PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Rabu, Jun 17

Ulul Albab: Berstyle Dan Mampu Merubah



Penulis mempunyai banyak cerita dan kenangan untuk dikongsikan bersama para pembaca di laman ini. Cerita berdasarkan pengalaman peribadi berhadapan dengan ramai manusia. Penulis merasakan di antara konsep betul kita mendekati madu’e secara lebih berkesan dan halus adalah dengan bercerita. Kuasai mereka dengan sekerabak cerita yang mempunyai nilai pengajaran dan moral yang tinggi, semestinya akan lahir kekesanan pada hati.

Ada satu cerita penulis masih kuat mengingatinya ialah ketika dimarahi oleh seorang pemuda di dalam bas. Ketika itu penulis ingin pulang ke Kelantan selepas usai menziarahi bapa saudara di Muar, Johor. Tidak semena-menanya penulis dimaki dan hambur kata-kata kesat ketika kebanyakkan penumpang lain bersiap-siap untuk lelapkan mata.

“Kamu ni tidak ada kerja, suka aje skodeng orang” Pemuda itu meninggikan suara mengejutkan lenaan tidur sesetengah penumpang yang telah lama dibuai mimpi. Mata penulis tidak takut dari terus memerhatikan gelagat jijik dua pasangan muda itu, kononnya sedang dilamun cinta.

Menempuh perjalanan malam panjang dari selatan tanah air ke hujung pantai timur amat memenatkan. Penat kerana diulit oleh lenggokkan bas kadang-kadang melecong tajam ke kiri, kekadang ke kanan, dan sesekali masuk lubang kecil.

Penulis berang tapi masih lagi bersabar dengan sikap biadab pemuda itu. Mungkin inilah dikatakan darah muda, cepat sangat melatah, sifat amarah telah melenyapkan sifat kesabaran dalam diri. Sempat penulis memerhatikan seorang ibu yang duduk di seberang bangku penulis, berusaha memujuk anak kecilnya yang menangis di pelukan sebaik sahaja tersedar dari tidur. Boleh dikatakan kuat juga pekikan pemuda tadi.

Penulis buat tidak tahu sahaja, menunggu masa yang lebih sesuai mendampingi secara lembut. Perhatikan dari jauh. Tuhan punya tahu kebebalan hati pemuda saat itu. Kalau hendak diikutkan, kalau dah juga darah muda tu, mahu sahaja meratah rakus dengan palitan memaluka, biar padan muka.

Penulis sedar, bila emosional mengurangkan ketajaman rasional dalam berhujah dan berfikir. Pulihkan rasa sakit akibat tusukan yang kuat menerjah hati. Jangan terikut-ikut sangat:

“Ikut rasa binasa, ikut hati mati”

Kita juga perlu ada strategi ampuh agar hatinya juga tertewas pada lembut belaian dakwah, jangan turut terjebak sama menggunakan kekerasan.

Ada benar bila terkenang kata-kata senior penulis suatu ketika dahulu:

“Nak mengubah kawan-kawan agar lebih sayang Islam? Marilah kita cuba untuk meruntuhkan berhala-berhala yang ada di dalam hati mereka, insha-Allah mereka akan faham”

Kebiasaannya perjalanan yang jauh lebih dari enam jam, akan berhenti rehat selama setengah jam di mana-mana tempat yang sesuai di tepi jalan, seperti warung-warung makan, stesen-stesen minyak dan sebagainya. Biasanya tempat-tempat seperti ini, para penumpang mengambil peluang mengisi perut, buang air, melegakan otot-otot, dan mengambil udara segar di luar bas.

“Anak ni, asal dari mana?” Tiba-tiba ada suara pak cik tua mencelah.

“Saya berasal dari Bachok” Penulis menjawab tenang, sesambil mata memerhatikan pemuda tadi yang telah masuk satu pintu menghilangkan diri.

“Mungkin dia ke tandas” Bisik hati penulis.

“Sabarlah nak, jangan ambil sangat dengan lelaki tadi, orang muda memang macam tu” Pak cik itu menambah, sambil menepuk lembut bahu penulis.

Penulis berjalan seiringan dengan pak cik tua itu turun perlahan-lahan dari bas sambil berbual kosong. Penulis mengambil keputusan untuk menunggu di satu persimpangan antara tandas dan tempat orang berkumpul ramai di warung makan. Selang beberapa minit pemuda tadi keluar, tangannya kalut membaiki posisi seluar yang sedikit londeh.

“Assalamualaikum…” Penulis memulakan bicara awal pagi tu.

“Wa’alaikumussalam warahmatullah”

“Saya minta maaf kerana meninggikan suara dengan saudara. Saya sedar perbuatan saya tadi salah. Maafkan saya” Pemuda tu terus menjawab sebelum sempat penulis bercakap, seolah-olah faham dan mengakui kesilapan tadi. Kepalanya ditundukkan ke bawah.

“Tidak mengapa. Mungkin saudara terlepas pandang, lagipun saudara dah sedar dan mengakui kesilapan. Itu menunjukkan saudara cukup prihatin terhadap maslahah agama” Penulis tersenyum sambil menghela nafas kerana tidak mengjangkakan hal ini dapat diselesaikan dengan mudah.

Selepas dari peristiwa itu, pemuda tersebut sering berhubung dengan penulis, bertanya khabar selain tujuan utamanya ingin bertanya tentang agama. Kesedaran timbul hasil kefahaman beliau terhadap kepentingan hidup dalam agama dan beragama, bukan Islam pada kaki kad pengenalan diri. Seingat penulis kali terakhir kami berhubung sebelum fly ke Mesir.

Penulis lihat, beliau mahu memahami Islam secara mendalam, tapi belum berjumpa mereka yang betul-betul mursyid dengan jiwa rohaninya. Orang seperti ini ramai berada di luar sana. Mereka memerlukan seorang dai’e yang bukan sahaja sebagai pembimbing, tapi boleh menjadi kawan rapat berkongsi ini dan itu. Inilah pendekatan yang digunakan oleh baginda, cukup halus dan terkesan, sehingga meninggalkan bekas.

Mereka Takut Bukan Tidak Mahu

Masih ramai lagi madu’e di luar sana yang takut-takut untuk mendekati golongan agamawan yang hanya tahu berteori di dalam surau dan menghukum mereka. Alangkah baik kita memandang manusia itu dengan paradigma kasih sayang, maka dengan itu dakwah mampu digiatkan. Masih ramai lagi yang mengharapkan keterlibatan golongan agamawan untuk mencampuri mereka, tapi dengan pendekatan menyentuh jiwa mereka. Agama dilihat bukan bersifat eksklusif, seolah-olah khas untuk golongan para ustaz sahaja.

Kadang-kadang kita tidak nampak maslahat lagi besar dalam tindakan kita. Ramai manusia menetapkan hukuman dan peraturan tapi bukan cuba untuk memberi kefahaman jelas tentang sesuatu isu. Betul, bila kita melihat mereka melakukan kesilapan, sebagai contoh tidak memakai tudung, kita cepat sahaja menghukum mereka, namun tidak pula pandai menjelaskan kedudukan sebenar secara hikmah.

“Kamu tahu tak, orang tidak menutup aurat itu berdosa. Tak takut api neraka ke?”

“Itulah kecil-kecil tak nak mampus. Besar-besar menyusahkan orang aje”

Namun bila kita lihat suatu isu melibatkan akidah, kita kaku sahaja melihat borang tukar agama bertimbun-timbun di atas meja. Kita terlalu rigid soal akidah dan Iman. Manakala kefahaman yang jelas membentuk akidah yang sejahtera dan Iman yang mantap.

Kita begitu alergi dan fobia sangat akan kehidupan para artis sehingga sanggup meninggalkan mereka terkapai-kapai bergelumang dengan maksiat. Sebenarnya kita sendiri menempah tiket terjebak sama dalam kancah maksiat kerana tidak sudi member kefahaman secara proaktif kepada mereka.


Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Mereka hanya mengikut sangkaan, sedangkan sesungguhnya sangkaan itu tidak berfaedah sedikit pun terhadap kebenaran” an Najm (53:28)


Gunalah pendekatan lebih baik, berbanding memberi nasihat jarak jauh, mungkin berkesan namun, tapi masih lagi pada skala kecil. Membantu mereka, bukan bererti kita turut serta dengan mereka, tapi untuk membawa mereka ke jalan benar. Awas, jangan sampai kita pula yang terjun mati-mati dalam dunia mereka.

The journey of a thousand miles starts with a single step.

Apa yang penulis nampak, kita kalah melawan media barat. Kita gagal memproduksi produk makanan bersih dan halal untuk menyelamatkan perut-perut dan hati umat Islam. Kita gagal membina budaya yang boleh membantu masyarakat memahami Islam.

Dakwah kita masih berlegar disekitar masjid. Dakwah kita masih terus bersifat menghukum sebelum memberikan kasih sayang. Pendakwah kita masih gagal berkreatif mendidik umat mendekati Islam sebagai cara hidup (life style). Binakan keselesaan untuk mereka mudah mendekati kita. Sebenarnya kita gagal melihat keutamaan dalam berdakwah dan hanya melihat sisi-sisi yang sebenarnya mampu untuk diperbaiki.

Cuba gunakan approach dakwah secara hikmah dan halus. Sesungguhnya cara ini lebih banyak membawa kepada kejayaan kerana ia lebih bertumpu kepada mengubah minda, bukannya melahirkan manusia-manusia hipokrit kerana bimbangkan diri dicerca dalam masyarakat. Semoga kita dapat mengurangkan populasi manusia yang namanya muslim tetapi tiada pemikiran Islam. Muslim tetapi bukan Islam merupakan hal yang kita harus tangani secepat mungkin agar orang bukan Islam dapat memahami Islam yang sebenarnya, Insha-Allah.

Cari Pendekatan Rasional Bukan Emosional

Penulis boleh menghembus dan menghela nafas lega, apabila ada pendakwah yang memikirkan pendekatan baru, cara berdakwah yang betul mengikut kesesuaian mengikut individu. Cuma, kadang-kadang kita menganggap seseorang itu pelik disebabkan perangai atau pemikiran dia yang berbeza dengan kita. Ada segelintir orang yang kuat agamanya, tapi tidak bercampur dengan orang-orang biasa, malah ada juga yang kuat agamanya dan nampak hebat di luar, tetapi peribadi di rumah sangat berbeza.

Penulis ada soalan cepu emas untuk anda para dai’e di luar sana…

Setiap manusia ada kekurangan dan kelebihan, namun apabila ustaz dan ustazah ada kekurangan. Apakah persepsi kita ketika itu? Apakah kita akan rasa dia tidak layak jadi seorang ustaz atau ustazah? Jadi, haruskah mereka menjadi sempurna atau berusaha menjadi sempurna, atau kita perlu menerima kekurangan mereka?

Memang para pendakwah perlu update cara mendekati madu’e.

Jiwa madu’e dan masalah madu’e perlu kita selami dan fahami. Hati-hati dai’e yang lembut dan hidup akan melembutkan dan menghidupkan pula hati madu’e. Seorang dai’e hendaklah memperhatikan celah-celah kebaikan yang ada pada orang lain, kemudian memupuknya sehingga celah-celah keburukan yang ada padanya terhakis dan bersemangat bangkit berdiri melangkah di jalan Islam.

Ilmu ni tidak diajar dalam silibus pendidikan kebangsaan. Tidak semua mampu nak memberikan persoalan kembali kepada soalan yang ditanya. Jangan disalahkan pendakwah yang tersilap cara tetapi mereka juga perlu didekati bahkan mereka juga adalah madu’e.

Barangkali seminar yang mengajar pendekatan sebegini perlu diperbanyakkan di seluruh dunia untuk membantu para penggerak Islam yang ingin berdakwah.

Bacalah sebanyak mungkin dengan pelbagai genre buku yang ada. Insa-Allah setiap satunya akan menjadi batu bata yang membina diri. Namun, menghadam ilmu Ushul Fiqh boleh penulis kira sebagai salah satu pra-syarat yang penting, kerana ianya mendidik kita kaedah mencantumkan nas dengan realiti.


Allah Taala berfirman yang bermaksud: Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenai akannya. Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu akan ditanya tentang apa yang dilakukannya el Isra (17:36)


Ilmu Ushul Fiqh yang penulis belajar di sekolah dahulu banyak membantu diri dalam merasionalkan hukum di sisi minda yang selalu inginkan logikal dalam sesuatu perkara, juga menerangkan sebab di sebalik sesuatu hukum pada rakan-rakan yang bertanya.

Apapun ilmu pasal dakwah ini tidak diajar di sekolah, samada di sekolah kebangsaan ataupun di sekolah agama. Ada satu garisan yang kecil antara dakwah dan mengajar agama. Kebanyakan orang menganggap hanya ustaz sahaja yang boleh berdakwah, padahal Nabi Muhammad S.A.W perintahkan supaya sampaikan ilmu (ad Diniah) walaupun satu ayat. Dakwah tentang agama memerlukan satu skill yang mantap. Mempengaruh orang lain supaya menerima nur agama, lantas membersihkan kekotoran di dalam hati.

Pendakwah bagaikan tentera yang pergi berperang, ilmu di dada bagaikan senjatanya, tektik peperangan bagaikan modus operandinya, musuh-musuh adalah orang yang hendak didakwahkan.

Jika kita punya senjata yang canggih, namun strategi tidak bagus, kecundang juga akhirnya.

Namun kena ingat tugas dakwah ini ada pada setiap umat Islam. Maka berusahalah kita berdakwah untuk orang-orang di sekeliling kita, dan menjadikan setiap daripada mereka sasaran untuk berkongsi, bukan dibenci.

Kita adalah generasi ‘Ulul Albab’ yang menggunakan ketajaman akal fikiran dalam setiap tindakan, bukan bersifat dungu, menunggu peluang di hadapan tanpa mahu mencipta peluang, akhirnya diri sendiri kelak terbuang dan kecundang.

Jadilah Ulul Albab Berstyle dan mampu merubah…



1 komentar:

Nur on 22 Julai 2009 6:09 PTG berkata...

Salam alaik...
Pencerahan yang sangat jelas dan mudah difahami...Kdg2 ramai di antara kita yg lebih suka menghukum daripada mencari jalan penyelesaian.Ana sangat setuju dgn approach yg ustaz canangkan..sepatutnya jiwa2 mad'u perlu disentuh dari sudut 'qalbu' nya agar kesedaran terhadap manisnya ISLAM itu sendiri akan timbul.
Tiba2 ana teringat satu peristiwa semasa ana menghadiri satu program di Taman Melati. Ketika dalam LRT, ana mendapati ramai sgt pasangan couple yg tanpa segan silu berpelukkan dan bertepuk tampar...
Masa tu, hanya Allah s.w.t sahaja yg tahu perasaan ana..Ana sgt sedih krn mereka adalah saudara kita sendiri..masih muda lagi..Tapi masa tu ana tak mampu nak berbuat apa2..ana sgt lemah..nak tegur pun tak berani..Kdg2 ana terfikir, how to find the best way to help them???ana sgt buntu...
Ana sgt sedih dn hanya mampu menangis dan mendoakan mereka agar kembali kepada Islam..'Back to the basic'...Moga Allah s.w.t memakbulkan doa ana..
Mungkin ustaz boleh kongsi pendekatan yg terbaik utk atasi masalah couple yang berada di dalam kenderaan awam seperti LRT,komuter,train dan sebagainya..
Wallahu'alam...

Catat Ulasan

 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal