PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Ahad, November 1

Jodoh : Mendepani Masalah Keluarga



Ali seorang suami, bapa, lelaki biasa, namun dia mempunyai sikap luar biasa.

Beliau mempunyai sikap baik, sabar, dan berbudi bahasa terhadap orang tuanya, namun sering disalah-ertikan. Dia seorang yang sangat sederhana, tidak cerewet, sentiasa mementingkan orang lain mengatasi segala aspek kehidupannya. Apa sahaja yang ingin dilakukan, orang tuanya yang menjadi perkara utama untuk ditimbangi. Berbanding dengan adik beradiknya yang lain, dia yang paling mudah berkira, termasuk dari sudut kewangan.

Seperti manusia lain, beliau juga mengalami revolusi perubahan dalam hidupnya. Dari seorang yang selalu berkecil hati terhadap orang tuanya, pendiam, dan pasif, dia menjadi semakin kuat, tidak mudah putus asa, tidak suka memandang perkara remeh, tidak mudah ambil hati.

Beliau bijak berhadapan sebarang masalah. Baginya masalah yang timbul umpama cermin untuk menilai gred prestasi semasa, baik dipertingkatkan, manakala buruk ditangani dengan baik tanpa ragu-ragu.

Berkawan baginya biarlah seribu, namun bermusuh apatah lagi mencari, jangan sesekali. Senyuman sentiasa terukir manis di bibir, semua orang senang mendampingi.

Inilah cirri-ciri perwatakan yang diperlukan sebagai khalifah bagi memikul amanah ketika hidup di dunia.

Namun tiada siapa boleh lari dari masalah.

Masalah peribadi.

Masalah keluarga.

Masalah tempat kerja.

Masalah kita adalah apa yang kita nampak. Kalau kita nampak ia satu masalah yang sukar untuk diatasi, maka sukarlah jadinya. Jika kita nampak penyelesaiannya tetapi cuma mengambil masa yang lama dengan seribu satu kesabaran, maka mudahlah dihadapi masalah tersebut.

Tugas kita sebagai anak, bapa, suami ialah mengajak mereka dengan kebenaran dengan cara yang paling hikmah. Cara terbaik ialah dengan akhlak yang baik. Jika mereka melakukan kesalahan, mereka tetap bersalah walaupun mereka ibu bapa kita. Maka, tindakan harus diambil bergantung kepada keseriusan masalah itu.




Masalah jodoh adalah masalah umum. Kita bukan sahaja berkahwin dengan lelaki atau wanita itu tetapi juga dengan ahli keluarganya. Namun begitu, pasangan suami isteri itulah yang bertanggungjawab mengemudikan bahtera rumahtangga mereka sehingga sampai ke destinasinya.

Tidak sepatutnya ada sebarang campur tangan keluarga. Mereka boleh membimbing tetapi bukan mempengaruhi sebarang keputusan.

Maka, tidak kisahlah siapa pilihan kita asalkan kedua-duanya saling mencintai sesama dan menghormati serta menerima kelebihan dan kekurangan pasangan masing-masing seadanya.

Berterus terang dan ketelusan adalah kunci kebahagiaan. Buangkan sebarang prasangka seperti menganggap pasangan itu tidak dapat menerima kenyataan tentang keluarga kita. Itu semua prasangka yang dibisikkan oleh syaitan untuk menggagalkan sebuah pembinaan masjid.

Bila sudah di dalam perhubungan, jangan letakkan harapan yang tinggi terhadap pasangan. Terima dia dengan seadanya.

Kita perlu buktikan kepada kedua keluarga agar mereka juga yakin bahawa kita sendiri percaya dan lebih yakin terhadap pasangan, bahawa beliau dapat memberi kebahagiaan kepada kita.

Berdoalah, di samping berusaha untuk memujuk. Jangan lupa pada senjata paling ampuh bagi seorang mukmin.

Tangani dengan bijak.


5 komentar:

skyjamil on 1 November 2009 pada 8:30 PTG berkata...

lecturer ana penah pesan jika mengalami situasi ni..maknanya pilihan tak diterima keluarga..jgn give up sebaliknya guan org yg plg ayah or mak kta respek utk nasihatkan..e2 pun jika pasangan kta bek n penolakan atas sebab yg remeh cth sebab dye org kedah...

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum ustaz. bagaimana menghadapi ibu bapa pihak lelaki mahupun perempuan yang terlalu berkira soal material, seperti risaukan rumah, kereta dan sebagainya. bagaimana untuk memujuk hati ibu bapa, jika gagal meyakinkan?
bukan mengapa, ramai muda mudi sekarang mendapat biasiswa, jadi ibu bapa tidak perlu risau akan hal in, biasiswa sudah lebih dr mencukupi. selain itu, bagaimana jika ibu bapa beralasan inginkan anaknya berkahwin dengan orang dekat, mengenetepikan orang jauh (tapi masih dalam malaysia).

Tanpa Nama berkata...

salam..ust mcm mn nak hadapi situasi ibu bapa yag x terima/ mau anak daranya berkahwin scr poligami mean jd bini ke2 o 3 o 4.. sedangkan anknya kuat n yakin dgn jodohnya adalah suami org n bersedia 4 di madukan..cth dia dah buat istkroh n nmpak/yakin dgn kputusan/ ketentuan jodohnya..isteri kpd bkal suaminya redha n izinkan suaminya berkahwin lain..cm bermasalah kpd fmlynya shj..mcm mn ye ust??

rezza khanafiah on 25 Disember 2009 pada 2:22 PTG berkata...

salam w.r.b

sebenarnya masalah terbesar dalam masyarakat kita ialah terpenjara oleh suasana semasa, terutama dalam negara kita.

mungkin beliau melihat kebanyakan yang berpoligami, terutama si suami yang hanya pentingkan nafsu semata-mata bukan tanggungjawab.

namun saya masih percaya pada kuasa komunikasi. Gunalah bahasa yang baik dan hikmah, cuba jelaskan sebaiknya kenapa dan mengapa. insha-Allah parents akan fahami apa yang sebenar yang dicari dalam berumahtangga, bukan harta, material tapi sebuah kasih sayang yang ditunjangi oleh tanggungjawab, malah ramai sahaja yang kahwin satu bercerai berai.

moga dipermudahkan. ameen

Tanpa Nama berkata...

amen..tq ye ust..mg di permudahkan..insyaAllah..klu jodohnya kuat, akan berlaku jgk perkhwinan 2 kan..cuma masa n ketikanya belum mengizinkan..doa moga masyarakat kita mgubah mentaliti yg berfikiran negatif terhadap khidupan berpoligami ni..syukran jazilan ya ust..

Catat Ulasan

 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs
Topblogs @ iLuvislam

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal