MENGEMUDI sampan jihad sebagai da’ie mendayun melawan arus duniawi, dan manusiawi sudah cukup meresahkan. Jihad bukan sahaja tertumpu kepada kelompok manusia bermasalah, tidak kurang mereka membuat masalah, sengaja mencetuskan provokasi dalam agama, mencari publisiti, latarbelakang sahaja pengajian agama, namun jauh dari sudut pandangan bagaikan keris menikam tuan.
Budaya hedonisme, couplisme, sexualisme tiada siapa pandang.
Masing-masing menuding jari. Ibu bapa salahkan kerajaan, salahkan jiran, salahkan muda-mudi, salahkan persekitaran, suasana masalah tidak diselesaikan secara hikmah tapi menggunakan pandangan masalah juga. Maka kesudahan tiada siapa menang, tiada pula siapa mengaku kalah, egois diangkat terlalu tinggi hingga hilang ‘deria’ tashammuh (lapang dada), rendah diri.
Habis tu, apa sebenar peranan ibu bapa?
Memang tidak pernah terbukti ramai di kalangan kita menekuni nilai murni disebabkan faktor luaran, sebaliknya kebanyakan individu yang menjunjung akhlak mulia adalah disebabkan pengaruh dan didikan dalam keluarga yang diteladani sejak mula mengenal dunia. Selain mewarisi cara hidup yang baik, tautan antara ilmu dan iman juga difahami sejelas-jelasnya sehingga mereka ini tidak mengabaikan ilmu serta menjadikannya pemangkin untuk mengenali Tuhan dan menghargai hidup sesudah mati.
Peluang berada di bumi anbiya’ ini digunakan sebaik mungkin. Kelebihan menimba ilmu di sini memberi ruang berpadu kepada setiap individu bagi memaksimakan cara mengenal ilmu, cabang ilmu melalui alam... kerana proses diterapkan memang kena dengan keadaan geografi Mesir, dan kerenah ‘birokrasi’ bangsa pelbagai.
Kita sepatutnya bersyukur kerana lahir sebagai Islam kerana sesungguhnya tiada apa yang lebih indah dan bahagia melainkan menjadi seorang muslim. Namun, diharapkan agar kita semua menjadi muslim yang sentiasa berusaha menjalankan tanggungjawab dengan baik untuk masuk Syurga, bukan sahaja bersendirian malah mengajak yang lain bersama masuk Syurga.
Kudrat kita amat diperlukan dalam menyebarkan ajaran dan cara hidup islami, pada kita inilah aset perlu digunakan sebaik-baiknya untuk merentasi jalan dakwah dan tarbiyyah. Tahu cubalah memberi-tahu, tidak tahu pula jangan segan untuk tahu.
Serulah manusia mengingati Allah...
Allah Taala berfirman;
Bermaksud: “Tidakkah kamu memperhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya kuat dan cabangnya (menjulang)ke langit; (Pohon) itu menghasilkan buahnya pada setiap waktu dengan seizin Tuhannya. Dan Allah membuat perumpamaan itu untuk manusia agar mereka selalu ingat” Ibrahim (14:24-25)
Benar... kadang-kadang untuk menyeru kepada kebaikan agak sukar kerana sesetengah orang akan lebih nampak kepada keburukan. Namun begitu, kita boleh terus berusaha dan istiqamah dalam berdakwah. Berdakwah tidak semestinya melalui lisan, tetapi boleh juga melalui perbuatan. Kadang-kadang apa yang kita buat lebih memberi kesan berbanding dengan apa yang kita cakapkan.
Kalau benar-benar hendak lihat contoh hikmah tulen, kita kena banyak kaji sejarah, belek semula helaian kertas tawarikh islami, mahupun sirah an-nubuwwah... tengok bagaimana Nabi s.a.w menghadapi pelbagai jenis manusia walaupun baginda tidak ada PhD dalam bidang psycology, namun kesannya amat ampuh.
Menyelusuri Kalam Allah di dalam al-Quran mengenai perihal menyeru manusia berbuat kepada yang ma’ruf dan mencegah dari perkara munkar, membuat hati menangis dan bergetar tatkala melihat masalah sosial, akidah makin meruncing di dalam masyarakat.
Setiap akan diperhatikan, dinilai di sisi Allah Taala, apa sumbangan kita berikan kepada Islam, banyak sumbangan ‘kah’ atau banyak sumbang.
Allah Taala berfirman;
Bermaksud: “Dan demikian pula Kami telah menjadikan kamu ummat Islam-umat pertengahan-agar kamu menjadi saksi atas perbuatan manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas perbuatan kamu” al-Baqarah (2:143)
Berilah sumbangan walaupun sedikit, bimbang kita akan terkejut dan mati akal bila anak sendiri, adik beradik sendiri merupakan perosak agama. Tidak salah kita bernada Jazz, tapi jangan alpa hingga terlupa mereka yang bernada Rap, Rock yang memaling muka daripada agama-Nya yang suci ini.
0 komentar:
Catat Ulasan