PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Khamis, November 12

Menyingsing Pelangi Ke Timur - siri kedua



Di saat ini kita telah diasak dengan masalah akhlak dan intergriti agama yang jatuh merudum bak saham yang rugi. Tidak cukup kalangan ahli politik bercakaran, kini giliran ahli agama dan cendikiawan Islam pula. Heboh diperkatakan di sana sini. Sedih melihat hal ini seolah-olah tiada lagi insan di Malaysia ini yang mementingkan kasih sayang sesama saudara.

Sayangnya, golongan yang cintakan agama dan mementingkan kasih sayang seolah-olah tidak mendapat tempat di mana-mana. Komen dan cadangan mereka tidak diambil peduli sebaliknya mereka ditekan dan ditindas.

Keadaan politik di Malaysia amat-amat kalut dan berserabut. Jika rakyat yang mengikutinya akan pening kepala, sudah tentu mereka yang terbabit dalam politik lebih merasai keserabutannya. Terlalu banyak isu yang menyentuh negara, melibatkan kredibiliti pemerintah, sekali gus meletakkan rakyat keseluruhannya dalam keadaan kebingungan dan huru-hara penghidupan.

Perihal ketidak puas hati rakyat terhadap kerajaan semakin jelas apabila kenaikan harga barang-barang keperluan seharian amat menekan, diikuti dengan indeks rasuah yang semakin melonjak, kes-kes rasuah berprofil tinggi terbongkar satu demi satu dan diikuti dengan fitnah yang tidak habis-habis.

Tuduhan liwat serta fitnah yang melampau ini kadang-kadang dilihat sebagai suatu sandiwara.

Mengapa semuanya ini berlaku? Jawabnya mudah, ia adalah kerana manusia tidak takut dosa, tidak gerun dengan ancaman Allah Taala, tidak peduli apa yang hendak terjadi pada hari pembalasan.

Manusia kini seolah-olah tidak memperdulikan soal neraka dan syurga. Asalkan hati mereka mendapat kepuasan di dunia, mereka sanggup melakukan apa sahaja. Soal maruah, soal mengaibkan manusia dan apa sahaja yang seumpama dengannya tidak pernah menjadi perhitungan.

Inilah sebabnya hal-hal yang saya nyatakan di atas boleh berlaku.

Malah berbagai-bagai konspirasi boleh dilakukan tanpa segan silu kerana manusia telah dikuasai oleh tuntutan keduniaan yang melampau dan gila kuasa yang tidak terbatas.

KEPEKAAN YANG HILANG

Islam sebenar tidak boleh diukur dengan apa yang orang Islam hari ini lakukan. Jika Islam hendak diukar dengan tingkah laku umat Islam hari ini, maka akan rosaklah Islam itu.

Perlu kita fahami bahawa, negara umat Islam suatu ketika dahulu, semuanya patuh dan tunduk kepada Islam, sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w. memerintah Madinah. Maka berubahlah negara Madinah, Makkah dan seluruh Semenanjung Tanah Arab menjadi Islam sehingga ke hari ini.

Kedudukan negara Arab yang lainnya, sebuah demi sebuah menjadi negara Islam. Maka tertubuhkan kerajaan Islam pada zaman sahabat, tabiin yang digelar Khulafa ar-Raashidin, Daulah Umaiyah, Daulah ‘Abasiyah sehingga kepada kerajaan Islam terakhir Khilafah Uthmaniyah yang tamat pada tahun 1924. Semuanya kerajaan-kerajaan ini melaksanakan pemerintahan berasaskan hukum-hukum Islam.

Budaya dan persekitaran masyarakat kita pada hari ini banyak memberi impak negatif terhadap pemikiran golongan muda, termasuklah pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi sendiri.

Nampaknya semakin perlunya kita semua yang menyedari hal ini, tentang bagaimana kita bisa menyambungkan kembali wayar yang terputus dalam kepekaan siswa dan siswi.

Jujurnya saya lebih suka menulis tajuk sebegini daripada menyibukkan diri dengan isu kemelut politk negara dalam kerangka untuk membina diri namun ianya bukan satu tiket untuk kita lepas tangan begitu sahaja hingga ditadbir oleh mereka yang meletakkan kepentingan diri dan parti semata-mata tanpa menjenguk keperluan rakyat yang merupakan tanggungjawab mereka yang akan dipersoalkan di akhirat kelak.

Bukan menolak politik, bahkan ianya sudah sedarah dan sedaging dengan saya sejak dari bangku sekolah lagi sehingga diberi pinjam oleh Sang Pencipta nikmat petah berbicara dan menyusun kata-kata seolah-olah mengalahkan ahli politik tanah air. Saya yakin kita mampu mencari capaian terbaik dalam memahami sepak terajang politik yang yang makin memualkan dan tiada penghujung ceritanya.

Cukuplah dengan ramai yang mengulas dan mencelarukan keadaan.



REMAJA YANG DIMANJA

Beberapa tahun kebelakangan ini, umat islam di Malaysia, terutamanya golongan remaja dan kanak-kanak, mereka telah di sogokkan dengan program-program ‘realiti’ hiburan yang telah menawarkan pelbagai hadiah-hadiah menarik di samping dunia glamor telah dijanjikan kepada sesiapa yang berminat.

Muda mudi kini sebenarnya semakin berani menggunakan nama agama demi untuk melaksanakan keinginan dan cita-cita mereka. Geli hati, kadang-kadang mereka menggunakan nama profesional dalam melakukan sesuatu gerak kerja.

Seni hiburan bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Ia semakin tersebar luas dengan sendirinya dari hari ke hari. Selepas seni hiburan semakin kukuh dalam naluri manusia di saat itu, bermulalah episod kesedihan yang sangat tragis dalam sejarah Islam.

Empayar-empayar Islam mula roboh satu demi satu, seperti robohnya rumah yang dimakan anai-anai. Islam mula jatuh disebabkan manusia melebihkan seni hiburan itu dari syariat-Nya.

Di sanalah gejala tidak sihat akan wujud dengan sendiri. Tiada pengawasan dari pihak berwajib. Ibu bapa lupa lepas tangan dalam menangani isu terbesar ini.

Belum lagi cerita pasal pergaulan bebas. Adab-adab ketimuran jauh dari pandangan. Kalau tidak pedas saya katakan, muda-mudi sekarang seolah-olah sudah terpenjara dengan paradigm barat, social mereka lebih ‘barat’ dari Barat.

Buah fikiran, nasihat atau saranan, hanya kata-kata kosong yang keluar dari mulut seseorang, selagi mana ianya tidak diproses untuk dijadikan satu pegangan, dan diterjemahkan dalam bentuk tindakan yang menyelesaikan. Ianya umpama keyword bagi kita untuk kita sama-sama buat decoding process.

Peka menilai

أَفَلَمۡ يَسِيرُواْ فِى ٱلۡأَرۡضِ فَتَكُونَ لَهُمۡ قُلُوبٌ۬ يَعۡقِلُونَ بِہَآ أَوۡ ءَاذَانٌ۬ يَسۡمَعُونَ بِہَا‌ۖ فَإِنَّہَا لَا تَعۡمَى ٱلۡأَبۡصَـٰرُ وَلَـٰكِن تَعۡمَى ٱلۡقُلُوبُ ٱلَّتِى فِى ٱلصُّدُورِ

Allah Taala berfirman yang bermaksud: Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dadaal-Hajj (22:46)

Andai tidak dapat merubah sepenuh sekalipun, biarlah ada usaha berpanjangan, walau hanya sekadar pipit yang cuba memadamkan api dari menjamah badan Nabi Ibrahim.

ameen

1 komentar:

Muffakiratul Mukminah on 12 November 2009 pada 11:06 PG berkata...

salam alaik...
Dunia makin tua dan sampai penghujungnya.
Namun, usaha dan perjuangan pasti diteruskan.
Yang benar, tetap benar.
Bersama membantu ummah 'back to the basic'...InshaAllah...

" Al-haqqu bila nizom yaghlibuhul-baatil binnizom"
" Sesuatu kebenaran yang tak sistematik akan dikalahkan oleh kebatilan yang sistematik dan terancang."
Wallahu'alam...

KepadaNya jualah,kita dikembalikan.

Catat Ulasan

 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs
Topblogs @ iLuvislam

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal