PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Sabtu, Oktober 30

Berilmu Dan Berpengetahuan





APA itu ilmu?

Bagaimana pula pengetahuan, apakah ianya sebahagian daripada ilmu? Tahu dan berilmu itu pula bagaimana?

Ilmu cukup penting bagi mengawal world-view (sudut pandang persekitaran) seseorang manusia. Pemilihan bahan bacaan juga penting dari sisi pengetahuan ber-ILMU kita mahukan. Membaca ialah salah satu cara seseorang itu menambah pengetahuan. PEMILIHAN bahan bacaan yang tepat, akan menjamin pengetahuan ber-ILMU kerana pengetahuan itu belum tentu ber-ILMU. Pengetahuan ber-ILMU ialah sesuatu yang boleh diambil MANFAAT, ditumpangi dan dapat DIAPLIKASI dalam kehidupan seharian. Membaca Majalah MANGGA, ARENA dan MASTIKA hanya mampu jadi bahan BUALAN kosong di kedai makan, bukan sebuah perbincangan ILMIAH.

Keutamaan berilmu menjadi tujuan paling penting dalam hidup kita. Jangka pendek, menimba ilmu yang selalunya bermula di sekolah rendah adalah untuk berjaya dalam ujian, kerana ujian itu adalah untuk menguji kefahaman kita pada apa yang telah dipelajari. Jangka panjang, belajar adalah untuk kefahaman dan bisa diaplikasi dalam kehidupan.

1 komentar:

Saya wanita biasa berkata...

Assalamu'alaikum wbt

Sekadar mencelah. Seharusnya kita kena sedar kenapa kita berada di dunia sekarang ini? Dari mana kita datang dan ke mana kita akan kembali?

Untuk dapat kesedaran tu kena ada 'Ilmu. 'Ilmu untuk mengenal diri sebagai Hamba dan mengenal Tuhan yang bernama Allah. 'Ilmu itu wajib dituntut sepanjang diri masih berada dimuka bumi Allah, ia tidak terhenti dengan tamatnya belajar peringkat Sekolah Renfah, Sekolah Menengah,Universiti mahupun apabila sudah bekerja, berkahwin, melahirkan dan membesarkan anak, sehingga ajal menjemput. SEGERA-kanlah untuk mencari 'Ilmu dan beramal dengannya sebagai bekal untuk KEMBALI.

Wallahu'alam.

Catat Ulasan

 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs
Topblogs @ iLuvislam

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal