PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Isnin, Mei 18

Bukan Payah Untuk Senang

“Siapa nama kamu?” Tiba-tiba suara kecil seorang pensyarah yang juga ketua pengawas, telah mengejutkan penulis dari lamunan asyik dan minat pada menulis di keratan kertas jawapan.

“Nama saya Redha (panggilan teman arab)” Penulis memuntahkan kata-kata dalam jaga. Jaga, kerana bimbang jawapan yang ingin dilakarkan hilang.

“Semoga Allah merahmati perjalanan kamu dengan sekalung kejayaan di hadapan. Jawapan dan tulisan kamu cukup bagus. Saya tertarik padanya, teruskan…” Sambil mengukir senyuman, pensyarah itu berlalu menyelusuri lajur di sebelah.

Usai menduduki paper pertama hari ini. Rasa macam terbuang segala sesuatu yang meruak di dalam kepala. Penat memerah keringat ‘mental’, memberi tindak balas pada pertanyaan soalan-soalan yang cukup mencabar. Ujian ini mungkin sudah dikira berat dan mencabar, kenapa tidak? Setiap detik dan ketika, terpaksa memusingkan kepala, menahan kepenatan kepala yang mengarah pada satu sudut sahaja selama tiga jam, sambil tangan ligat berlari di atas helaian kertas menjawab setiap pertanyaan yang dikemukakan. Bagaimana pula tiak ujian dunia datang melanda? Kadang terfikir juga, mungkin memerlukan lebih dari yang biasa.

Penulis berterima kasih kepada seorang teman yang sudi memudahkan urusan penulis malam sebelum hari peperiksaan. Menyediakan maklumat kelambakan jadual penulis sepanjang tempoh cuti panjang akan datang, dan menyusun cantik di dalam satu folder. Menyiapkan banyak perkara dalam fatrah peperiksaan, suatu cabaran yang menguji kebijaksanaan seseorang meletakkan setiap babak dan situasi sesuai pada tempatnya. Menyusun bahan untuk dimuatkan di dalam buku pertama penulis yang bakal diterbitkan, agar tidak menelan masa untuk aktiviti lain, moga berjalan mengikut jadual.

Penulis cuba bersikap profesional untuk berdepan semua ini, menyediakan diri untuk menempuh jalan perjuangan sebagai seorang pelajar sejak mengenal erti ‘mengali’ dan ‘menimba’ curahan ilmu yang melimpah ruah, dan menyediakan orang lain berada sebaris bersama semangat diri. Beberapa hari sebelum bermula langkah penulis di medan peperiksaan, penulis ‘bertumah’ (tekun) berkongsi ilmu bersama pelajar perubatan el Azhar, menyelesaikan bacaan sukatan pengajian mereka berkenaan masalah hukum. Rasa seronok ada juga, walaupun diri masih sibuk, tapi sempat menyibukan diri menyelesaikan masalah dan memenuhi keperluan orang lain, rasa berat pula untuk tolak.

Mengimbangi kehendak, dan tidak pula menolak mentah-mentah permintaan golongan ini, mencerminkan diri kita faham konsep yang telah di bawa oleh baginda Nabi Muhammad saw. Mendekatkan diri, dan tidak pula jenuh menyelami perasaan golongan elit ini bagaikan mengajak mereka mengijak di bumi yang nyata. Ujian dan rahmat akan datang dalam pelbagai bentuk, kesedian kita mendepaninya juga mesti pantas dan cepat. Orang agama bukan persoalan yang utama, tapi ilmu agama yang ada ke mana hendak ditaburkan itu mesti menjadi timbang tara kita.

Memang selalu jadi resam, agenda nak meneutralkan sikap eksklusif kelompok aliran agama disampaikan dengan cara yang sangat buruk, hodoh dan tak sepatutnya hingga menjustifikasikan mereka dalam keadaan bimbang, hingga ada jurang piawai pelajar aliran agama dengan bukan dari aliran agama. Tidak dapat dinafikan dan juga telah dijanjikan kepada kita bahawa jalan kebenaran itu akan sentiasa dipenuhi dengan ujian dan dugaan. Bukan untuk menghalang kita, tetapi untuk meningkatkan semangat kita. Semoga diri ini dan rakan-rakan lain tidak akan mudah putus asa untuk berjuang demi Islam.

Sebuah pemerhatian yang baik untuk ditelusuri oleh mereka yang berkenaan.

Menjadi suatu obligasi kepada ulama’ (yang tradisinya difahami sebagai golongan agamawan) untuk menekuni juga bidang-bidang lain. Ketika mana seorang sahabat penulis sempat berkomunikasi dengan seorang editor kanan di sebuah syarikat penerbitan ternama di Malaysia. Beliau mengakui betapa ulama’ di Malaysia khususnya amat kurang memerai bidang penulisan. Mereka lebih suka bercakap dan bercakap. Jika menulis pun, tulisannya keras dan kaku.

Penulis tidak fikir, seorang ulama’ hanya patut bangga mendalami ilmu fiqh dan usul sahaja, sebaliknya golongan ini perlu digandingkan dengan satu-satu ilmu alat yang lain. Malah, Nabi Daud as seorang pakar dalam seni pembuatan barang dari besi, Nabi Yusuf as pula pakar ekonomi, manakala Nabi Muhammad sendiri adalah ahli peniaga yang hebat dan berjaya.

Tak perlulah seorang ulama’ mampu menguasai semua bidang, namun keupayaan mereka menguasai sesuatu bidang sudah dilihat sebagai kelebihan yang complimentary dalam mengangkat imej institusi ulama’ itu sendiri.

Penulis teringin nak lihat, adanya ulama’ yang juga seorang pilot. Penulis sudah melihat bayangannya, dan ada potensi. Paling kurang, perlu ada kesepaduan pemikiran, paradigma dan pandangan hidup antara golongan agamawan dan intelektual. Sedih mengenangkan kesan penjajahan fizikal dan mental yang terus-terusan berakar umbi di tanah tanah. Mudah sahaja kita di‘kencing’ dengan mereka yang mengamalkan konsep yang ditaja oleh Barat.

Kagum dengan ulama’ terdahulu yang mampu menguasai ilmu syariatik dan saintifik seperti Ibnu Sina, Ibnu Rushd, el Khawrizmi. Kagum juga dengan ciri-ciri Alim Ulama’ pada zaman Othmaniah seperti yang diistilahkan oleh Taskopruluzade Ahmet. Terasa sangat jauh dan ketinggalan berbanding dengan kehebatan yang digambarkan. Jangan kata semua, salah satu kriteria pun rasanya susah nak dikuasai. Terasa diri terlalu banyak bermain-main dan membazir masa, tenaga, fikiran, emosi dan semua yang dikurniakan Allah.

Permasalahan yang timbul di negara kita tentang konsep ulama’ dan profesional berpunca daripada system pendidikan kita yang memisahkan diantara pendidikan mendalam tentang Islam dengan pendidikan sains tulen.

Ini menyebabkan golongan berpendidikan agama merasakan mereke lebih layak memimpin masyarakat, bimbing ke arah yang benar, mengikut sirah nabi. Manakala pada masa yang sama golongan profesional beranggapan mereke mampu mentadbir negara dengan kepakaran dalam pelbagai bidang yang mereka miliki seperti perubatan, kejuruteraan, ekonomi dan sebagainya. Pelik, walhal kedua-dua golongan tersebut cintakan Islam, ingin melihat Islam bangkit kembali, tapi tiada kebijaksanaan untuk bersama mengembeling tenaga dan pencerah akal ke arah memajukan Islam itu sendiri.

Tidak dianggap hina mana-mana ahli agamawan yang tidak tahu apa itu bidang pengaturcaraan dan profesional. Elok benarlah ada orang sains yang boleh tolong tampung apa yang agamawan tidak tahu. Menjadi persoalan, lekehnya orang mengaji agama ini, ialah bilamana mereka yang memperlekehkan bidang pengaturcaraan dan profesional.

Ayuh, bagi orang mengaji agama, jadilah golongan mujtahid dalam agama yang bukan sahaja serba tahu tentang hokum hakam, malah peka akan arus pergerakan semasa, celik komputer dan IT. Tidak mudah, dan tidak senang ditipu. Manakala golongan bidang profesional pula, cuba mendalami bidang agama tanpa rasa kekok untuk belajar di saluran biasa. Menambahbaikan ilmu perlu, dan jangan tunggu perlu dijolok, atau diketuk terlebih dahulu, namun tahu apa yang kena dibuat. Lebih cantik didahulukan oleh mereka yang sudah ada basic agama, menjadi suri tauladan masa hadapan untuk generasi akan datang.

ameen

“Bukan Payah Untuk Senang”

2 komentar:

Tanpa Nama berkata...

salam ustaz...kita sudah ada kapten hafiz firdaus yg mampu mengkaji kitab muktabar padahal beliau seorang pilot mas....

Humairah on 19 Mei 2009 pada 11:18 PTG berkata...

Salam.

Neutralisasi minda sblm baca komen sy yer.. takut trsilap paham.. hehe

Mengalimkan proffesional dgn ilmu agama mgkn tdk sesusah menjadikan seorang penekun bidang agama itu sndiri amat alim. Dgn syarat, punya minat dan keinginan.

Situasi hari ini, bkn mahu memperlekehkan mereka yg bertitle ustaz dan ustazah, namun dr kaca mata sy sndiri, mereka yg smmgnya ditaklifkan mlalui taklifan adat dan budaya, sesuai dgn bidang yg pengajian yg didalami itu, bkn majoriti yg menguasai dgn mantap, bidang syariah cthnya. Sbgi cth, persoalan2 feqah lazim skalipun, andai ditimbulkan, tdk smua mampu mnjawab dgn yakin. Bkn sy sgj menguji, cuma sy timbulkn bbrp kerat pengetahuan yg ada, dan kadang-kala hnya brsambut gelabah. ~kecewa

Jd, harapan kami slaku "proffesional", di samping membantu pengislahan kami, harapnya ugamawan juga mampu memantapkan ilmu dlm diri.

Mmg x mudah utk memuatkan smua simpang ilmu syariah dlm minda, tp dgn meneroka, dan faham usul fiqh itu, pasti mudah kan? Bukan payah utk senang.

~bergerak seiring demi memobilisasi ummah~

Klu terasa hati atau trsalah faham sila kemukakan yer,, bimbang gak..

Catat Ulasan

 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs
Topblogs @ iLuvislam

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal