
Nombor siri soalan 45/910:
Assalamualaikum wrh. wbt. Boleh ustaz jelaskan, apakah hukum mempelajari dan mengamalkan Ilmu Pengasih atau Penunduk?
(saudari Hafizah: Universiti Malaya)
Jawapan/ Pandangan:
Ilmu pengasih atau ilmu penunduk merupakan salah satu cabang ilmu dan pengetahuan. Walaupun manusia diwajibkan mempelajari ilmu, namun ada ilmu yang dibenci dan ditegah oleh syara' khususnya ilmu yang boleh membawa kerugian yang nyata di dunia dan akhirat. Boleh diketogarikan ilmu tersebut dalam kelompok ilmu sihir yang mana bertentangan dengan ajaran Islam.
Melakukan sesuatu ikhtiar dengan berdoa ke hadrat Allah Taala, melakukan sesuatu yang baik seperti untuk memperbaiki diri, meningkatkan amal ibadat kepada-Nya, membaiki penampilan diri, menjaga tutur kata dan akhlak mulia boleh menjadi penyebab seseorang itu dikasihi. Cara ini memang dibenarkan di sisi syara’ kerana kena pada konsep yang dikehendaki Islam, iaitu usaha atas jati diri (ikhtiar) atau usaha gentleman untuk menaikkan prestasi diri sehingga dikasihi.
Tetapi mengikhtiarkan sesuatu ilmu yang diketahui sebagai ilmu pengasih yang menggunakan kaedah yang salah adalah haram, sepertimana yang telah disebut dalam hadith:
Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya jampi mentera yang menggunakan perkataan terlarang dan tangkal dan at tiwalah adalah perbuatan syirik” (Hadith riwayat Ahmad dan Daud)
Ibnu Mas’ud ketika menghuraikan maksud perkataan at tiwalah mengatakan:
“Ada sesetengah golongan baik perempuan atau lelaki, menggunakan sejenis tangkal, dipakai pada dirinya dengan tujuan menambat hati atau menyebabkan dirinya lebih dicintai oleh orang lain, maka perbuatan itu adalah sejenis sihir”
Ertinya: Ibnu Mas’ud ra menganggap ilmu pengasih dengan ikhtiar yang sedemikian (kaedah yang bertentangan dengan Islam) iaitu melalui cara at tiwalah adalah sebagai perbuatan syirik. Kita sudah maklum syirik merupakan dosa yang paling besar.
Tambah Ibnu Mas’ud menyebut yang bermaksud Hukum-hukum jampi mentera dan tangkal-tangkal seperti benang-benang dan simpulan padanya yang di bawa jampi khusus untuk dipakai oleh perempuan atau lelaki dengan tujuan dia dicintai, yang disebut sebagai ilmu pengasih adalah termasuk dalam at tiwalah.
Oleh itu ilmu pengasih yang digunakan daripada kaedah mengambilnya (mempelajarinya) dari seseorang untuk dipakai atau kadang-kadang diberi makan yang mengandungi bahan sihir yang kotor amat ditegah di dalam Islam untuk mengamalkannya. Demikian juga orang yang menggunakan kaedah yang sama untuk memisahkan seseorang dengan seseorang yang lain, apatah lagi memisahkan dua orang yang berkasih kerana Allah Taala, iaitu pasangan suami isteri yang rumahtangga mereka rukun damai, baik dengan cara nyata, mahupun cara halus dianggap berdosa besar dan hukumnya adalah HARAM.
Dalam Tafsir el Qurthubi, penulisnya Imam Qurthubi telah menyatakan tafsiran petikan ayat ini menyebut:
“Tidak boleh dinafikan bahawa sihir (ilmu syirik) memberi kesan pada hati-hati manusia dengan memaksakan kasih kepada mereka atau menjatuhkan kebencian melampau sehingga mereka suami isteri, kebencian itu boleh menyebabkan perceraian”
Demikian juga perbuatan meminta bantuan makhluk halus (sihir) ini boleh membolak-balikkan hati manusia, risau tidak menentu, sakit hati (menyampah) tidak tentu pasal sehingga membawa kepada kemurungan dan sebagainya adalah haram.
Namun di sana wujud garis panduan yang telah diajar oleh Islam bagaimana cara atau kaedah yang betul untuk mewujudkan suasana yang baik dan kasih sayang kerana di dalam el Quran terdapat banyak ayat-ayat yang mana boleh menyebabkan seseorang jatuh cinta dengan cara terhormat lagi bersih terutama untuk mentautkan kembali kasih sayang antara suami isteri, anak-ank dan sebagainya.
Mengapa kita mencari salah yang kelak membinasakan diri, sedang jalan sunah lagi baik telah dipratikkan oleh golongan solifussoleh yang telah dijamin halal di sisi Islam. Jangan jadikan yang salah itu sesuatu yang biasa, kerana kebiasaan itu mengundang kebinasaan.
“Hanya Allah Yang Maha Mengetahui”
Yang Fakir,
Ustaz Rezza
Kuliah Syariah dan Perundangan,
Universiti el Azhar,
Kaherah, Mesir.
6 komentar:
Salam ustaz...
apakah doa-doa didalam al-quran yang boleh diguna pakai untuk dikasihi/dicintai??
adakah ayat pengasih nabi yusuf boleh digunakan??
>> http://petua-kahwin.blogspot.com/2009/01/rahsia-ayat-pengasih-nabi-yusuf.html
ya, saya juga nak tahu.. bg saya, selagi kita beramal dengan ayat2 dari al-quran, ianya tidak mengapa.. cuma nak tahu apa hukum bg mengamalkan ayat2 seperti doa nabi yusuf.. dari surah yusuf ayat 4.. apa yang saya faham, ianya adalah doa nabi yusuf, jadi doa adalah senjata org mukmin.... cuma jangalah berdoa semata-mata untuk kepentingan diri tetapi berdoa supaya mendapat keredhaan allah juga dengan mengamalkan ayat2 pengasih seperti doa nabi yusuf.. sekian.. wallahualam..
Ilmu pengasih yang menggunakan doa ulama' dan ayat quran boleh digunakan,tetapi mesti niat utk berkahwin bagi yg belum berkahwin.
bagi yg dah kawin, niat mestilah utk menambah kasih sayang suami isteri dan anak2.
tetapi elakkan menggunakan ilmu pengasih dari jampi serapah, tangkal, minyak dagu dsb.
dalil dlm blog ini lebih kpd mengharamkan tangkal dan jampi, tidak pun menyentuh tentang quran.
assalamualaikum,
saya ingin bertanya..
apakah hukumnya bagi seseorang yang menggunakan ilmu pengasih untuk anak-anaknya supaya senang mendapat jodoh orang kaya??
dan apakah hukumnya bagi si ibu yang menggunakan ilmu pengasih tetapi boleh mendaftar diri untuk naik haji??
asalamuallaikum...mohon bertanya..apakah hukum mengguna ilmu pelet dgn bacaanya mengunakan bahasa kuno jawa dan dicampur dgn ayat al-quran dgn cara mengamal/dibaca semasa puasa 7/14 hari, wirid, dan solat2 sunat dan solat 5 fardhu..apakah ia juga dikatakan syirik..kerna sy takut ramai akan terjebak jika mengamalkan..dan sy berasa was2 kerna apa yg sy bc ,ada ustaz kata, ianya haram dan ada kata boleh..
Salam ustaz...
apakah doa-doa didalam al-quran yang boleh diguna pakai untuk dikasihi/dicintai??
Catat Ulasan