RUMAH adalah institusi pendidikan yang terawal dalam pembentukan syaksiah dan peribadi mukmin. Individu yang lahir dari keluarga yang mementingkan ilmu pengetahuan akan menghasilkan pulangan yang berguna kepada agama, masyarakat dan negara.
Tidak dinafikan, bahawa ilmu pengetahuan merupakan satu alat yang paling berkesan dalam membentuk sesebuah masyarakat. Tidak ada masyarakat yang berjaya dan maju tanpa adanya ilmu pengetahuan.
Islam telah meletakkan ilmu pengetahuan sebagai asas pembangunan dan menitikberatkan penganutnya sentiasa mengkaji, meneliti, menyelidik, meneroka segala ilmu dan maklumat demi manfaat kehidupan. Kecemerlangan ummah serta pembinaan tamadun sesuatu bangsa adalah bergantung kepada sejauh mana penguasaan ilmu pengetahuan yang dicapai oleh bangsa tersebut.
Allah Taala berfirman:
Bermaksud: “Allah meninggalkan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat. Dan Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan” al-Mujadalah (58:11)
Islam telah melahirkan tamadun manusia yang terunggul di dunia berteraskan ilmu pengetahuan.
Ilmuan serta cendekiawan Islam seperti Ibn Sina, Ibn Rushd dan al-Khawarizmi telah menyumbang kepada pembangunan sains dan teknologi dunia. Malahan pembangunan ilmu dalam Dunia Islam telah diakui sebagai pemangkin kepada Zaman Pembaharuan (Renaissance) di Eropah yang akhirnya melahirkan satu tamadun yang gemilang di sana.
Bangsa Eropah telah mengambil inisiatif besar menterjemah dan mempelajari pelbagai jenis ilmu dari dunia Islam.
Hari ini umat Islam tidak lagi mendahului umat lain dalam bidang ilmu dan pelbagai bidang kepakaran. Kita bukan lagi dikenali sebagai bangsa pencipta bahkan sebagai pengguna kepada ciptaan orang lain. Hari ini amat sedikit umat Islam menguasai bidang-bidang yang kritikal, bahkan kita ketinggalan dalam arus pendidikan berbanding dengan bangsa lain.
KURANG MINAT MEMBACA
Membaca adalah satu sumber yang utama untuk menambah ilmu pengetahuan. Tuntutan pertama dan utama kepada manusia ialah saranan menuntut ilmu, kerana ianya merupakan asas pemikiran dan pembuka minda.
Allah Taala berfirman:
Bermaksud: “Bacalah (Wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian mahkluk), Dia menciptakan manusia dari sebuku darah yang beku, bacalah dan Tuhanmu yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya” al-‘Alaq (96:1-5)
Imam al-Qurtubi menyatakan bahawa, permulaan wahyu yang pertama ini adalah perintah Allah Taala yang ditujukan kepada nabi kita Muhammad s.a.w dan umat manusia seluruhnya bahawa membaca, menulis dan mencari ilmu pengetahuan adalah kewajipan yang perlu dilaksanakan.
Tiada yang terkecuali. Kekuatan Islam terletak pada kepakaran ilmu yang ada pada minda umatnya.
MALAS BERUSAHA
Satu sifat yang negatif yang masih bersarang dan perlu dikikis pada jiwa umat Islam ialah malas berusaha, mereka merasa cukup dengan apa yang ada, dan merasa diri mereka telah hebat sedangkan apabila mereka menuntut ilmu, barulah mereka tahu akan kelemahan yang ada pada diri mereka.
Perubahan akan berlaku pada diri umat Islam dengan adanya hijrah minda, pemikiran, watak dan sikap.
Allah Taala berfirman:
Bermaksud: “Yang demikian itu adalah kerana sesungguhnya Allah sekali-kali tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dianugerahkan-Nya kepada suatu kaum, hingga kaum itu mengubah apa-apa yang ada pada diri mereka sendiri” al-Anfal (8:53)
MEMBUANG MASA
Sifat tidak menghargai masa, dan sering membuang masa dengan melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah menyebabkan kita meninggalkan kewajipan-kewajipan yang sepatunya kita laksanakan sama ada untuk kepentingan dunia ataupun akhirat.
Bahkan antara tanda kita mensyukuri nikmat Allah Taala adalah dengan memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin. Imam as-Syahid Hassan al-Banna pernah menyatakan dalam kitabnya Risalah at-Ta’lim:
“Kewajipan yang perlu kita sempurnakan adalah lebih banyak dari masa yang kita ada. Maka sepatutnya tidak ada satu saat yang kita biarkan ianya berlalu tanpa kita menggunakannya dengan melakukan perkara berfaedah”
PERANAN IBU BAPA
Ibu bapa seharusnya menunjukan contoh dan teladan kepada ahli keluarga khususnya kepada anak-anak.
Anak–anak perlu dipupuk dengan budaya minat membaca sejak dari kecil lagi. Ibu bapa juga perlu menjadikan amalan membaca bersama anak-anak sebagai suatu rutin harian di rumah, selain sentiasa membawa anak-anak ke perpustakaan untuk mendapatkan bahan-bahan bacaan baru.
Ibu bapa juga sepatutnya menyediakan peruntukkan kewangan khusus untuk tujuan ini. Pengorbanan wang ringgit bagi membeli buku dan bahan-bahan bacaan yang bermanfaat untuk anak-anak adalah suatu pelaburan yang baik untuk masa depan mereka, sebagaimana perbelanjaan bulanan untuk membeli pakaian, membayar bil telefon, dan memenuhi segala kehendak yang lain.
Menyediakan sudut khas atau perpustakaan mini di rumah. Ini bagi memupuk minat membaca di kalangan anak-anak di samping memberi galakan serta ganjaran bagi anak-anak yang gemar membaca buku-buku ilmiah.
Akhirnya, untuk melahirkan bangsa yang maju, hebat dan dipandang tinggi maka pembudayaan ilmu yang seimbang iaitu ilmu fardu ain dan fardu kifayah perlu diterapkan sejak dari kecil lagi.
Perbanyakkanlah bahan bacaan dalam rumah, semoga impian semua pihak, apatah lagi cita-cita tertinggi ibu bapa untuk melahirkan modal insan dan pemikir kelas pertama menjadi kenyataan.
ameen

1 komentar:
the first quranic translation, it should be 'meninggikan' right?
Catat Ulasan