PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Rabu, Disember 15

Sering Tersasar Kerana Kesalahan Diri

Kita sering hilang mujahadah disaat kita sendiri menagih dan memerlukannya. Kesilapan itu datang daripada kealpaan kita sendiri. Silapnya datang daripada tangan yang memilih dan kaki yang melangkah.





Assalamualaikum ustaz,

Saya mempunyai masalah untuk bangun mengerjakan Solat subuh... liat sangat. Untuk pengetahuan ustaz, saya merupakan seorang pekerja yang belajar secara sambilan. Saya sangat risaukan keadaan diri saya yang tidak berdisiplin untuk bangun Solat Subuh. Menjadi masalahnya, kadang-kadang saya terpaksa berjaga hingga larut malam untuk siapkan tugasan pensyarah sehingga kadang-kadang jam 3 pagi baru tidur. Saya tahu Allah Taala murka pada umatnya yang tidak kerjakan solat sedangkan solat Subuh cuma 2 rakaat, tetapi Subuhlah yang paling berat buat saya.

Sudah pelbagai cara saya usahakan seperti kunci jam, niat dalam hati sebelum tidur, baca doa dan basuh kaki sebelum tidur. Insya-Allah semua dah saya cuba tapi saya masih tak mampu nak bangun. Saya sangat berharap ustaz dapat bagi tunjuk ajar atau ada apa-apa panduan supaya jadikan diri saya ini berdisiplin. Kalau ada doa-doa yang berguna juga saya amat menghargainya.

Terima kasih ya ustaz!


Maklum-balas:


Wa'alaikumussalam WBT.

Masalah bangun subuh atau apa sahaja yang memerlukan seseorang mujahadah (berusuha lebih daripada kebiasaan) ialah disiplin. Tiada siapa yang mengubah kita, dan cara kita melainkan kita sendiri. Sudah tentu disiplin tadi akan mengawal segala tindak-tanduk dan gera-geri kita menjadi seperti apa kita mahukan. Soal disiplin tidak datang dengan mudah, ianya perlu pada rangka dan matlamat ingin dicapai, maka barulah di sana ada usaha untuk menggerakkannya.

Ianya bermula daripada niat kita terlebih dahulu. Kalau saudara menghadapi masalah bangun awal pagi, solat subuh.. maka saudara lebih mengetahui apakah kondisi sepatutnya saudara lakukan, mungkin saudara boleh mengurangi waktu bekerja melibatkan kudrat tubuh badan, belajar sahaja memerlukan kudrat dalaman yang lebih apatah lagi yang memerlukan kekuatan fizikal berlebihan, maka saudara telah memaksa diri membuat sesuatu di luar lingkungan normal kekuatan tubuh badan.

Selain itu, saudara boleh juga amalkan mengambil wudhu' terlebih dahulu sebelum hadirnya niat, baca doa dan sebagainya.

Semua ini perlu dilihat pada sudut positif, jangan cepat putus asa.

Nabi s.a.w pernah bersabda;

Bermaksud: “Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah Taala dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka” (Hadis Riwayat Muslim)


1 komentar:

Ana Bah on 15 Disember 2010 pada 11:19 PTG berkata...

Mohon izin mencela..
Salam
Ada sedikit cadangan yg mungkin boleh dikongsi bersama, sbg peringatan utk diri sendiri juga.
1. Rancang aktiviti penting yg perlu dilakukan selepas solat subuh pada esok pagi. Cuba fikirkan secara detail tentang tugas2 penting esok (andai umur masih panjang). Contohnya; 6.00am: solat subuh + mathurat/alQuran
6.30am: mandi + ulangkaji/prepare nota
7.15am: basuh baju + bersiap pergi kerja/kuliah
dan banyak lagi perkara yg boleh kita buat sebagai menghargai masa yg terlalu pantas berlalu.
Paling penting adalah istiqamah dalam disiplin. Kena kuatkan semangat kerana kekuatan dalaman asas kekuatan diri kita. Sentiasa ingat janji kita pada Allah. Tiap hari kita berikrar, 5 kali sehari.

2. Baca semula, ingatkan diri semula tentang azab siksa kubur dan akhirat kelak. Azab 60 tahun akhirat akibat meninggalkan solat subuh. Seperti yg kita tahu, perhitungan hari dunia tidak sama dengan hari akhirat. Kena ingat semula, musuh Islam semua akan kalah apabila muslim seluruh dunia solat berjemaah di masjid untuk solat Isyak dan solat Subuh.

2. Pujuk hati untuk menjadi hamba yg bersyukur. Pujuk hati untuk merindui Rasulullah s.a.w kekasih agung. Sedangkan Nabi s.a.w yg telah confirm masuk syurga, solat sehingga bengkak kaki dan betis Baginda. Kita siapa untuk melalaikan solat? Tiada jaminan yg kita akan selamat dari azab kubur, apatah lagi siksaan akhirat. Amal kita masih compang camping. Jauh sekali hiasan amalan sunatnya. Rayu hati sendiri untuk merindui Rasulullah s.a.w tiap waktu. Rayu jiwa untuk jadi hamba yg bersyukur dengan nikmat udara/oksigen yg masih kita perolehi.

Apapun caranya, berbalik pada lumrah kita sebagai manusia. Insan. Makhluk Tuhan yg sering alpa. Sebab itulah kita perlukan bi'ah soleh. Suasana persekitaran yg soleh. Rakan, kawan, sahabat yg soleh/solehah. Walau masa menjadi kekangan untuk berkumpul bersama-sama memberi tazkirah dalam usrah/halaqah, sekurang-kurangnya ada sesaat yg kita boleh pakai untuk saling mengingati. Mungkin melalui SMS, atau melalui Facebook's Wall, atau juga ketika berYM. Banyak lagi kecanggihan yg kita ada yg boleh kita pakai. Asal ada kemahuan. Kita tidak boleh lari dari peringatan/tazkirah.

Ana pernah lalui perkara yg sama. Ana harap ayat-ayat ana tidak keterlaluan atau mengguris perasaan sesiapa. Mohon jutaan kemaafan kiranya ada. Baraqallahu fiqum.

Catat Ulasan

 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs
Topblogs @ iLuvislam

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal