PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Selasa, Mac 31

Islam dan Barat; Menguji Idea Lestari

Dua hari lepas penulis berpeluang mengikuti kajian di Wisma Nusantara yang terletak ditengah kesibukan bandar metropolitan, Kaherah. Nama tempat tersebut, ialah Ruba’ah. Inilah kali pertama penulis menjijak kaki di markas pelajar-pelajar Indonesia di Mesir, sebelum ini pernah tapi hanya mampu menjenguk dari luar tingkat bas untuk sampai ke rumah. Kali pertama melalui kawasan itu, terasa juga hairannya sebab ada juga kelompok Melayu di sini, sesekali tertanya juga di dalam hati. Kali ini, peluang yang terhidang tidak mungkin disia-siakan. Jemputan ke majlis tersebut, penulis terima seminggu yang lepas. Pelawaan dari seorang teman satu fakulti, Ustaz Ariya Nirwana.

Pada mulanya penulis rasa berat, kerana butuh pada hari tersebut ingin menyambung visa pelajar. Namun selepas mengambil kira semua kondisi penulis, rasa rugi pula untuk menolak pelawaan tersebut. Bukannya selalu dapat, apatah lagi peluang ini kita boleh menilai sendiri tahap ilmu di kalangan pelajar-pelajar mereka di sini yang menjadi sebutan mulut setiap orang. Buat pertama kalinya, penulis di minta menjadi pemerhati. Itulah ayat terakhir penulis dengar sebelum majlis bermula, entahlah seperti ingin menjemput penulis membentangkan kajian bersama pada pertemuan kesekian kalinya.

Kami pulang malam tu, selepas usai menunaikan solat Fardhu Maghrib. Malam tu, tetap seperti malam-malam yang sudah, sesambil menunggu bas, bebola mata ligat memerhatikan setiap babak yang berlaku di hadapan mata. Masih terasa sejuk menusuk tulang. Banyak manfaat penulis terima pada pertemuan mingguan itu, tidak sia-sia walaupun jauh dan jenuh menunggu bas, at least penulis boleh jadikan sebagai penimbang tara dalam memberi secangkir ilmu kepada mereka yang memelukan. Kekalahan seseorang muslim dalam dambus perjuangan mengali khazanah ilmu pada ketidakpedulian mereka menjaga harta warisan itu sebaiknya, akhirnya mereka tersungkur di lembah yang digali tangan mereka sendiri. Kenapa tidak, mereka inilah yang akan menghuni dasar neraka, gara-gara ilmu yang ditinggalakan, bahkan menggunakannya semata-mata untuk kepentingan diri sendiri.

Sempat penulis sembang dengan Ustaz Ariya, sambil tunggu dewan penuh. Banyak kami bicarakan, terutama fungsi ilmu dalam memartabatkan bangsa. Rumpun bangsa Malaysia mahupun Indonesia, tidak jauh bezanya, boleh katakan hampir sama. Bermula dengan ilmu, lahirnya tamadun-tamadun dunia yang berdiri kukuh tidak ditelan zaman. Berubah hanya pendokong yang silih berganti. Dua perkara penting penulis berjaya gapai. Idea yang dilahirkan untuk mencapai kemantangan sesebuah tamadun, dan kecekalan mengoreksi idea tersebut bagi memanfaatkan ilmu yang diperolehi untuk membangunkan sesebuah tamadun. Satu kupasan tentang keseragaman ideologi selaras dengan masalah kotemporari pada masa ini. Pada hemat penulis kita juga mampu membina tamadun sendiri, atau sekurang-kurangnya mengukuhkan tamadun yang sedia ada. Bagaimana tu?

Kita perlu ada kefahaman perkaitan pemikiran dan masa. Pembaca pemikiran dalam masa dan suasana yang berlainan perlu mengambil ibrah, hikmah dan pengajaran daripada pemikiran dengan memahami konsep anjakan setiap masa yang berlaku. Keanjalan Ilmu ini diperlukan agar kita dapat menolak ekstremisma ilmu sama ada ekstrim liberal, ekstrim radikal mahupun esktrim jumud dan literal. Takutnya masa meninggalkan, dan pemikiran tersebut tidak mampu dirakamkan buat panduan generasi depan.

Idea adalah persoalan teks dan konteks. Memahami dua hal ini telah menjadikan penulis lebih jelas dalam menilai pandangan dan seterusnya dapat menghadam idea yang lebih lestari. Menggunakan konsep pencerahan bagi penulis tidak kurang pentingnya, cukup bermakna kerana memberi ruang untuk idea baru yang lebih kritikal.

Pencerahan ilmu dan akal mungkin sebahagian dari idea perubahan atau pembaharuan kepada sesuatu tamadun. Namun pencerahan tidak bermakna mengambil semua idea yang bersifat kritikal kerana mahu dilihat lebih cerah dari yang lain. Islam juga meletakkan adab dan keadaan sesuatu tempat dan masa, sebagai manhaj pada islah atau dakwah. Boleh juga dikatakan, mungkin pencerahan itu kita mahu namakan sebagai ganti pada istilah dakwah dan Islah.

Dr Hamka pernah berpesan kepada anaknya;

Sejarah itu tidak berulang, tetapi sifat pelaku sejarah yang berulang

Sejarah hanya tinggal sejarah dari segi peristiwa, tarikh, masa, dan tempat. Cuma, kita iktibarkan adalah prosesnya sahaja.

Sebenarnya pada penulis, semua mengakui kepentingan sejarah. Cuma tidak pasti kolerasi pengakuan itu akan memastikan tindakan memahami atau menguasai sejarah. Penulis merasakan, kita mempunyai kebebasan untuk bersetuju atau tidak bersetuju soal minat dan tak minat, hambar dan tak hambar tentang sejarah bagi mereka yang memahami sejarah dari awal, bukan mereka yang cuba bercakap tentang sejarah, tapi bukan berdasarkan ilmu dan fakta.

Pergerakan sejarah besar seperti kisah-kisah Nabi dan umatnya diulang siar secara berulang-ulang di dalam el Quran tidak sedikit pun membosankan. Kerana atas dasar keyakinan bahawa kisah-kisah tersebut terus berulang bagi Nabi dan Rasul Terakhir dan wajib dijadikan panduan serta persediaan menghadapi apa-apa yang bakal berlaku semula. Kisah sejarah di dalam el Quran diselang seli dengan pengajaran, iktibar, panduan, pilihan, undang-undang, dan yang paling menarik ialah ganjaran yang hebat di akhirat kelak. Jadi secara tidak langsung minat pada sejarah akan berputik. Justeru, tamadun yang ingin dibikin dapat direalisasikan.

Pengolahan fakta itu bertitik tolak dari ketakutan pengolah kerana atas kekangan atau pun ugutan yang mengentarkan hati sesiapa pun. Penulis bersetuju bahawa kesilapan ini bukanlah kerana kekangan kerajaan, tetapi kalau kita perhalusi mengapa sejarah eropah diolah menarik tetapi bukan sejarah kita.

Karen Armstrong sendiri tidak memilih Islam, tetapi tulisannya telah menjadi sebab ramai orang Barat memeluk Islam. Mereka memanfaatkan tulisan Karen Armstrong kerana beliau mengajar kita berfikir dan berbincang tentang agama tanpa prejudis dan prasangka. Orang dapat berfikir secara sihat. Lain pula sesetengah daripada kita, sangat bersemangat untuk menyampaikan Islam, lantas bercakap siang malam tentang Islam. Tetapi banyak yang dicakapkan, dan banyak yang dilakukan itu, lebih membinasakan dari membantu membangunkan Islam. Inilah antara contoh perbandingan pencerahan akal yang dangkal, dari membuat tindakan seperti yang diolah.

Berdiri Dari Penilaian Peribadi

Kadang-kadang kita juga perlu belajar daripada orang lain, untuk jadi seperti segigih apa mereka usahakan. Penulis suka mengambil pengajaran dari seorang pejuang kemerdekaan India, yang berdiri selepas berdikari.

V.P. Menon adalah seorang tokoh terkemuka di India pada saat negara tersebut sedang berjuang merebut kemerdekannya dari Inggeris selepas Perang Dunia Kedua. Beliau adalah pegawai pribumi yang paling tinggi jawatannya di dalam pemerintan colonial. Beliau jugalah orang yang diberi kepercayaan oleh Lord Mounbatten untuk menyusun konsep terakhir berkaitan perjanjian kemerdekaan negara tersebut. Dibandingkan dengan para pemimpin gerakan kemerdekan India lainnya, Menon memang merupakan seorang yang lain dari yang lain. Tidak memiliki ijazah dari Oxford atau Cambridge yang bisa digantung di dinding pejabat. Beliau juga tidak memiliki kasta atau latarbelakang keluarga yang boleh menyokong keperitannya memperjuangkan kemerdekaan. Namun kecekalannya belajar dari keperitan hidup untuk berjaya dalam hidup menjadi sokongan untuk semua itu.

Sebagai anak sulung dari dua belas bersaudara. Maka pada usia tiga belas tahun Menon terpaksa berhenti dari sekolah dan bekerja. Mula-mula dia bekerja sebagai buruh di Pertambangan Batubara, kemudian di fabrik , kemudian menjadi pedagang dan akhirnya menjadi seorang guru. Dari sanalah kemudiannya beliau menjadi pegawai negeri. Beliau mempunyai integriti keperibadian serta ketrampilan yang luar biasa dalam melakukan pekerjaan secara produktif, baik dengan para pejabat India mahupun Inggeris. Nehru mahupun Mounbatten sama-sama mengakui dan memujinya sebagai orang yang memberikan sumbangan besar bagi kemerdekaan India.

Sejak kejatuhan pemerintahan Kerajaan Islam Uthmaniah secara rasminya kepada rejim yahudi Mustapha Kamal Attartuk pada tahun 1924M sehinggalah kini, bermakna sudah hampir 85 tahun umat Islam kehilangan arah tuju dalam erti kata yang sebenar,dan masih lagi di dalam kerabaan malam yang bersuluh malap mencari jalan pulang.

Bagaikan hilang tempat berpaut

Suatu ungkapan bidalan yang cukup sinonim dengan situasi sekarang,sesuai menggambarkan keadaan umat Islam selepas keruntuhan sistem pemerintahan terakhir umat Islam sejak dari zaman pemerintahan agung Baginda Nabi Muhammad saw.

Dalam kejatuhan yang tiada berpehujung, pihak barat telah mengaburi umat Islam dengan pelbagai usaha dan dakyah dalam usaha untuk memesongkan cara berfikir umat Islam, dan yang lebih jauh lagi memesongkan akidah yang tulen dengan menyogok fahaman sekular yang berkonsepkan pemisahan agama dari urusan kehidupan dan pemerintahan. Maka jelaslah, pihak barat telah berjaya memisahkan kebanyakan umat Islam dari mempunyai minat dan kesungguhan di dalam menguasai ilmu-ilmu Islam, sains dan teknologi.

Menghadapi cabaran barat seharusnya menjadi agenda utama umat Islam disamping tidak meninggalkan perkara-perkara penting yang lain.Bersatu di bawah satu matlamat bagi mendaulatkan Islam di bawah satu panji berlatarbelakangkan konsep Islamiah dalam kehidupan. Umat Islam perlu memperkasakan diri mereka dengan kepelbagaian ilmu dan kebolehan terutama yang berkait rapat dengan jalur lebar teknologi, penyiaran, bidang kejuruteraan, sains, biologi, bio-kimia, angkasa lepas (astronomi), dan sebagainya. Tanpa mengalpakan ilmu-ilmu yang lain yang terlebih utama, seperti ilmu-ilmu fardhu ain dan segala macam ilmu dalam agama yang berkaitan Fekah, Tafsir, Hadith, Bahasa Arab, dan sebagainya. Dengan peranan ilmu inilah yang akan menjadi pelita sebagai garis panduan kita menuju Allah Taala.

Kecerdikan Ulama’ Silam Perlu Diwarisi

Kisah ini berlaku di antara Abdullah yang diutuskan oleh Khalifah Harun as Rasyid untuk mempersembahkan sebuah jam mekanikal ciptaan terbaru Negara Islam pada zaman tersebut kepada maharaja Jerman yang bernama Sharlaman di Bandar Aachen yang terletak di bawah jajahan empayar Jerman. Cerita ini telah diriwayatkan sendiri oleh Einhard, ahli sejarah istana Sharlaman yang turut sama menghadiri upacara penganugerahan dan kunjungan kehormat utusan kerajaan Islam Khalifah Harun ar Rasyid ketika itu.

Menurut fakta yang diceritakan sendiri oleh Einhard, keunikan dan kecanggihan jam mekanikal hasil ciptaan terbaru kerajaan Islam ialah kemampuan jam ini mengeluarkan bunyi penggera apabila setiap kali jarum jam ini melalui satu pusingan lengkap 12 jam. Bunyi tersebut adalah berbentuk gema seperti pukulan gong yang mana ianya terjadi dengan jatuhan 12 biji bebola besi yang diletakkan pada 12 lubang yang terdapat di dalam jam tersebut setiap kali tiba pada jam 12. Bebola-bebola besi ini akan jatuh dan menimpa kepingan logam atau tembaga nipis yang terletak di bahagian bawah jam dan mekanisma ini masih berlaku di dalam jam tersebut. Kesemua bebola besi, kepingan logam tembaga nipis dan gerigi jam yang berskala itu dicipta dengan cukup teliti bagi menghasilkan ketepatan waktu dan bunyi penggera. Menarik dari cerita ini, pada masa itu di Eropah masih lagi di zaman kegelapan dan belum lagi mengalami revolusi ilmu pengetahuan sebagaimana yang telah berlaku dengan pesat dalam empayar kerajaan Islam.

Oleh kerana orang-orang Eropah boleh dikatakan terpisah jauh sama sekali dari ilmu kemajuan sains dan teknologi seperti ini, maka apabila sahaja Maharaja Sharlaman yang sedang bersemayam di singgahsana menyaksikan ujikaji jam tersebut, secara tiba-tiba melompat turun dan lari bersembunyi di belakang takhta singgahsana sebaik sahaja mendengar degungan jam tersebut. Pada mulanya beliau menyangka jam itu dipengaruhi syaitan sehingga dapat berbunyi dengan sendiri. Tetapi setelah diberitahu perihal keadaan mekanikal jam tersebut, barulah beliau berani kembali ke singgahsana. Jadi dari cerita ini, maka jelaslah pada zaman tersebut merupakan era kegemilangan Islam yang tiada tandingan dari mana-mana benua, yang dapat mencipta sesuatu yang baru dan tidak terlintas oleh mereka yang tidak terdedah pada ilmu pengetahuan yang lengkap seperti ini.

Lihatlah betapa tabah dan cerdik para cendikiawan dan para ilmuan Islam dalam mencernakan ilmu yang dipelajari untuk dicanang dalam kehidupan seharian, dengan berjaya mencipta pelbagai kemudahan untuk kegunaan manusia pada zaman tersebut. Betapa cekal dan sabar mereka melakukan ulangan serta kajian berterusan sehingga beratus-ratus kali percubaan eksperimen, dan tidak berputus asa walaupun ada kalanya mereka terpaksa menerima hakikat yang sedikit mengecewakan di akhir perjalanan.

Namun bagaimana pula kita melihat kesungguhan mahasiswa pada zaman ini, adakah sama dengan apa yang telah dipertontonkan oleh mereka? Jentik hati tanya Iman.

Justeru itu, semangat dan perjuangan perlulah dimulakan pada saat ini. Terutama dikalangan para ilmuan, di mana mereka tidak perlu alpa,dan leka serta membuang masa dengan hanya berpeluk tubuh bagaikan ‘orang tidur disorongkan bantal’ tanpa perlu berusaha mencari kelainan dalam memahatkan sejarah pada catatan diri sendiri yang bisa menjadi sebutan masyarakat disekeliling. Umat Islam perlulah berhenti menyalahkan orang lain sepanjang hidup mereka. Sikap inilah yang akan melemahkan kekuatan umat Islam itu sendiri serta membatutkan usaha-usaha untuk membangunkan kembali ketamadunan silam. Kerana sikap inilah juga akan mencetuskan perpecahan sesama mereka dengan berlaku perkara-perkara yang merugikan keseluruhan umat Islam. Inilah usaha-usaha yang telah ditabur oleh barat yang dirancang secara terperinci, halus dan rapi untuk melihat Islam terus ketinggalan dan luput dari sejarah kegemilangan terdahulu. Maka hendaklah umat Islam itu berubah secara keseluruhan dan sedar dari lamunan yang berpanjangan, dengan bangkit memberi sumbangan sosial, tenaga, buah fikiran, dan berkorban dalam satu barisan serta menggembleng arah tuju yang sama lagi mantap. Jalan-jalan inilah yang akan menyelamatkan mereka dari terjatuh ke dalam lubang-lubang kehinaan dan kemunduran yang telah diciptakan oleh pihak barat.

ameen



Teruskan Pembacaan>>>

Ahad, Mac 29

Jiwa Muda Berkarisma

Hari ini, penulis berkesempatan untuk menulis artikel untuk dimuatkan di ruangan laman blog ini. Selain terkesan daripada rutin perjalanan hidup seharian sebagai seorang pelajar, sengaja penulis membiarkan untuk tidak menulis sepanjang tempoh dua hari lepas untuk melihat citra politik tanah air. Dua peristiwa besar iaitu Perhimpunan Agung UMNO yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan penamaan calon di Bukit Gantang, Bukit Selambau, dan Batang Air bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan.

Namun penulis bukan ingin menyentuh perbahasan, pergulungan dan pertandingan merebut jawatan yang dipertandingkan. Anda sudah sedia maklum semua itu. Penulis melihat dua peristiwa di atas, merupakan dua hal yang berlainan. Jika perhimpunan tersebut telah dipalit dengan pelbagai isu yang meruntuhkan credibility calon yang bertanding dengan pelbagai skandal terutama rasuah yang semakin menjadi-jadi, manakala pertandingan merebut kerusi parlimen dan dewan undangan negeri sebagai memperlihatkan kemampuan pucuk pimpinan baru UMNO. Tidak hairanlah lebih 900 aduan yang diterima berkenaan salah laku ahli UMNO.

Kita semestinya tidak mahu pemimpin yang korupsi, hipokrit, dan mempunyai segala sifat mazmumah yang diamalkan dalam politik kerana ianya mencerminkan seseorang itu, cenderung memenangkan diri sendiri bukan kepentingan rakyat yang dipertanggunjawab di bawahnya. Apalah erti kekayaan yang singkat dapat dikecapi, tanpa sebuah usaha yang panjang. Kesannya bukan sahaja pada diri, tapi kepada seluruh zuriat yang mendarah daging dari seorang yang mengamalkan kerja kotor ini. Pening kepala dibuatnya bagi yang mahu berfikir, dan mungkin tidak terasa langsung ‘bagaikan air yang mengalir’ jika hanya sebelah mata memperlihatkan kejijikan ini.

Kita adalah suara rakyat yang mempunyai kuasa untuk merubah situasi ini. Pandangan majoriti tidak semestinya pandangan yang benar. Tapi implikasi dari suara majoriti ini tetap harus diambilkira oleh pihak yang ingin melakukan perubahan, samada dari pemerintah atau pembangkang. Bagi penulis, sikit–sikit seperti menarik rambut di dalam tepung. Itulah hakikatnya, kerana mentaliti majoriti rakyat bukanlah boleh dirombak dalam sehari dua. Pokok pangkalnya, berbalik kepada ilmu (yang diamalkan) dan proses pendidikan.

Kita mungkin boleh kecewa dengan tahap pemikiran arus perdana yang lebih mementingkan periuk nasi masing–masing, demi survival diri sendiri dan keluarga. Namun persoalan yang sama penting, adalah bagaimanakah kita dapat mengambil kesempatan dari pemikiran yang sebegitu, untuk melakukan sebarang perubahan kepada sistem pemerintahan negara? Adakah demonstrasi cara yang terbaik dalam menyelesaikan sesuatu isu? Atau ianya hanyalah jalan terbaik untuk mendapatkan publisiti? Tak kena gaya, ada juga kemungkinan pendekatan yang digunakan boleh memakan tuan. Hakikat yang tidak sedap ditelan tetapi itulah yang dinamakan pengajaran hidup.

Penulis rasa kita semua masih tercari-cari the right balance or the near perfect formula bagi memungkin kemenangan Islam di bumi Malaysia. Di Kelantan umpamanya, kuasa yang ada memungkinkan practicality. Rakyat Kelantan dapat menilai siapa yang lebih baik, membuat perbandingan. Di mana sahaja kemenangan pembawa panji Islam, penduduk dapat melihat kesan perubahan kepada kehidupan mereka, especially dari sudut kemantapan rohani bukan material semata-mata.

Konfrontasi sekarang bagi penulis bukan dengan tujuan untuk memberi alternatif, tetapi lebih bersikap sebagai wake up call, mungkin bukan untuk rakyat majoriti, tetapi kepada ahli-ahli yang sudah semakin lesu. Juga untuk golongan pemerintah, yang semakin hari semakin rakus. There must be confrontation to allow other elements to cross by. Teringat images rakyat Palestin yang tak henti-henti membaling batu kepada askar-askar Israel laknatullah yang lengkap bersenjata dan berkereta kebal.

Pemuda dan Pemudi Sebagai Kunci Perubahan

Penulis yakin jika kita mampu bangunkan minda muda-mudi yangg sentiasa siap siaga untuk berjuang. Sebagai pejuang dan serikandi demi terus memastikan Islam terus berdaulat. Insha-Allah segala methodolgy lain yang lebih baik mampu kita laksanakan untuk mencapai tahap kelangsungan pada perubahan menyeluruh. Tanpa kuasa memang amat perit untuk menyuarakan kebenaran yang hakiki walaupun kita tambah gerak kerja yang bersepadu. Ianya juga penting, tapi alangkah indahnya dapat digaul dalam satu adunan. Pandangan sebegini amat perlu diketengahkan supaya seruan untuk melestarikan perjuangan Islam boleh dipelbagaikan selagi tidak tersasar dari jalan syariat. Justeru itu, dengan harapan penulisan sebegini dan perlaksanaannya juga mampu sedikit sebanyak menggerakkan jiwa-jiwa pembaca terutama muda-mudi kita agar menguja idea, minda dan tindakan yang realistik demi memastikan kesinambungan dakwah dan perjuangan terus tertegak.

Masyarakat kita masih terlalu ramai yang lena melainkan jiwa-jiwa yang segar bugar yang sentiasa bersemangat berjuang menegakkan kalimatullah. Jiwa-jiwa yang ada hari ini, adalah hasil penangan 50 tahun didikan secular. Tidak mungkin dapat diubah dalam sehari dua. Perlu pada kesabaran yang menggunung, dan konsisiten yang berpanjangan. Jiwa muda yang ada hari ini amat diperlukan untuk mendidik anak-anak mereka kelak sebagai tunas-tunas baru Islam yang tidak akan mengulangi lagi kesilapan yang sama dalam melahirkan mujahid dan mujahidah yang benar-benar Islam di luar mahupun dalam. Bukan seperti kebanyakan jiwa-jiwa yang hidup untuk menjaga perut sendiri, dan hanya menjadi ‘pak turut’.

Jaga perut tu tak salah. Tapi jaga perut sampai lupa tuntutan dan batas syariat itu yang salah. Jangan salahkan masyarakat kerana nak menjaga perut nanti masyarakat semakin jauh dengan kita. Tapi sedarkan mereka mengenai kepentingan jaga syariat, bukan hanya perut sendiri. Perut tu sebahagian kehidupan bukan seluruh kehidupan. Berjuang bukan untuk puaskan hati sendiri atau nak berbanga-bangga, tapi nak puaskan kehendak Allah Taala. Beribadah bukan nak puaskan hati sendiri tapi nak puaskan kehendak Allah Taala dengan mentaati perintah dan meninggalkan larangan-Nya.

Arus perubahan sebenarnya tidak dapat disekat, cuma cepat atau lambat sahaja. Jika kita hanya sekadar mahu beraksi, ia tidak cukup. Sejarah adalah bukti bagaimana underlying philosophy behind the action akan menentukan nafas perubahan. Sebab itu idea tentang reformasi, negara Islam, masyarakat madani dan sebagainya harus dikembangkan and must be contested, bukan menunggu ‘sudah parah baru ingin mengubati’.

Penulis suka memetik peristiwa Perjanjian Hudaibiah. Antara isi penting peristiwa itu ialah usaha Nabi saw untuk mencapai apa yang paling diperlukan oleh dakwah, iaitu masyarakat yang tenteram dan aman dari peperangan dan pergolakan. Baginda saw sanggup kehilangan beberapa sub-maslahah demi maslahah terbesar ini. Hasil Perjanjian Hudaibiah kesemua pihak bersetuju untuk mengenakan gencatan senjata dan menghentikan peperangan.

Inilah peluang yang dinantikan oleh Rasulullah saw.

Semasa keamanan berlangsung, baginda saw menggunakan segala peluang yang ada untuk berdakwah, melakukan out-reach kepada kabilah-kabilah Arab seluasnya, malah kepada ketua-ketua empayar di sekitar Semenanjung Tanah Arab. Kesannya dapat kita lihat pada hari ini. Sebuah perubahan yang besar berlaku. Inilah antara pasca dan pendekatan yang digunakan untuk mencuri peluang dalam kealpaan pihak musuh yang leka dengan mainan dunia.

Semua perubahan besar di dunia ini punya kekuatan idea di belakangnya. Hal ini juga pernah ditegaskan oleh Almarhum Malek Bin Nabi dalam mengetengahkan soal guiding ideas dalam pembentukan dan pemerkasaan tamadun.

Membangun Jiwa Seiring Kemajuan Material

Kualiti umat tidak seharusnya berlegar di sekitar produktiviti material dan kemahiran semata-mata tetapi kualiti yang dimaksudkan meliputi kejiwaan, intelektual dan spiritual yang digabungkan dengan kualiti fizikal seperti berketrampilan, rajin, beretika, beriman serta berwawasan.

Kualiti ditafsirkan sebagai ciri perkhidmatan seperti kesopanan, kemesraan dan ketetapan masa atau ciri luaran seperti daya ketahanan, kebolehpercayaan, estetik, peranan dan keselamatan. Semua ciri itu bertujuan meningkatkan kualiti perkhidmatan individu bagi mencapai kejayaan sesebuah institusi, badan dan seterusnya negara. Bagaimanapun, usaha mempertingkatkan kualiti harus dilihat sebagai satu proses yang menyeluruh dan bersepadu membabitkan semua anggota baik individu, mahupun kelompok. Islam sendiri menekankan perlunya umat Islam berusaha dan berlumba-lumba membina masa depan serta mencari kejayaan.

Allah Taala berfirman; “Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya. Berlumbalah kamu mengerjakan kebaikan, di mana saja kamu berada, nescaya Allah akan mengumpulkan kamu semua, sesungguhnya Allah itu berkuasa atas segala sesuatu” el Baqarah (2:148)

Ternyata, Islam yang dibawa Nabi Muhammad saw menghendaki kita supaya sentiasa berusaha mencari kemajuan dan kejayaan berteraskan prinsip Islam bagi mendapatkan keredaan Allah Taala.

Mengimbas sejarah perjuangan Rasulullah saw, pastinya kita melihat bagaimana kejayaan penuh gemilang dicapai baginda saw hanya dalam jangka masa singkat. Lebih-lebih lagi jika diteliti detik dilalui pada permulaan sejarah kerasulannya di Makkah, seolah-olah tidak menjanjikan apa-apa kerana sentiasa berada di bawah tekanan pihak kafir Quraisy. Apabila berhijrah ke Madinah, keadaannya berbeza sekali. Islam diterima sebilangan besar penduduknya berbanding usaha baginda saw ketika di Makkah. Kejayaan Rasulullah saw bukan sekadar menyebarkan Islam dan membangunkan masyarakat, malah lebih daripada itu.

Baginda saw mementingkan kualiti sebenar yang harus ada pada jiwa pengikutnya supaya negara Islam dibina baginda saw benar-benar berada di atas pundak yang kukuh imannya kerana dengan Islam dan iman lahirnya amal soleh yang berguna kepada setiap insan.

Penghidupan dihiasi akhlak Islam dan nilai hidup berteraskan syariat Allah Taala berjaya mencipta tamadun manusia dan mampu dipertahankan sebegitu lama. Tamadun yang diciptakan Muhammad saw menerusi wahyu Ilahi adalah tamadun bersifat syumul demi kejayaan dunia dan akhirat.

Perjuangan Rasulullah saw bukan saja untuk membawa manusia meninggalkan demi mengejar akhirat semata-mata, pengorbanan dan kepayahan dihadapi baginda menegakkan Islam adalah untuk mencapai kedua-duanya sekali.

Allah Taala berfirman; “Dan tuntutlah olehmu akan apa saja yang sudah disediakan kepadamu di akhirat dan jangan sekali-kali kamu lupa memperjuangkan nasibmu di dunia (untuk mencapai kemajuan) dan berbuat baiklah (kepada manusia) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu di samping itu jangan sekali-kali kamu melakukan angkara jahat di muka bumi. Sesungguhnya Allah tidak suka orang yang berbuat kerosakan” el Qasas (28:77)

Menghadapi proses pembangunan negara dan pembangunan insan, kualiti umat harus digilap supaya keseimbangan kemajuan negara disaingi ketinggian martabat umat itu sendiri. Umat Islam perlu mempunyai disiplin, menjaga peraturan, menghormati masa, tekun, sabar, beramal salih dan semangat daya juang yang kental. Umat berkualiti adalah penentu kejayaan dan kecemerlangan negara. Tanpanya, segala halangan dan tentangan yang dihadapi bagi mencapai matlamat wawasan negara, tidak akan dapat ditangkis oleh umat yang lemah.

Islam sentiasa menekankan prinsip kesungguhan dan dedikasi berteraskan ilmu dalam mencapai kejayaan. Islam juga menitikberatkan umatnya melaksanakan pekerjaan secara bersungguh-sungguh tanpa rasa jemu dan kecewa.

Nabi saw bersabda: “Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu membuat sesuatu perkara, ia melakukannya dengan tekun.” (Hadith riwayat Baihaqi)

Kejayaan umat Islam mesti berasaskan kepada struktur perencanaan yang rapi, kualiti digarap dan ketahanan spiritual mantap, barulah seluruh umat manusia akan menikmati kehidupan berdisiplin, berilmu, inovasi dan produktif. Segala bentuk kemajuan serta wawasan yang dicita-citakan tidak akan tercapai sepenuhnya tanpa adanya perancangan teliti dan konkrit. Abul ‘Ala al Maududi dalam karyanya menegaskan pentingnya umat Islam menjadi maju dalam kehidupan dunia dan akhirat.

Istilah el Hadarah el Islamiah (tamadun Islam) digunakan oleh beliau sebagai membuktikan bahawa umat Islam menjadi penyumbang utama kepada tamadun dunia sejak berabad lamanya dengan pencapaian gilang gemilang dalam pelbagai bidang. Ini membuktikan umat terdahulu lebih berkualiti dalam tindakan mereka bagi memastikan kelangsungan hidup umat masa hadapan yang cemerlang. Umat berkualiti tidak selamanya memadai dalam menunaikan kewajipannya pada kadar yang dipertanggungjawabkan saja, malah bagi mencari manfaat, umat Islam hendaklah sentiasa menunaikan tugas melebihi daripada had yang sudah semestinya.

Justeru itu, umat Islam tidak sepatutnya mengambil jalan mudah dan memintas peluang dengan memijak orang lain. Kejayaan sebenar di sisi Islam adalah hasil usaha kudrat sendiri berlandaskan ciri agama. Manusia yang mempunyai wawasan hidup, tidak akan menerima kekayaan secara percuma lebih-lebih lagi diragui halalnya. Mereka berkeyakinan, kekayaan seumpama itu tidak akan kekal lama kerana mungkin di sebalik kekayaan itu berlaku penindasan dan kezaliman terhadap orang lain.

Jika kita meneliti perjuangan Rasulullah saw, jelas menunjukkan kejayaan yang diperoleh, bukan sekadar kejayaan di dunia malah kejayaan di akhirat. Pengorbanannya paling tinggi. Perjuangannya penuh cabaran. Halangan yang ditempuh bukan sebarangan. Namun perjuangan tetap diteruskan. Jika habuan dan keseronokan dunia yang diperjuangkan Nabi Muhammad saw semata-mata, maka baginda saw sudah lama mencapainya ketika di Makkah lagi. Sewaktu ditawarkan oleh kafir Quraisy kepada Nabi Muhammad saw harta, kemuliaan, pangkat, wanita cantik, tetapi semuanya ditolak.

Rasulullah saw seorang berpandangan jauh. Baginda tidak menerima kekayaan yang singkat tanpa perjuangan bagi meraih kejayaan. Kejayaan sebenarnya ialah apabila Islam dapat disebarkan bukan saja di Tanah Arab malah ke Asia, Afrika, Eropah dan seluruh dunia hinggalah yang kita lihat hari ini.

Di sinilah letaknya kualiti perjuangan diasaskan Rasulullah saw yang perlu diwarisi seluruh umat Islam jika ingin kejayaan hidup yang diredai Allah Taala. Kegigihan umat Islam dalam babak mencipta kemajuan akan menjadi mudah jika kepemimpinan negara sentiasa menerapkan nilai Islam dalam pentadbiran, ekonomi, pendidikan dan sebagainya.

Semoga impian melahirkan ‘Jiwa Muda Berkarisma’ menjadi kenyataan, bukannya ‘lebih sudu dari kuah’.

ameen



Teruskan Pembacaan>>>

Jumaat, Mac 27

Cinta Bertasbih Di Mihrab Ilahi

Semakin sayang Allah Taala kepada kita, semakin kuat diuji Iman kita kepada-Nya. Namun dipenghujungnya diberikan sebaik-baik penawar setelah kita bertahan dan bertemu jalan penyelesaian dengan penuh kesabaran, iaitu ketenangan yang hakiki di hati. Lembut hidayah-Nya menyapa dalam tarbiah.

Pelbagai masalah hari ini adalah bermula dengan perasaan kasih sayang. Jika direnung kembali, semuanya akan bertaut menjadi satu iaitu soal cinta. Bermula dengan pemilihan calon suami isteri itu lagi, hinggalah hubungan antara ibu bapa dan anak-anak mereka, dan seterusnya sebuah masyarakat yang memahami rukun kehidupan madani dapat diwujudkan. Jika baik dari awalnya, maka eloklah akan ianya hingga generasi seterusnya.

Payah nak mengubah cara hidup ini, namun at least berusaha. Kerosakan sebuah cinta hakiki yang semakin menjadi-jadi di zaman ini, ternyata kini berada di peringkat kritikal. Bayangkan anak-anak yang baru dilahirkan dan janin-janin dibuang tanpa ada perasaan belas dan ihsan. Sedangkan anak kucing yang mati pun, ibunya meratapi sedih pemergiannya.

Krisis perceraian yang membuak-buak disekeliling kita. Menjadi suami isteri dalam jangka masa yang terlalu singkat, yang tidaak pernah kita bayangkan kini seumpama buih dilautan. Anak-anak kecil yang menjadi mangsa perceraian ibu bapa. Betapa hancur kerohanian mereka dengan perceraian tersebut, menyaksikan perbalahan ibu bapa. Kesemua ‘kebencian’ itu akan mereka serap ke dalam jiwa dan mungkin diulang siar setiap masa. Mungkin dari segi fizikal, memang kita tidak nampak kesannya, namun di hati siapa yang tahu. Mereka adalah salah satu pembentukan sebuah masyarakat pada masa akan datang.

Barangkali didikan kita terhadap sesuatu isu dan melihat kesannya itu juga, kurang dalam masyarakat kita. Tidak usah lihat jauh, subjek-subjek yang memerlukan seseorang itu berfikir di universiti pun sudah dianggap ‘tidak diminati’ oleh kelompok mahasiswa, umpamanya falsafah. Jadi apabila mereka dihadapkan dengan isu-isu seperti ‘couple’, memilih pasangan, cinta, kerjaya dan sebagainya, mereka akan menjadi seperti robot dan kaku untuk bertindak matang. ‘Ya’ atau ‘Tidak’. Dalam kehidupan ini tiada semuanya yang mutlak kecuali apa yang telah ditetapkan di dalam el Quran dan Sunnah baginda saw.

Sebuah Matlamat Dalam Jaga

Pencerahan adalah lawan pada ketidakmatangan yang ditempa sendiri. Ramai yang melawan pencerahan kerana tidak bersedia mengakui kesalahan diri sendiri. Ramai yang tidak sanggup mengambil kata-kata diri sendiri itu, dari perspektif tanggunjawab yang perlu dilaksanakan. Sebab itu barangkali, ada yang selesa menyandarkannya kepada sebuah nama yang boleh dianggap besar sebagai lapis hujah, namun kesedaran untuk merubahnya jauh sama sekali untuk dipratikkan. Jauh panggan dari api.

Persoalan cinta adalah satu isu yang penting kerana cinta adalah salah satu keperluan hidup dan merupakan fitrah insani yang terletak di dalam hati. Merasainya membuatkan kita seperti bersemayam di mahligai bahagia kerana keasyikannya membuai dan menempa lembut. Penulis lebih suka dan cenderung untuk menghuraikan persoalan atau isu cinta ini, ketika orang ramai tengah sibuk berkenaan isu politik, ekonomi, dan pendidikan. Kerana selain daripada kita menumpu terhadap isu sebegitu kita juga tidak boleh lupa persoalan cinta yang, insha-Allah dapat membantu dalam menyejukkan dan menenangkan hati kita dalam menghadapi kegawatan sekarang ini. Bukan matlamat utama, tetapi sekadar memenuhi keperluan yang dinyatakan tadi mengikut kaca mata Islam.

Pemikiran penulis seolah-olah sedikit sebanyak dipenjara oleh buruknya kesan ‘virus cinta’ yang melanda umat, khususnya golongan umat yang mengaku berjuang di jalan-Nya. Wabak yang menatijahkan mereka yang diangkat menjadi pimpinan tidak mahu melepaskan belenggu cinta. Penyakit Persatuan Mencari Isteri (PMI) dan kudis bercinta ‘ala islamik’ yang makin merebak. Paling menyakitkan ialah kudis ini. Tiada ubat yang paling mujarab, kecuali kembali pada-Nya.

Ramai yang menelan ‘pil cinta Islamik’ sebagai satu alasan menghalalkan bercinta. Ramai yang berteleku Di Atas Sejadah Cinta, meratib Ketika Cinta Bertasbih, dibuai Ayat-Ayat Cinta, dan menerima Aku Terima Nikahnya tanpa berteleku di atas sejadah Qiamullail, meratib istighfar minta dipelihara dari nafsu, mengalun ayat-ayat cinta secara istiqamah dan menjalankan kehidupan beragama sebelum bersedia untuk menerima seruah nikah. Mudahnya, yang dipetik dari penulisan-penulisan ini hanyalah ideologi ‘cinta islamik’ tanpa penghayatan kehidupan beragama secara menyeluruh. Perkara yang sama berlaku kepada Islam;

“choose what you like, leave out the others”

Mengapa kita sukar memperolehi jawapan yang menenangkan? Kita asyik salah dalam membuat kesimpulan? Kita terpinga-pinga dan keliru apabila berdepan isu dan persoalan yang melanda di depan mata? Paling malang, mengapa kita menyalahkan sesuatu yang sememangnya betul di hadapn kita?

Ramai ulama’ memberikan jawapan bahawa ia sebenarnya berpunca daripada dua faktor yang bertentangan. Pertama; kita tidak atau kurang membaca. Kedua; kita terlalu banyak membaca tanpa cuba untuk memahaminya.

Tanyalah dengan jujur, apa yang kita baca hari ini?

Allah Taala berfirman; “Bacalah” Tetapi tidakkah Dia juga menambah, “Dengan nama Tuhan-Mu” Ertinya, sebagai seorang muslim, kita perlu membina diri sebagai seorang muslim yang tunduk pada kekuasaan dan keEsaan-Nya. Jika tidak, anda dan kita semua akan melampaui batas.

Sindrom ‘bangau oh bangau’ makin berleluasa sekarang nampaknya. Kenapa mesti letakkan kesalahan dan tanggungjawab pada sesuatu jemaah sahaja? Bukankah kita semua adalah pemimpin pada diri sendiri. Maka tanggungjawab ni mesti pertamanya diletakkan di bahu sendiri. Kewujudan lajnah-lajnah atau persatuan bak cendawan selepas hujan bukanlah sebagai kuasa pemutus yang muktamad. Jika ada kesilapan, maka mereka yang terpaksa bertanggungjawab. Sebaliknya individu itu sendiri adalah penimbang tara yang terbaik. Setiap daripada kita tahu dan secara logik kita faham apa perbuatan yang baik, dan apa perbuatan yang buruk.

Nabi saw bersabda; “Perkara yang aku larang kamu daripada melakukannya, hendaklah kamu jauhkan diri daripadanya. Dan perkara yang aku perintahkan kamu lakukan, hendaklah kamu laksanakan dengan sepenuh keupayaan kamu. Sesungguhnya umat sebelum kamu telah binasa disebabkan oleh banyakkan persoalan mereka, serta percanggahan ke atas apa yang diajarkan oleh para Nabi yang diutuskan kepada mereka” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Cinta Bertasbih Di Mihrab Ilahi

Berkahwin adalah satu peringkat hidup untuk menambah fungsi dalam kehidupan. tanpa berkahwin, kehidupan masih sebuah kehidupan dan tanggungjawab kita adalah untuk berterusan mentaati-Nya sama ada di dalam perkahwinan atau di luar perkahwinan.

Janganlah kita berkahwin semata-mata kerana untuk mengelak zina dan maksiat tanpa tahu tujuan utama. Terlalu lemah alasan tu. Kerana perkahwinan bukannya dibina di atas menjauhkan perkara maksiat. Sebaliknya perkahwinan dibina apabila kematangan fikiran sudah dapat mengatasi emosi. Ianya memerlukan tanggungjawab dan komitmen yang tinggi daripada kedua-dua pasangan suami dan isteri. Tidak cukup kalau sebelah isteri sahaja atau daripada pihak suami sahaja. Kalau setakat nak mengelak zina, lebih baik berpuasa dan selalu berteleku di atas sejadah, habis cerita.

Cuba kita survey, berapa ramai yang kahwin semata-mata kerana kerana Allah untuk jauhkan zina. Jarang sangat, dalam seribu mungkin ada satu. Alasannya mudah, sebab memang dah suka sama suka dengan pasangan tu. Sampai tidak boleh control untuk berhubung selalu,hantar khidmat pesanan ringkas (sms) ,Yahoo Messenger dan sebagainya. Kononnya, minta tolong kejutkan untuk bangun tahajud dan sebagainya

Kalau kat kampus, kita boleh tengok di kalangan rakan-rakan walaupun tidak semua, boleh hidup dan dilatih dalam suasana yang ’syadid’, 'iklim baik’, dan 'biah solehah’. Tapi realiti yang berlaku bila keluar dari alam kampus, masing-masing sudah mula pudar dan hanya menunggu lusuh dari pegangan diri.

Dalam perkahwinan, kenikmatan rumahtangga dan tanggugjawab yang besar datang dalam satu pekej yang tidak boleh dipisahkan. Masalahnya remaja yang bercinta tidak sabar lalu menikmati kemanisan berumahtangga sebelum bersedia memikul tanggungjawab. Akibatnya mereka mengalami kejutan budaya apabila berhadapan amanah yang menuntut kesetiaan yang tidak berbelah-bahagi. Rasa manisnya sudah habis kerana telah mengecapinya sebelum kahwin lagi. Bila sudah kahwin, yang tinggal hanya lampin dan kerenah anak-anak. Setelah diketahui usaha mencari yang baik-baik itu sukar, mengapa tidak berusaha memperbaiki diri dan pilih sahaja yang ‘taklah baik sangat’ tapi boleh dididik menjadi baik?

Teringat Saidina Ali dan Fatimah az Zahra yang serba susah tetapi hidup penuh keimanan. Sentiasa dalam kelaparan, tetapi penuh ketakwaan. Syurga Firdausi tempat mereka. Apalah kesusahan kita berbanding dengan mereka? Fikirkan.

Jangan jadikan alasan, bila isteri curang atau sudah tidak bernafsu memenuhi tuntutan diri, untuk mecari lain, berpoligami. Pada penulis poligami itu adalah madu. Namun tak semua dapat menghirupnya kerana mungkin disebaliknya racun yang bisa merosakkan. Nilai diri dengan Iman bukan dengan nafsu untuk mendapatkan madu. Jika berlandaskan Iman dan cahaya agama, insha-Allah ianya menjadi sebahagian nikmat kurniaan Allah. Namun jika nafsu jadi sandarannya khuatir madu bertukar menjadi racun.Tidak kurang yang mendapat madu, ramai juga terkena racun poligami. Jentik hati tanya Iman.

Semoga kita semua sedar sebelum terngadah. Tahu apa yang perlu dilakukan. Tahu yang perlu didahulukan dan yang perlu dikemudiankan. Gunalah pencerah akal yang sihat dan ilmu yang sentiasa menemani dalam bertindak. Berdoalah selalu kepada-Nya semoga segala-galanya berjalan seperti yang dirancang dan bisa dicernakan di dalam kehidupan seharian.

Semoga sebuah ‘Cinta Bertasbih Di Mihrab Ilahi’ sentiasa memayungi kita.

ameen

Teruskan Pembacaan>>>
 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal