PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Ahad, Julai 5

Bukan Senang Menjadi Murabbi



“Ustaz, bila fikir-fikir susah juga jadi seorang guru ni” Seorang teman bersuara selepas usai solat maghrib di Masjid Al Azhar.

“Susah yang macam mana tu?” Penulis cuba memancing maksud disebalik kata-kata teman tadi, sambil tangan membetulkan kopiah di atas kepala.

“Orang macam ustaz tak akan tidak boleh tangkap kata-kata ana tadi?”

“Bila fikir-fikir balik, besok-besok bakal jadi pendidik, macam mana la nak layan karenah para pelajar. Bukan ustaz tak tahu, dulu masa kita seorang pelajar kat sekolah rendah atau menengah, bukan main pening guru-guru didik kita” Ujar teman yang memberi sedikit point kepada penulis.

“Kata-kata anta buat ana termenung sekejap” Penulis membiarkan angin mengusik lembut tubuh. Petang itu, kami berhempas pulas duduk bersila selama 4 jam mendengar, mencatat isi, dan berbincang sesuatu ketika kelas sheikh Ahmad. Beliau salah seorang murabbi dan juga ulama’ Al Azhar.

Teringat pula bila penulis dah habis sekolah ni. Penulis selalu teringat cikgu yang pernah mengajar dahulu. Terkenang betapa bersemangatnya mereka membimbing. Mereka sanggup bersusah payah tinggal anak bini di rumah semata-mata ingin memenuhi kehendak anak didik supaya diadakan kelas tambahan.

Cikgu add math penulis dulu berpeluh-peluh jelaskan bila kami tidak faham, bahkan bila masa sudah pun tamat. Kadang-kadang tu kami yang give up dulu, tapi bila sahaja lihat cikgu bersungguh-bersungguh menyebabkan kami turut sama mengikut rentak cikgu.

Bila tiba masa dekat exam selalu nampak paling nervous tu ialah cikgu, masakan tidak sibuk carikan soalan spot, soalan tahun-tahun sudah, dan bagi tips menjawab soalan dengan betul.

Tuhan sahaja yang tahu betapa sukarnya menjadi cikgu, malah tidak salah rasanya mengatakan tugas cikgu adalah yang paling mencabar dan mulia di dunia.

Kalau bukan kerana guru-guru yang sabar ini, kita barangkali tidak akan seperti apa kita lihat pada hari ini.

Mereka mengurniakan kita cinta dan pengalaman berharga, mendidik satu tugas yang sangat mulia kerana kita mendidik manusia. Emosinya, spiritualnya, fizikalnya, mindanya, semuanya perlu kita ambil berat kerana pada ketika itu para guru mendidik manusia bukan mendidik komputer atau mesin tidak bernyawa.

Alhamdulillah, pengalaman mengajar adalah pengalaman terindah dan mengingatnya sahaja boleh membuat their (teachers) heart wrenching with thousand feeling.

Penulis yang pernah menguruskan program-program sekolah pun pening dengan budak sekolah rendah dan sekolah menengah rendah. Banyak karenahnya, tapi yang tu yang penulis suka, cabaran mengurusnya.

Penulis pernah sekali termenung membandingkan mana banyak jariah antara mengajar murid-murid di peringkat rendah yang mana ianya melibatkan pembinaan asas berbanding mengajar di peringkat tinggi yang mana asasnya sudah tersedia ada. Kalau difikirkan rasanya guru-guru di Pasti or Tadika lagi banyak pahala jariah berbading Professor di Universiti.

Memang mencabar mengajar anak-anak murid yang kecil dan sedang lasak. Memerlukan kreativiti untuk membuatkan kesemua murid-murid berada dalam keadaan terkawal. Intonasi dan nada suara yang jelas dan terang memainkan peranan penting dalam menangani situasi ini.

Penulis mulai sedar selama ini tanggapan sesetengah golongan masyarakat yang menjadi guru adalah kerja paling senang ternyata salah sama sekali. Penulis merasakan para guru adalah insan serba boleh dalam memainkan peranan penting di sekolah.

Kebiasaannya setiap guru mempunyai tugas-tugas rasmi yang lain selain proses pengajaran dan pembelajaran. Tugasan adakalanya perlu di bawa ke rumah. Rancangan pengajaran harian perlu disiapkan agar pengajaran dapat dilaksanakan dengan baik.

Menjadi guru adalah satu kepuasan apabila anak-anak murid memahami apa yang diajarkan selain mempunyai akhlak yang mulia. Mendidik lebih susah daripada mengajar. Kita perlu faham hikikat disebalik title guru itu sendiri.

Jika baca buku tulisan Dr Bakri Musa (Towards a Competitive Malaysia), beliau memuji usaha pertama yang dijalankan oleh Tunku Abdul Rahman sebaik mencapai kemerdekaan. Tunku telah memperbanyakkan sekolah rendah yang telah membuka peluang pendidikan kepada lebih ramai rakyat di negara. Ini berbeza dengan Nehru, Matan Perdana Menteri pertama India yang memfokuskan kepada penubuhan universiti elit bersetaraf dunia. Memang elit dan berjenama, tetapi dalam masa yang sama mahal dan tidak mampu dicapai oleh kebanyakkan rakyat.

Antara elemen penting yang perlu dimainkan oleh seseorang guru ialah kebijaksanaan mereka menguasai sistem komunikasi semasa bersama para pelajar. Kadang-kadang guru-guru ini terlepas pandang, walaupun mereka dibekalkan dengan segerabak ilmu di dada dalam bidang masing-masing, tetapi mereka lupa untuk mengisi juga ilmu sivik dan tatasusila untuk kemantapan diri ketika berhadapan dengan pelajar. Pandai menggunakan sistem komunikasi, bukan emosi semata-mata dalam menangani segala bentuk sosial yang dicetuskan oleh pelajar. Itulah konsep seorang pendidik yang betul, seterusnya mencapai status murabbi.

Ingat…

Dengan bahasa , apa yang terlindung dalam jiwa orang lain dapat kita selami. Dengan bahasa, kita akan lebih terbuka minda dalam memahami orang lain, lebih-lebih lagi kita sebagai orang Islam yang kurang memahami Bahasa Arab yang menjadi bahasa el Quran, moga mencetus perangsang untuk menjadi seeker of knowledge.

Benarlah, bahasa jiwa bangsa!

Yang kurik itu kendi,

Yang merah itu saga,

Yang baik itu budi,

Yang indah itu bahasa.


Ya Allah ! Permudahkanlah Urusan Kami


ameen



1 komentar:

Nur Fatiha Fadila on 5 Julai 2009 pada 3:18 PTG berkata...

Assalamu'alaikum akhi,
Tulisan akhi mengingatkan saya kepada guru Biologi saya yang tekun mengajar kami sehingga melewati waktu mengajar dan membuatkan para pelajar panas punggung, namun sekarang baru disedari itulah ciri-ciri guru sejati.

Tidak semua guru layak bergelar pendidik dan setiap pendidik ialah guru.

Catat Ulasan

 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs
Topblogs @ iLuvislam

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal