PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Ahad, Disember 27

Warkah Kasih Buat Teman



Alhamdulillah, di dalam kesibukan saya, masih sempat untuk mengisi utaian manik-manik di lembaran ini. Pasti ada antara para sahabat yang menunggu buah tangan terbaru saya. Terima kasih untuk itu.

Untuk artikel kali ini, izinkan saya berkongsi warkah kasih ini yang ditulis sebagai menemani kedukaan seorang pengunjung laman ini yang sedang meratapi pemergian ibunya tercinta. Mudah-mudahan sedikit terubat kelaraan Qalbunya menahan tusukan halus jarum kesedihan ini.

Inilah isi kandungan Warkah Kasih Buat Teman...

Buat teman Ku dikasihi,

Bangkitlah...

Baik buruk perjalanan hidup kita di atas hamparan duri dunia, masih ada lagi yang sudi menghulur tangan, memberi kasih dan sayang, dan turut merasai keperitan diari tersurat, memberi harapan di sebalik tersirat. Tiada hati paling sempit daripada manusia yang alpa mengingati Allah, tiada jiwa paling resah daripada manusia menggantungkan hatinya selain kepada Allah Taala.

Tidak cukup dengan apa yang ada, dan terus haloba dengan apa yang tiada.

Wahai teman...

Aku mengerti dengan apa yang sedang menimpa dirimu. Aku bisa merasai kesedihan demi kesedihan menimpa dirimu. Jatuh, dan jatuh lagi. Hinggalah kamu bangkit dalam perjuangan hidup yang telah menelan ramai manusia yang kering daripada rahmat Ilahi. Di saat kamu bangkit, tiada siapa yang sudi ambil tahu dan mahu. Kepulangan ibumu tersayang ke rahmatullah menambah lagi liku-liku hidupmu, menambah lagi bebenan yang sedia ada.

Aku tahu, aku mengerti...

Saat aku menulis surat ini, mungkin engkau masih meratapi pemergian ibumu tercinta. Namun kamu tidak perlu bersedih, kerana masih ada aku dan teman-teman yang setia di sisi.

Ibumu yang telah meninggalkan kenangan indah bersamamu sebagai anak tunggal yang kehilang kasih ayah semasa kecilmu. Kenangan yang tidak mungkin dilupakan sepanjang hidupmu. bercindai, tawa, suka, ukiran senyuman dan semua yang ada pada arwah ibumu akan menjadi ubat di saat kamu merindukan belaian lembut arwah.

Maafkan aku teman. Andai di saat aku menikmati keindahan pelangi cinta dan kasih bersama insan tersayang di sisi, tidak pula dirimu yang dipaksa menongkah kedingingan dan kepanasan mehnah keseorangan tanpa bumbung menangkis kerakusannya merobek jiwa kecilmu.

Sebenarnya, arwah ibumu jua tidak mahu perpisahan ini berlaku di saat kamu perlu bangkit meredah, membaca suratan dunia yang berpuakan ini. Namun Tuhan berkehendak lain. Bukan kerana Dia benci kepada ibumu, tapi karena Dia menyayangi ibumu dari yang lain. Dia tidak menghendaki ibumu menderita dengan menahan rasa sakit yang berpanjangan. Aku yakin, itulah jalan yang terbaik bagi ibumu. Kerana Dia selalu memberikan yang terbaik bagi Hamba-Nya.

Engkau tidak perlu menyesal dengan semua yang telah berlaku sepanjang pemergian ibumu mengadap Tuhan Esa, kerana aku yakin kalau semua itu akan menjadi keinginan ibumu yang terakhir. Aku mengerti perasaan itu tidak bisa dibohongi, apatah lagi menyembunyikan kebenarannya. Aku tahu engkau sangat mencintai arwah, demikian juga sebaliknya. Tidak mungkin ibumu sanggup menyembunyikan sakitnya itu demi menghilangkan kerisauan dirimu, dan dirimu tidak pernah sirna dari menyediakan keperluan ibu di saat mudamu ini.

Ingatlah Allah di kala dukamu ini.

Tiada Syurga paling indah tika hidup di dunia melainkan ketabahan semasa rebah, kesabaran semasa meredakan baran. Tiap-tiap saat di titisan keringat itu meluaskan lagi hamparan istana di Syurga akhirat-mu nanti. Ingatlah Dia, pasti Dia memandang keperluanmu di kecercaan menakutkan ini. Ujian ini, adalah tanda kasih dan cinta-Nya kepadamu. Dia telah memilih dirimu antara seribu. Hargailah untuk kamu berubah.

Wahai teman...

Jujurnya, aku sepatutnya berasa dengki dengan keadaanmu. Aku tidak pernah teruji seperti apa diuji kepada dirimu ini. Malam pasti berlalu, bebelengu pasti patah. Dunia ini tidak pernah membiarkan seseorang hidup kekal, dan tidak pula membiarkannya dalam suatu keadaan yang beerti. Kamu mesti keluar dari kepompong ini secepat mungkin, demi janji-janji Ilahi kepada setiap hamba-Nya. Kamu pasti...

Katakanlah kepada kaum Badwi itu, sesungguhnya engkau telah dibebaskan dari perjalanan di malam hari yang kelat, gelap gelita yang pekat dan dari menempuh padang sahara yang jauh, panas lagi meletihkan. Tinggalkan kisah silam yang menjenuhkan itu. Mulakan langkah sekali lagi.

Kita pasti bangkit.

Engkau tidak perlu meminta maaf. Sebelum helaan nafas terakhir ibumu, dia sudah memaafkan dirimu. Justeru, mulakan diari hidupmu yang baru, simpanlah diari lama ini agar ianya masih segar diingatan, yang sudi menemanimu, mengagahi langkahmu, dan menjadi tempatmu bermanja senda.

Kini ibumu telah pergi. Terimalah hakikat takdir-Nya. Tentu arwah tidak akan kembali melakar diari baru bersamamu. Engkau adalah engkau.

Bangkitlah...

Peraih Cinta-Nya

3 komentar:

rezza khanafiah on 27 Disember 2009 pada 4:55 PTG berkata...

assalamu-'alaikum w.r.b

pertama saya mohon agar kita sama-sama doakan al-Fatihah buat arwah ibu saudara kita ini.

kedua saya pohon maaf andai warkah/artikel ini juga menyentuh hati kalian hingga menangis kerana mungkin pernah melalui saat-saat sukar ini. Maaf sekali lagi.

saya tulis ini adalah sebagai teman di kala duka beliau, jauh sekali untuk libatkan kalian. Dengan harapan kita dapat mengutip mutiara-mutiara ini sebagai pembangkit di kala rindukan tabah dari terus rebah. Kita pasti bangkit...

ameen

SitiLaila on 28 Disember 2009 pada 1:02 PG berkata...

salam.jutaan terima kaseh kpd penulis diatas post kali ini.cukup menyentuh jiwa para pembaca. T_T
insyaALLAH,sama2 kita doakan semoga arwah dicucuri rahmat.
Takziah juga buat teman sy.hari ini ayah beliau pergi menghadap ilahi. ~al-fatihah~
Semoga NorFaizah Amri tabah menghadapi segalanya.
sekian.

Evi LoLyta on 28 Disember 2009 pada 9:29 PTG berkata...

salam. takziah utk dia yg kehilangan ibunya. smoga terus tabah utk hadapi sume ni. mungkin senang sy perkatakan krn sy x mengalaminya. mungkin blm tiba giliran sy, tp stiap org pasti akn mengalaminya. sy doakn smoga terus kuat utk hadapi sume ni. ada lg org yg lbh susah dr kita..
-juga pringatan utk diri sdiri...

Catat Ulasan

 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs
Topblogs @ iLuvislam

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal