PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Selasa, Jun 30

BerAgama Dan BerTuhan Kerana Warisan


Tanpa kita sedari dari fikiran datangnya perasaan, dan dari perasaan akan lahirnya tindakan. Ummah yang malas berfikir tidak akan mampu untuk melahirkan apa-apa perasaan apatah lagi tindakan yang mampu mengubah dunia.

Harakah Islamiah juga wajar bersedia untuk menjawab persoalan besar ini, jangan hanya matlamat sahaja yang besar untuk menegakkan daulah Islam dan membangunkan khilafah, namun berjiwa, beridea dan berfikiran yang tidak akan menyampaikan ummah ke sana. Strategi harus dirancang dan sejarah perlu dijejaki, bagaimana ummah ini satu ketika dahulu sanggup untuk menguasai 1/3 dunia, membangunkan tamadun dan melahirkan manusia-manusia hebat sehebat Tariq Bin Ziyad, Sultan Muhammad el Fatih serta mendirikan bangunan sehebat Masjid Cordova.

Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Allah telah menjanjikan kepada orang-orang di antara kamu yang beriman dan yang mengerjakan kebajikan bahawa dia sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi sebagaimana dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa…” an Nur (24:55)

Kita diberikan akal untuk memilih yang terbaik. Tidak layak dipanggil manusia kalau tidak digunakan akal itu ke tempat yang diperlukan. Tidak layak untuk beragama kalau asyik megenepikan fungsi akal. Lihat semua rukun-rukun wajib melaksanakan ibadah semuanya memerlukan seorang yang berakal, tidak gila, tidak mabuk, sama ada sengaja memilih untuk mabuk atau dipengaruh untuk mabuk. Sekiranya tiada kewarasan semasa menjalankan ibadah, maka jadilah semuanya ritual seperti tindak balas spontan lembu yang lapar lari ke arah rumput untuk memenuhi perutnya dengan makanan.

Manusia yang beragama tanpa Tuhan juga menganut satu fahaman lain, fahaman materialisme. Sesuatu yang dilihat itu sesuatu yang ditafsir dan dipercayai. Sesuatu yang boleh disentuh dan diperlihatkan. Sesuatu yang boleh dinikmati dan distatuskan. Manusia yang memahamkan bahawa dunia ini untuk dipergunakan bagi memperolehi kemewahan. Pemimpin yang memahamkan bahawa manusia lain untuk diperalatkan bagi memperolehi kesenangan. Fahaman materialisme semakin menular dan diperturunkan dari generasi ke generasi.

Manhaj Ulil Albab Di Arus Kemodenan

Dalam el Quran istilah Ulil Albab disentuh tidak kurang dari 16 kali. Manhaj Albab ini berkisar kepada pengunaan akal selepas asas percaya terbina. Maka Manhaj Albab atau Ulil Albab lembutnya adalah pendekatan pecaya dan fikir berbanding kebiasaannya percaya dan percaya.

Di Eropah pula konsepnya telah lari percaya dan percaya tersasar kepada fikir dan fikir, iaitu tanpa element pecaya lansung. Maka jangan lupa kepada fikir dan percaya yang mendahulukan fikir. Tetapi dengan adanya Rukun Iman, lebih sesuai Ulil Albab ini dikaitkan dengan percaya dan fikir, iaitu percaya dajulu baru fikir.

Bertuhannya Eropah tanpa agama, adalah atas dasar kehilangan kepercaya kepada sistem percaya dan percaya. Dengan mendapatkan dan mengusahakan bukti kepada segala yang dihujah dan dicadangkan. Eropah membuktikan hasil fikir dan fikir hampir menyerupai tuntutan Islam. Maka timbullah: ‘jika tanpa agama, Eropah boleh memperelokkan struktur sosial, ekonomi dan politik mereka’. Apa perlunya dunia ini kepada Islam?

Kita seharusnya membuka minda kepada hasil yang diperolehi Eropah dan memahami konsep yang hendak dijelaskan oleh el Quran melalui istilah Ulil Albab. Quran sentiasa mengingatkan kita bahawa percaya dan percaya (taqlid semata) itu tiada mendatangkan hasil.

Hampir semua tamadun purba ada kesan wahyu dan kenabian padanya, biar pun sulit untuk kita buktikan secara jazam, perlu dilihat dengan mengemukakan adanya 124,000 nabi-nabi yang telah diturunkan Allah Taala, dari manusia pertama Nabi Adam sehingga Nabi Muhammad S.A.W. Sudah pasti Sunnah Allah menurunkan mengikut keperluan masa dan tempat.

Barat mengaplikasikan sekular dalam kehidupan dalam keadaan agama telah menafikan penggunaan akal dalam beragama dan kehidupan, namun tetap mereka tidak menafikan Tuhan. Mereka memerlukan sekularisme untuk menstrukturkan sosial dan ekonomi.

Tapi di dalam negara Islam, kita cuma mengambil sedikit juzu’ dari sekular bukan kerana Islam menafikan penggunaan akal, tapi untuk menafikan Tuhan. Rasa berTuhan ketika hanya di masjid. Rasa berTuhan hanya ketika bersolat. Itu bukan sekularisme, tapi pseudo sekularisme.

Berubah Atau Terus Diubah

Dalam Islam ada demokrasi, dalam Islam ada hadharah, dalam Islam ada persaudaraan, dalam Islam ada pembebasan, dalam Islam ada nasionalisme. Orang Islam yang pertama mencipta itu dan ini, bukan Barat. Barat mencedok idea Islam, sebab itu mereka maju.

Italy tidak pernah mengungkit kemegahan tamadun Rome. Iran tidak pernah mengungkit kehebatan empayar Parsi. Benar dalam Islam ada semua yang disebutkan itu tapi segala-galanya hanya dalam bentuk teks. Hadharah dalam Islam hanyalah teks sejarah, fraternity, liberty, dan equality, semuanya hanyalah teks. Hakikatnya kita Islam dengan teori. Berubahlah, jangan terlalu mengagungkan sesuatu yang telah berlaku tanpa sebarang tindakkan untuk mencipta pembaharuan atau sejarah baru dalam pemikiran Ummah.

Sebagai Muslim kita seharusnya menjadi manusia yang sentiasa melihat kepada Sunnah Allah dan mempelajari apa yang Allah tarbiahkan kepada kita melalui Alam Semulajadi. Sangat sedih jadinya, ada yang mempertahankan gagasan pembelajaran akidah melalui Ilmu Kalam, tetapi sebahagian mereka turut bermusuh dengan seruan akal. Ini membuktikan kerapuhan kepercayaan membuta tuli terhadap teks yang diangkat sebagai subjek sembahan.

Muslim seharusnya memahami roh beribadah, sekiranya betul-betul mahu menolak materialisme semata. Ia bukan soal Sufi Tasawwuf atau falsafah putar belit, tapi ia adalah maksud beragama sebagai jalan berhubung dengan Tuhan dengan memahami carakerja-Nya membentuk Alam (sunnatullah).

Orang-orang bertakwa adalah orang-orang yang sebenar-benar takut kepada Allah dengan mematuhi Syariat (ayat-ayat el Quran dan hadith) dan Sunnah (ayat-ayat Alam). Orang-orang bertakwa tidak berani membiarkan Sunnah Allah (yang menerangkan carakerja Allah) dikaji oleh orang bukan Islam dan hanya menunggu hasil dari kajian yang dibuat oleh bukan Islam.

Apa yang dapat kita lihat pada hari ini, kemunduran Muslim disebabkan tidak memberikan kesimbangan dalam mematuhi Syariat dan Sunnah Allah. Segala pelajaran dari alam hanya diperolehi dari kajian teliti bukan Muslim. Keizinan Allah untuk manusia dapat melaksanakan kerja dengan berteknologi di bumi, merupakan tanda arifnya kaum tersebut dengan carakerja Alam, kepunyaan Allah. Tanpa keizinan Allah di dunia, keredhaan di akhirat tidak mungkin tercapai kerana kesalahan meninggalkan dunia kepada bukan Muslim.

Belajarlah daripada mereka, jangan terlalu egoisme andai diri tidak mahu mengubah.

Teruskan Pembacaan>>>

Hukum: Berubat Dengan Bukan Mahram




Nombor siri soalan 78/406:


Assalamualaikum wrh. wbt. Boleh saya bertanya satu soalan kepada ustaz, adakah harus bagi seorang wanita berubat dengan seorang lelaki yang bukan mahram dan sebaliknya?

(siti: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia)


Jawapan/Pandangan:

Dalam hal yang telah disepakati Imam empat mazhab utama, adalah tidak harus wanita membuka sesuatu pun daripada tubuhnya kepada lelaki ajnabi/ bukan mahram (asing/ halal kahwin) selain daripada muka dan tapak tangan, dan sebaliknya.


Tidak harus seseorang wanita mahupun lelaki menyentuh tanpa pelapik kecuali dalam keadaan darurat (keperluan teramat sangat) disebabkan ketiadaan suami, atau mahram, atau wanita muslimah yang mampu berbuat demikian selepas betul berusaha dan berikhtiar.


Kaedah fekah:


Darurat mengharuskan perkara yang ditegah


Namun begitu tidak ada tegahan yang melarang daripada melihat dan menyentuh dalam keadaan darurat untuk tujuan rawatan, dan kegagalan mendapatkan sebarang rawatan akan mengakibatkan kematian.


Hendaklah dipastikan bahawa keadaan tersebut benar-benar darurat, tiada kaum sejenis yang mampu berbuat demikian, di samping hendaklah menjaga adab-adab dan adanya mahram atau ditemani oleh kaum sejenis pesakit.


Pada masa yang sama hendaklah meraikan kaedah fiqh (Qawa’id Fiqh):


Darurat dikira (dikadarkan) mengikut keadaannya


Bermaksud: segala macam perbuatan (si pengubat dalam perihal rawatan) seperti melihat, menyentuh dan merawat kawasan aurat yang hanya pada tempat yang diperlukan sahaja, tidak dibenarkan lebih daripada hajat dan keperluan.


Dinyatakan dalam Kitab Iqna' oleh Musannif Imam Khathib Syarbini bahawa:


pandangan untuk berubat harus pada tempat yang berhajat sahaja, kerana pengharaman pada ketika itu bersifat menyempitkan, maka boleh seorang lelaki merawat wanita dan sebaliknya. Hendaklah keadaan itu dengan kehadiran mahram atau suami atau wanita yang dipercayai…”


Namun harus ingat, terkadang ramai yang menyalah gunakan kaedah fiqh dengan sewenang-wenangnya. Apa yang dimaksudkan ‘harus kerana darurat’ banyak disalahertikan untuk kepentingan peribadi dan nafsu semata-mata. Perlu pada kefahaman yang tinggi dalam memahami konteks ‘darurat’ yang sebenarnya dari sisi kaca mata Islam.


Bukannya mudah untuk mempraktikkannya dalam dunia realiti tanpa Iman yang mantap. Jangan mencari kebiasaan, yang kelak akan membawa kebinasaan.


“Hanya Allah Maha Mengetahui”

Teruskan Pembacaan>>>
 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal