PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Rabu, September 2

Ramadhan : Muhasabah Sepuluh Hari Pertama

Sama ada kita sedar ataupun tidak, setiap detik dan saat akan tetap berlalu meninggalkan kita. Setiap detik dan ketika akan menjadikan kita semakin tua di mana hari ini lebih tua dari semalam dan keadaan ini akan berterusan tanpa mempersoalkan sama ada kita bersedia ataupun tidak. Begitu juga dengan perjalanan masa, hari berganti hari dan bulan berganti bulan.

Sebagai seorang Muslim kita semestinya merasa gembira dan bersyukur dengan kedatangan bulan Ramadhan Al Mubarak dan sama-sama bertekad menghayatinya dengan penuh keinsafan dan kesungguhan.

Allah Taala berfirman yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa el Baqarah (2:183)

Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: Barang siap merasa gembira dengan sebab kedatangan bulan Ramadhan nescaya Allah Taala mengharamkan jasadnya daripada api neraka(Hadith Riwayat Ahmad)

Begitu juga kedatangan bulan Ramadhan amat digeruni dan ditakuti oleh syaitan kerana pada bulan ini Allah Taala tidak membenarkannya menghasut serta menggoda manusia melakukan kejahatan dan maksiat. Pada bulan ini syaitan akan dirantai dan dibelenggu.

Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud:Apabila telah tiba bulan Ramadhan, maka terbukalah semua pintu rahmat dan ditutup semua pintu neraka serta tangan-tangan syaitan dirantai (Hadith Riwayat Ahmad)

RAMADHAN BULAN DIGANJARI BONUS

Ramadhan adalah bulan yang sungguh luar biasa keistimewaannya berbanding dengan sebelas bulan yang lain. Apa tidaknya, sesungguhnya segala dosa yang dilakukan akan mendapat keampunan dari Allah Taala bagi hamba-Nya yang melakukan ibadah pada bulan tersebut dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas serta dengan penuh pengharapan.

Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: Barang siapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran pahala daripada Allah maka diampunkan baginya segala dosa yang telah lalu (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Tunggak ibadah pada bulan Ramadhan ialah ibadah puasa iaitu menahan diri bukan sahaja daripada makan dan minum bahkan dari segala perkara-perkara maksiat dan yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari dan disertai dengan niat.

Apabila seseorang itu telah berjaya menahan dirinya daripada perkara-perkara yang dinyatakan, maka layaklah dia mendapat pahala daripada Allah Taala dengan izin dan kemurahannya.

PUASA MENDISIPLINKAN DIRI DENGAN SABAR

Dalam konteks ibadah puasa, kejayaan menempuh ujian adalah disertai dengan sifat sabar. Sifat sabar merupakan perkara asas dalam kehidupan kita terutamanya sabar dalam mengahadapi segala macam ujian hidup.

Sifat sabar ini dapat dan mampu menjadikan kita seorang muslim yang tabah dan mempunyai jati diri dalam mengahadapi ujian dan ranjau kehidupan.

Sifat sabar perlu ditingkatkan dari semasa ke semasa dalam diri kita untuk menyempurnakan ibadah puasa kepada Allah dengan sebaik yang mungkin.

Kita hedaklah melaksanakan ibadah puasa ini dengan penuh keinsafan dengan meninggalkan semua perkara yang boleh merosakkan pahala puasa kita, dan elakkan diri dari melakukan perkara-perkara yang melalaikan serta boleh mengurangkan pahala puasa. Jangan jadikan puasa kita sekadar menahan diri daripada lapar dan dahaga sahaja.

Allah Taala berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkiraaz Zumar (39:10)

Demikianlah sebahagian daripada kelebihan ibadah puasa dan keistimewaan bulan Ramadhan Al Mubarak.

Oleh itu hedaklah kita merebut peluang yang sangat berharga ini dengan beribadah yang disertai dengan rasa kesyukuran dan kegembiraan, ikhlas dan yakin terhadap kurniaan Allah Taala yang tidak ternilai banyaknya. Keistimewaan dan kelebihan berpuasa dalam bulan Ramadhan tidak akan kita nikmati jika sekiranya tidak dilakukan ibadah puasa dengan sempurna dan ikhlas.

Di samping itu kita juga dituntut melakukan amalan kebajikan yang lain seperti bersedekah, berzikir, bertadarus, mengeluarkan zakat dan sebagainya, dan dalam masa yang sama hedaklah dielakkan daripada membuat persediaan untuk berbuka puasa dan menyambut hari raya secara berlebihan.

Justeru itu, selain kita mengerjakan ibadah puasa dengan cara yang paling sempurna dan mengisi masa sebulan Ramadhan dengan amalan tersebut, kita juga hedaklah berazam untuk meneruskannya pada bulan-bulan yang berikutnya sehinggalah kita dipertemukan lagi dengan bulan Ramadhan tahun yang akan datang.

ameen

1 komentar:

Lenggang Kangkung on 14 Julai 2011 pada 3:01 PTG berkata...

Apa status hadis ini ?

Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: “Barang siap merasa gembira dengan sebab kedatangan bulan Ramadhan nescaya Allah Taala mengharamkan jasadnya daripada api neraka” (Hadith Riwayat Ahmad)

Catat Ulasan

 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs
Topblogs @ iLuvislam

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal