PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Khamis, Ogos 13

Tazkirah : Talam Dua Muka

Allah Taala mencipta alam dan muka bumi dengan sempurna supaya manusia dapat hidup aman damai. Bagaimanapun terdapat manusia yang suka mengganggu ketenterman dan kesejahteraan itu sendiri. Dalam Quran disebutkan empat watak manusia yang seumpama ini. Baik dalam kehidupan peribadi, berjiran tetangga, bermasyarakat, atau berbangsa. Keempat-empat watak ini selalunya mengganggu masyarakat dan sentiasa bekerja mengelabui mata orang ramai, mempersenda-sendakan agama dan melakukan apa sahaja untuk merosakkan masyarakat dan ummah.

Allah Taala berfirman yang bermaksud: Dan di antara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, menyebabkan engkau tertarik hati (mendengarnya), dan ia (bersumpah) bahwa Allah menjadi saksi atas apa yang ada dalam hatinya, padahal ia adalah orang yang sangat-sangat keras permusuhannya. Dan apabila ia berpaling, berjalanlah ia di bumi, untuk melakukan kerosakan padanya, dan membinasakan tanam-tanaman dan keturunan (binatang ternak dan manusia); sedang Allah tidak suka kepada kerosakan el Baqarah (2:204-205)

Antara watak-watak tersebut adalah:

watak Pertama:

Manusia yang bermulut manis di bibir tetapi hati penuh dengan racun berbisa. Manusia jenis ini sangat pandai berkata-kata dan mempunyai daya tarikan yang mempersonakan hati ramai orang. Dia boleh dianggap mempunyai hati yang baik, jujur, sentiasa berbuat kebaikan dan seorang pemikir yang sentiasa memikirkan kepentingan umum tetapi pada hakikatnya adalah lain dibibir lain dihati.

Pada pandangan agama Islam, manusia seperti ini adalah seorang yang munafik. Zahirnya mengatakan –Ya- tetapi batinnya mengatakan –Tidak-. Manakala dalam masyarakat Melayu, dia dipanggil Musuh Dalam Selimut, Musang Berbulu Ayam atau Telunjuk Lurus Kelingking Berkait.

Watak Kedua:

Manusia perosak masyarakat. Manusia jenis ini tidak mempunyai rasa malu dan sanggup melakukan apa sahaja untuk merosakkan masyarakat. Kerosakkan yang dilakukan adalah semata-mata kerana tidak dapat mengawal perasaan dan emosi apabila melihat orang lain mendapat kebaikan.

Antara musibah yang menimpa masyarakat dengan adanya manusia sebegini adalah lahir kumpulan yang suka menyalahkan orang lain atau kumpulan lain. Ada yang sanggup mencaci, menghina, memaki orang lain. Kita perlu ingat bahawa watak ini tidak dapat menyelesaikan masalah ummah tetapi menambahkan beban masalah buat masyarakat dan negara. Justeru itu, manusia yang terlibat dalam kelompok ini, gemar mencela, mengumpat, mengutuk, memfitnah tanpa dasar yang betul.

Adalah suatu kezaliman sekiranya seseorang menuduh orang lain melakukan perbuatan yang tidak dilakukan olehnya.

Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: Janganlah kamu mencaci maki para pemimpin. Doakanlah kebaikan untuk mereka kerana sesungguhnya kebaikan mereka membawa kebaikan untuk kamu juga(Hadith Riwayat at Thobarani)

Salah satu perkara yang dilakukan oleh mereka ini ialah melalui penyebaran berita palsu dan fitnah. Fitnah dilakukan sama ada melalui perkataan, ucapan atau tulisan. Pada zaman era globalisasi ini pelbagai fenomena fitnah telah muncul. Justeru, umat Islam hendaklah berusaha menolak dan menjauhi daripada terlibat. Alat-alat tekonologi yang maju patut digunakan untuk faedah dan kebaikan manusia dan bukannya disalahgunakan.

Sedarilah bahaya fitnah tersebut boleh menjatuhkan maruah seseorang. Jika fitnah terkena kepada pemimpin, maka jatuhlah kepimpinannya. Jika fitnah itu mengenai guru, maka hilanglah kewibawaannya sebagai pendidik. Dan jika fitnah itu mengenai suami isteri, maka bergoncanglah keharmonian rumahtangga dan keluarga.

Allah Taala berfirman yang bermaksud: Dan jagalah diri kamu daripada dosa yang bukan sahaja akan menimpa orang yang zalim di antara kamu secara khusus. Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksa-Nya el Anfal (8:25)

watak ketiga:

Manusia yang tidak boleh ditegur atau tidak boleh menerima kritikan, tidak bersikap terbuka dan tidak boleh menerima pendapat orang lain serta menghormati perbezaan pendapat. Mereka ini jika diajak membetulkan kesilapan diri, diseru mengikut jalan yang betul, diajak secara jujur, maka mereka menjadi sombong, angkuh dan bongkak.

Watak manusia sebegini adalah disebabkan mereka tidak dapat melihat kesalahan diri sendiri atau kumpulan mereka. Mereka selalu berasa benar dan bijak, manakala kesilapan datangnya daripada orang lain. Lantaran itu manusia seperti ini akan menjadikan sesiapa sahaja sebagai Kambing Hitam untuk menutup segala kesalahan dan kelemahan yang ada pada diri mereka.

Kesemua watak manusia yang dinyatakan tadi mengajak kita semua berfikir dan berwaspada supaya tidak menjadi golongan berkenaan.

Justeu itu, sedarilah bahawa masyarakat yang bertamadun akan mengelakkan diri daripada sebarang perbuatan jahat yang boleh memusnahkan agama, masyarakat dan negara. Semoga dengan sikap sedemikian kita tidak terjerumus ke dalam perbalahan, perpecahan, pencerobohan hak, pertumpahan darah dan sebagainya.

Allah Taala berfirman yang bermaksud: Katakanlah: Siapakah yang dapat melindungi kamu dari kemurkaan Allah jika Ia mahu menimpakan bala bencana kepada kamu, atau jika Ia memberikan rahmat kepada kamu? Dan mereka tidak akan beroleh sesiapapun selain Allah, pelindung atau penolong mereka el Ahzab (33:17)

ameen

13 komentar:

Yalçın berkata...

https://bayanlarsitesi.com/
Altınşehir
Karaköy
Alemdağ
Gürpınar
CJKH

Victorr berkata...

Antalya
Konya
Adana
Ankara
Van
HAQY

QuantumVoyager9 berkata...

sakarya
düzce
çankırı
sivas
elazığ
WSRİ

HyperspacePhantomXYOLG berkata...

Çorlu Lojistik
Manisa Lojistik
Eskişehir Lojistik
Afyon Lojistik
Konya Lojistik
UUİF0

GalacticDreamerA539 berkata...

ankara evden eve nakliyat
malatya evden eve nakliyat
antep evden eve nakliyat
giresun evden eve nakliyat
kayseri evden eve nakliyat
ET4T

9EE75Ansley46008 berkata...

0FD81
Tekirdağ Fayans Ustası
Tekirdağ Cam Balkon
Bartın Evden Eve Nakliyat
Samsun Evden Eve Nakliyat
Konya Evden Eve Nakliyat

63A65Erica072D3 berkata...

D9F34
Edirne Lojistik
Kırıkkale Şehir İçi Nakliyat
Elazığ Evden Eve Nakliyat
Çankaya Parke Ustası
Çanakkale Şehirler Arası Nakliyat
Maraş Şehir İçi Nakliyat
Mardin Parça Eşya Taşıma
Bolu Parça Eşya Taşıma
Ağrı Şehir İçi Nakliyat

5ACCDMatthew9A657 berkata...

9D02F
Bilecik Şehir İçi Nakliyat
Muğla Parça Eşya Taşıma
Gölbaşı Parke Ustası
Expanse Coin Hangi Borsada
Giresun Evden Eve Nakliyat
İzmir Lojistik
Çankaya Fayans Ustası
Yobit Güvenilir mi
Gölbaşı Boya Ustası

7F9C7JocelynE7695 berkata...

33A60
binance referans kodu %20

62AA5VictoriaBB62F berkata...

42AB7
https://referanskodunedir.com.tr/

393C0Deshawn967CD berkata...

80063
uniswap
eigenlayer
zkswap
layerzero
DefiLlama
dappradar
sushiswap
quickswap
thorchain

843867C888Chloe541C2B2B08 berkata...

679AF3811D
tiktok bot basma

Tanpa Nama berkata...

D95ABBD406
türk takipçi
M3u Listesi
Pubg New State Promosyon Kodu
Kaspersky Etkinleştirme Kodu
Dude Theft Wars Para Kodu
Bitcoin En Güvenilir Nereden Alınır
Pubg New State Promosyon Kodu
Danone Sürpriz Kodları
Call of Dragons Hediye Kodu

Catat Ulasan

 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs
Topblogs @ iLuvislam

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal