PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Sabtu, Mei 16

Terbang Tinggi Gapai Impian

Hari-hari penting yang tercatat pada diari penulis pada bulan ini, berlalu pergi dengan penuh harapan. Bermula dengan ulangtahun kelahiran penulis lima hari lepas, sambutan hari ibu sedunia, dan sebuah episod perjuangan seorang pelajar dalam Bidang Syariah. Penulis sukar untuk mencoret tulisan pada laman ini sejak seminggu lalu, kerana komitmen pada ulangkaji pelajaran. Idea ada, namun tidak mahu melanggar hak asasi seorang pelajar, ketika sahabat lain bertungkus lumus menyiapkan diri menempuh peperiksaan.

Penulis sedar, ilmu ini kepunyaan-Nya, hanya pinjaman yang tidak kekal lama pada kita, kecuali kita bijak mengaplikasikan ilmu itu, disamping menanam saham kepada insan lain yang memerlukan. Ilmu ini, akan sentiasa berputar seperti bumi berpusing mengelilingi matahari, akhirnya akan kembali kepada yang asal. Jawapan sudah kita ketahui, tiada yang maha mengetahui selain Dzat Allah Taala.

Dua hari lepas, penulis menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada Kakak Nadia Hanim, bahawa adiknya berjaya melanjutkan pengajian ke Timur Tengah, dalam bidang perubatan. Sebuah kejayaan yang menjadi kebanggaan keluarga. Penulis juga turut tumpang gembira.

Kejayaan Ibu bapa, boleh dilihat dan dirasakan, bila berjaya menanamkan sesuatu yang penting pada diri anak-anak mereka dengan kaedah yang sesuai dengan tahap penerimaan dan pemikiran, yang mungkin memerlukan kreativiti dan kesabaran yang amat tinggi. Anak-anak tidak pernah gagal meniru sikap berbanding mendengar cakap. Hebatnya cara Allah Taala mendidik manusia. Kadang-kadang terfikir, anak-anak lebih banyak berperanan mendidik ibu bapa berbanding sebaliknya. Tidak mengapa, asalkan masing-masing antara anak dan ibu bapa dapat mengembleng tenaga sepersis perintah Allah Taala supaya menjaga diri dan ahli keluarga dari bahana api neraka. Semoga lebih ramai ibu bapa yang meluangkan masa untuk mendidik anak-anak mereka sebegini.

“They act as our mirror. we see our weaknesses from their behaviour and we tend to change ourselves to become a better person”

Betapa dasyatnya suasana pada hari ini, yang penuh dengan ranjau dan duri. Maka ketakwaan kepada Allah Taala sahaja yang dapat yang dapat menyelamatkan kita dengan izin Allah Taala. Sesuatu yang sangat dirisaukan sangat adalah pembangunan modal insan generasi yang mendatang, tentang apa yang mereka selalu didedahkan terhadap keadaan (waqe’) semasa, dunia moden. Ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting dan kumpulan-kumpulan dakwah, iaitu diri anda harus bergerak dengan lebih pantas lagi, lebih pantas dari arus perdana agar tapi hati-hati jangan sampai kita pula yang di bawa arus membulu itu. Tidak boleh tidak, kita harus bekerja untuk dakwah. Tidak dapat tidak, ayuh semua ke arah pengislahan dan perubahan!

Dalam dunia politik tidak usah kita perkatakan lagi, terang lagi bersuluh, apakah ini orang yang dambakan sebuah kejayaan.Yang baik tidak dinafikanlah, namun ramai yang menjadi pencacai daripada pejuang. Politik negara semakin celaru, keliru, haru-biru, cacamarba dan meresahkan. Anda sendiri dapat menyaksikannya. Bukan nak mengata, tapi ingin mencetus ingat bukan semua manusia dalam arena politik baik, dan bisa membawa rakyat di bawahnya mengikut apa yang telah diajar oleh Allah Taala dan Nabi saw. Sehinggakan sampai juga ke telinga penulis cakap-cakap orang kampung;

Ustaz, semakin ramai yang berbaris panjang membeli tiket percuma masuk Neraka!”

Agaknya anda pun boleh meneka, apa yang ingin disampaikan oleh mereka di sebalik uslub ayat di atas. Anda kena ingat, hidup kira hari ke hari bukan saje-saje hidup, tapi dunia ini merupakan sekolah yang mana di dalamnya sarat dengan ujian atau lapangan peperiksaan yang harus ditempuhi, tidak perlu bayar yuran peperiksaan, Cuma cukup mendudukinya sahaja. Tapi slip keputusan peperiksaan tersebut adalah cukup penting. Bagi mereka yang berjaya pasti akan mernerima tawaran yang pasti dapat, iaitu melanjutkan perjalanan mereka ke menara gading yang penuh dengan rahmat dan nikmat, anda tahu apa? Iaitu Syurga. Di dalam risalah Usrah dan Dakwah oleh as Syahid el Imam Hassan el Banna, beliau ada menyebut:

Kita mempunyai banyak kewajipan sedangkan masa kita terlalu sedikit

Betapa benarnya kata-kata ini dan marilah kita doakan semoga Allah Taala mempermudahkan segala urusan perjuangan kita semua di Sekolah Kehidupan ini, ameen Ya Rabb!

Baik, dari sudut lain pula. Kalau kita bicara tentang dunia, aduhai pandai sekali. Tapi kalau bicara tentang agama, mereka jadi alergi. Terlalu banyak bentuk fitnah yang berlaku di dalam Islam, sehinggakan arus perdana Muslim mendefinasikan semula Islam berasaskan sesuatu yang lebih cabang (Furu’) dari yang lebih asas (Usul), itu pandangan yang kolot dan perlu dibetulkan. Kalaulah perkara usul yang menjadi keutamaan Muslim sudah tentu, situasi menang-menang akan bersama Ummah. Malangnya lebih ramai yang suka berdendang dengan irama bukan RAP dan seumpamanya, keranan ransangan akal bukan perasaan. Isu bukan hanya merujuk kembali kepada el Quran, kerana semuanya fasih dengan apa yang tersurat, tetapi yang tersirat memerlukan pemahaman yang mendalam pada apa yang tidak tertulis secara berhuruf.Renungkan!

Alasan mudah, cuba kita ingat balik sejarah silang agung karya Islam, bagaimana orang dulu betul-betul memperjuangkan Islam dan mengangkat Islam ser ’gah’ namanya. Antaranya pada ketika Sultan Muhammad el Fateh ingin menawan Konstantinople, tentera-tentera kurang bersugi. Maka, baginda mengerahkan mereka bersugi. Tentera salib meneropong mereka dan melihat orang-orang Islam ni, kayu pun mereka makan setelah melihat tentera-tentera Islam memasukkan kayu sugi ke dalam mulut. Ini telah menimbulkan gerun di dalam hati mereka kepada tentera-tentera Islam. Kita bagaimana pula?

Namun dalam kondisi lain, kekuatan iman saja tidak memadai untuk mengalahkan musuh. Dalam dunia ini kita perlu ambil kira soal sebab-musabab juga. Dalam perang untuk menawan Konstantinople, Muhammah el Fatih menggunakan segala kekuatan termasuk peralatan ketenteraan, disiplin, senjata berkesan, strategi yang baik, dan memecah belah perpaduan musuh dan kekuatan iman. Akhirnya Muhammah el Fatih dapat mengalahkan musuh dengan jayanya.

Penulis ingin menyentuh sedikit lagi, tentang bagaimana pula kejayaan dari sudut perkahwinan dan pembentukkan keluarga. Perkahwinan pada penulis antara cara bagaimana melatih lelaki untuk jadi pemimpin (apa saja jenis pemimpin), manakala isteri pula sebagai pembantu dan anak-anak yang taat soleh dan patuh perintah Allah Taala, Rasul, dan ibu bapa merupakan kejayaan sesebuah keluarga itu terutama kejayaan daripada kebijakan sang bapa berperanan sebagai pemimpin, dan sebetulnya memang patut ibu bapa fikirkan perihal ini terlebih dahulu iaitu bagaimana mahu mendidik anak yang soleh, sebelum berkira untuk melihat kejayaan sesebuah keluarga.

Manakala, si isteri pula (maaflah) tidak perlu nak persoal dengan siapa suami nak kahwin lagi. anak dara atau janda, tapi tugas anda ketika itu supaya ingatkan suami tu, awak tak takut ke dengan tanggungan semua ni, tambah dengan azab api neraka lagi. Kalau dia ikhlas biarkan la sekalipun dengan anak dara. Tapi yang menjadi masalah dan malangnya banyak suami hari ini bukan sahaja gagal nak tarbiah anak dan isteri, diri sendiri pun tak lepas. Solat pun masih tunggang langgang.Aduh!

Kejayaan suami berpoligami tu pula bukan setakat nak diukur dengan mewah anak-anak dan para isteri. Tetapi adakah para isteri yang bermadu itu dapat ditarbiah oleh suami untuk sabar, redha dan dapat menerima isteri suaminya yang lain. kita patut hormat suami begini yang mampu mentadbir rumah tangga sebegini harmoni. Kita perlu lihat, dari sudut yang betul walaupun anda mengatakan Nabi pun kahwin ramai. Rasulullah saw berpoligami bukan untuk menunjukkan bahawa lelaki bukan sahaja boleh kahwin lebih atau apa, tapi yang Rasulullah saw nak tunjukkan bahawa pemimpin yang berjaya, adalah mereka yang berjaya mentadbir kerajaan rumahtangga terlebih dahulu dengan penuh kebijaksanaan sekaligus dapat meraih suasana yang harmoni. Malu la bagi kita yang nak jadi pemimpin, tapi anak isteri pun masih tidak mampu nak ditarbiah, solat jemaah pun kadang-kadang celup, apatah lagi nak tambah bilangan isteri. Aduh kena lagi!

Kadang-kadang terfikir, dan takut juga mengenangkan masa depan yang pasti akan datang. Adakah lebih baik keadaannya? Selama hidup 21 tahun pun penulis boleh soroti perbezaan hidup ‘zaman dulu’, sewaktu penulis kecil-kecil dahulu dan ‘zaman sekarang’. Sungguh dahsyat. Semakin banyak yang tidak boleh dibezakan. Teknologi meningkat, fitnah semakin banyak dan cepat pula merebaknya. Apabila umur makin lanjut dan pertanggungjawaban makin banyak, semua ini akan terasa.

Kejayaan dalam dakwah ialah apabila kita mampu membentuk diri dan kemudiannya mampu membentuk orang-orang yang terdekat menjadi hamba Allah yang bertakwa. Itulah contoh dakwah para Nabi yang sentiasa menjadikan kaumnya orang yang mula-mula menerima seruannya. Namun ianya tidak semudah seperti yang disangkakan.

Kejayaan manusia adalah dalam agama sejauh mana manusia dapat mentaati perintah Allah Taala dengan cara hidup Nabi Muhammad saw yang penuh simple, mantap dan padat. Jika manusia berterusan konsisten dalam mentaati perintah Allah Taala, dan ikut cara hidup Nabi saw selagi itulah Allah Taala akan terus beri kejayaan dalam semua hal, semua bidang inshaAllah. Macam mana nak istiqomah?

Nabi pernah bersabda;”Perbaikilah Iman kamu dengan memperbanyakkan ucapan lailahaillaullah (tahlil)

Doakan penulis yang akan menempuh peperiksaan bertulis, bermula pada tanggal 17hb Mei ini. Moga segala impian, bisa menjadi kenyataan.

0 komentar:

Catat Ulasan

 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal