PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Sabtu, April 25

Menyinsing Pelangi Ke Timur

Setiap cabang ilmu sememangnya ada pintu dan tertib yang harus dilalui untuk sampai ke peringkat tertinggi. Untuk memahami ilmu Islam itu sememangnya memerlukan pendekatan yang betul. Baru pandai merangkak, jangan pula terus berangan mahu berlari. Pandai untuk bertatih dari bawah, jangan pula memandulkan cita-cita untuk terus maju, cuma perhatikan kelayakan yang ada, sebelum terjun masuk.

Apabila penulis menyebut kenalah batas dan belajarlah membataskan diri. Penulis tidak bermaksud yang ilmu syariah atau apa-apa ilmu di dunia ni hanya layak untuk orang tertentu sahaja. Tetapi ia adalah seperti papan tanda di jalanraya, agar kita memandu mengikut kesesuaian sekitar kita dan jenis kereta yang kita pandu. Jalan memang jalan Islam, tetapi bukan semua lencongan boleh speed sampai 100km/h. Bukan semua naik ferrari. Ramai yang hanya memandu kelisa, maka berusahalah wahai pemandu kelisa agar sampai ke tahap boleh memandu ferrari. Caranya bekerja keras di kelas pengajian, bukan memandu kelisa seperti ferrari lalu berangan-angan mencari mati. Renungkan!

Isu sunni dan syiah bukan isu baru. Perbezaan salaf khalaf bukan isu baru. Semuanya dah establish zaman berzaman. Semuanya sudah ada platform sendiri. Maka isu-isu ini tak boleh dipersalahkan sebagai punca kita jadi keliru.

Tapi isu-isu ni dulu isu orang mengaji, isu orang nak belajar memasak ilmu. Tapi ia telah diturun taraf menjadi isu orang ramai. Macam isu tol dan rasuah pemimpin negara. Produk sistem pendidikan pula semakin melahirkan golongan yang hanya mampu cemerlang dalam silibus sekolah, bukan kepada isu ummah.

Sepatutnya ancaman sekularisma, materialisma, hedonism inilah yang memerlukan seluruh umat Islam menggembeling tenaga. Kita kena berusaha mengecilkan kembali isu salaf khalaf dan sunni syiah, serta membesarkan kembali isu gejala riddah yang mengikut jalan pintas pada sebuah sekularisma.

apakah ada yang peduli?

Isu-isu yang mengajar diri untuk matang perlu dianalisa, diselidik, dan diketengahkan setiap masa. Mengejar cita-cita tidak salah, bahkan itu yang kita mahukan, tetapi tidak pernah jenuh untuk menjenguk masalah social yang dicipta oleh tangan-tangan ghaib, yang semakin meruncing dan membimbangkan ini. Ada hari kita pasti suka melaluinya, dan ada hari kita tidak suka melaluinya. Tapi apakah jalan yang kita sukakan, akan terus kita cari, dan meninggalkan pengalaman pada hari yang kita tidak sukakan? Anda mungkin tersilap jalan dalam memilih hala tuju untuk mematangkan diri seperti maksud penulis di atas tadi.

Kebimbangan pada gejala sosial sekarang, adalah salah satu proses pembelajaran. Bukan apa, ilmu yang kita perolehi melalui cikgu, pensyarah, buku-buku, hanya dapat diaplikasikan bila kita bijak bermain dengan kehidupan. Berjaya membawa kehidupan mengikut jalan diredhai-Nya adalah proses ilmu, mencari jalan penyelesain dengan sentiasa berfikir juga adalah proses memantangkan ilmu.

Rasa bimbang…

Tanpa berselindung hari ini, kita dengan mudah dipijak oleh segala taburan gejala sosial yang dicipta golongan Yahudi dan Nasrani. Mencipta lubang najis buat mereka yang menyatakan sokongan tidak mengapa memusingkan kepala 360 darjah di pusat-pusat hiburan sampai subuh, berpeluk dua jantina yang hangat bercinta, menikmati minuman keras, bohsia-bojan, dan banyak lagi aneka pilihan tajaan mereka.

Kalau kita perhatikan, perancangan halus mereka ini begitu subtle dan terancang, langsung pun kita tidak sedar. Pernah tak terfikir, bagaimana seseorang itu boleh tunduk patuh mengikut budaya mereka, sejengkal, sehasta, malah sehingga kita bersanggupan untuk masuk ke 'lubang biawak'? Analogi lubang biawak yang dibawakan oleh Rasulullah saw adalah cukup tepat dan menarik.

Analoginya, jika sekarang ini kita merasakan seolah adalah mustahil untuk kita masuk ke lubang biawak;

Ah, tak mungkinlah

Siapa la yang bodoh sangat nak masuk ke lubang biawak” dan sebagainya,

Dengan perancangan dari mereka Yahudi dan Nasrani, tidak mustahil, mungkin sepuluh tahun akan datang tindakan masuk lubang biawak yang dianggap jijik dan tidak mungkin oleh kita sekarang ini, akan menjadi kebiasaan.

Contoh yang paling mudah, isu gay dan lesbian di negara kita sekarang ini. Separuh abad tahun dahulu, isu ini begitu terpencil di dalam masyarakat kita. Sesiapa mengaku terlibat sosial najis itu, alamatnya kena kejar dengan mak dan ayah keliling kampung. Betapa jijik dan anti masyarakat ketika itu mengenai isu gay dan lesbian, dan seumpamanya.

Tapi sekarang? Gay dan lesbian sudah diterima dalam komuniti masyarakat, dan dianggap biasa malah siap berani menuntut hak lagi. Dalam kalangan kita sudah semakin ramai yang berani 'masuk lubang biawak'.

Banyak lagi isu-isu lain yang dahulunya kita anggap jijik, kini sudah menjadi kebiasaan. Bertukar-tukar pasangan seks, seks sebelum nikah. Semakin banyak ditunjukkan dalam cerita-cerita barat, dan kini kian menular dalam masyarakat kita. Terpekik melolong ketika berhibur, budaya di clubbing dan berdisko, sikap mengabaikan ibu bapa selepas dewasa, sikap mementingkan keduniaan serta seribu satu lagi 'akhlak' yang ditunjukkan. Diterima dan diserap oleh masyarakat kita sedikit demi sedikit, tanpa perhintungan baik buruk perlakuan tersebut.

Seperti dadah overdose yang meracun. Dalam masa yang terdekat, ia membawa hedonisma, euphoria, dan seribu satu macam lagi keseronokan dan kepuasan. Dalam masa yang sederhana, ia menjadi ketagihan, menyebabkan masyarakat terus-menerus mencandunya. Namun dalam masa yang panjang, dadah tersebut merosakkan sistem kita, memupuskan zuriat-zuriat kita, dan menjadikan kita lemah dan tidak berupaya lagi menghasilkan penentangan. Paling dahsyat dadah 'akhlak' yang semakin meruncing, tidak kenal pokok pangkal, main bedal sahaja. Tidak ada rasa hormat pada golongan tua, dan belas kasih pada golongan muda. Menjadi hero yang singkat, publisiti sementara yang membawa kebinasaan pada diri.

Kita sekarang menganggap pasangan hidup bersama sebelum berkahwin adalah sesuatu yang taboo dalam masyarakat, di luar norma adat dan budaya, dan tidak sepatutnya berlaku. Percaya atau tidak, dengan perancangan dari puak Yahudi dan Nasrani itu, perkara ini boleh mendarah daging, jika tiada vaksin untuk mencegah dari awal lagi, atau racun terus dari terus menular kepada generasi kemudiannya.

Kesannya cukup hebat. Hilang perasaan malu, tidak mahu mengambil peduli masalah, terhakis nilai-nilai murni dan sebagainya. Melihat senario ini di Malaysia suatu ketika dahulu, hari pertama Gaza di'bom'. Berita hanya menunjukkan sedikit sedutan berkaitan Gaza dan selepas itu terus disambung dengan kemeriahan perkahwinan seorang artis popular, dihidang dengan program-program melalaikan, semuanya menjadi 'kelu' dan 'buta' peduli.

Cukuplah apa yang berlaku hari ini, jangan tambahkan parahnya, parut tetap juga akan kelihatan…

Ayuhlah wahai sahabat pembaca budiman, kita cetuskan masyarakat yang memahami agama, melalui sikap kita untuk membentuk idea lestari dalam memodalkan insan, menjadi modal 'kelas pertama' dalam dakwah kita!

Menyinsing pelangi (ilmu) ke timur.

ameen

1 komentar:

zu_zack828 berkata...

salam...satu artikel yang amat bagus dan menarik....keep up the good work..

Catat Ulasan

 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal