PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Jumaat, Januari 1

2010 : Berubah Untuk Mengubah



Memang benar, manusia lebih suka cakap dari mengubah sikap. Bila ditanya pasal selera, keinginan, azam tahun baru pasti matlamat itu dan ini mahu digapai. Tidak kurang pula, ada yang telah memasang niat tahun sempurna, tahun untung bersih, tahun menamatkan zaman bujang dan sebagainya.

Ada satu hal yang membezakan manusia dengan makhluk lain adalah manusia mengenal erti perubahan dan pembaharuan. Merintis jalan dari usia muda ke tua.

Cara berpakaian.

Cara bergaul.

Cara mendidik, cara belajar, dan mengajar.

Cara berfikir, kematangan.

Ada pelajar atau mahasiswa yang semakin tinggi prestasinya. Ada guru yang makin matang kaedah pengajaran, terkini. Ada pengusaha yang berhasil mengeluarkan produk bagus, meningkatkan mutu kerja dan pengurusannya. Ini menunjukan bahawa manusia itu sebenarnya sudah mengenal perubahan dan pembaharuan, dan menginginkannya.

Betul...

Manusia akan terus hidup bila dia mempunyai harapan. Harapan untuk berjaya, harapan untuk kekal sihat, harapan untuk makan sedap, harapan untuk menang, harapan untuk hidup bahagia dan segala macam lagi harapan tersandar di dinding iman dan nafsu kehidupan.

Benar...

Tidak salah kita terus berazam, merancang lakukan ini dan itu walaupun asyik mengulangi kesilapan dan kelemahan sama. Manusia akan tiba satu masa untuk berubah, bila sudah punya kesedaran, usah diulangi kelemahan tadi. Akibatnya, hancurlah harapan, tiada lagi hijrah melainkan hanya tinggal angan-angan.

Manusia memang pandai cakap dari mengubah sikap.

Melihat kelebihan diri tidak ke mana, andai kelemahan tidak ditangani.

Pernah kita muhasabah, berapa kerat sangat impian dan matlamat kita telah tercapai sepanjang tahun yang sudah. Perlu ada guide-line terpimpin.

Kalian mampu meraih.

Kita boleh merancang strategi untuk suatu perubahan tetapi kadang-kadang kita tersangkut dan tersangkut dalam usaha ke arah itu, terus hilang rasa mahu. Kita sering alpa antara benih yang perlu ditanam bagi merealisasikan gagasan hijrah ini ialah iman, dan didahulukan dengan niat.

Keimanan adalah rahsia di sebalik keredhaan, kerelaan, ketenangan dan aman.

Ingin berubah ke arah lebih baik ialah satu usaha murni, namun tanpa iman dianggap kering dari inayah dan rahmat Ilahi, seperti orang pandai di mana jiwa mereka hampa dari cahaya Ilahi hingga mengeluarkan kenyataan tentang hukum-hakam amat menyakitkan. Ianya dianggap gagal selama-lamanya.

Kita tidak boleh terus terperangkap dalam paradigma lama, perlu pada anjakan, barulah perubahan yang didambakan berjaya digapai. Bukan omong-omong kosong tanpa ada tindakan susulan.

Peningkatan...

Kalian tidak mampu untuk menutup mulut manusia supaya tidak melakukan pelecehan terhadap diri anda, akan tetapi kalian mampu melakukan kebaikan dan peningkatan yang mampu mendiamkan kritikan mereka. Peningkatan inilah antara perubahan yang kita perlukan. Bukan hanya berubah bentuk fizikal luaran, penampilan, namun paling penting perubahan sikap (spiritual).

Manusia tidak kalah meniru sikap dari mendengar cakap.

PENCAPAIAN

Dalam kelamaan hidup, kita harus sedar akan sampai di penghujung perjalanan di dunia, antara peringkat yang perlu ditempuhi sebelum ke peringkat seterusnya. Kalau kita tahu hidup ini sebentar, kita tahu terlalu singkat untuk buat kejahatan. Cahaya Ilahi sentiasa kembara bersama manusia. Keikhlasan mesti sentiasa seiringan dan mengiringi kita dalam mencari redha Allah.

Benar...

Kalian pasti memiliki segudang keinginan, impian indah. Mulai keinginan yang mudah hingga keinginan yang susah, tapi usaha perlu diletakkan di depan. Namun percayakah kalian, semua keinginan itu sebenarnya boleh diraih, dicipta, diperolehi?

Bagaimana?

Usaha.

Ubah sikap.

Percaya (optimis).

Dalam berhijrah, pasti akan menghadapi kesukaran. Pasti akan ada halangan dan cabaran. Perubahan hijrah dalam pemikiran perlu kita jalani, untuk mengatasi halangan dan cabaran tersebut. Kita berhijrah secara luaran, fizikal, tetapi halangan dan cabaran itulah yang melatih kita berhijrah secara spiritual.

Kalian ada mampu dan kudrat. Pencapaian kita bukan sahaja teruji melalui mampu atau kudrat jasmani, namun lebih dahsyat melalui rohani. Kita yang memahami akan mesej-mesej kebenaran ini perlu memberi makna kepada maklumat yang diterima dengan cara yang bersesuaian dengan kemampuan masing-masing.

Ikhlas, orang yang ikhlas akan tenang dan senang dalam melaksanakan sesuatu, kerana ia hanya ada satu ‘hati’ untuk dijaga-Allah. Berilah dengan sebanyak mungkin, bukan luas tadah untuk menerima.

ÙˆَÙ„َا تَÙ…ۡÙ†ُÙ† تَسۡتَÙƒۡØ«ِرُ

Allah Taala berfirman yang bermaksud: Dan janganlah kamu memberi dengan maksud memperoleh (balasan)yang lebih banyak al-Muddathsir (74:6)

Hijrah Rasulullah s.a.w itu adalah satu titik tolak utama dalam proses penegakan agama di Madinah setelah hamper tiga belas tahun proses menyebarkan agama di Makkah atau digelar proses ta-asis. Di samping, hijrah luaran hingga terpaksa meredah lautan padang pasir yang luas berbulan-bulan, Nabi s.a.w berjaya menerapkan ilmunisasi dalaman yang kebal, hingga mereka kuat menghadapi rintangan fizikal dan mental.





Inilah motivasi benar-benar menjadi.

Kepercayaan.

Aku Boleh!

AKU BOLEH

Teman...

Aku boleh!

Ungkapan sederhana, tapi mengandung erti yang sangat besar bila usaha gigih menggerakkan ungkapan tersebut. Kesan besar lahir daripada ungkapan pendek itu. Ungkapan dapat melahirkan ribuan bahkan jutaan kekuatan yang maha dahsyat. Kekuatan membangkitkan motivasi yang sangat tinggi. Menggali seluruh potensi yang ada, meluah bakat terpendam dalam diri.

Setelah menemukan jalan, maka buatlah rencana dengan melalui pertimbangan yang matang, perhitungan yang tepat, dengan data tepat dan dengan pemikiran lain realistik. Rencana itulah yang akan menunjukan arah kepada setiap orang dalam melakukan usahanya. Namun rencana yang baik itu belum dapat menjamin sebuah kejayaan tanpa sandaran penuh kepada Allah.

Masih ingat dengan semboyan para pahlawan. Maju terus pantang mundur. Dengan semboyan itu, mereka berhasil mengusir rasa takut, berjuang dengan sepenuh, membuang kepentingan diri sendiri, melangkah dengan pasti, mengobarkan semangat, berdiri paling depan dan rela mati demi sebuah tujuan. Kalian pasti ingat sejarah kehebatannya.

Hasilnya, sebuah kemerdekaan.

Kejayaan bukan langkah akhir bagi seseorang, tapi langkah permulaan dari sebuah perjalanan panjang. Tidak cepat mendabik dada, dan bersyukur dengan apa yang diperolehi.

Manusia tidak kalah meniru sikap dari mendengar cakap.

Berubahlah untuk mengubah.

0 komentar:

Catat Ulasan

 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs
Topblogs @ iLuvislam

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal