Artikel kali ini, saya ingin memaparkan maklum-balas daripada seorang pembaca laman ini kepada seorang pembaca yang lain. Saya kira ianya satu respon yang baik, berhikmah dan patut dikongsikan sebagai suatu peringatan yang membawa pengajaran.
Reszu;
saya ingin mendapatkan pandangan ustaz berkenaan soal pemilihan jodoh lebih-lebih lagi bagi seorang perempuan.Saya sedang berkawan dengan seseorang, dan mempunyai perasaan terhadapnya.
Saya telah pun melakukan solat Istikharah, namun tiada petunjuk yang saya perolehi. Hati saya jadi tak keruan dengan hubungan ini. Adakah dengan cara ini saya perlu memutuskan hubungan dengan dia? Adakah mimpi satu cara yang akan Allah tunjuk atau munkinkah dengan cara lain untuk kita tahu mana satu pilihan yang Allah minta kita buat?
Assalamu'alaikum Rezsu,
salam ukhuwah saudari, saya terpanggil untuk memberi pandangan apabila baca masalah saudari. Memang susah hidup kita ni apabila hati tidak berada dalam keadaan tenang. Kita yang perlu cari ketenangan tu, saya memuji usaha saudari yang telah memilih untuk lebih meletakkan harapan dan pertolongan hanya kepada Allah kerana memang Allah lah yang layak untuk menerima perhatian kita melebihi perhatian kita kepada manusia dan kebendaan yang lebih disukai oleh hawa nafsu kita.
Justeru, fahamilah kehendak hati itu, bukan kasih manusia yang 'ia' cari tapi kasih dari 'pemilih hati' itu. Fahamilah juga, kenapa Allah datangkan ujian sebegitu, Allah sebenarnya sedang mendidik hati kita kepada siapa perlu di luahkan cinta, kepada siapa kita meletakkan harapan. Bahagia itu kurniaan Allah, jadi kenapa kita menuntut bahagia tu daripada manusia yang sama lemah yang tiada daya seperti kita. Mintalah pada Allah, temui dulu cinta itu untuk Allah, cari jalan untuk lebih dekat dengan DIA, walau dengan apa cara sekalipun saudari lakukan semata-mata untuk merasakan dekat dengan Allah, percayalah sebenarnya Allah telah dulu lebih mendekat kepada saudari. Untuk sentiasa rasa lebih dekat ini, saudari hendaklah terlebih dahulu memutuskan apa saja halangan yang menjadi penyebab kepada terhijab hati untuk mendekat. Salah satunya ialah putuskan hubungan dengan lelaki yang bukan muhrim kita. Susah bukan? mula-mula memang susah, oleh itu hendaklah sentiasa memohon pertolongan Allah dan usaha sungguh-sungguh melawan kata hati yang mengajak kepada maksiat hati dan anggota kerana setiap bisikan yang lahir di hati kita selain daripada mengingati Allah adalah bisikan yang dilemparkan oleh syaitan. Cinta itu sebenarnya senjata syaitan untuk menjerat manusia macam kita ni kedalam lembah maksiat dan lebih berani untuk bermaksiat kepada Allah. Takutlah kepada siksa yang akan datang di hadapan dan belakang kita. Jauhi cinta, maka lebih dulu kena menjaga batas pergaulan dengan lelaki. Seruan ini lebih jelas saya kira.
Insya Allah, satu masa nanti saudari tak kan sedar pun betapa mudahnya hati saudari melupakan lelaki tersebut, seolah-olah seperti mimpi. Percayalah, apabila pertolongan Allah telah datang, kesulitan dan kesusahan kita sebelum ini akan lenyap seakan-akan kita hanya bermimpi semalam. Itulah pengalaman saya. Berkenaan petunjuk dari Allah melalui mimpi mahupun keyakinan, terimalah dengan hati yang tenang kerana keraguan dan tidak yakin yang timbul itu adalah bisikan dari syaitan. Syaitan kerja dia memang menimbulkan perasaan was-was, ya ke tak, perasaan tak yakin sedangkan petunjuk Allah sudah jelas. Rujuk balik kepada hukum Allah, cinta yang tidak benar akan mengundang celaka pada diri kita sendiri, kerana cinta yang Allah redha hanya apabila sudah sah bergelar pasangan suami-isteri. Sabarkan diri, jarakkan diri, bina benteng diri. Macam mana nak bina tu kena mintak pada Allah dan hidup bersama Allah.
Insya Allah, mudah-mudahan Allah mempermudahkan urusan saudari. ameen.
-wallahu 'alam, tiada daya upaya serta kekuatan melainkan dengan Allah-
Daripada; Saya Wanita Biasa.
5 komentar:
perkongsian yang sangat2 menarik
syukran
Perasaan cinta dam kasih sayang adalah fitrah insani. Kadang-kadang manusia sering salah meletakkan cinta sehingga tidak sedar akan murka Ilahi. Usaha ke arah cinta yang Esa, InshaAllah akan ketemu cinta manusia yang cintakan yang Maha Esa juga.
Shukran atas perkongsian yang mendidik hati.
minta sapa2 bleh berikan jwapan..
sy ada bermimpi berjumpa dgn seorang kwan perempuan lama yg mana sy memang pernah menyimpan perasaan dgn dgnnya satu masa dahulu..
mimpi itu ckup cantik dan sy bleh mengigatnya dgn jelas sekali..adakah itu satu petunjuk bahawa dia adalah yg terbaek utk diri ini..
saudara,susah untuk ditafsir tentang mimpi..jangan mudah percaya dengan mimpi tersebut. Sebab kadang-kadang mimpi adalah mainan tidur. Saranan saya, tunaikanlah solat istikharah supaya diberikan petunjuk oleh Allah SWT setelah ikhtiar.
Moga-moga dipermudahkan..
Wallahu'alam.
sebuah perkongsian yang cukup menarik.. terima kasih.
Jasa Ibu Bapa Dilupakan, Jasa Orang Lain Disanjung
Catat Ulasan