Probably we should talk about election now, because it is the time and the hour. But bringing in history. Muhammad el Fateh as a comparetive arguement for election campaign. Hope that doesn't sound too harsh.
menampakkan betapa kritikal minda yang selalu diasuh untuk berfikir dapat memberi penyelesaian terhadap masalah-masalah umat.
Masalah umat Islam pada hari ini adalah pada malasnya untuk berfikir lebih dari kebiasaan.
Dalam isu berdoa ni kita perlu berhati-hati mengendalikan senjata yang diberikan. Tak tahu menggunakan dan tidak mahu tahu menggunakan senjata menjadikan senjata Mukmin ibarat 'Gajah Putih', kalau tidak lebih teruk lagi memusnahkan diri Muslim. Ada satu kata-kata yang selalu penulis ingat ‘Tak berdoa kufur dan berdoa syirik’. Kalau setiap kali berdoa hanya mengingatkan Allah Taala tentang kerja yang sepatutnya Dia lakukan.
Doa itu tidak boleh dijadikan satu pulau sendirian. Doa, Usaha, Iltizan dan Tawakal (DUIT). Doa sepatutnya menyeru diri (mengingatkan diri) supaya berazam membuat pillihan terbaik (Ikhtiar) dan dengan azam itu diterjemah menjadi usaha mengikut Sunnah Allah Taala. Mengambil tahu kenapa sawi Ravi subur dari sawi Ali. Ramai Muslim yang berdoa kemudian berusaha, bukan untuk mengambil tahu (belajar) sawi Ravi subur, tetapi sibuk dengan Fardhu Ain semata-mata tanpa mahu mengetahui keperluan.
Fardhu Ain itu diadakan. Fardhu Kifayah untuk memastikan;
“ Kesempurnaan usaha melengkapi syarat kemenangan”
Cuba bandingkan dengan metode sains sosial barat. Adakah kausaliti dalam sains sosial, yang diletakkan asasnya oleh Averrous sama konsepnya dengan konsep Ahli Sunnah? Tentu sekali tidak!
Sebab itu bagi penulis, sains sosial itu sendiri merupakan metodologi sekular dalam mendapatkan penyelesaian dan kebahagiaan umat manusia selepas syariat gereja ditolak. Dalam Islam, kita bahas bab ni dalam Siasah Syar’iah, Fiqh Muamalat, dan sebagainya. Kita kena tundukkan term sains sosial itu sendiri di bawah Siasah Syar’iah, dalam kita ingin meletakkan sebarang polisi dan tindakan, bukan sebaliknya (ambil terus sains sosial.
Sunnahtullah dalam bab sains tak perlulah kita tolak. Objek kajian benda jamad, beku. Buat kat mana-mana pun sama sahaja keputusannya. Tapi salah kalau kita guna metode ’saintifik’ ini (kononnya) dalam mentafsir dan memahami alam sosial. Di sana ada Iradatullah Tasyri’iah yang Allah taklifkan kepada manusia. Sains sosial tidak pernah mengiktiraf Iradatullah Tasyri’iah yang kita perjuangkan itu. Bahawa sejauh mana kita melayan kehendak Allah Tala dalam syariatnya, sejauh itulah Allah Taala akan melayan dan membahagiakan manusia. Ahli sains sosial hanya mengkaji manusia macam kaji ayam, kaji batu dan benda-benda jamad.
Metode yang mereka gunakan ialah induction ataupun dalam mantiq disebut Istiqra’. Kesemua kesimpulan yang dibuat dalam falsafah sosial atau teori-teorinya dalam segala cabang kemasyarakatannya adalah dari jenis Istiqra’ Naqis yang membawa ifadah yang syak, kerana variasi gelagat manusia mustahil dapat digeneralisasikan dan difahami secara seragam kerana terlalu kompleks dan rencam.
Orang cerdik selalunya “mengosongkan akal” sebelum membaca supaya analisa terbaik boleh dibuat. Membaca dengan prejudice menghasilkan prasangka yang bukan-bukan.
Mengapa ketika ini Islam masih tidak menang? Terus ditindas? Jawapannya ada di dalam Quran, iaitu pertolongan Allah Taala hanya diberikan sekiranya kita telah bersungguh-sungguh menyiapkan faktor-faktor kemenangannya. Sesungguhnya pertolongan Allah Taala itu adalah dekat.
Pertolongan Allah Taala itu adalah satu timbal balik. Ianya tidak free, tanpa kita menolong dulu agama Allah Taala.
Kemenangan dengan penegakan Islam di Madinah adalah serius dan menampakan 'bersistem' baginda menyususun tarbiah di Makkah hingga terbentuknya kader-kader atau jundi-jundi yang siap untuk membela agama ini.
Syed Quthb telah mengkritik Sains Sosial dalam Maalim fi Al-thoriq sebelum gagasan Islamisasi muncul utk mmpertahankannya semula setelah diberikan wajah Islam. Persoalannya, model mana yang kita nak gunapakai sebelum bertolak ke alam aplikasi?
Ianya berkaitan dengan Iman. Cuba kaji sirah Nabi saw dan para sahabat.
Kualiti Iman yang paling penting disertakan dengan gerak amal yang agresif seperti berlumba-berlumba buat kebaikan.
So, yang penting sekarang, bina peribadi-peribadi yang kuat, bijak, berstrategi. Hubugan cinta dengan Allah Taala mantap. Kalau boleh kita nak yang konsisten bangun malam, baca Quran sekurangnya satu juz sehari, tidak pernah tinggal solat jemaah, sihat tubuh badannnya, pandai memahami psikologi manusia, hebat ilmu sejarahnya, tahu perbezaan fiqh empat mazhab, dan terus konsisten dakwah fardiah dan membina individu-individu, kemudiannya boleh mentarbiah orang lain.
Allah Taala berfirman; “Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri” ar-Ra’d (13:11)
Ramai yang mendambakan perubahan, tanpa melihat diri sendiri dahulu. Cuba Tanya, sudahkah kita telah berusaha ke arah perubahan itu? Bagaikan hati ingin ke sesuatu tempat, tapi kaki enggan melangkah, selamanya tidak akan sampai jua.
Dah terlalu banyak 'petanda' Allah Taala beri untuk ingatkan kita. Tapi berapa ramai sangat yang ingat? Keinsafan umat dengan musibah Adik Sharlinie ditenggelamkan dengan riuh pikuk Anugerah Juara Lagu (AJL). Sedu sedan masyarakat dengan nasib adik Nurin dikesat dengan senario dan drama politik negara.
Agaknya kita perlu bencana yang lebih besar, lebih besar dari tsunami 'kot', untuk benar-benar insaf dan berubah.
Allah Taala berfirman;“..dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripada-Nya “ ar Ra;d (13:11)
Pendek kata keadilan dengan maksud meletakkan sesuatu pada tempatnya bukan hanya slogan yang dicanang sebagai tuntutan dari orang lain, sebaliknya kita yang harus lebih gigih meletakkan sesuatu pada tempatnya.
Benarlah kata: ‘untuk menegakkan negara dengan paksi Islam, tegakkan Islam dalam dirimu’.
2 komentar:
assalamualaikum.. artikel2 yg ditulis oleh saudara di-blog ini sgt bagus. Jika tidak menjadi keberatan, boleh kiranya pmram.org m'gambil beberapa artikel yang dikira sesuai utk dipaparkan ke dalam laman web kami..
salamullahi alaikum..sebarang penerbitan artikel dalam laman blog ini sememangnya dialu-alukan sebagai bahan rujukan, bacaan dan perkongsian ilmu, namun hendaklah memberi kredit dengan menyertakan alamat penerbit [http://puteraazhari.blogspot.com/] bagi memudahkan rujukan pada kesalahan fakta dan sebagainya.
Jazakumullah, semoga perolehi manfaat bersama.
Catat Ulasan