PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Koleksi MCDS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Koleksi MCDS. Papar semua catatan

Isnin, Disember 28

Review: Gelombang Cinta Anta Anti



Rupa-rupa ramai yang menyimpan hasrat untuk mendirikan rumahtangga, selepas tidak sampai satu hari artikel saya di bawah tajuk:

Romeo And Juliet Tinggal Sejarah

berjaya diterbitkan.

Mencurah-curah e-mail dan pertanyaan yang diajukan kepada saya, tidak ketinggalan juga yang bertanya secara langsung pada sesi soal jawab agama dan perkongsian yang diadakan sepanjang bulan Ramadhan. saya tersenyum sendirian bila mengenangkan kembali soalan yang ditanya ketika menyiapkan artikel ini.

Ustaz, saya pernah bercinta ketika di alam kampus dulu. Dia sering menabur janji-janji manis hinggakan saya hampir terhumban ke lembah maksiat. Alhamdulillah, kakak senior satu usrah sering menasihati saya. Sekarang bila dah berkahwin terasa diri ini kerdil untuk bercinta sebelum meraih cinta-Nya terlebih dahuluBerkongsi seorang kakak.

Saya sedang bercinta sekarang. Saya tahu tindakan kami ini salah, dan saya sering ingin mengelak, namun saya juga sering gagal. Apakah nasihat ustaz kepada saya yang sedang kebinggunganKeluh seorang mahasiswi.

Persoalan yang berkaitan dengan hubungan palsu ini memang komplektif untuk dibincangkan, banyak menimbulkan tanda tanya, di manakah garis pemisah yang sebenarnya, dan persoalan-persoalan mengenai kaedah betul untuk meleraikan ikatan hubungan haram yang telah terbina.

SERING TEWAS PADA KATA NAFSU

Memang penat bila berada dalam keadaan yang tidak pasti. Perempuan akan terasa teramat perit bila janji yang ditabur semasa melayan cinta buta, tiba-tiba terputus dipertengahan jalan.

Tidak rugi sandarkan harapan kepada Allah Taala, kerana masa depan, jodoh dan pertemuan dengan pasangan adalah di Tangan Allah Taala bukan di tangan si dia, walaupun si dia memberikan kepastian yang kalian berdua akan bersama nanti. Kita kena ingat Allah Taala penentu segalanya, andai diizinkan-Nya, maka bersatulah kalian.

Kalau hubungan yang meragukan ini masih kurang pasti masa depannya, kenapa perlu habiskan masa untukk fikirkannya? Kejarlah sesuatu yang pasti akan menjadi milik anda, iaitu kejayaan dalam pelajaran, dan membantu keluarga bila sudah berkerjaya kelak.

Dalam bercinta, sekuat manapun kita berusaha untuk mempertahankan dan membina impian indah, ia belum mampu menjanjikan sebuah episod kesudahan yang manis. Tapi dalam pelajaran, semakin kita berusaha, makin kita pasti kejayaan itu akan jadi milik kita, kerana Allah Taala tidak akan sia-siakan usaha hamba-Nya yang berusaha ke arah kebaikan. Pertanyaan ikhlas saya:

Adakah yang kalian lakukan semasa melayan cinta palsu ini dikira sebagai usaha ke arah kebaikan?

KASIH ABADI HANYA PADA HAK

Kita sedia maklum cinta adalah fitrah bagi setiap insan, setiap makhluk hatta haiwan sendiri mempunyai keinginn untuk berpasang-pasangan, jadi bercintalah tetapi mesti pada tempat yang betul iaitu yang telah disyari-‘atkan.

Jika bercinta hanya sekadar suka-suka, cubalah untuk hindari rasa cinta itu kerana ianya hanyalah mainan syaitan. Tetapi jika cinta yang menjurus ke arah perkahwinan, jagalah cinta itu baik-baik kerana cinta kita kepada Sang Pencipta Cinta.

Ramai di kalangan para sahabat yang merupakan mahasiswa, masih menuntut berhasrat untuk menghabiskan pelajaran dan kemudian baru memikirkan soal kahwin, saya amat menyokong niat suci itu. Namun jika kemampuan untuk berbuat demikian (berumahtangga) sebagai menyahut seruan yang telah sampai, lakukanlah dengan jujur dan ikhlas sebagai suami dan isteri.

Ingat ! Jodoh pertemuan ditentukan Allah Taala. Bercinta sahaja bukan jalan untuk kita memiliki orang yang kita cintai. Apa yang kita mahukan adalah redha Allah Taala semata-mata kerana kepada-Nya jua kita dikembalikan.

Andai ada di kalangan sahabat kalian yang mencintai seseorang, tetapi ingin menghindari dari berlaku perkara yang boleh melanggar batas-batas syara’, janganlah rasa bimbang jika tidak bercinta. Berdoalah kepada Allah Taala. Hubungan yang diredhai Allah Taala itu adalah terbaik.

Maka amat celakalah jika agama diadatkan. Ingatlah wahai sahabat bahawa cinta tanpa hala tuju hanya mengundang musibah yang cukup besar dalam hidup anda. Penawarnya belum tentu terjumpa, kalau ada sekalipun belum tentu mujarab sepenuhnya, kesan parutnya tetap ada.

Definasi cinta itu buta pada saya adalah bila seseorang bercinta, mereka menjadi buta terhadap sekeliling, terhadap hukum, dan syari-‘at dengan merasakan segala perbuatan mereka benar walau mereka sedang melakukan maksiat.

Wahai sahabatku, janganlah bermimpi untuk ber-couple jika anda tidak cukup sayang kepada Allah Taala, Nabi dan keluarga. Anda tidak berlaku adil jika sanggup sayangkan perempuan, mahupun menyayangi lelaki yang belum muktamad menjadi suri hati kalian lebih daripada yang lain. Alangkah indah dan bahagianya bila Islam menjaga hubungan kita sesama muslim.

MELURUSKAN JALAN MENUJU ALLAH

Setiap pekerjaan perlu dimulakan dengan niat. Setiap apa yang kita laksanakan untuk kehidupan perlu ada tujuan. Mungkin kita perlu bahagikan kepada beberapa tahap, mengikut tahap kehidupan kita di dunia ini. Paling kurang tiga tahap, jangka pendek, sederhana dan panjang.

Keutamaan berilmu menjadi tujuan paling penting dalam hidup kita. Jangka pendek, menimba ilmu yang selalunya bermula di sekolah rendah adalah untuk berjaya dalam ujian, kerana ujian itu adalah untuk menguji kefahaman kita pada apa yang telah dipelajari. Jangan belajar untuk ujian tetapi belajarlah untuk kefahaman.

Jangka sederhana, menimba ilmu untuk mendapatkan pekerjaan. Jangan sempitkan minda tentang pekerjaan pula, tertumpu hanya untuk makan gaji sahaja. Islam menggalakkan perniagaan, oleh itu perkerjaan di minda adalah untuk berniaga. Maka sekiranya tujuan jangka sederhananya untuk menjadikan berniaga sebagai kerjaya, silibus sekolah perlu diperluas sendiri. Kalau ambil silibus sekolah sahaja, yang belajar sains dan agama tiada pengetahuan tentang perniagaan.

Bila sudah melatih diri dengan tujuan jangka pendek dan sederhana, jangka panjangnya datang lebih mudah, iaitu untuk mencari dan mengenal Tuhan. Hidup di dunia yang merupakan salah satu dari tujuh alam yang bakal dilalui, jika difahami, akan membuatkan kita mengenal siapa kita sebenarnya dan bagimana perlu diperhalusi semua tujuan-tujuan di atas.

Berniaga itu luas ruang lingkupnya, kerana Allah sendiri menggalakan kita berniaga dengan-Nya. Segala modal telah Dia berikan, terpulang pada kita membuat perancangan rapi, agar rate of return dapat dimaksimakan. Tidak lain yang perlu untuk menjayakan perniagaan adalah laporan kewangan, bermula dengan penulisan rapi buku simpan kira-kira. Ramai yang tersalah ambil konsep simpan kira-kira ini, disamakan dengan berkira. Buka minda jangan berkira tetapi simpanlah kira-kira.

PESANAN BUAT SUAMI ISTERI

Kadang-kadang saya nampak mereka yang telah berlayar bersama bahtera kasih yang sah terasa kekok untuk mengendalikan rumahtangga, walhal mereka telah pun disumbat dengan pelbagai teori semasa kursus perkahwinan, paling kurang pun mereka sedar tanggungjawab sebagai pasangan suami isteri.

Terutama dalam hal menguruskan rumahtangga.

Bab yang berkaitan dengan house skill seperti memasak, mengemas, menjaga anak dan sebagainya akan nampak kepentingan selepas berkahwin. Hubungang suami isteri bukan terhenti sekadar menikmati tuntutan batin dan mencari nafkah zahir bahkan lebih dari itu. Kalau dah kedua-duanya bekerja, maka perlu ada toleransi antara suami dan isteri, sebab kedua-duanya sama-sama penat.

Para suami tidak kekok untuk menguruskan rumahtangga, disebabkan lelaki lebih banyak daya kekuatan berbanding dengan perempuan, maka hulurkanlah tangan untuk ringankan beban. Wanita bukanlah superwoman, tapi ramai yang terpaksa. Ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Tiada sebab kaum adam, apatah lagi kaum hawa tidak tahu tentang house chores.

Moga terpelihara niat untuk melihat siapakah insan yang dijanjikan oleh Allah Taala untuk menemani diri ini. Tiada cinta paling selamat melainkan selepas Ijab dan Qabul, dan tiada cinta paling abadi melainkan Cinta Agung-Nya.

ameen


Teruskan Pembacaan>>>

Khamis, Disember 10

Bukan Payah Untuk Senang



“Siapa nama kamu?” Tiba-tiba suara kecil seorang pensyarah yang juga ketua pengawas, telah mengejutkan saya dari lamunan asyik dan minat pada menulis di keratan kertas jawapan.

“Nama saya Redha (panggilan teman arab)” Saya balas pendek sambil berhati-hati, kerana bimbang jawapan yang ingin ditulis hilang.

“Semoga Allah merahmati perjalanan kamu dengan sekalung kejayaan di hadapan. Jawapan dan tulisan kamu cukup bagus. Saya tertarik padanya, teruskan…” Sambil mengukir senyuman, pensyarah itu berlalu menyelusuri lajur di sebelah.

Usai menduduki paper pertama hari ini. Rasa macam terbuang segala sesuatu yang meruak di dalam kepala. Penat memerah keringat mental, memberi tindak balas pada pertanyaan soalan-soalan yang cukup mencabar. Ujian ini mungkin sudah dikira berat dan mencabar, kenapa tidak? Setiap detik dan ketika, terpaksa memusingkan kepala, menahan kepenatan kepala yang mengarah pada satu sudut sahaja selama tiga jam, sambil tangan ligat berlari di atas helaian kertas menjawab setiap pertanyaan yang dikemukakan. Bagaimana pula tiak ujian dunia datang melanda? Kadang-kadang terfikir juga, mungkin memerlukan lebih dari yang biasa.

Saya berterima kasih kepada seorang teman yang sudi memudahkan urusan saya, malam sebelum hari peperiksaan. Menyediakan maklumat kelambakan jadual sepanjang tempoh cuti panjang akan datang, dan menyusun cantik di dalam satu folder.

Menyiapkan banyak perkara dalam fatrah peperiksaan, suatu cabaran yang menguji kebijaksanaan seseorang meletakkan setiap babak dan situasi sesuai pada tempatnya. Menyusun bahan untuk dimuatkan di dalam buku pertama saya yang bakal diterbitkan, agar tidak menelan masa untuk aktiviti lain. Moga berjalan mengikut jadual.

Saya cuba bersikap profesional untuk berdepan semua ini, menyediakan diri untuk menempuh jalan perjuangan sebagai seorang pelajar sejak mengenal erti ‘mengali’ dan ‘menimba’ telaga ilmu yang melimpah-ruah, dan menyediakan orang lain berada sebaris bersama semangat diri.

Beberapa hari sebelum bermula langkah saya di medan peperiksaan, saya cuba berkongsi ilmu bersama pelajar perubatan al-Azhar, menyelesaikan bacaan sukatan pengajian mereka berkenaan masalah hukum. Rasa seronok ada juga, walaupun diri masih sibuk, tetapi sempat menyibukan diri menyelesaikan masalah, dan memenuhi keperluan orang lain. Rasa berat pula untuk tolak.

Mengimbangi kehendak, dan tidak pula menolak mentah-mentah permintaan golongan ini, mencerminkan diri kita faham konsep yang telah dibawa oleh baginda Nabi Muhammad s.a.w. Mendekatkan diri, dan tidak pula jenuh menyelami perasaan golongan elit ini bagaikan mengajak mereka mengijak di bumi yang nyata.

Ujian dan rahmat akan datang dalam pelbagai bentuk, kesedian kita mendepaninya juga mesti pantas dan cepat. Orang agama bukan persoalan yang utama, tapi ilmu agama yang ada, ke mana hendak ditaburkan.

Inilah mesti menjadi pertimbangan kita.

PROTAZ DAN USPRO?

Memang selalu jadi resam, agenda hendak meneutralkan sikap eksklusif kelompok aliran agama disampaikan dengan cara yang sangat buruk, hodoh dan tidak sepatutnya hingga menjustifikasikan mereka dalam keadaan bimbang, terdapat jurang piawaian pelajar aliran agama dengan bukan dari aliran agama.

Jalan kebenaran itu akan sentiasa dipenuhi dengan ujian dan dugaan. Bukan untuk menghalang kita, tetapi untuk meningkatkan semangat kita.

Sebuah pemerhatian yang baik untuk ditelusuri oleh mereka yang berkenaan.

Menjadi suatu obligasi kepada ulama’ (yang tradisinya difahami sebagai golongan agamawan) untuk menekuni juga bidang-bidang lain. Ketika mana seorang sahabat saya sempat berkomunikasi dengan seorang editor kanan di sebuah syarikat penerbitan ternama di Malaysia. Beliau mengakui betapa ulama’ di Malaysia khususnya amat kurang memerai bidang penulisan. Mereka lebih suka bercakap dan bercakap. Jika menulis pun, tulisannya keras dan kaku.

Penulis tidak fikir, seorang ulama’ hanya patut bangga mendalami ilmu fiqh dan usul sahaja, sebaliknya golongan ini perlu digandingkan dengan satu-satu ilmu alat yang lain. Malah, Nabi Daud a.s seorang pakar dalam seni pembuatan barang dari besi, Nabi Yusuf as pula pakar ekonomi, manakala Nabi Muhammad s.a.e sendiri adalah ahli perniagaan hebat dan berjaya.

Tidak perlu seorang ulama’ mampu menguasai semua bidang, namun keupayaan mereka menguasai sesuatu bidang lain, sudah dilihat sebagai kelebihan yang complimentary dalam mengangkat imej institusi ulama’ itu sendiri.

Penulis teringin hendak melihat, adanya ulama’ yang juga seorang pilot. Penulis sudah melihat bayangannya, dan ada potensi. Paling kurang, perlu ada kesepaduan pemikiran, paradigma dan pandangan hidup antara golongan agamawan dan intelektual. Sedih mengenangkan kesan penjajahan fizikal dan mental yang terus-terusan berakar umbi di tanah tanah. Mudah sahaja kita di‘kencing’ dengan mereka yang mengamalkan konsep yang ditaja oleh Barat.

Kagum dengan ulama’ terdahulu yang mampu menguasai ilmu syari-‘atik dan saintifik seperti Ibnu Sina, Ibnu Rushd, al-Khawrizmi. Kagum juga dengan ciri-ciri alim Ulama’ pada zaman Othmaniyyah seperti yang diistilahkan oleh Taskopruluzade Ahmet. Terasa sangat jauh dan ketinggalan berbanding dengan kehebatan yang digambarkan. Jangan kata semua, salah satu kriteria pun rasanya susah hendak dikuasai. Terasa diri terlalu banyak bermain-main dan membazir masa, tenaga, fikiran, emosi dan semua yang dikurniakan Allah Taala.

Permasalahan yang timbul di negara kita tentang konsep ulama’ dan profesional berpunca daripada sistem pendidikan kita yang memisahkan di antara pengetahuan tentang Islam dan pendidikan sains tulen.

Ini menyebabkan golongan berpendidikan agama merasakan mereke lebih layak memimpin masyarakat, bimbing ke arah yang benar, mengikut sirah Nabi. Manakala pada masa yang sama golongan profesional beranggapan mereke mampu mentadbir negara dengan kepakaran dalam pelbagai bidang dimiliki seperti perubatan, kejuruteraan, ekonomi dan sebagainya. Pelik, walhal kedua-dua golongan tersebut cintakan Islam, ingin melihat Islam bangkit kembali, tapi tiada kebijaksanaan untuk bersama mengembeling tenaga dan pencerah akal ke arah memajukan Islam itu sendiri.

Tidak dianggap hina mana-mana ahli agamawan yang tidak tahu apa itu bidang pengaturcaraan dan profesional. Elok benarlah ada orang sains yang boleh tolong tampung apa yang agamawan tidak tahu. Menjadi persoalan, lekehnya orang mengaji agama ini, ialah bilamana mereka yang memperlekehkan bidang pengaturcaraan dan profesional.

Ayuh, bagi orang mengaji agama, jadilah golongan mujtahid dalam agama yang bukan sahaja serba tahu tentang hukum-hakam, malah peka akan arus perdana, celik komputer dan IT. Tidak mudah, dan tidak senang ditipu. Manakala golongan bidang profesional pula, cuba mendalami bidang agama tanpa rasa kekok untuk belajar di saluran biasa. Menambah-baikan ilmu perlu, dan jangan tunggu sampai perlu dijolok, atau diketuk terlebih terlebih dahulu, namun tahu apa yang kena dibuat.

“Bukan Payah Untuk Senang”

ameen

Teruskan Pembacaan>>>
 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs
Topblogs @ iLuvislam

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal