PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Khamis, Disember 16

Sudah Tahu Maksiat Couple Tapi Masih Dilema

Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Nabi s.a.w. pernah bersabda; “Sesungguhnya Allah Taala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat, sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti" (Hadith Riwayat Muslim)





Assalamua-'alaikum WBT,

Ustaz, bagaimana jika seseorang itu sudah terlanjur dengan teman lelakinya an sekarang ini dia dah mula sedar bahawa couple itu banyak buruk dari kebaikan. Couple itu haram dan mula sedar segala perlakuannya adalah salah di sisi Islam. Tetapi dia takut untuk minta putus dengan teman lelakinya kerana takut tiada orang sudi menerimanya di masa akan datang sebagai isteri. Teman lelakinya ada berjanji untuk menjadikannya isteri namun dia masih meragui dengan janji tersebut.

Adakah dia patut meninggalkan teman lelakinya atau tetap terus bercouple?


Maklum-balas:


Wa'alaikumussalam WBT,

Dalam Islam tiada istilah couple, ianya adalah propaganda Barat yang menyerang minda muda-mudi bukan sahaja di negara kita bahkan di seluruh dunia.

Islam tidak pernah menghalang fitrah suci manusia yang ingin bercinta dan dicintai, tapi ada saluran dan jalan yang telah digariskan. Kalau saya bertanya kepada saudari perihal ber-couple sebelum kahwin, apakah banyak kebaikan atau keburukan? Nah, saudari sendiri setuju apabila couple boleh membawa kepada bebenan jiwa, malah lebih dahsyat ianya membawa kemungkaran kepada Allah Taala. Nikmat kita rasai sekejap sahaja, sedangkan bebenannya semasa di dunia lagi tidak mampu dipikul, apatah lagi dosa kalian ditanggung di Akhirat pula.

Nasihat saya, jauhilah maksiat couple yang boleh menjejaskan tumpuan saudari sebagai hamba kepada Satu Tuhan.

Memang agak sukar untuk mengekalkan perubahan baik yang telah diusahakan, dan apabila keadaan di sekeliling seakan-akan tidak menyokong terutama datang daripada ahli keluarga, saudara mara dan para sahabat.

Tidak bererti saudari tinggalkan maksiat couple tiada siapa yang sudi menerima, kerana sudah pasti akan menilainya dari sudut matang dan positif. Maka bermula daripada perubahan pertama, dan seterusnya untuk menjadi baik dan solehah, usahlah dirisaukan taqdir-Nya masih bersama saudari, dan mereka yang sentiasa ingin menjadi baik dan baik dari semasa ke semasa.

Moga perubahan yang sedang cuba dilakukan ini akan berkekalan dan semoga kita sentiasa berada di atas landasan yang baik mengikut perintah Allah Taala. Bukan mudah tapi kita perlu berusaha dan tidak cepat berputus asa. Hidup sentiasa akan tenang walau apa jua cabaran yang mendatang apabila kita bergantung harap sepenuhnya kepada Allah Taala.

Wallahu 'alam.

4 komentar:

Tanpa Nama berkata...

Wahai adikku, kadang-kadang kita tidak sedar yang kita telah melakukan maksiat kepada Allah SWT. Ini termasukkan la isu couple. Ya, akak setuju dengan Ustaz Rezza, memang tiada istilah couple dalam islam. Cuma zaman sekarang, remaja lebih didedahkan dengan budaya kuning ini, sedangkan Allah SWT telah berfirman yang berbunyi :" Jangan sesekali mendekati zina..." ayat larangan ini jelas menunjukkan bahawa jika sekali kita terjebak maka padah jawabnya.sama dengan masalah couple ini juga, semua sedia maklum couple melibatkan dua pasangan bukan mahram apabila berdua-duaan walaupun tidak berbuat apa-apa..hatta hanya bermesej dan ber'calling' sekalipun. Islam ajar kita cara yang baik untuk meletakkan cinta dengan bernikah. InshaAllah,adikku, jika adik pernah terlanjur, bersegeralah bertaubat kepada Allah swt. Allah SWT Maha Penerima Taubat. Sementara masa dan peluang yang masih ada, berubahlan menjadi muslimah yang baik. Usah lagi fikirkan lelaki yang telah membawa dirimu ke lembah maksiat. Janji Allah SWT pasti, jodoh setiap di antara manusia telah sedia ada. Hentikan couple dan tinggalkan lelaki itu, akak yakin adik boleh menjadi seorang muslimah yang lebih baik dan InshaAllah Allah SWT akan sediakan pengganti(suami) yang lebih baik.
Wallahu'alam.

layyinul qalbie on 17 Disember 2010 pada 4:17 PTG berkata...

salam,
saudari seaqidah yg saya sayang, redha Allah itu perlu diutama, serahlah sepenuh keyakinan kepada Dia, tentang jodoh..Dialah yang Maha Mengetahui.. yang penting, hijrahlah,tinggalkan yang haram di sisiNya.. sungguh saudari bahagia dgn apa yg ditentukanNya..

Tanpa Nama berkata...

salam...
saya sendiri sudah melalui nya...jika hubungan tersebut berlandaskan nafsu..tinggalkan sahaja..jika sesuatu hubungan itu ikhlas..teruskan ke fasa kehidupan seterusnya iaitu perkahwinan.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum,saudari
buka mata, buka hati,dengar dengan teliti.
Jadikan apa yang berlaku tu sebagai satu pengajaran. JANGAN ULANGINYA.
Letakkan kebergantungan yang hakiki kepada YANG KHALIQ. Di samping berusaha dan bertawakal.Jodoh ketentuan Allah. INGAT. Tinggalkan perkara yang membawa kepada dosa sedikit demi sedkit tetapi ISTIQAMAH. jANGAN PUTUS ASA.Semoga kita semua sentiasa berada dalam naungan rahmat dan hidayah Allah. maaf sekiranya menyakiti hati. Hanya perkongsian untuk saudara seakidah yang disayangi.

Catat Ulasan

 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs
Topblogs @ iLuvislam

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal