PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Selasa, Jun 30

Hukum: Berubat Dengan Bukan Mahram




Nombor siri soalan 78/406:


Assalamualaikum wrh. wbt. Boleh saya bertanya satu soalan kepada ustaz, adakah harus bagi seorang wanita berubat dengan seorang lelaki yang bukan mahram dan sebaliknya?

(siti: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia)


Jawapan/Pandangan:

Dalam hal yang telah disepakati Imam empat mazhab utama, adalah tidak harus wanita membuka sesuatu pun daripada tubuhnya kepada lelaki ajnabi/ bukan mahram (asing/ halal kahwin) selain daripada muka dan tapak tangan, dan sebaliknya.


Tidak harus seseorang wanita mahupun lelaki menyentuh tanpa pelapik kecuali dalam keadaan darurat (keperluan teramat sangat) disebabkan ketiadaan suami, atau mahram, atau wanita muslimah yang mampu berbuat demikian selepas betul berusaha dan berikhtiar.


Kaedah fekah:


Darurat mengharuskan perkara yang ditegah


Namun begitu tidak ada tegahan yang melarang daripada melihat dan menyentuh dalam keadaan darurat untuk tujuan rawatan, dan kegagalan mendapatkan sebarang rawatan akan mengakibatkan kematian.


Hendaklah dipastikan bahawa keadaan tersebut benar-benar darurat, tiada kaum sejenis yang mampu berbuat demikian, di samping hendaklah menjaga adab-adab dan adanya mahram atau ditemani oleh kaum sejenis pesakit.


Pada masa yang sama hendaklah meraikan kaedah fiqh (Qawa’id Fiqh):


Darurat dikira (dikadarkan) mengikut keadaannya


Bermaksud: segala macam perbuatan (si pengubat dalam perihal rawatan) seperti melihat, menyentuh dan merawat kawasan aurat yang hanya pada tempat yang diperlukan sahaja, tidak dibenarkan lebih daripada hajat dan keperluan.


Dinyatakan dalam Kitab Iqna' oleh Musannif Imam Khathib Syarbini bahawa:


pandangan untuk berubat harus pada tempat yang berhajat sahaja, kerana pengharaman pada ketika itu bersifat menyempitkan, maka boleh seorang lelaki merawat wanita dan sebaliknya. Hendaklah keadaan itu dengan kehadiran mahram atau suami atau wanita yang dipercayai…”


Namun harus ingat, terkadang ramai yang menyalah gunakan kaedah fiqh dengan sewenang-wenangnya. Apa yang dimaksudkan ‘harus kerana darurat’ banyak disalahertikan untuk kepentingan peribadi dan nafsu semata-mata. Perlu pada kefahaman yang tinggi dalam memahami konteks ‘darurat’ yang sebenarnya dari sisi kaca mata Islam.


Bukannya mudah untuk mempraktikkannya dalam dunia realiti tanpa Iman yang mantap. Jangan mencari kebiasaan, yang kelak akan membawa kebinasaan.


“Hanya Allah Maha Mengetahui”

0 komentar:

Catat Ulasan

 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs
Topblogs @ iLuvislam

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal