PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Isnin, Mei 4

Ohh.. Anakku Sazali

Ayah, kenapa kita tak boleh duduk atas bantal” Tanya si anak.

Tak boleh, nanti naik bisul” Jawab si ayah dengan penuh bijaksana.

Ayah, kenapa kita tak boleh meniarap sambil angkat kaki?” Tanya si anak lagi.

Tak boleh, nanti emak mati!” Tegas si ayah dengan penuh yakin

Teringat di zaman kanak-kanak dahulu. Inilah jawapan yang diterima daripada orang-orang tua. Mati akal masa itu, terbantut akal untuk terus berfikir. Walaupun di usia yang sangat mentah, tidak mustahil didikan sebegitu melahirkan generasi muda yang lemah minda. Nasib baik ibu cepat-cepat menjelaskan kenapa tidak boleh duduk di atas bantal, kenapa meniarap tidak boleh angkat kaki. Rupa-rupanya, untuk mengelak bantal pecah, dan kaki tidak elok tinggi dari kepala. Apa salahnya jika kita terus bersikap jujur demi sebuah pertumbuhan dan kemantangan akal mereka. Jadi jika itu jawapan yang mereka terima, maka itu juga mereka percaya dan terbawa-bawa hingga ke usia besar mereka.

Nabi saw bersabda;Setiap anak yang dilahirkan adalah putih bersih. Maka terpulanglah kepada kedua-dua ibu bapanya untuk mencoraknya samada menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi” ( Hadith Riwayat Bukhari)

Zaman kanak-kanak pula, adalah lapangan yang lebih lestari dan ideal untuk membekalkan atucara berfikir. Pola pemikiran mereka lebih mudah dibentuk diusia ini, kerana mereka lebih suka di‘suap’ berbanding meminta mereka menyuap ke minda. Jadi, sesuatu yang baik, lenteral, dan segar akan membentuk perubahan yang drastik pada diri mereka.

Ibu bapa yang ingin melihat kebaikan pada anak-anak mereka, maka makanan yang bukan sahaja lazat diberi penekanan untuk pertumbuhan jasmani mereka, malah berintipati ‘ilmu’ dan ‘intelek’ perlu juga disuapkan untuk pertumbuhan yang seimbang pada rohani mereka. Anda kena cepat, bimbang ‘parasit’ lebih cepat menular dalam pemikiran mereka sebelum sempat ‘benih’ ditanam. Susah pula untuk membaja dan meracun anasir yang tidak sihat timbul tadi.

Cara berfikir yang betul perlu dilatih semasa kecil. Kebebasan berfikir sambil diberi perhatian perlu dibiasakan kepada mereka, agar dapat melahirkan minda kelas pertama. Minda kanak-kanak bagaikan burung-burung yang berterbangan untuk mencuba setiap apa yang dijumpai. Ibu bapalah yang menjadi orang tengah, tempat mereka berkongsi setiap detik dan saat pengalaman yang dipunggut, tempat untuk mereka jadikan panduan memilih jalan meneruskan pengembaraan itu, atau sebaliknya.

Masalah sedang melanda umat Islam di Malaysia terutamanya dikalangan kaum Melayu, bumiputera. Takut bertanya. Masih punya ketakutan yang tak ‘berpunca’ dan tak ‘bertempat’. Lihat sahaja dalam dewan kuliah dan kelas. Bila dibuka soalan untuk bertanya, apakah ada soalan hendak ditanya? Mungkin mereka ada soalan, namun takut untuk bertanya. Maka pasti respon yang diberikan biasa di‘ekspresi’kan adalah dengan gelengan kepala, lantas si pensyarah, penceramah dan guru menganggap para pelajar mempunyai kefahaman yang sama dengannya. Padahal, mereka memang tak faham langsung.

Penulis pernah bersembang dengan seorang jemaah haji dari Malaysia, yang bertandang ke Mesir selepas mengerjakan haji. Tiba-tiba terkeluar isu sistem pendidikan di tanah air. Kami membandingkan sistem pendidikan di Malaysia dan di Mesir. Pengalaman beliau, di mana anak-anaknya pernah bersekolah di Malaysia dan di United Kingdom, menggambarkan bahawa di Malaysia sistem pendidikan lebih kepada spoon-fed dan manghafal. Terlampau banyak yang hendak dipelajari pada satu-satu masa dan exam oriented. Berbanding di United Kingdom yang lebih menekan kepada reading, writing, maths and science at the early stage dan membentuk kemantangan akal melalui ‘belajar dari alam’.

Satu contoh mudah, apabila pelajar dalam term tu belajar tentang animal. Sekolah akan arrange satu lawatan ke taman haiwan. Bukan tunggu sampai tamat satu penggal baru nak pergi lawat zoo. Setiap lawatan pasti relevan dengan pembelajaran pada penggal itu. Pada masa yang sama kanak-kanak digalakkan berfikir, create story from the outing, bercerita dan sebagainya. Jadi bila keadaan sedemikian berlaku, bila kanak-kanak pulang dari sekolah pasti akan ada pertanyaan why, how, and what he thinks about this and that kepada parents mereka.

Kita kena lihat dan sedar, faktor utama sama ada seseorang itu boleh menggunakan akal fikirannya untuk berfikir dan berusaha untuk berfikir dan mencari jawapan adalah kebergantungan secara langsung pada apa yang mereka dapat. Mereka akan cepat belajar. Namun, jika sistem yang ada tidak menjamin perkembangan akal mereka, kepada siapa harus dipersalahkan.

Manakala di peringkat pengajian tinggi pula, di Intitusi Pengajian Tinggi (IPT) baik awam mahupun swasta pula giat mempromosikan lapangan pengajian, dengan memperkenalkan pelbagai jurusan dan bidang yang baru, sehinggakan bidang yang dianggap low dan berstatus bawahan di‘niaga’kan, seolah-olah tempat untuk belajar di IPT sekarang terlalu mudah, tanpa mempedulikan produk yang bakal dihasilkan. Bukan maksud penulis menjurus pada produk pasaran semata-mata, tetapi pada keseimbangan kuantiti dengan kualiti. Bukan kilang yang dicipta untuk melahirkan robot-robot untuk pasaran kerja. Ramai mahasiswa terjerat dan terkongkong dengan idealisme yang tidak membangun ini.

Perlu dibezakan di antara ‘ilmu’ dengan ‘produk’ yang dihasilkan dari ilmu tersebut. Apa yang diajar oleh profesor atau penceramah itu adalah ilmu. Ilmu itu harus disebar luaskan seluas-luasnya. Tetapi slide, powerpoint, dan bahan-bahan bantuan mengajar yang lain, diguna pakai semasa menyampaikan ilmu tersebut. Semua itu adalah produk yang dihasilkan daripada ilmu berkenaan. Produk itu dihasilkan dengan pengorbanan masa, kreativiti, membeli komputer dan software yang sesuai untuk menghasilkan produk tersebut, malah banyak juga produk seperti itu yang tidak boleh dihasilkan hanya dengan hasil kerja seorang, sebaliknya mesti secara teamwork.

Maka dalam hal ini, ilmu yang dihasilkan tidak ada copyright. Sebaliknya produk yang dihasilkan dari ilmu berkenaan. Agama Islam ada menetapkan hak-hak yang berkaitan dengannya. Menjadi orang yang menghasilkan ilmu, adalah lebih susah berbanding mencipta produk dari sesuatu ilmu. Ilmu yang bermanfaat, bisa sahaja mencetuskan pelbagai revolusi dalam menghasilkan pelbagai produk.

Penat jiwa penulis berperang melihat dan memikirkan situasi yang berlaku kepada golongan anak-anak muda. Niat dah bagus, sibuk nak berdakwah tapi diri sendiri tak didakwah, malas untuk berfikir. Kata-kata dakwah hilang nilainya bila si pendakwah buta akal. Mereka yang berstatus ‘ustaz’ dan ‘ustazah’ pula, tidak tumpah perangai seperti ‘resam jagung’, suka mendabik dada dengan sekelumit ilmu, payah menerima teguran, kononnya diri dah alim. Perhatikan diri sendiri tidak pernah ditarbiah, serupa dengan mereka yang suka habiskan masa di kelab malam, disko, kaki lima pasaraya.

Memberi nasihat, tapi diri tidak pernah mengikut nasihat yang diberikan kepada insan lain. Ramai yang ‘muslim’ tapi tidak Islam. Kadang-kadang sedih juga rasanya bila kita mengajak berfikir, mereka pula yang menukar topik, atau terus mengatakan;

Aah.. Malas la nak peningkan kepala fikir hal ni

Terus membunuh semangat yang berkobar-kobar untuk melahirkan sebuah minda yang terjaga dengan perkara-perkara yang baik. Melatih minda jadi kuat juga kena berfikir. Akal yang sentiasa berfikir, dapat melahirkan idea-idea yang bagus dan sihat.

Pernah hati penulis berargumentasi dengan pendapat seorang sahabat yang menjuruskan kepada lebih baik menerima sahaja ilmu (agama) tanpa banyak soal, kerana kalau kita banyak soal, kelak hanya akan menyusahkan diri sendiri. Sedangkan bagi penulis, persoalan adalah pintu kepada ilmu. Kalau kita bertanya kerana ingin tahu, dan dengan adanya jawapan akan lebih menghampirkan kita kepada Allah Taala, maka bertanya lebih baik daripada kita berdiam diri.

Memanglah dalam agama ada perkara yang we have to leave them to Allah, kerana tak tercapai dek akal kita. Tetapi, idea untuk menggalakkan orang lain berfikir adalah betul. Kanak-kanak yang ingin belajar naik tangga, kita jangan halang, biarkan mereka memanjat hingga dia tahu ini tangga, dan kaedah panjat yang betul adalah macam ini, barulah mereka pandai. Bacalah alam kerana alam yang terbentang ini penuh dengan tanda-tanda kekuasaan-Nya.

.

Anda, dan kita adalah generasi yang perlu merubah method dan cara berfikir manusia moden sekarang, mengikut jalan yang telah disediakan oleh Islam, cuma perlu di’upgrade’ mengikut kesesuaian masa dan tempat. Semua manusia inginkan perubahan, namun perubahan itu perlu mengikut lunas-lunas yang telah digariskan. Bentuk dari rebung lagi, buka menunggu buluh yang sudah tua, yang bukan sahaja susah hendak dibentuk, bahkan memberi kesan sampingan kepada orang lain. Maka, tidak lahirlah generasi ‘Ohh.. Anakku Sazali’.

Ayuh, wahai pemuda dan pemudi Islam. Kita adalah pemangkin pada perubahan, dan pertumbuhan generasi ‘Ulul Albab’. Sama-sama kita jayakan misi dan visi ini.

ameen

1 komentar:

zakiyah on 4 Mei 2009 pada 2:50 PTG berkata...

ana setuju dgn ustaz.. ana pernah berbahas ttg isu ni kat kelas oral inggeris... kawan2 ramai x setuju dgn ana.. ttp ana ttp pertahankn. tp akhirnya lecturer turyt sokong ana... good article

Catat Ulasan

 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs
Topblogs @ iLuvislam

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal