Nabi telah bersabda yang bermaksud: “Janganlah seorang lelaki meminang perempuan yang telah dipinang oleh saudaranya sebelum perempuan itu ditinggalkan oleh tunang sebelumnya atau jika tunang sebelumnya itu mengizinkan” (Hadith Riwayat Bukhari)
Tunang anda harus belajar menjadi lelaki yang mampu membuat keputusan dan berpegang dengan keputusan itu. itulah nilai kelelakian seorang lelaki.
Bersikap serba salah, tidak pasti, tidak kuat untuk konsisten, menjadikannya seorang lelaki yang berisiko tinggi apabila dikahwini.
Kelelakian lelaki antaranya ialah pada keupayaan membuat keputusan serasional mungkin
Hidup dengan lelaki yang tidak ada pendirian, sehingga menetapkan hati untuk pasangan hidupnya sendiri pun tidak pasti dan keliru, bagaimana untuk kita berteduh di bawah jagaan Dia. Insha-Allah pasti Allah datangkan kumbang yang bijak untukmu.
JAUHILAH CINTA TERLARANG
Perasaan cinta sumbang itu tidak datang tanpa dipupuk. Kebiasaannya hubungan yang melangkaui batas kerjaya menyebabkan emosi tersasar dari jalannya. Saling bertanya khabar dan mengambil berat merupakan faktor utama menyebabkan penyemaian bibit cinta. Sekiranya ia dilayan dipupuk, maka agak sukar untuk membohongi perasaan sendiri.
Oleh itu batasilah diri masing-masing agar perhubungan itu hanya terbatas kepada perkara kerjaya sahaja, tidak melibatkan urusan emosi dan peribadi. Sekiranya kedua-dua itu disentuh, maka perasaan cinta akan hadir. Sekiranya perasaan cinta itu hadir tanpa Restu-Nya, maka rasailah Laknat-Nya.
Berkahwin dengan orang yang kita cinta itu memang penting, tapi mencintai orang yang kita kahwin itulah yang paling penting. Apakah daya, tidak ramai yang ada keyakinan bahawa mereka mampu menyintai. Demi Allah yang patah tumbuh, yang hilang berganti. Jangan berhenti usaha dan doa.
Semoga yang tersasar sempat ke pangkal jalan. kenapalah nak susah-susahkan diri, menyakitkan hati sendiri dan orang lain..?
Manusia mudah lupa dan ia berlaku apabila kita membelakangkan orang yang kita sayangi. Malangnya atas nama nafsu dan cinta maka perasaan kasih itu dipertahankan.
Bagaimana yang mengaku ingin berkahwin lagi bukan kerana faktor nafsu tapi kerana cinta yang lahir sendiri tanpa pernah terlintas untuk mewujudkan cinta tu. Moralnya, kes ini selalu terjadi bagi suami yang bekerja di pejabat, selalu bertemu atas urusan kerja, lama kelamaan membawa pada tautan hati.
MENGELAK BIUS CINTA
“Awak bukanlah orang yang pertama mengharungi cinta bodoh lagi hina ini. Cukuplah pengalaman orang lain yang sudah lebih dahulu terjerumus mengajar awak”
Ternyata mereka menderita dan sentiasa hidup dalam kepura-pura untuk bergerak di dalam dunia yang nyata ini. Mereka gagal sama sekali.Peganglah hati awak kuat-kuat dan katakanlah, betapa besar kasih sayang ALLAH dengan komen-komen yang awak lihat, kerana kami ISLAM, saling menyayangi.
lelaki boleh kahwin empat. tetapi setiap satu perkahwinannya mestilah dibuat mengikut hukum syara’. kalau isteri pertama dikahwini dengan penuh peraturan agama dan adat resam , Tuhan manakah yang membenarkan perkahwinan kedua, ketiga dan keempatnya dibuat tanpa mengira dosa pahala?
cinta bukan lalang yang tumbuh sendiri.
ia adalah pohon yang ditanam dan dibaja oleh si penanam. cuma kalau salah tanah menanamnya, nanti yang tumbuh ialah Pohon Zaqqum di Neraka sana.
Membiarkan diri dibius cinta, itulah racun pemusnah cinta, apabila cinta realiti, diterbangkan ke langit impian, hingga kaki tidak jejak bumi, tangan gagal mencapai awan.
Wahai Perempuan… Kuatkan dirimu, walau tidak mampu secara fizikal, tapi hati yang Allah beri tu sangat-sangat ajaib. Kamu adalah makhluk yang sangat berkuasa, satu kerajaan boleh runtuh kerana kamu, satu dunia boleh aman kerana kamu.
Pilihlah mana satu yang kamu nak jadi. Penghayun buayan yang penyayang, bertanggungjawab dan akhirnya melahirkan para mujahid dan mujahidah pengaman dunia atau penambah rosak hati-hati manusia yang kian lupakan Allah.
Wahai lelaki, kembalilah menjadi lelaki pelindung wanita. Sayangilah isterimu, keluargamu dan ummatmu.
Tidak dapat dinafikan, perkahwinan penyelamat dari yang haram. Adakah lunas sudah segala amanah dan tanggungjawab yang wajib dipikul dari isteri pertama, kedua atau seterusnya dan ditambah lagi amanah terhadap anak-anak yang lahir dari gara-gara kuat nafsu. Kena ingat nafsu itu terletak di bawah bersama-sama dengan saluran najis, Akal di atas yang mengendalikan hati dan nafsu. Itulah disarankan doa agar akal dapat mengawal hati dan nafsu yang tidak terurus.
BERI PERINGATAN BUKAN ALASAN
Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman” Adz Dzaariyaat (51:55)
Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Dan berilah peringatan dengan apa yang diwahyukan itu kepada orang-orang yang takut akan dihimpunkan kepada Tuhannya (pada hari kiamat), sedang bagi mereka tidak ada seorang pelindung dan pemberi syafa’atpun selain daripada Allah, agar mereka bertakwa” Al An’aam (6:51)
Hakikat sebenarnya itulah manusia. Lantaran itu ALLAH mengutuskan AL QURAN dan NABI MUHAMMAD sebagai contoh dari segenap sudut dan memganjurkan umatnya berpesan-pesan dengan hak dan dengan sabar. Kita semua memerlukan itu dan memang memerlukan. Jangan lupa , ada hikmah di sebalik LUPA. Penulis amat suka dengan nasihat dan peringatan, kerana ingat memberi minat pada segarnya hati yang mati.
Bukan sahaja sebagai contoh tapi sebagai ikutan sepanjang zaman. Maka kembalilah kepada yang sebenarnya. Jangan jadikan manusia itu pelupa sebagai alasan tapi jadikan ianya sebagai peringatan.
Memang benar ,jangan jadikan lupa sebagai alasan dan ambil ia sebagai peringatan tetapi lantaran lupalah atau terlupa ,maka mencetuskan peringatan. Adakah sesiapa yang bebas dari lupa dan apakah petuanya?
Selalunya nasihat-nasihat yang tidak menghasilkan diam.
Kalau sebut syurga neraka semua orang tahu. Semua nak syurga dan takutkan neraka. Isunya sekarang, bukan masalah boleh atau tak boleh meninggalkannya atau melupakannya. Mahu atau tidak mahu. Pilihlah sendiri.
Kalau dah tak takut neraka, dan tak rindu syurga, tandanya hati sudah mati.
Apabila nafsu meraja kesetiaan pun boleh jadi hilang pertimbangan dan tidak reti untuk mengerti, lantas cuba mentaati dari terus mati.
p/s: Buah tangan pertama penulis akan dicetak pada hujung minggu ini. Sila dapatkan di BKAN masing, baik di Kaherah mahupun di seluruh muhafazah. Moga bermanfaat.
0 komentar:
Catat Ulasan