PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Rabu, April 1

Menyingkap Tirai Politik Golongan Muda

“Kenapa lama abang tak telefon? Adik ingat abang sakit” Adinda bongsu penulis meghela nafas penuh sopan, rasa lega selepas sunyi berita daripada penulis lima hari lepas.

“Alhamdulillah, abang sihat aje. Cuma sedikit sibuk dengan tugasan harian” Penulis cuba jelaskan kedudukan sebenarnya.

“Abang tahu tak? Adik baru sahaja membaca sisipan akhbar hari ini. Entah la adik rasa dah lain macam negara kita ni. Pola politik tanah air terumbang-ambing, dan sedikit sebanyak memberi kesan pada pihak sekolah” Adinda terus meluahkan rasa bimbangnya tentang keadaan politik negara.

“Kenapa adik cakap macam tu pula? Apahal pula sehingga memberi kesan pada pihak sekolah?” Penulis sengaja untuk dapatkan tindak balas daripadanya, sehingga adinda penulis terasa bahang politik mengacau pada pembelajarannya.

“Adik dengar cakap-cakap, keistimewaan pembekalan buku teks ke sekolah kelolaan kerajaan negeri akan ditarik balik, bila pucuk pimpinan berubah. Banyak lagi adik dengar. Lagipun abangkan tahu, ada juga ura-ura dan desas-desus mengatakan tentang pengharaman PMRAM di Mesir”

Penulis sedikit teruja dengan perkembangan dan kemantangan adinda penulis tentang politik. Mungkin pada asal adinda penulis tidak ingin bercakap tetang itu, tetapi kekangan dan kesan daripadanya terjadi disekeliling menyebabkan sedikit sebanyak membuka minda adinda untuk mencetus fikir dan bercakap akannya. Di saat rakan sebaya sibuk mengejar pelangi, menghabiskan masa di café bermain play station, mencari lubuk sungai mengail ikan, dan menghabiskan duit mengumpul koleksi komek-komek kartun bersiri yang terkini. Namun jarang ‘bebeno’ untuk menjumpai anak-anak muda menemplak keadaan yang prejudis dan rakus merampas haknya

Mengajak Jiwa Muda Memilih Jalan Mereka

Mungkin ada definisi yang jelas tentang kesedaran berpolitik dan berpartisipasi dalam parti politik yang bisa di tanam di usia muda, bukan mengatakan tentang keburukan parti yang sedia ada, tetapi hanya sekadar membuka minda menyedarkan mereka memilih hal yang ‘baik’ daripada hal yang ‘tidak baik’, dan jangan sesekali menyogok mereka. Belajar berpolitik bermakna belajar menjadi pemimpin. Andainya kita tidak mampu berpolitik maknanya kita tidak layak jadi pemimpin. Adakah semua yang mengaku pemimpin itu bijak berpolitik? Politik songsang semakin kelihatan. Maka asasnya perlu ditanam sedari kecil, ketika mereka masih dibangku sekolah. Kejayaan mereka mengolah idea dan menjayakan sesuatu program menampakan kemantangan mereka berpolitik, dan mereka ini mampu menjadi peneraju pada sesebuah badan, menjadi pemimpin.

Antara sikap terhadap ilmu yang ditunjukkan gejala bebalisme adalah kelesuan berfikir, sikap acuh tak acuh, tidak berminat terhadap budaya ilmiah dan tidak berdaya cipta. Paling ketara, mereka yang terperangkap dalam gejala ini tidak menghormati ilmu pengetahuan dan pandangan ilmiah, tidak mempunyai kecintaan terhadap hujah yang tertib serta tidak menaruh penghargaan terhadap budaya ilmiah itu sendiri. Kesan paling ketara daripada gejala ini adalah ‘kemalasan intelek’. Ini dicirikan dengan ketiadaan semangat intelektual iaitu semangat mengkaji serta berfikir dan hilangnya rasa hormat terhadap pengetahuan dan amalan ilmiah.

Membiaknya virus kemalasan intelek ini, yang dibuktikan oleh fakta tidak menerima kemajuan sains, seperti ditunjukkan oleh golongan Creationist, sebenar menjadi punca utama pembenaan timbuk secularisme di sana. Didiklah anak kita dari kecil agar bijak berpolitik. Biarlah mereka berpolitik secara telus dan benar. Jangan sampai jadi keliru dalam membuat pertimbangan. Terkadang perlu juga menyergah dan mengetuk jiwa orang-orang yang mendakwa cintakan Islam dan dakwah, tetapi secara tidak disedari mereka telah termakan racun doktrin sekularisme dengan mengatakan;

“tak payahlah sibuk-sibuk dulu dengan politik, kita tumpu tarbiah dulu” dan lain-lain lagi.

Sikap cakna para ibu bapa, penjaga baik di rumah mahupun di sekolah perlu sesekali membajai benih politik kepada anak-anak ini. Mungkin anak yang mampu tegur silap emak ayah, akan celik juga dengan silap masyarakat sekitar, silap guru-guru malah silap kerajaan mereka. Anak-anak yang peduli politik yang sedang kita ‘perintah’ ketika ini insha-Allah menjadi ‘amirul mukminin’ di negara yang kita diami ini pada satu hari nanti.

Alangkah baiknya pengenalan dalam berpolitik ditanam semasa bersama anak-anak. Tidak perlu tunggu mengangkat bendera parti dan sebagainya, cuma duduk sebentar dengan mereka. Cetuskan rasa minat mereka memahami pasca keilmuan yang mengjangkau usia mereka, supaya mereka merenung sejenak sebelum menjawab. Mulakan yang mudah-mudah, jangan pula sampai mereka jemu. Pandai-pandailah anda menarik minat mereka pada ilmu, seterusnya kefahaman tentang politik dapat dicambah biak dalam diri mereka. Indah sungguh rumahtangga itu jika amalan tegur-menegur menjadi amalan. Tidak mengapa sesekali bila anak tegur kesalahan kita, tidak cepat melenting dan marah kerana di situ mereka sedang menjalani proses belajar tentang politik. Insha-Allah, mendidik si ibu bapa meninggalkan sikap ego.

Politik tu seni dan seni dengan diri memang tidak dapat dipisahkan, cuma kadang-kadang meluat dengan politik sebab digemburkan dengan masalaah politik kotor. Mungkin itu sebab ramai yang tak mahu ambil peduli pasal politik walhal ilmu politik tu begitu luas. Insha-Allah kecelaruan ini akan dapat dielakkan daripada berlaku pada generasi akan datang jika kita mendidik anak-anak berpolitik secara Islamik, iaitu menerapkan unsur-unsur dosa dan pahala dalam apa sahaja yang kita kerjakan.

Musuh-musuh Islam ini telah menanamkan dalam minda umat Islam bahawa politik dan agama tidak boleh dicampurkan. Justeru itu timbullah persepsi dalam kalangan kita bahawa ibadat-ibadat la politik-politik la,tak sama dan tak boleh disatukan. Maka dengan sebab itu timbul pernyataan yang hukum islam tidak boleh dijalankan kerana kita terdiri daripada masyarakat majmuk, walaupun ‘terang lagi bersuluh’ di siang hari tentang sirah baginda saw semasa mendirikan kerajaan Islam Madinah dahulu, bandar tersebut terdiri daripada pelbagai puak dan agama. Wujudnya Piagam Madinah menjelaskan keberlangsungan tentang ‘Islamic political’.

Satu pengisian yang mantap berkaitan pendidikan politik di kalangan masyarakat dan anak-anak. Penulis melihat masyarakat kita agak ‘taboo’ pabila membicarakan politik dan acapkali disalah tafsir memihak pada pihak tertentu. Adakalanya apabila seseorang menekankan politik pemersatu demi kebaikkan umah pun dianggap sebagai lalang kerana kononnya tiada prinsip dan wadah parti mana yang mahu disokong. Inilah mentaliti yang perlu diubah oleh masyarakat kita.

Penulis amat tertarik pada kecelikan masyarakat British berkaitan politik. Ada satu saluran siaran langsung British Parliamentary di BBC. Ahli parlimen mereka amatlah aktif dan sering mendekati masyarakat. Menyediakan pamplet dan buletin dan diletakkan di setiap rumah supaya mereka mengetahui akan aktiviti yang mereka lakukan. Selain medium blog, penulis kira ini adalah cara terbaik setiap pemimpin mendekati rakyat. Inilah pendidikan politik yang penulis kagumi.

Namun adakah masyarakat kita mampu dididik untuk ‘celik politik’ lebih-lebih lagi melangkaui semangat partisan? Barangkali budaya Asia yang menyatakan ketaatatan pada pemimpin lebih baik berbanding Barat yang lebih kritikal terhadap ahli politik mereka sendiri.

Lagi satu apabila anak-anak muda bicara politik akan dipandang sinis malahan dikatakan;

“Haa… Menyampuk cakap orang tua”

Menafikan rasa minat golongan muda pada politik, dan semakin meruncing dan sering kali diperkatakan oleh segelintir masyarakat kita. Jadi bagaimana pendidikan politik di kalangan anak-anak akan terhasil, walhal impak daripada orang-orang tua kita sendiri.

Pasca Politik Selepas Kejatuhan Kerajaan Uthmaniah

Takut untuk bertuhan pada mulanya menimpa Eropah pada kurun ke-15 sehingga institusi keagamaan mereka telah hilang kuasa dan mereka sekarang hanya terlibat dalam bidang ritual semata-mata.Kemudian penyakit ini telah menimpa Empayar Uthmaniah, sehingga sekarang pengaruh sekularisma mengatasi Islam di Turki.

Bila agama yang dipersembahkan kepada manusia tidak menepati fitrah manusia , iaitu agama yang ditokok tambah oleh manusia sehingga menyebabkan hilangnya keaslian agama samawi, maka ketika itu manusia akan jadi takut untuk bertuhan, melainkan agama celup itu hanya digunapakai untuk sebab-sebab ritual sahaja.

Jikalau negara India memerintahkan dengan berpandukan undang-undang Hindu. Negara China memerintah dengan menggunakan undang-undang Buddha. Maka ketika itu, rakyat di negara ini juga akan memilih sekularisma dan berpaling daripada agama mereka. Itu yang berlaku di Turki, dan ianya telah mendarah daging, sukar untuk diubah dalam masa singkat.

Usaha-usaha yang dilakukan oleh Perdana Menteri Turki, Erdagon sekarang perlu dipuji. Tidak terlalu radikal seperti pimpinan sebelumnya. Cuba mengahapuskan kasta-kasta di dalam masyarakat. Kedatangan pemimpin kayat Salahuddin el Ayyubi, telah pun dijiwai sepenuhnya oleh Erdagon. Tertarik dengan muslimat di Turki kaitkan tuntutan hijab itu dengan prinsip Ketuhanan,dgn segelintir muslimat mengaitkan dengan keselesaan dan kebebasan. Agak-agak kalau Mustafa Kamal Attartuk hidup balik mesti terkejut dengan betapa kuatnya generasi selepasnya berpegang dengan thephobia. Kadang-kadang terfikir apa yang sebenarnya yang diperjuangkan, semacam konsep sekularisma itu pun tidak difahami dan dihadam dengan sepenuhnya.

Mengapakah cerdik pandai Islam zaman lampau adalah mereka yang bijak dan pakar dalam pelbagai bidang? Jawapannya, adalah kerana mereka mengamalkan apa yang diajar oleh Rasullullah saw. Kebanyakan yang diajar kepada masyarakat moden hari ini sebenarnya merupakan apa yang berlawanan dengan ajaran Rasulallah saw supaya kita tidak mendapat kebaikan. Tetapi yang hairannya pula, bangsa Yahudi melaksanakannya untuk kebaikan bangsa mereka sendiri. Seperti contoh, pengilang terbesar rokok adalah daripada bangsa Yahudi tetapi mereka tidak menghisapnya. Begitu juga, amalan makan di hotel-hotel, menikmati buah-buahan selepas makanan utama, sedangkan Yahudi memakan buah terlebih dahulu seperti yang dianjurkan oleh Rasullallah saw.

Mungkin perkara yang tidak disentuh pada hari ini, ialah cara makan yang rata-rata menggunakan tangan kiri semasa menggunakan garfu yang mana jelas bertentangan dengan ajaran Rasullalah saw. Adakah kita akan terus menggunakan tangan kiri sambil memegang garfu semata-mata untuk mematuhi etika makan yang dicipta entah siapa. Fikirkanlah : makan dengan tangan kanan, seperti ajaran Islam , kita mendapat ganjaran pahala daripada Allah Taala. Makan dengan tangan kiri, walaupun tidak berdosa tetapi amalan yang sia-sia, kita cuma berbangga kerana berjaya mematuhi etika makan yang tidak pernah kita selidiki berasal dari mana. Kekadang juga kena fikir, sebab salah satu cara kita menangani politik secara berhikmah.

Semasa anak-anak di bangku pengajian universiti, mereka harus belajar untuk faham tentang politik. Keterlibatan mereka di dalam persatuan-persatuan, bercakap dan bertindak terhadap kebajikan masyarakat kampus, kepedulian mereka terhadap apa yang berlaku di sekeliling diri, semua itu mesti didedah, dilatih dan seterusnya ditempa masuk ke dalam jiwa mereka. Mereka perlu kepada kemahiran berpolitik untuk mentadbir syarikat mereka bekerja nanti.

Okay cukup untuk kali ini, sebagai pembuka bicara di tirai bulan baru. Semoga kita terus bersemangat untuk mengejar dalam melakar laskar pelangi di dinding awan diri. Baiklah penulis sudah lewat untuk ke kuliah. Untuk renungan, marilah kita bersyukur di atas rahmat kurnian Allah Taala kerana dijadikan;

1. Bumi ini dipisahkan dengan ruangan vakum dengan angkasa. Jika tiada ruangan ini nescaya pecahlah gegendang dan rosaklah jantung dan organ lain akibat bunyi letupan bintang diangkasa yang kekuatannya ribuan kali ganda Hiroshima.

2. Otak manusia hanya dapat mendengar dan melihat spektrum bunyi dan penglihatan yang tertentu sahaja. Jika tidak nescaya tidak tidur kita kerana mendengar segala bunyi haiwan dan makhluk ghaib dan juga melihat segala jenis jin dan syaitan yang berada di hadapan kita.

2 komentar:

bonda berkata...

salam......
sesungguhnya jiwa anak-anak muda ini begitu meluap-luap untuk merialisasikan rentak tari politik yang dipelajari di U kat luar sana.
Malangnya acapkali mereka tersungkur kecewa dek kerana kekangan masa dan keadaan yang bisa merubah segala-galanya....

haykalis hamka on 1 April 2009 pada 11:50 PTG berkata...

salam...

kupasan artikel yang semakin hari semakin matang,,,
insyaAllah semoga ingatan yang diberi dapat menjadi panduan diri dan sahabat sekeliling di sepanjang jalan perjalanan kehidupan yang jauh ini

Catat Ulasan

 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs
Topblogs @ iLuvislam

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal