PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Isnin, September 28

Penulis Dan Pendirian Politik Islam



Kalau kita faham perlunya kepimpinan di peringkat keuarga, maka begitulah pentingnya kepimpinan di kalangan kumpulan keluarga yang besar di peringkat kampung, daerah, negeri dan negara.

Tidak timbul bahawa politik itu kotor kerana politik itu sebahagian dari Islam dan Islam tidak pernah kotor, hanya penganutnya yang menjadi kotor disebabkan tidak memahami kehendak-Nya.

Kotornya pemimpin adalah kerana kotornya yang dipimpin. Demi demokrasi (penuh atau sebahagian), yang dipimpin mahu menyuarakan pendapat masing-masing. Sama ada berilmu atau tidak, masing-masing mahu menggunakan hak sebagai seorang individu yang hidup bermasyarakat. Kalau diketepikan hak menentukan pemimpin, sudah pasti mereka akan memberontak dan mengatakan pemimpin mereka tidak menghormati mereka kerana tidak memberikan hak menentukan pemimpin.

Kesedaran kepada kepimpinan memang rendah di kalangan muslim. Mereka tahu ada nas yang mengatakan, sekiranya terdapat lebih dari dua orang dalam kumpulan, maka seorang dari mereka perlu dilantik untuk memimpin atau menjadi ketua.

Di dalam solat berjemaah, itulah yang hendak diutarakan, soal kepimpinan. Tetapi kita semua terlebih maklum, seolah-olah yang dihidupkan, mati sejurus selepas memberi salam. Bila imam membuat salah semasa solat, baru kita akan dapat lihat yang dipimpin faham soal kepimpinan atau tidak, sama ada mahu berpisah atau terus bersama meneruskan solat dengan imam.

Allah Taala menjadikan manusia sebagai khalifah di kalangan makhluk setelah diberikan asas ilmu. Allah Taala mengharapkan seterusnya manusia mencari ilmu untuk meneruskan kesinambungannya. Maka kaum yang tidak berusaha menambah ilmu, bukan sahaja terpinggir dari menjadi pemimpin, malah dilihat kadang-kadang tidak juga sesuai dipimpin sebagai manusia, iaitu mempunyai hak kebebasan untuk dipimpin. Sebahagian besarnya menunjukkan sikap tidak boleh dipimpin secara demokrasi, kerana tidak mahu memahami atau berilmu tentang bagaimana hendak menjadi yang dipimpin.

Menjadi pemimpin perlu kefahaman tentang kerjasama dan kerja sama-sama. Mengimbangi kedua-duanya perlu dibuat secara bijak. Ada pemimpin yang hanya menjadi wakil suara dari yang dipimpin, maka tiada pembaharuan yang akan berlaku kerana segalanya adalah berdasarkan suara majoriti yang dipimpin.

Kita perlukan pemimpin yang membuat pembaharuan dengan merumus dari suara majoriti, sesuatu yang baru dari ideanya sendiri. Pada dasarnya sama dengan suara majoriti, tetapi pada hasilnya mendatangkan sesuatu yang di atas dari yang dipimpin harapkan. Kalau yang dipimpin mengharapkan kebaikan, pemimpin menghasilkan kecemerlangan.

Masalah timbul apabila yang dipimpin tidak berilmu untuk membezakan kebaikan dan kecemerlangan. Maka pemimpin beradaptasi golongan seperti ini mewakili suara yang dipimpin bulat-bulat tanpa ada pembaharuan. Demi mengekalkan era kepimpinannya, maka terbentuklah kecenderungan mencari populariti dengan mengabaikan perjuangan sebenar yang harus dicapai. Apabila kecenderungan ini berjangkit keseluruh perusuk bahagian perjuangan, maka terbentuklah ciri-ciri politik kotor, yang hanya menggunakan kuasa pasaran kemahuan manusia secara menyeluruh tanpa muhasabah pada setiap tindakan. Manusia dijadikan sangat minat kepada yang popular, termasuklah dalam berbudaya, berpolitik dan beragama.

Kita perlu berbangga bagaimanapun adanya kebebasan terkawal, suasana politik demokrasi berparlimen (sistem beraja). Mungkin ada yang merasakan ia tidak berfungsi sepenuhnya, tetapi selagi kita dapat menggunakan akal dengan sempurna, tujuan utama kita memilih sistem tersebut akan dicapai.

Kebebasan berfikir dengan akal yang sempurna berlatarbelakangkan suasana kehidupan yang bebas, akan memastikan tujuan kehidupan dapat dipimpin ke arah mencapai kebebasan hidup hakiki, yang semestinya merangkumi kejayaan hidup di dunia dan akhirat. Kejayaan melaksanakan Syari-‘at Allah dan Sunnah Allah Taala.

CELIK POLITIK SEMASA

Revolusi, reformasi atau transformasi merupakan kata nama seerti yang membawa maksud perubahan, atau anjakan dari satu keadaan pada keadaan yang lain, biasa ianya dikaitkan dengan perubahan positif.

Perubahan yang dipaksa unuk berlaku dalam waktu yang cepat akan tidak dapat bertahan lama dan kembali pada sifat asalnya juga pada waktu yang segera. Mungkin idea Newton dalam menanggapi peraturan fizikal alam terguna pakai di sini dalam membaca teori dinamis politik massa.

Ruang reformasi terlalu luas, cuma kita yang mahu terlibat dalam ruang ini harus sedia menghubungkan satu fenomena dengan satu fenomena yang lain agar pembaharuan dapat dilihat sebagai satu sistem.

Ramai orang yang gagal memisahkan ruang tipis antara idea dan pemuka idea. Idea tidak bergerak sendiri, dan ianya tidak mungkin berlaku, memang mustahil. Allah Taala telah meletakkan keteguhan peribadi umat ini.

Allah Taala berfirman yang bermaksud:Janganlah kebencian kamu kepada satu golongan itu menjadikan kamu tidak berlaku adil..al-Maaidah (5:8)

Dalam kekalutan umat era ini, ramai yang masih tidak tahu erti dan mengapa Allah Taala perintahkan Muhammad s.a.w sebagai Rasul kepada umat Islam sejagat. Penulis lihat dari sudut kaca mata pihak orientalis, umat Islam sekarang ibarat menunggu hujan turun tatkala melihat langit mendung, hanya sekadar menyaksi pihak kuffar memijak dan menghina agama kita secara umum tanpa ada tindakan.

Penulis teringat pada ungkapan Albert Einstein pernah kata:

Politics is harder physics

Tetapi dalam susahnya itu sebenarnya mengandungi banyak hikmah yang perlu kita pelajari dalam mengenal kehidupan manusia. Politik memang susah kerana kita belajar memahami karenah manusia yang tidak pernah berpuas hati dengan apa yang ada, di samping mengatur kehidupan manusia itu sendiri.

Penulis agak ralat bila ada orang kata penulis benci politik atau tidak ambil peduli, padahal kata-kata itu sebenarnya menunjukkan kita juga berpolitik sebenarnya! Jadi politik memang tidak boleh lari dari manusia. Cuma kena lebih beradab dan sopan selaras dengan tuntutan syara’.

Orang sekarang segelintirnya tidak peka pada politik semasa dan amat jahil dalam menilai sesuatu yang ada. Kalau boleh mahu telan bulat-bulat apa yang disajikan tanpa membuat pertimbangan yang wajar.




PENDIRIAN POLITIK PENULIS

Penulis selalu memikirkan apa sebenar yang dimaksudkan politik Islam itu.
Merebut kerusi politik untuk menegakkan Islam, menjadikan Islam asas perjuangan atau menggunakan Islam untuk mendapatkan kekuasaan.

Rupanya politik Islam itu adalah bila Islam dijadikan matlamat, berjuang pula dengan cara Islam, maka nikmat Islam pula yang akan diperoleh. Apakah nikmat Islam itu pula? Mestilah bukan sama dengan nikmat selesa di kerusi empuk, makanannya enak-enak belaka, atau ada khidmat istimewa untuk mereka. Tapi nikmat Islam itu, biar sedikit harta namun bersyukur, biar panas suasana namun terasa harmoni di dada, biar diserang namun sabar menelan.

Kita ingin Islam tapi tidak mula dengan cara yang betul. kita kukuh dengan fikrah Islam tapi jiwa kita lupa didik cara Islam. kita kuat menyeru masyarakat bersatu tapi kita lupa tekankan betapa pentingnya solat berjemaah, kita sibuk bincang hendak tegak negara Islam tapi dalam keluarga kita lupa hendak didik anak isteri ikut cara Islam. Kita lupa nak mula tegakkan Islam dari dalam diri kita, keluarga kita, masyarakat kita, kampung kita, daerah kita dan seterusnya.

Hayatilah fiqh as-sirah, Rasulullah tidak mula dengan keyakinan bahawa bila dapat negara maka mudahlah Islam tertegak, tapi Rasulullah s.a.w bangunkan modal insan (modal untuk dunia dan akhirat) iaitu para sahabat kerana Rasulullah s.a.w tahu terbangun modal-modal ini maka negara itu datang kepada mereka dengan selamat.

Bangunan yang selamat dan kukuh adalah bermula daripada tapak dan tiang yang kukuh, negara yang selamat bermula daripada pembinaan masyarakat yang bersatu, menjadikan persaudaraan Islam melebihi daripada batasan politik dan bangsa dan menegakkan tiang yang kukuh melalui pentingnya solat berjemaah dihadiri oleh ramai jemaah.

Menggerak Islam melalui kaedah yang ditunjuk oleh Rasulullah s.a.w adalah lebih mudah, selamat dan diberkati oleh Allah Taala daripada berpolitik melalui kaedah demokrasi. berdemokrasilah namun jangan sampai kita tertipu tanpa sedar dengan agenda jahat musuh-musuh Allah Taala.

Khalifah Saidina Umar r.a pernah berkata:

Aku tidak risaukan kamu semua tiada kefahaman yang mendalam tentang ad-Din ini, tapi aku risaukan kamu punya pengetahuan yang mendalam mengenai ad-Din, tapi kamu terlupa belajar lantas mengawasi tipu helah licik daripada musuh yang bercita-cita untuk menghapuskan ad-Din ini



0 komentar:

Catat Ulasan

 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal