PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Isnin, Oktober 5

Ahli Akademik Yang Dinamik



Penulis saban hari termenung sambil bebola mata-mata memerhatikan susunan kitab di atas rak meja usang. Setiap kali selesai solat subuh penulis memperlakukan perkara yang sama.

Apakah cukup ilmu yang aku kecapi selama ini?Penulis bermonolog di dalam hati.

Tujuan hidup yang masih tersisa, kadang-kadang sering alpa lantaran diri terasa cukup hebat. Alasan cukuplah apa yang ada, sering kali menewaskan rasa cinta pada ilmu.

Keluh hati penulis.

Penulis tidak boleh terus sceptic dengan dunia akademik. Susurilah sejarah perkembangan Orientalisma, kita akan dapat melihat dengan jelas, strategi kuasa penjajah seperti Britain, bukanlah datang semberono menguasai negara kita tanpa didahului oleh kajian.

Jangan lupa kepada Napoleon Bonaparte semasa datang ke Mesir di akhir kurun ke 18. Beliau tidak hanya datang untuk menawan Mesir dengan semangat tinggi semata-mata. Beliau membawa ahli akademik yang mengambil peluang untuk mengkaji serba serbi tentang tamadun Mesir. Hasil kajian itulah kemudiannya membolehkan Mesir jatuh dalam sejarah yang buruk ke tangan Perancis dan Britain.

Kebijaksanaan dan dalamnya kajian Snouck Hurgronje itulah yang menyumbang kepada jatuhnya Acheh ke sejarah penindasan ratusan tahun.

Sebagai seorang pelajar bidang yang akan berdepan dengan masyarakat, penulis terasa sudah akan cabarannya untuk memahami bahasa masyarakat sebelum sedia terjun.

Ahli Akademik kenalah membuang EGO mereka apabila berada dalam masyarakat, di samping mestilah juga pandai mengadaptasi diri mereka mengikut kesesuaian keadaan sekeliling.

Seorang Ustaz yang mempunyai Ph.D tidak semestinya memberi kuliah hanya kepada mereka yang mempunyai kelayakan minima Ijazah sahaja. Bagamaimana dengan orang kampung yang tidak pernah ke sekolah, atau mengenal itu dan ini?

Menjawab soalan berkaitan dengan hukum kalau yang bertanya itu seorang terpelajar dan berkelulusan agama sudah tentu mesti dijawab dengan panjang lebar siap dengan deretan nama kitab, muka surat dan dalil-dalil yang menyokong. Tetapi jika yang bertanya itu seorang lay-man bolehlah dijawab dengan ringkas dan mudah difahami oleh beliau.

Begitu juga dalam mendengar pendapat kenalah diraikan pendapat sesiapa pun tidak kira latar belakang pendidikan mereka.

Penulis mempunyai seorang kenalan yang tekad untuk berhenti kerja semata-mata kerana majikan beliau yang berstatus Dr. tidak mahu mendengar pendapat beliau yang hanya kelas ijazah. Apatah lagi jika kita hanya berkelulusan luar dari sarjana bidang yang diambil walaupun PhD sekalipun hendaklah mendengar dengan penuh tawadhu’ kata-kata yang keluar dari seorang nelayan tentang pembuatan bot ringan, dan juga sebaliknya kerana kepakaran dalam bidangnya, saling ada tolenrasi.

WUJUD MEKANISMA DALAM DIRI

Tetapi bagaimana kita berazam, berkemahuan, berfikir, merancang, gerak kerja kita dalam proses mempelajari ilmu-ilmu (terlalu akademik) tersebut, itulah pengalaman yang boleh digunapakai dalam kehidupan bermasyarakat kita.

Turun kepada masyarakat dengan pengalaman dan kemahuan? Sudah pasti tetapi bagi yang belum berpengalaman, bagaimana?

Bergantung bagaimana kita mendefinasikan pengalaman.

Berbekalkan pengalaman berfikir yang dipelajari dalam proses belajar. Proses menzahirkan matlamat yang ingin dicapai menghasilkan pengalaman, bukan hasilnya semata-mata.

Kita sebagai muslim kadang-kadang terlupa ada jurang antara kita dan ajaran Islam, sebab itu kita sering menilai kritikan orang kepada pendekatan kita sebagai kritikan kepada Islam. Kita memilih asosiasi diri kita dengan Islam itu tidak salah, tapi tidak cukup sekadar itu.

Sudah tentu teori dan praktis juga ada jurang tersendiri. Tidak semudah lakaran segunung teori di dada tanpa bijak menterjemahkan dalam kehidupan realiti.

Dalam proses mencari potensi diri yang sebenar, kita perlu sedar beberapa kesilapan, kelemahan atau kekurangan dulu yang boleh dibaiki, bukan terus berbangga dengan kelulusan yang ada. Maka di sana pengalaman akan dikutip sedikit demi sedikit, dan jangan ada rasa jemu menguasi diri ketika klimaks hampir digapai.

Anologinya, seperti berlari ke garisan penamat, hanya tinggal setengah kilometer, jangan alpa, teruskan larian bahkan bila kita merasai bahang kemenangan maka meningkatkan kelajuan agar jarak dengan lawan terdekat berada di zon selamat adalah lebih beridea. Kemenangan yang diidamkan pasti berada digenggaman.

Allah Taala berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri ar-Ra’d (13:11)

Ramai yang mendambakan perubahan, tanpa melihat diri sendiri dahulu. Sudahkah dia berusaha ke arah perubahan itu.

Bagaikan hati ingin ke sesuatu tempat, tapi kaki enggan melangkah, selamanya tidak akan sampai jua.

Dah terlalu banyak dalil petanda yang ditunjukkan oleh Allah Taala. Tapi berapa kerat sangat yang ingat dan ambil peduli? Keinsafan umat dengan musibah adik Sharlinie ditenggelamkan dengan riuh pikuk Anugerah Juara Lagu (AJL). Sedu sedan masyarakat dengan nasib adik Nurin dikesat dengan senario dan drama politik negara.

Agaknya kita perlu bencana yang lebih besar, lebih besar dari tsunami dan gempa bumi seperti di Padang, Sumatera untuk mencetus ingat lantas taat.

Allah Taala berfirman yang bermaksud: ..dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapa pun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkan-Nya itu dan tidak ada sesiapa pun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripada-Nyaar-Ra’d (13:11)




MENILAI SISTEM DIRI

Kefahamaan kerja sama-sama lawan kerjasama adalah dua istilah berbeza yang perlu diolah dengan bijak. Ada yang kata:

Kerja sama-sama saya

Kerjasama menghasil tamadun besar di dunia. Kerja sama-sama hanya bererti bila menceritakan sifat kerja, iaitu kerja sama-sama kuat, kerja sama-sama secara konsisten dan sebagainya. Pilihlah antara yang ada, kerana apa yang dipilih akan menentukan Qadar Allah Taala yang terbaik bagi menghasilkan keputusan.

Ada dua sifat yang macam serupa di situ, bijak dan pandai, mana satu yang kita nak lebih? Bijak menggunakan pandai atau pandai menggunakan bijak? Macam telur dan ayam. Akal dan minda yang melahirkan bijak dan pandai, sebagaimana akal dan minda juga yang menimbulkan rational dan emosi. Jadilah orang yang bijak dan pandai yang menggunakan akal dan minda untuk mengawal rational dan emosi, dalam memberi ilmu dan pengetahuan sebagai kesinambungan putaran alam.

Keilmuan dalam mengolah cara terbaik untuk mencapai kehidupan yang sempurna, itulah yang menjadi bahan utama. Mungkin ada yang berpendapat bahawa sistem pendidikan biasa juga melaksanakan pekara yang serupa, tetapi di situlah terdapatnya serupa tapi tak sama. Pendidikan biasa tidak memaparkan strategi yang ketara, sementara melalui pratikalisme ia boleh disampai dengan lebih berjaya.

Mengundilah untuk menguatkan kembali sistem bermasyarakat yang mampu bantu membantu (berkebajikan) antara satu sama lain.

Bagaimana caranya?

Rasulullah s.a.w telah pun menunjuk tauladannya. Ulama’ telah pun ramai praktik dan promosinya. Di mana sahaja sebuah komuniti orang Islam berada, di situlah akan didirikan masjid. Allah Taala telah memfardhukan lima waktu solat, Rasulullah s.a.w sudah menganjurkan kaedah perlaksanaan solat yang terbaik adalah solat berjemaah di masjid. Di sinilah bermulanya ta-‘aruf, ukhuwwah, seterusnya bertolong-tolongan dalam hal kebajikan.

Promosi civil society, tidak boleh lari dari mengajak kembali masyarakat menghayati kehidupan orang masjid. Di sana bermula segalanya dalam penyusunan masyarakat berilmu dan berakhlak.

Dengan kata lain, imarah masjid dan promosi imarah masjid. Jangan malu untuk kempen:

Marilah solat lima waktu berjemaah di masjid

Jangan malu, kerana itu adalah teras dari idea dan harapan yang perlu kita jayakan.

ameen

0 komentar:

Catat Ulasan

 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs
Topblogs @ iLuvislam

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal