiz görüntülü sohbet
kırklareli parasız sohbet
Hakkari Sesli Sohbet Sitesi
Eskişehir Canli Goruntulu Sohbet Siteleri
Izmir Rastgele Sohbet Uygulaması
aksaray görüntülü sohbet uygulamaları ücretsiz
AAFEB
Kripto Para Nasıl Oynanır
Bitcoin Nasıl Alınır
Btcturk Borsası Güvenilir mi
Kripto Para Kazma Siteleri
Bitcoin Kazanma
Gate io Borsası Güvenilir mi
Wabi Coin Hangi Borsada
Bitcoin Nasıl Para Kazanılır
Youtube Beğeni Satın Al
66F92
Madencilik Nedir
Binance Referans Kodu
Tiktok Takipçi Satın Al
Gate io Borsası Güvenilir mi
Trovo Takipçi Hilesi
Telegram Görüntüleme Hilesi
Hamster Coin Hangi Borsada
Sweat Coin Hangi Borsada
Btcst Coin Hangi Borsada
A8C1B
avax
poocoin
defilama
galagames
poocoin
arbitrum
eigenlayer
solflare
ellipal
Catat Ulasan