BUKAN mudah bagi seseorang yang sudah lama berada di dalam kesenangan, bergelumang di dalam selut kesusahan. Merasai sendiri jerih perih dunia petani, dunia nelayan, dunia pekebun yang berbumbung terikan pancaran matahari. Tiada helah mahupun mengalah tertulis pada kamus kehidupan mereka, yang ada sebuah keikhlasan, rezekinya ada di mana-mana. Baiklah dia seorang muslim kaya, muslim sederhana, mahupun muslim miskin, tidak tercatat pada kalam-Nya perjudian pada sebuah kehidupan bakal mendapat tempat kelas pertama di sisi-Nya, yang ada ialah takwa.
Kalau teman-teman masih ingat artikel saya terdahulu. Saya pernah ceritakan tentang kehidupan saya yang serba SUSAH, tapi kami masih mampu bangkit daripada serba LEMAH. Bila kita luaskan lagi skop penggunaan dalam konteks kehidupan, susah dan lemah dua kata sifat yang berbeza istilah penggunaannya. Susah lebih cenderung pada keadaan, situasi yang hanya terarah pada luaran sahaja, maknanya dalaman belum tentu terkesan sama. Namun lemah ialah sesuatu lebih abstrak berbanding susah, lebih sesuai menunjukkan perihal dalam seseorang atau objek.
Ramai manusia yang ditimpa kesusahan, namun ramai di kalangan mereka lemah menahan asakan hidup. Terlebih malang, mereka yang senang, tapi masih lagi dibuai manja oleh ulikan kemewahan hingga lemah jati diri, lagi mudah jatuh dan terhumban ke arah kebinasaan. Jangan lupa kesenangan itu, bukan sahaja tersalut padanya nikmat tapi adakalanya darurat. Ramai yang tidak ingat Tuhan, lupa detik kematian, alpa dengan kejayaan business di dunia hatta tiada langsung business untuk bekalan di akhirat nun abadi.
Sudah dikira berjaya bagi seorang hamba yang bibirnya tidak pernah kering dari ber-tahmid mensyukuri nikmat hidupnya, tidak sombong bila bermuamalat dengan manusia lain. Berbekalkan tarbiah secara langsung dari Tuhan, hatinya sentiasa berhati-hati kerana dia cukup yakin manusia itu lemah, kehendaknya pasti pada yang lain... lantas pengharapan sewajarnya sudah pasti pada Pemilik Harapan, iaitu Allah azza wa-jalla.
Saya yakin keyakinan lahir daripada kesederhanaan. Tidak bererti kalian yang sudah lama berada dalam kemewahan tidak bisa ada keyakinan dek kerana kalian kaya, tapi kaya sekali pun biarlah bersederhana. Apabila bersederhana, pasti kita tidak dihujani kesombongan, alpa, dan segala sifat mazmumah yang meracuni diri sendiri, maka lumputlah keyakinan tadi. Kesederhanaan lahir daripada kuat jiwa dan perwatakan seseorang.
Buktinya...
Baginda s.a.w sebagai suri teladan. Kerana keyakinan yang lahir dari kesederhanaan tadi menguatkan jiwa baginda untuk terus berdoa memohon pertolongan Allah agar dicampakkan nur hidayah kepada penduduk Thaif walaupun batu, najis, ludahan pula adalah habuan yang diterima baginda s.a.w... tiada siapa yang menyambut risalahnya.
Keyakinan juga telah menumbuhkan kecintaan pada Abu Bakar as-Siddiq untuk mengorbankan jiwa raga, harta benda dan tenaga demi Islam, dan membumikannya di dataran dada Kaum Quraisy. Kepapaan dialami selepas tiga belas tahun dakwah nabi di tanah air sendiri tiada dirintih, bahkan menjadi pemangkin kekuatan yang berganda-ganda. Lihatlah pula kepada panglima perang, Khalid Ibn al-Walid bagaimana kecintaan-Nya bak belati membunuh berhala-berhala yang menghuni hati demi meraih Syurga-Nya abadi merentah dinginnya malam menghunus senjata.
Keyakinan pula yang membuat Ali bin Abi Thalib berani memperjudikan dirinya menggantikan batang tubuh baginda s.a.w di tempat pembaringan ketika perancangan sulit Kaum Kafir Quraisy gagal untuk membunuh nabi s.a.w. Keyakinan itu tumbuh menjulang tinggi melangit, akarnya pula jauh menjunam ke dasar memasak bumi. Lahir daripada hasil bacuhan bersamanya sebuah keluhuran budi, terpujinya perwatakan, bersumberkan bahan rencah berupa cinta, ikhlas, dan sederhana (qanaah)
Andai keyakinan ialah alasan terbesar manusia untuk mampu bertahan, maka teman sejati menemaninya ialah kesabaran. Kesabaran merupakan aset penting adanya satu keyakinan. Kita sering ditimpa musibah hidup baik berupa material, penyakit atau bencana di sekeliling, apa tonik terbesar kalian masih mampu berdiri kalau bukan kerana adanya yakin dan sabar itu tadi. Bagaimana Sheikh Sayyid Qutb memilih untuk bersabar, walhal dia mampu untuk memilih jalan senang berbanding duka. Memilih penjara daripada rumah mewah. Memilih makan ‘isyh (roti) kotor daripada daging dan ayam panggan. Keyakinan beliau kepada janji Allah tidak boleh disangkal lagi, lembaran keyakinan dan kesabaran tadi telah membuka jalan jihad dan syahid di penghujungnya. Bahangnya terasa hingga kini, dan luasnya seantero dunia.
Wahai teman bangkitlah dari lamunan hidup, lihatlah pula pada Nabi Yussof as... hidupnya berpas-pasan tanpa keluarga dan saudara di sisi, dicampak ke dalam telaga, dipenjara bertahun-tahun kerana agama suci. Keyakinan membuahkan rasa cinta yang berputik mekar di taman nurani, tidak ingin mendurhakai Tuhan kerana memilih zina sebagai pemuas nafsu. Ini pula kisah serikandi Islam dan syahidah pertama, Sumayyah yang meruntuhkan berhala yang cuba dibina oleh kaum musyrikin yang melata, tapi akhirnya keyakinannya untuk bertamu Ilahi mengatasi segala-galanya.
Keyakinanlah yang membuat kita tetap melangkah pada mimpi yang mungkin semua orang mencibir dan berkata; kita tidak mungkin menggapai itu. Pasaklah keyakinan dalam diri kalian, usahlah pesimis di lautan kesusahan yang tertimpa, baik kerana kalian dilahirkan dalam serba susah atau ujian berupa kesusahan. Semuanya adalah perhitungan-Nya buat setiap hamba, hitungnya kita bukan kerana ingin banyak diuji tapi sebuah pujian di SANA, iaitu ditempatkan bersama para solehin, muttaqin, dan siddiqin.

0 komentar:
Catat Ulasan