PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Khamis, Mei 21

Hidup Bersama Ilahi

Bening hati melihat kebesaran Allah Taala, melihat ciptaan kejadian makhluk yang teramat unik. Alam terbentang luas tanpa hadir rasa pertelingkahan pada sebuah sunnatullah, semua akur pada takdir dengan memberi ikrar taat setia. Setiap saat dan detik memperagakan aksi tersendiri, seolah-olah telah lama menekuni sebuah skrip dan dialog drama, tiada rasa kaku dan kekok padanya tika beraksi di hadapan layar dunia, cukup indah.

Alangkah indahnya jika setiap saat dalam hidup kita dapat dilalui dengan perasaan bahawa diri ini, sering diperhatikan. Melindungi diri daripada melakukan kesilapan yang kelak akan dipertanggungjawabkan di hadapan Tuhan. Utaian manik luhurnya akhlak menghiasi diri seperti bintang-bintang menghiasi cakerawala. Namun, mesti lebih indah, kalau setiap masa dan ketika kita diperhatikan dan dapat memerhatikan Allah Taala.

Terlalu banyak cabaran dalam hidup ini. Kadang-kadang tanpa kita sedari, kita lupa dan alpa, bahawa Allah Taala juga yang sebenarnya memberikan halangan itu, supaya kita check balik, dan perbaiki kelemahan diri. Kita bersetuju, setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Menekuni hikmah, serta bersedia belajar sesuatu selepas itu, kewajaran yang tiada taranya. Kita bersedia untuk berubah dan mengubah keadaan. Tidak akan berlaku buat kali seterusnya.

Kadang-kadang Allah Taala patahkan hati kita untuk selamatkan jiwa kita. Allah Taala patahkan hati kita untuk membuatkan hati kita bersemangat. Allah Taala memberi kita sakit supaya kita menjadi kuat. Allah Taala memberi kita kegagalan untuk membuatkn kita rasa rendah diri. Allah Taala menghantar penyakit pula, adalah supaya kita boleh belajar menghargai segala nikmat yang diberi oleh-Nya.

situasi pertama (gambaran sahaja);

Anda sedang berjual di sebuah gerai di Pasar Tani. Ramai orang melintas gerai anda, menoleh dan terus berlalu tanpa membelek, apatah lagi membeli. Tiba-tiba datang seorang ke gerai anda dan dia berkata;

“saya tak suka barang awak sebab cara awak susun memeningkan saya”

Anda mungkin terkelat-kelat muka, tetapi anda faham komen tersebut, dan boleh mengambilnya sebagai pengajaran dan cabaran untuk meningkat maju.

Tetapi bagaimana kalau ketika anda sibuk melayan pelanggan. Tiba-tiba datang seseorang ke gerai anda dan terus berkata;

“saya tak suka barang-barang awak”

Kemudian dia terus pergi meninggalkan anda terkulat-kulat keseorangan. Apakah yang akan terjadi kepada diri anda ketika itu? Rasa ingin berubah kerana orang tidak suka mungkin tidak kesampaian, kerana diri tidak pernah tahu, dan mengerti di manakah kelemahan yang dimaksudkan tadi.

Walau dalam keadaan apa sekalipun, jangan biasakan diri untuk mematikan idea orang lain tanpa memberi alternatif kepada idea tersebut. Beradabkan lebih baik, dan tidak punya masalah.

situasi kedua (bandingkan);

Bagaimana dengan seorang insan yang bekerja sepanjang hari, hingga hampir tiada kerja yang perlu dilakukan. Oleh kerana tidak suka membuang masa, beliau lebih gemar habiskan masa dengan melayari internet. Hanya menunggu telefon berdering dan satu, dua pekerjaan yang dilakukan setiap hari. Sekiranya ada tugasan pasti akan dibereskan sebaik mungkin.

Setiap kali ada kursus dan sebagainya, beliau tidak pernah claim perjalanan, overtime dan sebagainya. Ini adalah untuk recharge semula dengan apa yang dipakainya semasa di pejabat. Beliau cuba untuk tidak menggunakan phone office, sebaliknya .Namun hati manusia sering berbolak-balik, sesekali terbabas juga gunakan telefon office untuk menelefon ke pejabat kerajaan atas tujuan peribadi.

Itulah, dalam beringat pun kadang-kadang memang terbabas atau ‘membabaskan’ diri. Ada juga terfikir untuk kerja sendiri supaya hasil yang diperolehi adalah bersih dan lumayan. Terbabas dalam konteks menjaga kepentingan bersama, tidak menjadi suatu masalah, tapi andai untuk menjaga kepentingan peribadi, kena-kena beringat sedikit. Kalau baik, tidak mengapa, namun kita sering mengundang hal sebaliknya.

Namun ingat, sekali anda terbabas leka melakukan maksiat, CCTV Allah Taala tidak pernah sirna atau leka seperti anda dari terus memerhati gelagat buruk anda. Matlamat menghalalkan cara, bukan itu caranya. Awas!

“Hidup Kita Bersama Ilahi”


Teruskan Pembacaan>>>

Isnin, Mei 18

Bukan Payah Untuk Senang

“Siapa nama kamu?” Tiba-tiba suara kecil seorang pensyarah yang juga ketua pengawas, telah mengejutkan penulis dari lamunan asyik dan minat pada menulis di keratan kertas jawapan.

“Nama saya Redha (panggilan teman arab)” Penulis memuntahkan kata-kata dalam jaga. Jaga, kerana bimbang jawapan yang ingin dilakarkan hilang.

“Semoga Allah merahmati perjalanan kamu dengan sekalung kejayaan di hadapan. Jawapan dan tulisan kamu cukup bagus. Saya tertarik padanya, teruskan…” Sambil mengukir senyuman, pensyarah itu berlalu menyelusuri lajur di sebelah.

Usai menduduki paper pertama hari ini. Rasa macam terbuang segala sesuatu yang meruak di dalam kepala. Penat memerah keringat ‘mental’, memberi tindak balas pada pertanyaan soalan-soalan yang cukup mencabar. Ujian ini mungkin sudah dikira berat dan mencabar, kenapa tidak? Setiap detik dan ketika, terpaksa memusingkan kepala, menahan kepenatan kepala yang mengarah pada satu sudut sahaja selama tiga jam, sambil tangan ligat berlari di atas helaian kertas menjawab setiap pertanyaan yang dikemukakan. Bagaimana pula tiak ujian dunia datang melanda? Kadang terfikir juga, mungkin memerlukan lebih dari yang biasa.

Penulis berterima kasih kepada seorang teman yang sudi memudahkan urusan penulis malam sebelum hari peperiksaan. Menyediakan maklumat kelambakan jadual penulis sepanjang tempoh cuti panjang akan datang, dan menyusun cantik di dalam satu folder. Menyiapkan banyak perkara dalam fatrah peperiksaan, suatu cabaran yang menguji kebijaksanaan seseorang meletakkan setiap babak dan situasi sesuai pada tempatnya. Menyusun bahan untuk dimuatkan di dalam buku pertama penulis yang bakal diterbitkan, agar tidak menelan masa untuk aktiviti lain, moga berjalan mengikut jadual.

Penulis cuba bersikap profesional untuk berdepan semua ini, menyediakan diri untuk menempuh jalan perjuangan sebagai seorang pelajar sejak mengenal erti ‘mengali’ dan ‘menimba’ curahan ilmu yang melimpah ruah, dan menyediakan orang lain berada sebaris bersama semangat diri. Beberapa hari sebelum bermula langkah penulis di medan peperiksaan, penulis ‘bertumah’ (tekun) berkongsi ilmu bersama pelajar perubatan el Azhar, menyelesaikan bacaan sukatan pengajian mereka berkenaan masalah hukum. Rasa seronok ada juga, walaupun diri masih sibuk, tapi sempat menyibukan diri menyelesaikan masalah dan memenuhi keperluan orang lain, rasa berat pula untuk tolak.

Mengimbangi kehendak, dan tidak pula menolak mentah-mentah permintaan golongan ini, mencerminkan diri kita faham konsep yang telah di bawa oleh baginda Nabi Muhammad saw. Mendekatkan diri, dan tidak pula jenuh menyelami perasaan golongan elit ini bagaikan mengajak mereka mengijak di bumi yang nyata. Ujian dan rahmat akan datang dalam pelbagai bentuk, kesedian kita mendepaninya juga mesti pantas dan cepat. Orang agama bukan persoalan yang utama, tapi ilmu agama yang ada ke mana hendak ditaburkan itu mesti menjadi timbang tara kita.

Memang selalu jadi resam, agenda nak meneutralkan sikap eksklusif kelompok aliran agama disampaikan dengan cara yang sangat buruk, hodoh dan tak sepatutnya hingga menjustifikasikan mereka dalam keadaan bimbang, hingga ada jurang piawai pelajar aliran agama dengan bukan dari aliran agama. Tidak dapat dinafikan dan juga telah dijanjikan kepada kita bahawa jalan kebenaran itu akan sentiasa dipenuhi dengan ujian dan dugaan. Bukan untuk menghalang kita, tetapi untuk meningkatkan semangat kita. Semoga diri ini dan rakan-rakan lain tidak akan mudah putus asa untuk berjuang demi Islam.

Sebuah pemerhatian yang baik untuk ditelusuri oleh mereka yang berkenaan.

Menjadi suatu obligasi kepada ulama’ (yang tradisinya difahami sebagai golongan agamawan) untuk menekuni juga bidang-bidang lain. Ketika mana seorang sahabat penulis sempat berkomunikasi dengan seorang editor kanan di sebuah syarikat penerbitan ternama di Malaysia. Beliau mengakui betapa ulama’ di Malaysia khususnya amat kurang memerai bidang penulisan. Mereka lebih suka bercakap dan bercakap. Jika menulis pun, tulisannya keras dan kaku.

Penulis tidak fikir, seorang ulama’ hanya patut bangga mendalami ilmu fiqh dan usul sahaja, sebaliknya golongan ini perlu digandingkan dengan satu-satu ilmu alat yang lain. Malah, Nabi Daud as seorang pakar dalam seni pembuatan barang dari besi, Nabi Yusuf as pula pakar ekonomi, manakala Nabi Muhammad sendiri adalah ahli peniaga yang hebat dan berjaya.

Tak perlulah seorang ulama’ mampu menguasai semua bidang, namun keupayaan mereka menguasai sesuatu bidang sudah dilihat sebagai kelebihan yang complimentary dalam mengangkat imej institusi ulama’ itu sendiri.

Penulis teringin nak lihat, adanya ulama’ yang juga seorang pilot. Penulis sudah melihat bayangannya, dan ada potensi. Paling kurang, perlu ada kesepaduan pemikiran, paradigma dan pandangan hidup antara golongan agamawan dan intelektual. Sedih mengenangkan kesan penjajahan fizikal dan mental yang terus-terusan berakar umbi di tanah tanah. Mudah sahaja kita di‘kencing’ dengan mereka yang mengamalkan konsep yang ditaja oleh Barat.

Kagum dengan ulama’ terdahulu yang mampu menguasai ilmu syariatik dan saintifik seperti Ibnu Sina, Ibnu Rushd, el Khawrizmi. Kagum juga dengan ciri-ciri Alim Ulama’ pada zaman Othmaniah seperti yang diistilahkan oleh Taskopruluzade Ahmet. Terasa sangat jauh dan ketinggalan berbanding dengan kehebatan yang digambarkan. Jangan kata semua, salah satu kriteria pun rasanya susah nak dikuasai. Terasa diri terlalu banyak bermain-main dan membazir masa, tenaga, fikiran, emosi dan semua yang dikurniakan Allah.

Permasalahan yang timbul di negara kita tentang konsep ulama’ dan profesional berpunca daripada system pendidikan kita yang memisahkan diantara pendidikan mendalam tentang Islam dengan pendidikan sains tulen.

Ini menyebabkan golongan berpendidikan agama merasakan mereke lebih layak memimpin masyarakat, bimbing ke arah yang benar, mengikut sirah nabi. Manakala pada masa yang sama golongan profesional beranggapan mereke mampu mentadbir negara dengan kepakaran dalam pelbagai bidang yang mereka miliki seperti perubatan, kejuruteraan, ekonomi dan sebagainya. Pelik, walhal kedua-dua golongan tersebut cintakan Islam, ingin melihat Islam bangkit kembali, tapi tiada kebijaksanaan untuk bersama mengembeling tenaga dan pencerah akal ke arah memajukan Islam itu sendiri.

Tidak dianggap hina mana-mana ahli agamawan yang tidak tahu apa itu bidang pengaturcaraan dan profesional. Elok benarlah ada orang sains yang boleh tolong tampung apa yang agamawan tidak tahu. Menjadi persoalan, lekehnya orang mengaji agama ini, ialah bilamana mereka yang memperlekehkan bidang pengaturcaraan dan profesional.

Ayuh, bagi orang mengaji agama, jadilah golongan mujtahid dalam agama yang bukan sahaja serba tahu tentang hokum hakam, malah peka akan arus pergerakan semasa, celik komputer dan IT. Tidak mudah, dan tidak senang ditipu. Manakala golongan bidang profesional pula, cuba mendalami bidang agama tanpa rasa kekok untuk belajar di saluran biasa. Menambahbaikan ilmu perlu, dan jangan tunggu perlu dijolok, atau diketuk terlebih dahulu, namun tahu apa yang kena dibuat. Lebih cantik didahulukan oleh mereka yang sudah ada basic agama, menjadi suri tauladan masa hadapan untuk generasi akan datang.

ameen

“Bukan Payah Untuk Senang”

Teruskan Pembacaan>>>

Sabtu, Mei 16

Terbang Tinggi Gapai Impian

Hari-hari penting yang tercatat pada diari penulis pada bulan ini, berlalu pergi dengan penuh harapan. Bermula dengan ulangtahun kelahiran penulis lima hari lepas, sambutan hari ibu sedunia, dan sebuah episod perjuangan seorang pelajar dalam Bidang Syariah. Penulis sukar untuk mencoret tulisan pada laman ini sejak seminggu lalu, kerana komitmen pada ulangkaji pelajaran. Idea ada, namun tidak mahu melanggar hak asasi seorang pelajar, ketika sahabat lain bertungkus lumus menyiapkan diri menempuh peperiksaan.

Penulis sedar, ilmu ini kepunyaan-Nya, hanya pinjaman yang tidak kekal lama pada kita, kecuali kita bijak mengaplikasikan ilmu itu, disamping menanam saham kepada insan lain yang memerlukan. Ilmu ini, akan sentiasa berputar seperti bumi berpusing mengelilingi matahari, akhirnya akan kembali kepada yang asal. Jawapan sudah kita ketahui, tiada yang maha mengetahui selain Dzat Allah Taala.

Dua hari lepas, penulis menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada Kakak Nadia Hanim, bahawa adiknya berjaya melanjutkan pengajian ke Timur Tengah, dalam bidang perubatan. Sebuah kejayaan yang menjadi kebanggaan keluarga. Penulis juga turut tumpang gembira.

Kejayaan Ibu bapa, boleh dilihat dan dirasakan, bila berjaya menanamkan sesuatu yang penting pada diri anak-anak mereka dengan kaedah yang sesuai dengan tahap penerimaan dan pemikiran, yang mungkin memerlukan kreativiti dan kesabaran yang amat tinggi. Anak-anak tidak pernah gagal meniru sikap berbanding mendengar cakap. Hebatnya cara Allah Taala mendidik manusia. Kadang-kadang terfikir, anak-anak lebih banyak berperanan mendidik ibu bapa berbanding sebaliknya. Tidak mengapa, asalkan masing-masing antara anak dan ibu bapa dapat mengembleng tenaga sepersis perintah Allah Taala supaya menjaga diri dan ahli keluarga dari bahana api neraka. Semoga lebih ramai ibu bapa yang meluangkan masa untuk mendidik anak-anak mereka sebegini.

“They act as our mirror. we see our weaknesses from their behaviour and we tend to change ourselves to become a better person”

Betapa dasyatnya suasana pada hari ini, yang penuh dengan ranjau dan duri. Maka ketakwaan kepada Allah Taala sahaja yang dapat yang dapat menyelamatkan kita dengan izin Allah Taala. Sesuatu yang sangat dirisaukan sangat adalah pembangunan modal insan generasi yang mendatang, tentang apa yang mereka selalu didedahkan terhadap keadaan (waqe’) semasa, dunia moden. Ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting dan kumpulan-kumpulan dakwah, iaitu diri anda harus bergerak dengan lebih pantas lagi, lebih pantas dari arus perdana agar tapi hati-hati jangan sampai kita pula yang di bawa arus membulu itu. Tidak boleh tidak, kita harus bekerja untuk dakwah. Tidak dapat tidak, ayuh semua ke arah pengislahan dan perubahan!

Dalam dunia politik tidak usah kita perkatakan lagi, terang lagi bersuluh, apakah ini orang yang dambakan sebuah kejayaan.Yang baik tidak dinafikanlah, namun ramai yang menjadi pencacai daripada pejuang. Politik negara semakin celaru, keliru, haru-biru, cacamarba dan meresahkan. Anda sendiri dapat menyaksikannya. Bukan nak mengata, tapi ingin mencetus ingat bukan semua manusia dalam arena politik baik, dan bisa membawa rakyat di bawahnya mengikut apa yang telah diajar oleh Allah Taala dan Nabi saw. Sehinggakan sampai juga ke telinga penulis cakap-cakap orang kampung;

Ustaz, semakin ramai yang berbaris panjang membeli tiket percuma masuk Neraka!”

Agaknya anda pun boleh meneka, apa yang ingin disampaikan oleh mereka di sebalik uslub ayat di atas. Anda kena ingat, hidup kira hari ke hari bukan saje-saje hidup, tapi dunia ini merupakan sekolah yang mana di dalamnya sarat dengan ujian atau lapangan peperiksaan yang harus ditempuhi, tidak perlu bayar yuran peperiksaan, Cuma cukup mendudukinya sahaja. Tapi slip keputusan peperiksaan tersebut adalah cukup penting. Bagi mereka yang berjaya pasti akan mernerima tawaran yang pasti dapat, iaitu melanjutkan perjalanan mereka ke menara gading yang penuh dengan rahmat dan nikmat, anda tahu apa? Iaitu Syurga. Di dalam risalah Usrah dan Dakwah oleh as Syahid el Imam Hassan el Banna, beliau ada menyebut:

Kita mempunyai banyak kewajipan sedangkan masa kita terlalu sedikit

Betapa benarnya kata-kata ini dan marilah kita doakan semoga Allah Taala mempermudahkan segala urusan perjuangan kita semua di Sekolah Kehidupan ini, ameen Ya Rabb!

Baik, dari sudut lain pula. Kalau kita bicara tentang dunia, aduhai pandai sekali. Tapi kalau bicara tentang agama, mereka jadi alergi. Terlalu banyak bentuk fitnah yang berlaku di dalam Islam, sehinggakan arus perdana Muslim mendefinasikan semula Islam berasaskan sesuatu yang lebih cabang (Furu’) dari yang lebih asas (Usul), itu pandangan yang kolot dan perlu dibetulkan. Kalaulah perkara usul yang menjadi keutamaan Muslim sudah tentu, situasi menang-menang akan bersama Ummah. Malangnya lebih ramai yang suka berdendang dengan irama bukan RAP dan seumpamanya, keranan ransangan akal bukan perasaan. Isu bukan hanya merujuk kembali kepada el Quran, kerana semuanya fasih dengan apa yang tersurat, tetapi yang tersirat memerlukan pemahaman yang mendalam pada apa yang tidak tertulis secara berhuruf.Renungkan!

Alasan mudah, cuba kita ingat balik sejarah silang agung karya Islam, bagaimana orang dulu betul-betul memperjuangkan Islam dan mengangkat Islam ser ’gah’ namanya. Antaranya pada ketika Sultan Muhammad el Fateh ingin menawan Konstantinople, tentera-tentera kurang bersugi. Maka, baginda mengerahkan mereka bersugi. Tentera salib meneropong mereka dan melihat orang-orang Islam ni, kayu pun mereka makan setelah melihat tentera-tentera Islam memasukkan kayu sugi ke dalam mulut. Ini telah menimbulkan gerun di dalam hati mereka kepada tentera-tentera Islam. Kita bagaimana pula?

Namun dalam kondisi lain, kekuatan iman saja tidak memadai untuk mengalahkan musuh. Dalam dunia ini kita perlu ambil kira soal sebab-musabab juga. Dalam perang untuk menawan Konstantinople, Muhammah el Fatih menggunakan segala kekuatan termasuk peralatan ketenteraan, disiplin, senjata berkesan, strategi yang baik, dan memecah belah perpaduan musuh dan kekuatan iman. Akhirnya Muhammah el Fatih dapat mengalahkan musuh dengan jayanya.

Penulis ingin menyentuh sedikit lagi, tentang bagaimana pula kejayaan dari sudut perkahwinan dan pembentukkan keluarga. Perkahwinan pada penulis antara cara bagaimana melatih lelaki untuk jadi pemimpin (apa saja jenis pemimpin), manakala isteri pula sebagai pembantu dan anak-anak yang taat soleh dan patuh perintah Allah Taala, Rasul, dan ibu bapa merupakan kejayaan sesebuah keluarga itu terutama kejayaan daripada kebijakan sang bapa berperanan sebagai pemimpin, dan sebetulnya memang patut ibu bapa fikirkan perihal ini terlebih dahulu iaitu bagaimana mahu mendidik anak yang soleh, sebelum berkira untuk melihat kejayaan sesebuah keluarga.

Manakala, si isteri pula (maaflah) tidak perlu nak persoal dengan siapa suami nak kahwin lagi. anak dara atau janda, tapi tugas anda ketika itu supaya ingatkan suami tu, awak tak takut ke dengan tanggungan semua ni, tambah dengan azab api neraka lagi. Kalau dia ikhlas biarkan la sekalipun dengan anak dara. Tapi yang menjadi masalah dan malangnya banyak suami hari ini bukan sahaja gagal nak tarbiah anak dan isteri, diri sendiri pun tak lepas. Solat pun masih tunggang langgang.Aduh!

Kejayaan suami berpoligami tu pula bukan setakat nak diukur dengan mewah anak-anak dan para isteri. Tetapi adakah para isteri yang bermadu itu dapat ditarbiah oleh suami untuk sabar, redha dan dapat menerima isteri suaminya yang lain. kita patut hormat suami begini yang mampu mentadbir rumah tangga sebegini harmoni. Kita perlu lihat, dari sudut yang betul walaupun anda mengatakan Nabi pun kahwin ramai. Rasulullah saw berpoligami bukan untuk menunjukkan bahawa lelaki bukan sahaja boleh kahwin lebih atau apa, tapi yang Rasulullah saw nak tunjukkan bahawa pemimpin yang berjaya, adalah mereka yang berjaya mentadbir kerajaan rumahtangga terlebih dahulu dengan penuh kebijaksanaan sekaligus dapat meraih suasana yang harmoni. Malu la bagi kita yang nak jadi pemimpin, tapi anak isteri pun masih tidak mampu nak ditarbiah, solat jemaah pun kadang-kadang celup, apatah lagi nak tambah bilangan isteri. Aduh kena lagi!

Kadang-kadang terfikir, dan takut juga mengenangkan masa depan yang pasti akan datang. Adakah lebih baik keadaannya? Selama hidup 21 tahun pun penulis boleh soroti perbezaan hidup ‘zaman dulu’, sewaktu penulis kecil-kecil dahulu dan ‘zaman sekarang’. Sungguh dahsyat. Semakin banyak yang tidak boleh dibezakan. Teknologi meningkat, fitnah semakin banyak dan cepat pula merebaknya. Apabila umur makin lanjut dan pertanggungjawaban makin banyak, semua ini akan terasa.

Kejayaan dalam dakwah ialah apabila kita mampu membentuk diri dan kemudiannya mampu membentuk orang-orang yang terdekat menjadi hamba Allah yang bertakwa. Itulah contoh dakwah para Nabi yang sentiasa menjadikan kaumnya orang yang mula-mula menerima seruannya. Namun ianya tidak semudah seperti yang disangkakan.

Kejayaan manusia adalah dalam agama sejauh mana manusia dapat mentaati perintah Allah Taala dengan cara hidup Nabi Muhammad saw yang penuh simple, mantap dan padat. Jika manusia berterusan konsisten dalam mentaati perintah Allah Taala, dan ikut cara hidup Nabi saw selagi itulah Allah Taala akan terus beri kejayaan dalam semua hal, semua bidang inshaAllah. Macam mana nak istiqomah?

Nabi pernah bersabda;”Perbaikilah Iman kamu dengan memperbanyakkan ucapan lailahaillaullah (tahlil)

Doakan penulis yang akan menempuh peperiksaan bertulis, bermula pada tanggal 17hb Mei ini. Moga segala impian, bisa menjadi kenyataan.

Teruskan Pembacaan>>>

Jumaat, Mei 8

Melakar Cinta Di Syurga

Berkata Umar Ibn el Khattab: Hendaklah jangan kamu menilai lelaki yang soleh itu hanya dengan melihatnya di masjid sahaja, namun hendaklah kamu melihat bagaimana muamalah dia ketika berurusan dengan orang lain

Meraba-raba dalam kegelapan, tidak tahu mana halal dan haram, tidak akan menjanjikan suatu jaminan cinta itu betul-betul suci. Kononnya bercinta untuk meraih redha Ilahi. Dua pasangan kekasih bercengkerama di bawah bulan purnama, mengisi tahajud dengan bunga-bunga cinta berapi, telinga ditusuk dengan panahan syair-syair indah menggetis keasyikan dua pasangan yang hangat bercinta dalam dosa. Kebusukan tingkah laku mengelaburi mata dan nafsu yang mengelocak tinggi. Mudah sahaja mereka membayar harga sekuntum cinta, mekar merona di tubir sukma, si ‘dia’ menabur janji dan mula dibuai mimpi, mereka khayal kerana hanya tercium haruman wangian bait kata-kata sang kekasih.

Kalau dicurahkan air panas di sebelah tangan kanan, manakala tangan kiri asyik sahaja membelai dan mengusap rambut kekasih hati, kelembutan belaian tangan itu telah melenyapkan sifat panas yang ada pada air itu. Rasa syahwat itu diangkat tinggi melebihi rasa sakit. Inilah dikatakan ‘cinta sakti’, penangannya pernah dirasai sendiri oleh Siti Zulaikha yang tertarik dengan ketampanan Nabi Allah Yusuf as, hingga menarik dirinya untuk melakukan maksiat, hingga tangan-tangan wanita luka terhiris pisau sendiri terpesona melihat dzat wajah Nabi Yusuf as.

Jangan kita sempitkan istilah ‘bijak’. Semua orang fikir salah satu faktor kejayaan manusia dalam lapangan peperiksaan di sekolah, Institusi Pengajian Tinggi (IPT), dan penjawat awam kerana dia ‘bijak’. Anda betul, dan tiada siapa yang bisa menafikan. Namun jika jawapan anda mengatakan seseorang itu pandai menggunakan ‘bijak’ dalam kehidupan seharian, itu lebih tepat. Orang bijak sahaja tidak cukup, andai tiada usaha ke arah mencapai kejayaan, kerana mereka yang tidak ada ‘bijak’ pada diri tetapi ‘bijak’ mengurus tadbir diri, tidak mustahil lebih cemerlang daripada mereka yang punya ‘bijak’ pada diri. Bila tidak cukup ‘bijak’ itu, yang akan memakan diri, segala impian dan harapan akan musnah dek termakan hasutan syaitan dalam memenuhi tuntutan hawa nafsu.

Terasa pelik juga kerana tidak pernah kenal dan bersua, tetapi bermain dengan kata-kata indah, berbalas khidmat pesanan ringkas (SMS), e-mail, dan sebagainya, dengan mudah boleh jatuh cinta. Bila nafsu diletakkan di hadapan semua yang salah, nampak betul sahaja. Manakala bagi mereka yang sedikit mengaji, faham tentang halal dan haram, namun kerana tewas juga pada nafsu, matlamat cuba untuk menghalalkan cara;

Rasa kurang best kalau tak kenal dengan lebih rapat, at least kita kenal latar belakang keluarga dia

Pada mulanya nampak baik, tetapi bila terlalu kerap berhubung dan bertemu masa program, maka akhirnya mereka mengambil jalan pintas untuk melayan perasaan.

Namun bila konsep yang sama diterjemahkan ketika bercinta dengan Allah Taala tidak pula kesampaian, sedangkan setiap umat Islam tahu akan peranan solat yang dikerjakan lima waktu setiap hari. Interaksi kita bersama Tuhan, adalah setiap kali kita mengangkat takbir dan sebelum salam, sepatutnya telah menjanjikan sebuah cinta yang lebih berapi. Masakan tidak, setiap hari kita berkomunikasi dengan Allah Taala, lebih hebat dari sekadar menghantar khidmat SMS, tidak perlu habiskan duit untuk menampung kos kredit yang digunakan, tidak perlu banyak habiskan suara mengungkap bicara indah, secuma tenang dan teguh selama lima minit, cukup rukunnya, dan dihujungnya dipanjatkan doa. Mudahkan, tapi apabila diluar solat lain pula yang terjadi.

Peoples often do mistakes on cinta because of the way they define cinta itself. Cinta is coupling. Cinta is sharing everything. Cinta is going out together. Cinta is holding hand, etc.

Ego instead of throwing tantrums over them, the initiative on helping them to define cinta in right ways are of the greatest concern actually.

Taburlah bunga-bunga cinta kepada insan yang halal…

Suluhan pada menyempurnakan separuh agama bermula dengan mencari pasangan untuk dijadikan bakal suami dan isteri, merisik, melamar, dan seterusnya mengikat janji setia hidup bersama secara sah. Tiada siapa yang dapat menghalang sang mempelai melayari bahtera pertama mereka di malam hari. Inilah petanda mereka halal di sisi syara’. Memegang, memimpin tangan, mengusap, mengucup dan memeluk, tiada siapa yang berhak menghalang. Gelodakan hawa nafsu yang ditahan sekian lama, dibayar tanpa bersyarat pada sentuhan halal itu. Islam tidak pernah menyisih umatnya dalam soal sosial hidup (muamalat), bahkan dari semudah sentuhan tersebut, sungguh senang untuk menghasilkan pahala ibadah.

Tidak perlu timbul keraguan perihal pasangan masing-masing yang telah dipatri;

Apakah betul pilihan aku ini? Apakah cinta aku benar-benar kerana takwa kepada Allah Taala, atau hanya pandangan nafsu semata-mata?

selepas usai lafaz ‘aku terimah nikahnya’, maka dua pasangan tadi telah dibebani dengan suatu tanggunjawab yang luar biasa. Tiada lagi timbul keraguan dalam soal memberi cinta kepada sang kekasih yang telah sah menjadi pungguk dan bulan.

Semua yang telah terjadi adalah takdir yang perlu disyukuri bukan mengeluh pada pasangan. Kesempurnaan pada nilaian kaca mata disyukuri, manakala kekurangan yang ada diredhai. Anda tahu, mungkin mustahil seseorang itu memiliki pasangan seperti apa yang diharapkan di atas tikar sejadah, pada sebuah doa seperti ini dan itu. Tapi itulah takdir anda, terima seadanya, tidak perlu lagi pening memikirkannya, lantas mengurangi moral pada tanggunjawab yang semakin bertambah. Fikirlah bagaimana pula ingin melahirkan bintang-bintang bersinar dari benih diri, menghiasi malam-malam indah.

Kita pernah melihat dengan mata kepala bagaimana banyak hubungan suami isteri berada pada ambang penceraian. Tertanya-tanya dimanakah punca, di manakah pula penawar? Kadangkala kita serabut cuba mencari di manakah puncanya, hingga lupa untuk mencari penawar. Sebenarnya persoalan kembali kepada perkara yang paling akar, tetapi itu juga seringkali terlepas pandang, tentang cinta yang bersulamkan takwa.

Benar kita ada institusi intelektual yang perlu dipertahankan, tetapi jangan juga terlupa kini semakin banyak institusi keluarga dan cinta yang menanti rebah, semuanya perlukan dos-dos ubatan. Pembentukan keluarga Islam yang bertakwa penting dalam proses menguatkan masyarakat Islam. Keluarga-keluarga kecil yang bertakwa ini bila dikumpul dapat membentuk masyarakat Islam yang pastinya bertakwa.

Mengayam cinta bertatarkan Iman…

Cinta perkataan yang indah dan suci, sekiranya takwa menjadi benang dalam menyulam cinta. Falsafah cinta yang harus dipegang dalam perkahwinan;

kita adalah tidak sempurna tetapi perkahwinan akan menyempurnakan kita

syaratnya ialah masing-masing perlulah ikhlas kerana ikatan perkahwinan dimulakan dengan perjanjian yang menggunakan nama-nama Allah, satu perjanjian yang sangat besar.

Bercinta hingga ke syurga’ amat mudah dijadikan bahan tuturan, bait-bait puisi, tapi bagaimana pelaksanaannya? Jika perahu kecil teroleng-oleng di tengah lautan bergelora dan pendayung tidak cekap berfikir, dan tidak berkemampuan berbuat sesuatu demi keselamatan dan kebajikan para penumpang. bagaimana halnya dengan penumpang ini?

Anda sudah punya jawapan pada apa yang telah dijelaskan di atas. Tepuk dada Tanya Iman.

Melakar Cinta Di Syurga

Dalam kaedah medical; menyelesaikan presenting problem itu hanya seperti mengubat symptom. Selsema akan berhenti, tetapi tiada janji selsema itu tidak akan datang kembali.

Menyelesaikan real problem itu seperti mengubat penyakit sebenar atau dalam bahasa mudah punca akar segala penyakit. Ibarat selsema, ia kerana kurang daya tahan tubuh. Jadi rawatlah kurang daya tahan tubuh itu, Insh-Allah dengan sendiri selsema dan symptom-symptom lain akan hilang.

Begitu juga halnya dalam bab rumahtangga. Keperluan menilai dan menampung kekurangan yang ada, adalah soal bersama. Petanda-petanda awal pada keretakan sebuah rumahtangga dapat diberi rawatan dengan segera. Isteri tidak pernah mengambil hati dengan perbuatan dan tingkah laku si suami, manakala si suami tidak pernah mengurangi pada kelemahan yang ada pada si isteri. Semak-semak yang mula ingin tumbuh tinggi , harus diracuni cepat-cepat sebelum menutup bumi.

Membincangkan hal hubungan suami isteri semestinya tidak lari dari memperkatakan tentang matlamat sebuah rumahtanga itu dibina. Setiap suami dan isteri wajib tahu tugas dan peranan masing-masing bila sahaja bergelar suami atau isteri. Benar, atas nama cinta si suami akan berusaha sedaya upaya melengkapkan rumahtangga dari semua aspek fizikal, emosi dan rohani . Dengan cara ini tiada ruang lagi buat si isteri meragui cinta si suami dan ia juga akan menjadi pemangkin kepada si isteri untuk juga melengkapkan rumahtangga menjadi sebuah rumahtangga yang cemerlang, Insha-Allah.

Tanggunjawab tanpa cinta adalah beban dan derita.

Dalam rumahtangga memang memerlukan dua pihak memainkan peranan untuk menjayakannya. Namun, tidak perlunya cinta sebelum akad kerana sesuatu yang suci jangan dicemari dengan sesuatu yang menyimpang dari jalan-Nya.

Setiap manusia ada kelemahan. Kasih sayang ni pun ada pasang surutnya, sama seperti Iman kita. Jadi tidak salah kalau kita tegur menegur dengan cara berhikmah untuk mendamaikan dan membahagiakan rumahtangga, kena selalu muhasabah. Bersyukurlah apabila kita mempunyai jodoh di dunia dan dikurniakan zuriat. Ramai lagi di luar sana yang masih tercari-cari jodoh sedangkan usia sudah menginjak tua. Hargai pasangan, bersyukur dan bersabarlah.

Tidak usah timbul soal si isteri tidak puas hati dengan sang suami kerana jarang memuji kecantikan, keprihatinan anda kepadanya. Anda telah telah pun mendapat bonus di sisi Allah Taala kerana menjayakan keperluan dan kehendak suami, menjujung perintah suami tanpa syarat.

Anda kena faham tatkala suami tidak pernah mengurangi diri kalian dengan kata-kata yang menyinggung perasaan, sehingga menjejaskan sebuah bahtera yang telah siap dibina.

Sayang, cuba check berapa kali saya tegur awak tidak cantik. Tiada bukan?”

Walaupun tidak pernah menutur ‘cantik’ pada sri wajah, namun jauh di sudut hati, si suami tidak pernah mempersoalkan kelemahan yang ada pada sang kekasihnya. Itulah sebuah kasih dan sayang dalam jaga, dari selalu menabur kata-kata manis dan cinta, namun sampai satu masa keburukan isteri dipersoalkan, seolah-seoalah kata-kata hanya manis di bibir, bukan sampai menerjah ke hati.

Pasangan suami isteri perlu bijak menghiasi rumahtangga agar sentiasa kelihatan fresh dan tidak terasa hambar dan puas dek ditelan masa. Kita sering bermadah perjalanan sebuah rumah tangga seperti perjalanan sebuah bahtera menongkah lautan luas.

Kita kena faham bahtera yag sudah lama berkelana di lautan, akan kelihatan usang juga bila sudah lama berkhidmat untuk tuannya, namun bagi mereka yang ‘bijak’, mereka akan sahaja mencari jalan untuk mengindahkan bahtera usang tadi untuk kelihatan baru dan cantik. Jika ada papan yang bocor, maka akan digantikan papan yang baru. Jika bahtera nampak kusam kerana pudar sri warna, maka dicat dan dihiasi dengan pelbagai warna yang indah.

Jangan menganggap kegagalan perkahwinan adalah pengakhiran pada sebuah hubungan. Mempercayai sebuah kehidupan manusia tidak pernah sirna dari musibah, atau rasa kurang senang antara pasangan. Tingkatkan imunasi hubungan suami isteri, serta keluarga seluruhnya. Bila kita mempunyai minda sedemikian, perkahwinan yang sudah lama terbina masih tetap terasa baru.

Terlebih malang, jangan jadikan perkahwinan tersebut pemusnah sebuah jambatan penghubung cinta si suami, isteri, dan keluarga keseluruhannya untuk terus;

Melakar Cinta Di Syurga.

h/p: Melakar Cinta Di Syurga, biiznillah akan menjadi single tajuk buku ilmiah penulis, dan juga merupakan buah tangan pertama penulis buat santapan para pembaca yang cintakan ilmu.

Teruskan Pembacaan>>>
 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal