PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Selasa, Jun 9

Masihkah Ada Jalan Itu?

TIRAI peperiksaan akhir tahun hampir dilabuhkan, riak wajah makin bersinar kembali, segala kegundahan dibuang terus dari terus menjadi api dalam sekam. Namun masih ada teman-teman yang belum mampu mengukir senyuman manis, dibuat-buat senyum kerana ingin mengambil hati rakan yang menegur. Semua ini ditangani dengan baik.

Jika diingatkan kembali, masih terlekat memori berhadapan dengan mehnah peperiksaan, terkulai sebuah harapan untuk melangkah maju. Pil pahit memang susah untuk ditelan, tapi susah lagi menelan kata-kata manusia yang tidak mahu berubah. Persoalan yakin atau tidak perlu diletakkan dalam diri, kerana sesuatu perubahan itu mesti tertakluk pada sebuah keyakinan. Kedua-dua pangkal hujung tahu dan mahu, menghasilkan kombinasi perangai manusia yang pelbagai.

Kita boleh mengeluarkan pelbagai pesanan, ulasan dan alasan, akhirnya bagaimana kita beradaptasi pada evolusi persekitaran yang akan menentukan kesinambungan. Kita boleh merajuk kepada sistem dan sub-sistem yang ada di persekitaran, tetapi akhirnya bagaimana diri kita sendiri merujuk kembali, samada perlu dipujuk atau sebaliknya.

Peringatan yang diberikan oleh Abu Tayyib al-Mutanabbi atau sesiapa pun, sememangnya benar. Tamadun tidak dibina oleh was-was atau boleh ke tidak. Sejarah besar terbina di atas keyakinan persepsi seseorang yang ingin melangkah maju. Hanya perlukan persepsi dan kita berpegang kuat kepada persepsi itu. Kebenaran tidak menjadi rencah utama membina kemajuan yang kita capai sekarang ini. Dunia moden dengan segala kecanggihan peralatan dan pemikiran, semua berasaskan kepada keyakinan. Ilmu sains hanya mula berkembang pesat sejak 200 tahun dahulu, tetapi tamadun besar sudah berusia ribuan tahun.

Begitu juga terus ketidakpuasan kepada keadaan. Kerana itu sahaja yang akan memastikan seseorang bersemangat meneruskan kehidupan atau sebaliknya. Kita semua dalam perjalanan dan belum sampai ke destinasi yang perlu di tiba. Kehidupan itu sebuah perjalanan jauh. Baik atau buruk perjalanan itu, adalah kebergantungan penuh pada keyakinan untuk berubah dan merubah. Carilah jalan yang benar dari yang salah, jalan yang pernah membuka lembaran baru kepada dunia Islam.

Masihkah ada jalan itu?

1 komentar:

Tanpa Nama berkata...

Salam alaik...
Sangat tersentuh dengan artikel ni...ye, kita tdk tahu bila akan dipanggil menghadap Ilahi..Yang pasti kematian akan tiba bagi setiap manusia.
Sesungguhnya orang yang paling bijak adalah orang yang sentiasa mengingati MATI...
Moga kita semua berada dalam husnul khatimah pada hujung hidup kelak..
Rasulullah s.a.w bersabda:"Barangsiapa yang dapat menyebut kalimah LAILAHAILLALLAH di akhir hidupnya wajib masuk syurga". Wallahu'alam...

Catat Ulasan

 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs
Topblogs @ iLuvislam

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal