PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Selasa, Januari 12

Dakwah: Revolusi Sikap



Cerita hati saya masa muda-muda dulu...

Saya masih ingat lagi, walaupun tidak semua. Tanah-tanah yang digondol oleh pembajak kerbau. Pernah saya merasai kehebatan bagaikan sang pewira, berada di atas belakang kerbau, sesambil arwah atuk mengarah dan menghalakan kerbau berada pada posisi betul. Rasa macam anak raja pula. Tanah-tanah yang agak keras, biasanya akan dipecah-pecahkan dengan menggunakan jentera, sebelum dibuat batas.

Dulu mana ada jentera atau jentolak secanggih seperti dilihat hari ini. Kalau adapun, hanya orang-orang tertentu sahaja yang mampu memiliki atau mengupah orang. Dulu hidup kami susah, tapi tidaklah sampai menyusahkan jiran tetangga. Jadi kami hanya berkawan baik dengan kerbau untuk buat semua kerja-kerja membajak ini. Senangkan? Tak payah keluar duit, cuma beri makan rumput.

Menikmati kedamaian dan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa, sungguh indah sekali dan mengasyikan. Anda sesekali berada di bandar tu dan tidak pernah merasai hidup di desa, ayuhlah berkunjung ke rumah teman-teman anda. Pasti anda akan merasai perubahan drastik dari sudut cara hidup, suasana yang jauh dari hiruk-pikuk orang ramai, dan belajar mengenali susah yang mana akan meninggalkan kenangan paling indah dalam diari hidup anda. Bukan omong-omong kosong, tapi suatu hakikat yang telah pun dibuktikan. Kerana hidup mereka sentiasa sibuk. Rasailah sendiri!

Carilah masa untuk sibukkan diri anda dengan pekerjaan. Jangan mengadap skrin sahaja. Tidak ada pengisian yang baik. Orang yang sibuk, walaupun penat mereka tetap bersyukur kerana dengan kesibukan yang diberikan itu, akan memudarkan rasa keinginan untuk melakukan maksiat. Walaupun anda tidak ada kerja mahu dibuat, sibukkan diri anda dengan kerja-kerja harian yang mudah.

Jika anda seorang yang terlalu sibuk dengan kerja, sesekali apa salahnya mengucapkan syukur di atas kesibukan itu, bukannya mengeluh. Di samping itu juga kena bijak. Kenapa saya kata begitu? Kalau nak tunggu lama mengaji dan solat di atas sejadah, memang tak jumpa masa. Lebih-lebih lagi bila sudah berkeluarga, terutamanya beranak kecil. Lainlah kalau dah pencen nanti, setiap waktu boleh berjemaah di masjid dan surau. Bukan nak perlekeh atau tidak menggalakan anda berbuat sedemikian ketika usia muda begini, cuma ingin cetus fikir sahaja supaya pengisian mesti ada, sebab ianya juga merupakan ibadat di sisi Allah Taala.

Maka dengan itu, kita kena jadikan setiap amalan dari semudah hanya untuk memasuki tandas sebagai ibadat, penting ikhlas. Contohnya memasak, walaupun selepas balik kerja kita penat, kita masih lagi mampu masak walaupun yang ringkas untuk suami dan anak-anak. Tidak berkira dengan suami atau pasangan untuk menguruskan anak-anak dan keluarga juga penting. saya rasa tidak kaum bapa sahaja yang patut ditawarkan bantuan, kaum ibu pun tak cukup tangan juga. Kerana kita yakin akan setiap amalan itu akan ada ganjarannya. Terima kasih kepada Allah Taala , kerana memberikan diri kita sebuah kehidupan yang padat, agar jangan lompong kosong muncul di hari Sibuk di Sana, sebagai dosa mengundang binasa. Semoga berbahagia di dunia dan akhirat kerana bijak menterjemah erti hidup yang sebenar

DAKWAH DAN SYAHADAH

Realitinya, untuk berjaya di medan dakwah kedua-duanya diperlukan sama ada daripada segi kecemerlangan akademik mahupun sakhsiah. Mereka yang berada di jalan dakwah seharusnya mempunyai minda kritikal dan ini yang dilatih melalui assignment dan tutorial yang diberikan di universiti.

Malah, andai kita mampu cemerlang dalam akademik ianya sebagai nilai tambah kepada kita selaku da’ie. Tapi persoalannya yang menjadi masalahnya, interprestasi kecemerlangan pada seseorang itu adalah berbeza antara individu. Ada yang berpendapat, cukuplah hanya grade dan dapat posting sahaja, kita sudah dikira berjaya. Ini yang menyebabkan mereka sambil lewa dalam pelajaran.

Kita tidak mahu melihat pendakwah itu begitu semangat berdakwah, mengajak kepada kebaikan namun terabai pelajaran dan lesu di kuliah. Kita juga tidak gemar melihat seseorang yang begitu rajin menelaah, namun menghabiskan masa hanya di meja tulis tanpa memikirkan masalah ummat yang begitu dahagakan ilmu dan tarbiah pada hari ini, mandul dalam berdakwah.

Jika golongan sambil lewa ni perempuan, beritahu mereka yang nanti bakal suami mereka lebih berminat dengan ayam masak merah bibik berbanding ayam masak merah mereka.

Jika golongan sambil lewa ni lelaki, beritahu mereka yang nanti bakal isteri mereka lebih banyak memuji-muji penceramah di masjid yang kemas dan beriya-iya, berbanding suami yang selebet dan menyemakkan mata.

Pembentukan keperibadian Islam adalah merupakan pembentukan barisan pemimpin, barisan pekerja-pekerja Islam yang mampu menghadapi jahiliah, barisan kepimpinan yang tidak mudah diperdaya atau ditipu oleh jahiliah yang menyamar diri dalam berbagai rupa dan gaya hingga sukar dikenali.

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن تَنصُرُواْ ٱللَّهَ يَنصُرۡكُمۡ وَيُثَبِّتۡ أَقۡدَامَكُمۡ

Allah Taala berfirman yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu Muhammad (47:7)

Seorang da’ie sepatutnya mengenalpasti kepentingan antara kedua-dua aspek, iaitu dakwah dan pengajian. Adakah bila berdakwah, automatik pengajian akan terencat? Atau bila belajar, tidak mampu berdakwah?

Dakwah itu seni, dakwah itu natural. Sesiapa yang menjadi Islam, maka seruan berdakwah itu sudah kena ke atasnya. Bukan hanya terpikul atas bahu para alim ulama’.

Persoalannya, bagaimana cara berdakwah itu? Tentunya dalam skop sebagai seorang pelajar, berdakwah tidak sepatutnya menjadi penghalang kepada seseorang untuk bergelar pelajar.

Da’ie yang bagus, akan memecut dakwahnya tetapi dalam masa yang sama tidak kehilangan identitinya, iaitu siapa dia. Sama ada seorang pelajar, seorang doktor, hatta pemilik kedai runcit atau petani, masing-masing mampu dan ada keupayaan untuk berdakwah. Cuma bezanya, pada skala mana magnitud dakwah itu dapat digerakkan.

Mungkin seorang student yang sibuk, hanya dapat berdakwah di malam hari melalui laman blognya. Mungkin seorang doktor berdakwah secara tidak langsung semasa sesi rawatan.

SYARI-‘ATULLAH DAN SUNNATULLAH

Andai kita betul-betul faham konsep beribadah kepada Allah Taala, sudah pasti tidak timbul kelesuan semasa menjalankan sesuatu kerja berbanding kerja yang lain. Keseluruhan hasil dakwah di masa lepas terletak kepada kejayaan yang dicapai ummah sekarang ini.

Syari-‘atullah dan Sunnatullah perlulah berseiringan, barulah boleh laksanakan tanggungjawab kita sebagai khalifah, di samping beribadat kepadanya.

Ibaratnya dalam satu telur, ada kuning dan putih. Kuning adalah matlamat serta tujuan, dan putih sebagai alat. Memanglah kuning telur yang utama, namun putih diperlukan untuk perkembangan. Begitulah kolaborasi ilmu yang Allah Taala suruh kita capai, Syari-‘atullah (sains tulen) dan Sunnatullah (sains sosial).

Ummah masih terlalu lemah di dalam segala bidang, ditambah lagi dengan penekanan yang masih tidak mengutamakan yang perlu didahulukan walaupun hasilnya mengatakan tidak memberangsangkan.

Pemikiran syari-‘atik yang saintifik memastikan fatwa tidak tertinggal fakta. Sebaliknya syari-‘atik yang tidak saintifik melibatkan fatwa yang penuh dengan petua. Fakta bermula dari petua, kerana petua datangnya dari pengalaman perjalanan kehidupan. Petua yang tidak menjalani proses saintifik akan kekal sebagai petua dan sekiranya dipetik menjadi asas kepada fatwa, menghasilkan fatwa yang tidak mengandungi fakta. Sebeb itu sangat penting petua itu menjalani proses pembuktian menjadi fakta sebelum dipetik menjadi fatwa, bagi melahirkan ummah yang beribadah selaras dengan tututan Rukun Ihsan.

MUHASABAH DIRI

Banggakah kita menjadi muslim?

Persoalan yang perlu disampaikan kepada Muslim sekarang bukan sahaja perlu berkisar kepada kebanggaan menjadi muslim atau mengambil kalangan ahli masyarakat yang hidup di zaman Salafi sebagai idola, tetapi perlu menjangkau lebih sedikit kepada isu-isu semasa zaman Salafi dan zaman ini.

Kalau Salafi zaman Nabi boleh menyediakan tapak penaklukan dunia ketika itu, dengan senjata tercanggihnya ialah pedang dan kuda, kita jangan terbawa semangat berpedang dan berkuda, mengikut apa yang dikatakan sebagai Sunnah Nabi s.a.w. Keadaan semasa itu adalah pedang dan kuda.

Menjadikan Salafi idola sebagai contoh perlu kepada melihat yang tersirat bukan yang tersurat. Yang tersurat ialah pedang dan kuda, yang tersirat ialah kemenangan muslim mengatasi kekuatan kafir. Sekarang ini kalau muslim mahu mengidolakan Salafi, jangan di atas dasar mengenepikan ilmu sains dan teknologi.

saya sebut ini kerana memang itu yang berlaku. Apabila membaca al Quran, muslim hanya membaca yang tersurat dan meninggalkan yang tersirat, maka di dalam kehidupan seharian pun terbawa-bawa sikap tersebut. Sentiasa tidak mahu memahamai apa yang tersirat di dalam surat. Sentiasa mahu mengambil Salafi sebagai idola tetapi kurang memikirkan apa yang tersirat di sebalik kemajuan golongan Salafi terdahulu.

Dakwah bukan segalanya, tetapi segala-galanyanya sia-sia tanpa dakwah.


1 komentar:

shafiq on 12 Januari 2010 pada 11:33 PTG berkata...

allahuakbar ustaz...sgt byk input yg dpt dikutip...syukran...

Catat Ulasan

 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs
Topblogs @ iLuvislam

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal