PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Jumaat, September 25

Kartika : Lebih Sudu Dari Kuah



Keratan akhbar Berita Harian hari ini membuka semula episod menyedihkan isu Kartika Sari Dewi Shukarno selepas habis dari pantang. Kes yang hangat dibincangkan oleh pelbagai pihak baik masyarakat umum, golongan profesional, para sarjana Islam dan yang lebih memalukan oleh golongan emosional.

Penulis ingin menambah sedikit ulasan pada kupasan artikel lepas, Kartika: Bila Manusia Lupa Tuhan. Ada yang memuji sikap yang ditunjukkan oleh Kartika, ada yang belah kasihan dan simpati, dan ada juga yang meminta pihak mahkamah mengkaji hukuman yang dikenakan.

Kartika yang dahulu hanya sebagai seorang model part-time tiba-tiba menjadi model terkenal gara-gara penangguhan hukuman sebat ke atasnya bagi menghormati bulan Ramadhan. Rumahnya tidak kering dari dikunjungi badan-badan bukan kerajaan (NGO), pemimpin parti, dan golongan persendirian, liputan meluas diadakan mengenai kehidupan model tersebut.

Kecelaruan yang timbul dalam hukuman sebat ke atas model sambilan di atas kesalahan minum arak memperlihatkan betapa mudahnya undang-undang Islam di Malaysia dikelirukan.

Hukuman ke atas Kartika belum dibatalkan, hanya digantung berikutan keputusan Ketua Hakim Mahkamah Syar-‘ie Pahang, Dato' Abdul Hamid hendak membuat semakan terhadap hukuman ke atas Kartika dan menghormati bulan Ramadhan.

Terang lagi bersuluh bersandarkan dalil-dalil al-Quran dan Hadith bahawa arak itu haram di sisi Islam, tiada siapa pun yang beriman berbeza pendapat mengenainya. Namun apabila hukuman ke atas pesalah itu dilaksanakan, ia membabitkan dua aspek utama iaitu: pertama, hukuman yang dikenakan, dan kedua, individu yang dijatuhkan hukuman.

Para sarjana hukum, walaupun ramai yang berpendapat kesalahan minum arak di bawah hudud, mereka berbeza pendapat pula tentang jumlah sebatan. Ini kerana al-Quran tidak menyebut hukumannya, cuma hadith ada menunjukkan dipukul sebanyak empat puluh kali.

Tiada yang ambil kisah siapakah yang sebenarnya patut dipersalahkan?




AIMAN PERLU AMBIL KISAH

Benar, inilah senario yang berlaku hari ini, malah mungkin lebih teruk lagi pada masa akan datang sekiranya kerajaan tidak serius untuk membendung bahayanya arak dalam aplikasi kehidupan manusia yang bermasyarakat.

Kerajaan perlu akui bahawa cara terbaik untuk mengatasi masalah moral dan sosial ialah melalui pelaksanaan undang-undang Islam, rakyat perlu diajar dan didedahkan dengan ilmu agama. Tengoklah berapa ramai rakyat yang menjadi mangsa disebabkan dasar pendidikan negara yang kurang mengutamakan pendidikan rohani. Ramai menyimpang dari tujuan hidup manusia yang sebenar.

Selain dari itu sifat tidak peduli sesetangah individu atau organisasi bagaikan satu galakan dan kebenaran bagi gejala ini terus berlarutan. Terlalu banyak cabang yang boleh disentuh dalam isu-isu sebegini.

Mungkin apa yang boleh kita usaha dan bincangkan adalah, apa approach mechanism yang boleh kita gunakan untuk mendekati, mencegah dan seterusnya menghalang aktiviti dan sikap-sikap ini dari terus menjalar. Seruan badan-badan dakwah di universiti juga kadang-kadang terlalu monotonous dan skeptikal, menyebabkan mesej yang hendak disampaikan sangat terbatas dan tidak mendatangkan minat kepada mad’u.

Hukum Islam merupakan satu jalan penyelesaian yang sangat sesuai, menyeluruh dan mempunyai keberkesanan yang pasti. Namun disebabkan sikap mereka yang bertanggungjawab yang sangat lemah, lambat, tidak meyakini ayat-ayat Allah Taala dan yang paling utama bagaikan mereka sendiri takut dengan hukuman itu maka ianya belum dapat direalisasikan.

Kebenaran yang melanda ini juga boleh dikaitkan dengan suasana IPTA dan IPTS di Malaysia. Kehiudpan yang di bawa oleh Barat berjaya diserap dalam jiwa muda-mudi tempatan, masanya begitu terancang.

Pernah penulis mendapat e-mail daripada seorang sahabat yang juga aktivis pelajar di salah sebuah universiti tempatan, sebagai contoh apa yang berlaku di Cyberjaya, di sebuah apartment yang merupakan tempat pilihan pelajar-pelajar untuk menetap. Boleh dianggarkan peratusan rumah yang mempunyai penghuni lelaki dan perempuan yang tinggal bersama, sama ada tetap atau tidak atau sekadar lepak menonton televisyen dan seumpamanya, hampir 80%. Itu tidak dikira dengan parti-parti dan aktiviti-aktiviti lain dan seumpanya.

Bukan jumlah atau bilangan yang ingin penulis perkatakan di sini tetapi sikap sesetengah mahasiswa kita lebih barat dari barat. Kehidupan jauh dari panduan al-Quran dan Sunnah. Bagaimana mahu dapat berkat, jika awal-awal lagi kita sudah pandai sekat, menyekat orang buat baik dan mencegah keburukan.

Ingatlah sebelum kena, entah mungkin saudara kita sendiri yang terjebak. Bukan penulis ingin minta simpati, tapi cukuplah mengerti lantas berhati-hati.

Memetik pandangan Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi dalam Harakahdaily:

Menjalankan hukuman terhadap peminum arak tanpa menghapuskan puncanya adalah seumpama menghadapi nyamuk aedes dengan menamparnya sahaja, tetapi longkang-longkang dibiarkan berselerak sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk yang membawa denggi



0 komentar:

Catat Ulasan

 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs
Topblogs @ iLuvislam

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal